Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Cara meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

aku rasa macam susu dah berkurang sikit... punya risau aku pun mula la cari sebab musababnya... dan cara untuk mengatasinya...blogger-emoticon.blogspot.com aku nak share la dengan anda semua...sesuai untuk bakal ibu( blogger-emoticon.blogspot.comdinasihatkan supaya merancang untuk menyusu bayi anda dengan susu ibu bukan susu lembu) , bakal bapa (blogger-emoticon.blogspot.comdiminta memberi sokongan kepada isteri anda untuk menyusu), bakal nenek( blogger-emoticon.blogspot.comdiharap memahami bahawa zaman sekarang bukan seperti dahulu lagi, susu ibu adalah makanan yang lengkap kepada bayi - sila beri sokongan kepada anak dan menantu anda) dan juga para ibu yang sedang menyusu bayi dengan susu ibu (blogger-emoticon.blogspot.comTAHNIAH aku ucapkan kerana telah berjaya memberi makanan yang terbaik untuk bayi anda)...
antara sebab susu ibu berkurangan adalah:
a) blogger-emoticon.blogspot.comtekanan (stress la maksudnya tu...)- kekadang secara kita tak sedar yang kita tertekan (ini la agaknya yang dialami oleh aku) jadi untuk galakkan pengeluaran susu secara optimum mesti tenangkan fikiran.... cuba bayangkan percutian ke paris ke...hehehe ... then peluk bayi anda dengan penuh kasih sayang...
b) blogger-emoticon.blogspot.comkeletihan atau kurang tidur- nak jadi ibu ni bukan senang sebab kena bangun malam untuk menyusukan bayi / menenangkan bayi yang terjaga disebabkan oleh lampin basah... ini tak boleh dijadikan alasan, bila bayi tidur - ibu pun ikut tidur la supaya dapat rehat yang secukupnya... jangan bayi tidur ibu layan facebook pula...hehehe.
jangan lupa!!! bapa pun kena ambil kisah juga tolong la ibu untuk menukarkan lampin bayi anda...p/s: tak cukup tidur pun turut mengganggu sistem pencernaan (hm... bleh aku guna petua ni untuk cepat kurus... hehe kena tidur dengan banyak).
petua aku untuk elak susu kurang pada waktu malam, pukul 12 hingga 4 petang kena berehat. jangan lakukan apa2 kerja.
c)blogger-emoticon.blogspot.com kurang minum air - kena minum air sekurang-kurangnya 8gelas (termasuk 2 gelas susu p/s: untuk menyusu aku minum susu enfa mama- anak cepat pintar)
d) blogger-emoticon.blogspot.comkehamilan - untuk ibu yang hamil sebelum anak bercerai susu.
e)blogger-emoticon.blogspot.com pengambilan pil perancang - hehe sudah semestinya aku tidak tergolong dalam golongan ini...
ha... ni ada sikitla yang aku nak kongsi ...
tips untuk banyakkan air susu...blogger-emoticon.blogspot.com
- berurut dengan bidan.
- minum banyak air dan jus buah-buahan serta susu (2 gelas sehari)
- makan lebih banyak makanan protein.
- makan mengikut masa, jangan berdiet kerana akan menyebabkan toksin dirembeskan kedalam susu- bahaya untuk bayi- lobak putih dikikis kulitnya dan diparut kemudian dicampurkan dengan air suam. minum air lobak dua kali sehari.

- pucuk kaduk (anda semua kenal tak? daun ni ada kat kampung je... ) direbus dan dijadikan ulam.

-makan jantung pisang yang dah direbus sebagai ulam...


ni pula antara suplement yang aku tahu la...

a) pregnancy and breastfeeding gold by blackmores untuk perkembangan otak dan fizikal yang sihat (altenatif bagi mereka yang tak suka minum susu atau malas nak bancuh susu)


b) funegreek (bahasa melayunya halba la... yang digunakan untuk masak nasi dagang tu...), boleh didapati di GNC store.

c) habbatus sauda dari HPA

hehe... banyak lagi cara-caranya... tapi ini adalah amalan yang diamalkan oleh aku... simple je untuk tambah pengetahuan anda semua

blogger-emoticon.blogspot.com

Ceria di waktu pagi

malam tadi saya tak tidur langsung... huhu sebab duk explore macam mana nak wat blog... tapi hampeh juga tak dapat banyak info... nak kena tanya dengan jana ni...
MyEm0.Com
lepas solat barula tidur... tetibe terdengar la suara manja... bu...bu...bu... huhuhu tu bukan sesape tu anak kesayangan saya dah jaga... macam nak nangis pun ada... dengan agak berat bangun la juga... dah jadi mak orang ni kena banyak berkorban sikit... nampak je muka saya terus senyum... aduss!!! cair... kesian plak nak biar dia main
sorang2... pandai betul la khalis menggoda saya...MyEm0.Com
tetiba jadi hilang mengantuk... sampai sekarang tak tidur... tengok aksi dia... comelnya anak aku... (kata dalam hati)... kepala sakit dia plak asyik nak suruh agah dia... tergelak2 la dia pagi2 ni...

bila dah penat layan... saya bagi mainan kegemaran dia... soft toy bentuk kepala singa... ni memang khalis suka sangat2


tgk tu cara dia tenung toys tu... comel...comel... hm... pagi ni ceria dengan telatah dia... walaupun kepala memang sakit... tapi bila tgk dia memang hilang semua rasa penat..


p/s: inilah permata hatiku... muhammad khalis putra MyEm0.Com

Bahaya Air Suam

topik ni mungkin agak kurang menarik tetapi sangat2 penting untuk pengetahuan para ibu bapa, bakal ibu bapa, dan juga bakal datuk nenek (hehehe bleh bagi panduan kepada anak perempuan atau menantu yang bakal bersalin). berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.
"air suam tidak boleh diberikan kepada bayi yang berumur bawah 6 bulan"

ceritanya macam ni... ini bukan rekaan juga bukan dongeng tapi betul2 (muka tu mesti ikut gaya p.ramlee dalam bujang lapuk hehehe)...ok serius!!! saya baru tahu semasa bayi saya berumur 3 bulan (tapi alhamdulillah sebab saya tak pernah bagi air suam, bagi saya ini adalah info tambahan), saya pergi ke klinik seri indah, selayang baru untuk membuat pemeriksaan terhadap anak saya sebab pernafasannya berbunyi kuat pada waktu malam (act. benda ni biasa sebab lendir dalam rongga hidungnya belum lagi habis dikeluarkan oleh badan)
perkara pertama yang ditanya oleh doktor itu adalah: menyusu badan ke formula? saya jawab susu badan

soalan kedua: ada bagi air suam ke atau apa2 makanan? saya jawab tidak.
disusuli dengan soalan 'killer' KENAPA TAK BAGI AIR SUAM? saya pun dengan bangganya jawab: i nak susukan anak i secara eksklusif (ala2 bandar la cakap sebab doktor tu india) dia cakap BAGUS... ini adalah isi yang saya rumuskan.
air suam boleh menyebabkan kematian mengejut kepada bayi yang berumur 6 bulan kebawah (sambil doktor menunjukan satu artikel akhbarsebagai bukti) satu kajian dibuat terhadap 100 bayi dan 2% daripadanya meninggal dunia... kita selamat jika bayi kita bukan yang tergolong dalam 2% tersebut tetapi jika bayi kita tergolong daripada 2%?? ape yang akan berlaku? cara yang terbaik adalah susu ibu sebab susu ibu mengandungi semua nutrien yang lengkap untuk keperluan bayi 6 bulan kebawah.
kenapa ini terjadi? air mengandungi klorin, sistem pencernaan dan perkumuhan bayi tidak lagi matang, klorin boleh merencatkan proses kematangan sistem2 tersebut dan ini bahaya bayi. kita tidak boleh menyamakan era sekarang dengan era terdahulu... setiap kejadian berubah mengikut peredaran zaman. lagi pula air akan menyebabkan bakteria baik dalam perut bayi di bersihkan dan menyebabkan perut tiada perlindungan.
berbanding susu ibu yang mengandungi sel-sel hidup dan bakteria baik yang penting untuk mengelakkan cirit-birit. tahukah anda?? cirit-birit berpanjangan boleh menyebabkan kematian dikalangan bayi kerana badan bayi mengalami dihidrasi. sistem badan bayi di usia ini tidak boleh menerima sebarang minuman atau makanan selain daripada susu ibu...

p/s: saya diberi perundingan yang percuma selama 1 jam. terkejut saya apabila bertanyakan bil, dia cakap free...
ade lagi satu perkara aneh: seorang yang memegang ijazah phD boleh memberi nasihat kepada saya supaya memberi khalis air suam. bermakna pengetahuan tentang susu ibu masih cetek lagi dikalangan masyarakat kita.

Penyusuan susu ibu

"susu ibu adalah anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai harganya buat ibu dan anak"
(bayi mempunyai hak untuk mendapatkan susu ibunya, tetapi kebanyakan ibu tidak menghiraukan hak ini)


ini adalah intro untuk entri kali ni, saya nak bercerita tentang susu ibu... ini bukan rekaan kerana anak saya yang kini berumur 5 bulan masih lagi menyusu susu ibu secara eksklusif. target saya adalah akan menyusu secara eksklusif selama 6 bulan.
menyusu secara eksklusif adalah bermaksud bayi hanya diberi susu ibu selama 6 bulan tanpa memberi apa2 minuman atau makanan. sebagai bukti anak saya sihat ... alhamdulillah syukur kehadrat ilahi...dan apabila pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan, khalis (nama putera saya) akan menarik perhatian para misi kerana di klinik itu hanya saya yang menyusukan anak secara eksklusif. ramai yang merasakan susu ibu tidak cukup untuk bayi... bagi saya tanggapan itu salah kerana kita dapat mengandung dan melahirkan, kenapa tidak kita menyusukan??? tanya dalam diri apa yang kita perlu lakukan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu... mesti yang paling utama mahukan kesihatan anak.
dengan apa yang berlaku saya bertambah yakin dengan susu ibu kerana semasa saya mengandung saya banyak membaca buku dan artikel tentang kebaikan susu ibu (jadi saya pun plan la nak susukan khalis dengan susu ibu), khalis pula
memang sangat pintar (ini betul2 bukan tipu), umur 2.5 bulan khalis dah pandai menangis sambil memanggil bu...bu...bu( ini yang saya gelarkan diri untuk dia)
ini adalah keajaiban susu ibu... dan saya anggap ini adalah hadiah yang tidak ternilai untuk putera saya : muhammad khalis putra

p/s: bayi yang menyusukan susu ibu agak manja sikit... n sebagai ibu kita perlu bersabar kerana susu ibu cepat hadam jadi bayi cepat lapar. jadi bayi akan kerap menyusu... jadi sebagai ibu... kita layan...

Resipi untuk bayi

bayi saya dah nak masuk 6 bulan dan dah tiba masanya saya mencari menu2 untuk diberi makan padanya... tak sabar rasanya... lagipun kesian kat dia bile saya dan suami makan aje dia mesti macam telan air liur... saya dah banyak juga la kumpul resipi2. antaranya daripada majalah rasa dan pa&ma... ni saya nak kongsi... tapi ingat!!! resipi ini hanya sesuai untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas... bayi yang di bawah umur tersebut adalah dinasihatkan supaya diberi minum susu ibu...

BUBUR NASI KURMA
20g beras
1/4 cawan air suam
2 biji kurma (buang biji ya... sebab tak mungkin bijinya boleh dikisar)
air secukupnya

cara-caranya
masukkan beras kedalam periuk
rebus sehingga masak dan kembang
masukkan kurma dan biar seketika kemudian angkat
masukkan dalam pengisar
kisar sehingga halus
sedia untuk disuap pada bayi

p/s: nasihat daripada misi tempat saya selalu buat pemeriksaan anak
- makanan pejal adalah untuk umur 6 bulan ke atas sebab perut bayi yang berumur 6 bulan kebawah masih nipis
- bayi juga cenderung untuk mendapat obesiti jika diberi makanan pejal terlalu awal kerana sistem pencernaan masih tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mencernakan karbohidrat kompleks (seperti nasi,buah-buahan)
- apalagi dia nasihat ya... ha... untuk mengelakkan bayi mendapat sembelit ketika mencuba makanan pejal pertamanya. dinasihatkan menambahkan satu sudu besar minyak jagung kedalam makanan... sukatan yang disarankan adalah
5 sudu besar nasi bubur
1 sudu besar ikan atau ayam,
1 sudu besar sayuran
dan suapan kepada bayi hendaklah bersertakan dengan air
selepas makan hendaklah disuapkan dengan 2 sudu besar buah-buahan yang telah dikisar... ini info yang saya nak kongsi dalam entri ni nanti banyak lagi info2 pasal bayi yang saya nak kongsi.

[10/06/2010] Apa yang awak nak?

Kalau ada orang yang terbaca entri saya ni... mesti orang akan ingat saya nak buruk2kan suami kan? tapi sebenarnya tak.. hati saya perlukan tempat untuk meluahkan perasaan... sebab perasaan sentiasa terbuku dihati... mahu jadi gila saya! jadi aku kena cari alternatif lain... ya la kan, kalau nak cerita kat orang, lama2 mesti orang pun dah jelakkan? pagi ni air mata saya menitis lagi... Sebagai seorang suami awak memang tak bijak, kenapa tak sama macam dulu... semua yang nak buat , nak beli semua nak keputusan daripada saya... tapi bile saya cakap semua tak kena... dan bila tak kena... awak akan herdik saya... kenapa??? sepatutnya sebagai seorang suami yang dah jadi bapak orang pun awak kena bijak! tapi! masih lagi bersikap budak2...

Takkan awak tak paham, mak saya sakit sekarang ni... dah la tak balik jenguk tu pun dah satu hal... bila tengok saya termenung awak nak marah2... apa sebabnya... saya ni tak de tempat bergantung... itu tak kena ini tak kena...sepatutnya awak paham isi hati saya sebagai sebagai seorang perempuan... jiwa perempuan sangat sensitif , sangat halus...

pasal makan pun macam berkira... saya minta tolong belikan majalah pa&ma pun awak berkira... ingat satu janji allah! jika kamu kedekut dengan anak2 dan isteri makan allah akan sempitkan lagi rezeki mu... sebab bila dah kahwin, rezeki yang awak cari adalah untuk anak dan isteri
 
Copyright © Whitey Mommy™