Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

.::Penyakit Pertama Bayi [part 1]::.


Bayi yang baru lahir mudah diserang penyakit tambahan pula sistem imunisasi tubuhnya masih dalam proses untuk menguatkan tahap kekebalan tubuhnya untuk melawan penyakit...
jadi penting kita sebagai ibu bapa untuk mengetahui penyakit yang lazimnya menyerang bayi....

BATUK DAN SELSEMA
penyakit ini boleh menyerang bayi pada bila2 masa dan mudah untuk berulang semula...
Gejala
Hidung si kecil berair dan mungkin tersumbat hingga menyukarkannya bernafas... dan adakalanya disertai dengan batuk dan demam.

Rawatan
Jika hidung bayi tersumbat dengan kotoran...
anda boleh cuba keluarkan dengan menggunakan pam khas yang direka untuk tujuan tersebut.
(ada jual dipasaran...saya beli tapi tak guna... sebab saya guna manual... nak tahu caranya?... baca la lagi...)
Tidurkan bayi dengan posisi kepala yang lebih tinggi daripada badan
@ boleh juga dengan posisi meniarap
(tapi posisi ini agak bahaya jika bayi masih kecil... kerana dia masih belum kuat untuk mengangkat kepala dibimbangi bayi akan lemas...)
Kurangkan penggunaan penghawa dingin kerana ia boleh meyebabkan hidung bayi semakin berair dan tersumbat...

biasanya penyakit ini mula sembuh setelah 2 ke 3 hari...
namun! jika penyakit ini tiada perubahan, sila lah bawa bayi anda ke klinik...


*Khalis pernah selsema... babanya bawa ke klinik... tapi saya tak bagi pun Khalis makan ubat... sebab saya pernah tebaca tentang bahayanya ubat kepada bayi dan kanak2 yang berumur bawah 6 tahun...
jadi saya gunakan petua tradisional...
letak kunyit kat hidung Khalis masa dia tidur...
Alhamdulillah dengan izin Allah... selsema dia sembuh..
(selsema dia hanya ada bunyi hingus saja... tapi hingusnya tak keluar...)

JANGKITAN TELINGA
Jangkitan ini menyebabkan telinga bayi rasa sakit dan menyebabkannya sentiasa meragam...
malah boleh menyebabkan bayi demam, keletihan dan demam...

Gejala

telinga bayi mengeluarkan bau yang kurang enak...

Rawatan

Penyakit ini sangat bahaya untuk anda tangani sendiri...sebaiknya berjumpa dengan doktor...
selalunya ubat titis akan digunakan...
Ia mengambila masa 2 ke 3 hari untuk sembuh...
*Setiap kali saya korek telinga (tapi bukan dalam2 kira cuit2 bahagian luar lubang telinga Khalis je...
saya akan cium bau tahi telinga dia( maaf kalau membuatkan anda rasa geli...tapi sebagai ibu ...ini semua kita kena periksa kerana gejala2 penyakit semuanya boleh dikenalpasti daripada bahan buangan bayi kita...)
baba Khalis akan cakap: "tak geli ke asyik cium tahi telinga anak?"
haha macam kelakar pun ada...
dan of course la saya akan gelak...
sambil jawab:" ini semua memang kena check...sebab jika ada perubahan bau, maknanya ada masalah..."
hehe kalau khalis punya feces tu tak dela saya cium...cuma perhatikan warnanya sahaja...

CIRIT BIRIT

Gejala
Bayi membuang air besar lebih daripada 3 kali sehari...
najisnya amat cair...
disusuli muntah dan demam...

Rawatan
Jika bayi menyusu badan,
tingkatkan pemberian susu ibu kerana ia mengandungi antibodi yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan cirit birit.
jika selepas sehari keadaanya masih belum berkurangan...
bawalah berjumpa doktor dengan segera...
cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan tubuh bayi kekurangan air...
dan jika badannya terlalu terhidrat (kering) boleh menyebabkan kematian...
jadi jangan pandang ini sebagai masalah yang remeh!
*Jika bayi menyusu susu botol...kebersihan botol sangat perlu dititik beratkan.. kerana ini boleh menyebabkan bayi mudah terkena cirit birit...

SESAK NAFAS
Gejala
selalunya keadaan ini diiringi dengan batuk ...
bayi kelihatan seperti sukar untuk bernafas dan suaranya tertahan2
adakalanya bayi juga turut mengalami demam...

Rawatan
legakan sedikit keadaan bayi dengan menyapu sedikit minyak bayi pada dadanya...
anda juga boleh basahkan tuala dengan air suam dan lekapkan pada dadanya...
jika tidak berkurangan...segeralah bawa berjumpa dengan doktor...
*Khalis selalu juga sesak nafas... tapi disebabkan oleh hidungnya yang tersumbat dek tahi hidung...
jadi apa yang saya buat... (ni mak saya ajar) saya sedut hidung dia... kekadang ada juga dia muntah...tapi yang keluar semua lendir2...lepas tu dia dah lega...
mujarab petua ini...
hehe jangan geli... saya hanya berkongsi pengalaman...
kalau dah sayang... tak de apa yang kita nak geli... kan?

MUNTAH@JELUAK
Gejala
Bayi mengeluarkan semula susu yang diminum atau makanannya

Rawatan
Sendawakan bayi terlebih dahulu setiap kali selepas memberi susu atau makan...
Sewaktu tidur, ubah posisi agar perutnya tidak tertekan seperti posisi mengiring atau terlentang (the best is terlentang)
Keadaannya biasanya cepat pulih...
*Khalis memang selalu jeluak... sebab saya seringkali terlupa untuk sendawakan diajelir...(
masa dia belum mula makan lagi...) tapi bila dia dah start makan ... saya akan sendawakan dia... sebab memang kesian kalau tengok dia muntah...
siap ada bunyi2 lagi dari dalam perut...
biasanya kalau dia muntah adalah disebabkan makanan itu ada yang tak betul2 hancur...
(even sebutir nasi yang lembut)
jadi saya kena blender sampai betul2 hancur...


Whitey Note: Menarik tak info ni? hehe bersambung lagi esok... nanti panjang2 anda semua tak larat pulak nak baca... hehe...

9 Comment (s):

  1. betul tu, baby mudah terkena jangkitan, rasanya baby yang menyusu badan sepenuhnya jarang sakit sebab anak sulung mas menyusu botol, selalu sakit, adiknya menyusu badan penuh, jarang sakit,itu pendapat mas...

    ReplyDelete
  2. bgs², tapi oni tido ikut suka hati dia, rasa nak meniarap dia meniarap. tunggang langgang kalo dia tido, sbb tu tak tido atas katil, tkt sok sok dah atas lantai. hahaha!

    ReplyDelete
  3. risau kan kalau baby sakit
    sebab dia xleh cakap

    ReplyDelete
  4. ehehehe...cam xsaba2 nak anak...kne tunggu bpe thun agy bru kawen...isk33...saye follow

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni .. so pada siapa2 yg baru bergelar ibu.. ini amat berguna

    ReplyDelete
  6. ye..betul. Doctor Hani & Abdul rahman pun xbagi ubat selsema & batuk. Cume ubat demam... Bapak i pun suruh letak kunit je. lahamdllh menjadi. Lagi satu, kalau tak rajin nak vacuum karpet hari2, elok takyah pakai. Tunggulah anak2 besar sikit, antibodi pun kuat...hehehe

    ReplyDelete
  7. menarik tips nie...boleh amalkan klu dh dpt ank nti

    ReplyDelete
  8. @MAS ( DUNIAKU )
    betul mas... kalau baby minum susu ibu memang susah nak kena jangkitan atau masalah2 lain... sebab antibodi dalam susu ibu la kan...

    @ch@
    hehe cha, khalis sekarang pun memang dah lasak... kalau tidur memang kena duk tengah2... dia punya golek2 tu dah sampai ke merata tilam...

    @hans
    betul... hehe biasanya... saya pulak asyik tanya... khalis lapar ke? hehe bukannya dia tahu jawab pun... tapi nak juga tanya...

    @nas
    hehe kawen awal dapat baby awal... nanti orang tak cakap ibu dengan anak... hehe orang cakap adik dengan kakak...kiki...=p

    @eLL
    terima kasih ell...

    @Mommyyus
    mommy.. sejak saya bersalin ni.. karpet kat rumah ni dah naik lori sampah... karpet dengan baby memang bahaya...
    memang mujarabkan petua tu...
    ubat selsema bahaya untuk baby... ada artikel pasal boleh menyebabkan pendarahan otak... sebab kandungan bahan kimia dia...
    pastu boleh menyebabkan kerosakan organ2... memnag bahaya sangat2... tu la kalau boleh kena jaga anak2 leklok kan... supaya tak dapat masalah2 ni semua...

    @Azaziah Hani
    boleh2... hehe terima kasih... jemputla datang selalu...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™