Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Panduan Mudah Bersalin [Part 1]

Panduan ni saya taip khas untuk Mommy Pinky... yang kini dah masuk trimester ke-3... kira dah menghitung hari untuk bersalin... semoga Ibu selamat dan anak selamat dilahirkan... amin... Ya allah... kuatkanlah semangat sahabat ku ini... untuk melahirkan hambamu ke dunia ini amin...

Panduan ini sesuai dibaca oleh semua orang... tak kira la anda muda ke, anda tua ke, anda perempuan ke atau anda lelaki ke... sebab semua orang akan berada dalam situasi ini... setiap perempuan akan melahirkan bayi dan setiap lelaki akan menemani isteri semasa melahirkan bayi...

Persediaan untuk menghadapi pelahiran tanpa komplikasi perlu dilakukan bermula beberapa bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Anda harus memperuntukkan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari anda bersalin. (jana! banyak membaca pasal komplikasi2 semasa bersalin... ). Ini adalah bagi mengelakkan tekanan yang tidak dijangka dan mengurangkan risiko komplikasi...

Dibawah adalah tips yang boleh diamalkan supaya mudah bersalin... InsyaAllah...
Lakukan Urutan Perineal
Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini diantara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke-34 kehamilan.

Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun (minyak zaitun asli ya... bukan yang dijual dipasar raya tu... tapi yang biasanya dijual dalam balang kaca) namun elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum.

Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyakan semasa meneran.
Sebelum melakukan urutan ini, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu.

Pastikan jari anda benar2 bersih sebelum melakukan rutin urutan ini...
Teman Yang Kuat Semangat
Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Anda juga boleh meminta ibu atau ahli keluarga lain untuk menemani anda selain daripada suami. Jadi ada baiknya anda tetapkan sekarang siapa yang bakal menemani anda dalam bilik bersalin nanti. Tidak salah jika anda menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan sebagainya...
Keadaan Selesa
Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada didalam keadaan selesa. Namun, cetek pengetahuan dan mudah tergopoh-gapah menjadikan proses kelahiran memakan masa yang lama.

Tambahan pula, sikap ini dapat menghindarkan anda daripada perlu menerima apa2 jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.

Jadi cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali, itu petanda anda perlu segera ke hospital (atau yang sebaiknya berada terus dihospital lebih awal jika merasa kontraksi selang 10-20minit bagi mereka yang melahirkan anak pertama) kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.
Pergunakan Graviti

Sentiasa bergerak dengan berjalan2 dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.

Keadaan ini membantu bayi anda masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh itu, anda tidak disarankan dengan hanya berbaring di atas katil... tetapi harus berjalan2 disekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani oleh suami untuk memudahkan bayi 'turun' dan mempercepatkan proses pelahiran...
Tidur Mencukupi
Lazimnya di minggu2 akhir kehamilan, anda akan agak sukar untuk tidur. Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin.

Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti...

Kredit kepada : Majalah Pa&Ma Julai 2010

Whitey note: Nanti bersambung [Part 2] ya... Khalis asyik tak duk diam tangan nak tekan laptop...

Tangan Comel Khalis

Kekadang rasa macam tak bersedia lagi nak hadapi Khalis membesar... rasa macam nak sentiasa kecik... boleh kah? Hukum alam, yang kecik pasti akan besar dan yang muda pasti akan tua... itu memang kita tidak boleh ubah... begitu cepat masa berlalu... =) rasa macam baru semalam Khalis dilahirkan... hari ni dah besar... akal pun dah panjang... dalam masa sehari... perangainya boleh berubah...kekadang tak sempat lagi nak tengok keletah itu dah berubah dengan keletah baru... =) tapi sebagai ibu siapa yang tak nak anak dia bijak kan? Saya sentiasa mendoakan Khalis akan menjadi anak yang bijak, Soleh dan baik... Amin...

Sekarang ni Khalis dah pandai macam2... yang paling ketara... tengok gambar kat bawah...
tangan comel dia dah pandai pegang mouse... kalau saya riba dia sambil berblogwalking... sibuk la dengan tangan dia sekali nak pegang mouse... =) saya sebenarnya terkejut tengok dia pegang mouse ... ini kali pertama tau... nasib baik sempat snap walaupun tak banyak... saya sempat kata "Ya Allah...anak ibu... pandainya pegang..." ada stail gitu...
walaupun mouse tu macam tak cukup tangan dia... tapi masih lagi nak cuba...yang kelakarnya... dia tolak mouse tu ke atas ke bawah... macam yang saya buat bila tengah berblogging... rupanya dia perhati apa yang saya buat... lepas tu praktikkan... hebat... inilah yang dikatakan baby zaman sekarang cepat belajar... semuanya segera dan maju...jadi kita sebagai ibu bapa tak boleh nak bersikap bukan2 didepan anak2 kerana anak2 akan senang mengikut setiap tingkahlaku kita... (erk! saya bersalah ke berblogging depan anak?) hehe sekarang ni 3 butang laptop saya dah tercabut (Shift.Ctrl.no 5) sebab kena tarik dan ketuk oleh si kecil ni...masa saya buat kisah ni baru satu butang tercabut... tapi sayangkan anak... laptop rosak pun tak pe... bagi saya barang boleh dicari... tapi ... anak? hm... lagipun baby lagi... bila dia dah mengerti barula boleh ajar perlahan2...yang itu boleh yang ini tak boleh... kalau saya ajar sekarang pun faham ke dia?
Bila saya alih je mouse tu dari dia... tengok tu... dah mengamuk... ades... tangannya dah kibas2 nak tunjuk protes... tunjuk betapa marahnya dia... mulutnya tak leh nak cakap la bisingnya...=) Khalis...Khalis...
Saya pun cabutla mouse tu dari laptop bagi dia...terus diam...tapi lepas tu dia pandai pulak nak ambil kertas yang saya alas mouse... dia letak bawah mouse...dan gerakkan mouse tu...pandai sungguh tengok dia... semuanya dia ikut apa yang saya buat... memang gelak sakan saya hari tu... =')
=p last2 ini lah tempat dia... dan itulah permainan yang sepatutnya dia main...=)

Whitey Note: anak ibu dah semakin membesar... bijak dan pintar...=)

Jenis Bayaran Dalam Nuffnang

Minta Maaf jika tajuk entri ni tak sesuai dengan entri... sebab saya pun tersangat2 baru dalam blogging... dan juga dengan Mr.Nuffnang... Saya buat entri ini untuk sis Cylia supaya dia lagi faham dengan bayaran dalam nuffnang... bukan nak menunjuk tapi sekadar untuk berkongsi seciput pengetahuan yang ada... Pengetahuan ini semua daripada Kak Tash... (terima kasih akak... sampai sekarang pun sha masih lagi menggunakan tips2 akak..=)

yang warna merah2 tu saya highlightkan sebab malu dengan income yang sangatlah ciputnya =p
ok! lets start...

Buffered Earning
Merupakan iklan yang diberi oleh pihak nuffnang kepada blog kita... biasanya iklan ini akan 24jam berada di blog kita...
macam mana nak tahu kita dapat buffered ke tak... pergi check akaun nuffnang, kalau ada kolum buffered macam gambarajah diatas tu.. maknanya anda telah mendapat buffered... tahniah...
Income yang diperolehi adalah berdasarkan traffic kita... traffic yang tinggi akan menghasilkan income yang tinggi juga..=) Walaupun teman blogger tidak klik pada iklan tapi kita tetap akan mendapat income... tapi jika mereka klik pada iklan... kita akan mendapat bonus untuk klik yang dilakukan itu...
Alhamdulillah... dengan mengikut cara Kak Tash... saya berjaya mendapatkan buffered... selepas 2 minggu berblogwalking dengan bersungguh2...=) orang kata biasanya nak dapat buffered ni ambil masa 2 bulan... apapun... sangat2 berterima kasih dengan Kak Tash dan Nuffnang...
Terima kasih juga kepada teman2 saya yang sudi singgah ke blog ini dan sekaligus meningkatkan traffic blog saya...=)

Metered Earning
Merupakan Buffered yang sudah tamat promosinya... dan apabila Buffered turun ke bahagian Metered ni... maknanya anda telah mendapat income hasil anda berusaha keras berblogwalking untuk mendapatkan traffic... tahniah kepada siapa yang dapat...

Campaigns
Ini adalah iklan biasa yang terdapat pada blog... dan kita hanya akan dapat income daripada sini apabila teman2 bloggers klik pada iklan yang ada pada blog kita... (terima kasih kepada semua yang pernah klik iklan yang ada kat blog saya... jasa baik anda sangat dihargai...=)

Whitey Note: Saya rasa itu sahaja yang saya dapat kongsi.. hehe minta maaf ya kalau apa yang saya takrifkan itu salah... tapi saya menaip berdasarkan apa yang saya paham... terima kasih sudi membaca ya... =)

Membedung Bayi

Mula2 inter frame gambar Khalis... masa ni umur dia baru 7 hari... memang suka sangat tidur... baby memang gitukan? Dulu kalau dia tidur mesti rasa macam boring sangat... dalam hati pun berdetik... "bila la Khalis ni nak bangun..." tapi sekarang ... Khalis dah tak banyak tidur... selalu pulak saya katakan pada dia "Khalis... bila la sayang nak tidur ni"... =p macam kelakar pulak kan...

Cakap pasal bedung (teknik membungkus bayi dengan menggunakan kain yang lebar dan agak luas)... Seminggu sebelum saya bersalin... saya berjumpa dengan seorang doktor pakar pediatrik... dia pesan pada saya... " bayi you jangan dibedung ya... sebab saya pernah ada kes tentang seorang bayi yang salah dibedung, struktur kakinya lari... menyebabkan kakinya tidak sempurna seperti bayi normal.... sedangkan bayi itu pada asalnya normal... sangat kesian... sebenarnya membedung itu bagus... tapi disebabkan tersalah cara atau mungkin bayi dibedung terlalu ketat... menyebabkan kesan seperti itu"

Pada mulanya saya memang takut... tambah pulak... sayakan ibu muda (eceh!) apa yang patut saya buat? sebab saya pernah terbaca yang bayi perlu dibedung bagi mengelakkan sentiasa terkejut2 dan adanya boleh menyebabkan kematian secara mengejut... Sememangnya Allah S.W.T itu maha kuasa... dan Maha pemurah... Dia memberi saya petunjuk... semasa saya jalan2 untuk membeli baju baby... tetiba terpandang Kain Bedung (brand Kiko) yang hanya perlu diketatkan bahagian badan sahaja... bahagian kaki nya longgar... saya pun beli.. =) Alhamdulillah itulah yang saya guna...sebenarnya kalau orang kata bedung bayi untuk luruskan kaki sebenarnya salah... kaki bayi yang baru lahir memang akan membengkok sedikit... dan ia akan menjadi lurus selari dengan peningkatan umurnya... Saya bedung Khalis sehingga umur dia Sebulan sahaja... lepas tu... setiap kali bedung mesti muka dia merah2 nak keluar dari kain bedung... =) dia akan usahakan sampai bedung tu terlerai dari badan dia... Lepas tengok dia tak selesa... saya terus tak bedung dia... kecuali kalau hari sejuk ataupun apabila baru lepas mandi...

Lazimnya membedung bayi sememangnya amat disarankan kepada bayi yang baru lahir kerana ia bagaikan pelukan hangat seperti semasa masih berada dalam rahim ibu. Membedung akan membuatkan bayi berasa tenang dan selesa selain memudahkan ia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya selepas dilahirkan...
Kebaikan membedung bayi
  1. Untuk Menghangatkan tubuh bayi
  2. Membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu persekitarannya selepas keluar daripada rahim ibu.
  3. Menahan refleksi gerakan tangan untuk kakinya yang selalu membuatnya terkejut dan terbangun daripada tidurnya. Membedung akan mengurangkan gerakan refleksi tersebut dan membuatkan tidur bayi lebih tenang.
  4. Memudahkan bayi untuk didukung, didodoikan dan disusukan.
  5. Membuat bayi lebih mudah untuk ditenangkan apabila dia mual meragam. Apabila dibedung, bayi akan berasa tenang dan mudah mengantuk, lalu tidur.
Sebaiknya jangan membedung bayi terlalu lama, cukuplah sekadar satu bulan pertama. Ini kerana apabila bayi semakin membesar, ia akan mula banyak bergerak. Membedungnya hanya akan membatasi pergerakan motoriknya yang sedang berkembang dan boleh membuat bayi bertambah meragam kerana sudah mula merasa tidak selesa apabila dibedung.
Perhatikan tingkah laku berikut sebelum membedung bayi :
  1. Cuaca yang terlalu panas => ini akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dibedung kerana tubuhnya terasa bahang dan tidak mendapat udara. Jika begini, sebaiknya jangan bedung bayi sehingga cuaca panas mula berkurangan.
  2. Perhatikan keinginan bayi => Sesetengah bayi tidak suka dibedung dan akan meragam apabila dibedung. Jika bayi lebih tenang dan selesa apabila tidak dibedung, tidak perlulah anda membedungnya.
  3. Peka dengan lampinnya => Bayi yang baru lahir kerap membuang air, lampin yang basah akan menganggu keselesaan bayi
  4. Berhati-hati dan sentiasa perhatikan bayi anda => Adakalanya kerana pergerakan bayi yang lincah, kain bedung mungkin boleh menutupi wajahnya atau terkena pada wajahnya yang membuat bayi berasa tidak selesa atau lemas.
Whitey Note: Bagi saya... sebagai ibu muda... yang paling penting adalah banyak membaca dan bertanya tentang penjagaan dan kesihatan bayi... dari segi membedung, anda perlu belajar teknik yang betul supaya tidak memudaratkan bayi... My mother in Law pernah cakap tau "Pandai dia jaga anak, macam dah pernah ada anak, padahal baru je...ada anak..." masa tu bangga la juga...

Terima kasih kepada yang sudi membaca enti yang panjang ini... =)

Zaman Kecilku dan Buah Liar

Hari ni saya tak sihat... demam... sakit tekak... batuk... tapi gagahkan diri juga nak buat entri dan blogwalking... pagi ahad macam ni mesti semua teman2 saya sedang nyenyak tidur...

Kenangan zaman saya kecik2 dahulu terlalu banyak dan terlalu indah... jadi saya taip entri ini adalah untuk kenangan saya di hari tua... mana la tahu kalau lupa... boleh juga buka blog...baca2... Insyaallah jika ditakdirkan Allah S.W.T yang umur saya panjang... sempat la untuk membaca semula kisah2 ini...

Saya membesar di Kelantan... jadi majoriti penduduk negeri ini adalah orang kampung... sudah tentulah saya dibesarkan dengan gaya hidup kampung... Jadi bila tinggal kat kampung, memang tak kan lari daripada bermain2 dalam semak, main2 di tepi sungai, main2 kat sawah... wah! indah sekali kenangan itu... tak payah fikirkan masalah dan hidup sentiasa Happy... Kalau masa kecik2 dulu saya seorang kanak2 yang jarang menangis... tapi bila dewasa ...saya selalu menangis... kenapa ya? =p dah jadi emosional pulak ayat itu...

ok! continue to the story... actually saya nak cerita tentang buah-buah liar yang menjadi kegemaran saya semasa zaman saya kecik2 dahulu... tak tahula... buah-buahan ini anda pernah makan ke tak... biasanya buah-buahan ini banyak ada kat kampung2 di Kelantan... negeri lain saya tak tahu... biasanya akan tumbuh liar di dalam semak2, tepi sawah, dan tepi sungai...

Gambar buah kat atas ni... namanya buah Keranji... anda pernah makan tak? isinya rasa masam manis... isinya warna oren, kulitnya sangat rapuh...dan sangat mudah dibuka, dengan cuma tekan je kulitnya terus dapat makan isi...saya suka... ingat tak pantun "Sorong papan tarik papan, Buah Keranji dalam perahu, Suruh makan saya makan, suruh mengaji saya tak tahu" hehe pernah juga mak saya beli buah ni kat pasar... tapi kalau kat dalam hutan punya lagi sedap...

Yang ni pulak... Buah jambu batu... yang ni the best... kalau sebut pasal jambu batu warna pink ni, memang banyak sangat kenangan saya...saya pernah buat entri tentang memori saya panjat pokok... buah jambu ni sedap... berbeza sangat dengan jambu2 yang dijual di kedai2 buah... manis.... dan memang menjadi kegemaran saya masa kecik2 dulu... hehe pokok jambu ni ada kat tepi sawah... dan bawah pokok ni la tempat saya lepak2 dengan che Yuyu...dah lapar.. makan buah jambu..=p

Ha... yang ni pulak buah berangan... sekarang ni buah berangan ni ada juga dijual kat Shopping complex... tapi harganya memang mahal la... hehe kalau beli RM 5 tu dapat makan sikit je... kekadang tu... tak cukup walaupun beli RM10... tapi buah berangan tu bukan malaysia punya.. yang tu import dari Jepun... (agaknya buah ni berasal dari Jepun kot... Jepun kan pernah jajah Kelantan dulu... mungkin biji benihnya tertanam di Kelantan...=) masa saya kecik2 dulu... buah ni biasanya banyak terdapat di kebun2 getah... nenek saya kan penoreh getah... jadi hari2 dia bawa balik buah berangan... nenek saya akan goreng tanpa minyak... dan kami makan... pergh! sedap dan 'Bangin" je rasanya...

hehe ini buah yang sangat special! kenapa? sebab buah ni sangat sedap!!! dan jarang2 berbuah... tapi kalau berbuah memang banyak... saya yakin anda semua memang tak pernah makan kan? buah ni namanya buah Kemunting... isinya sangat2 manis.. walaupun kecik... biasanya... saya dengan Che Yuyu akan pergi cari buah ni kat semak2 kat tepi Sungai... kalau dapat banyak... biasanya kami bawa balik n buat jem... memang sedap... kalau sekarang rasa macam blueberry la... hehe tapi ini versi kampung punya... kalau time musim banjir dah nak habis... hujan pun turun renyai2... masa tu lah kami pergi cari... memang adventure... ya la budak2 kecik main tepi sungai... hehe tapi kami berdua ni memang berani...(bestnya zaman kanak2...)

i think it's the end of my story... sebenarnya banyak lagi buah2 lain... tapi yang 4 ini adalah yang paling saya suka.... terima kasih kerana sudi membaca... =( peningnya kepala tapi kena gagahkan diri juga untuk buat Blogwalking...

Pemakanan Untuk Ibu Hamil

Dah lama saya tak kongsi tips untuk ibu hamil... =) sekarang ni macam malas nak update blog... tapi... kena update juga sebelum ditumbuhi sesawang. so, entri kali ini adalah tentang pemakanan untuk ibu hamil... Makanan yang berkhasiat penting semasa hamil. kenapa? sebab organ2 penting bayi terbentuk semasa dalam kandungan... jadi kalau anda nak anak yang sihat, bijak dan cemerlang...sebenarnya kena menjaga pemakanan bayi semasa mereka masih berada dalam kandungan lagi...

Semasa saya hamil... saya pun tak jaga 100% bab pemakanan saya... tapi alhamdulillah saya cuba juga untuk mendapatkan makanan yang sihat... macam asam2 saya memang tak makan.. tapi cekedis makan juga bila teringin sangat... dan saya paling banyak dan suka makan buah-buahan dan minum susu...

ibu yang hamil perlu makan sekurang2nya 3 kali sehari dan hidangan yang diambil haruslah mengandungi gizi yang diperlukan seperti lauk-pauk, sayur, buah dan susu... ini kerana makanan diperlukan untuk pertumbuhan janin yang sihat serta untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi...

Untuk menggalakkan selera ibu hamil (bagi yang kurang selera makan saya tak termasuklah... sebab semua pun saya tibai...), cara memasak haruslah dipelbagaikan... dan bahan2 makanan yang dibeli harus dipastikan segar serta terjamin kebersihannya...

Tips dibawah ini adalah antara amalan yang perlu diberi perhatian oleh ibu2 yang hamil...
  1. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan terutama jika anda menghadapi masalah pembengkakan yang ketara terutama di bahagian kaki.
  2. Elakkan makanan yang mentah atau separuh masak kerana bayi berisiko mendapat jangkitan parasit yang boleh membahayakan bayi dan juga ibu... *saya pernah terbaca tentang telur separuh masak pun tak boleh makan - jadi saya memang tak makanla masa saya pregnant. sebab telur ada bakteria salmonella yang sangat bahaya (biasanya ada pada tahi ayam )
  3. Pastikan anda membasuh bahan makanan seperti sayur dan buah sebersih-bersihnya bagi mengelakkan kuman.
  4. Elakkan ikan lautan yang bersaiz besar seperti tuna, yu dan sebagainya kerana kandungan merkurinya sangat tinggi boleh merosakkan urat saraf dan memberi kesan yang buruk kepada bayi.
  5. Elakkan minum susu segar yang tidak dimasak termasuk juga keju lembut kerana berisiko terhadap jangkitan bakteria yang boleh menjangkiti janin.
  6. Bagi mencegah masalah kekurangan darah semasa hamil, banyakkan mengambil makanan yang mempunyai sumber zat besi seperti sayuran hijau, tempe, tauhu, telur, daging dan kekacang.
  7. Untuk membantu mencegah masalah gigi dan tulang yang rapuh, banyakkan memakan makanan seperti kekacang, telur, ikan dan sayuran hijau.
  8. Kenali gejala anemia semasa hamil iaitu pucat, pening, lemah dan penglihatan tetiba kabur untuk memudahkan anda mendapatkan rawatan segera.
  9. Makanlah beraneka jenis makanan dalam jumlah yang cukup dan diperlukan oleh badan.
  10. Apabila anda menghadapi masalah tiada selera makan, atasi dengan mengambil buah-buahan segar.
  11. Hindari rasa berpantang terhadap sesuatu jenis makanan, hanya kerana anda takut gemuk kerana ia hanya akan merugikan anda.
  12. Hindari perkara2 yang boleh menjejaskan keselamatan ibu dan bayi seperti pengambilan minuman beralkohol.
Tips yang perlu diketahui untuk membeli makanan.
  1. Makanan basah seperti ikan, ayam, daging yang dibeli hendaklah dipastikan kebersihannya terjamin.
  2. Sewaktu membeli sayur-sayuran atau buah-buahan , pastikan ia segar dan tidak dimakan ulat.
  3. Jika membeli makanan yang dibungkus atau didalam tin, baca label makanan yang tercatat. Pastikan kandungan nutrisinya tidak merbahaya dan tarikh luputnya belum tamat. Pastikan keadaaan tinnya tidak bocor tercemar atau kemek.
  4. Pastikan makanan tersebut HALAL kerana ia akan menjadi darah daging anda dan bayi.
  5. Makanan yang dipilih hendaklah mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk anda dan bayi.

Fadhilat Menamakan Anak 'Muhammad'

Dipagi Jumaat yang sangat2 mulia ini saya nak kongsi satu artikel yang sangat menarik... dan mula2 saya membaca artikel ini di blog sha, saya menitiskan airmata gembira, sedih dan pilu... Subahanallah... Sungguh saya kata... artikel ini sangat menyentuh jiwa saya sebagai seorang ibu... Lalu saya meminta izin sha untuk ambil artikel ini...Terima kasih sha...=) Hayatilah semoga artikel ini menjadi manfaat untuk anda semua...

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi
anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad ( mudah-mudahan menggalakkan
orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar,
lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga
maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak untuk
masuk syurga?
Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklahkedua-dua kamu
ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang
namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari
Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang
namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung
kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang
berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat
kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah
bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama
Muhammad"

Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : "Tidak ada
suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang
namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua
kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi
saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung
dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu
Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika
ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah
Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad
maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam
sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

Whitey Note: Begitu besarnya cinta Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W sehingga sesiapa yang mempunyai nama seperti Baginda pun akan diangkat darjatnya... Subahanallah
Hati saya menjadi sayu kerana nama Khalis bermula dengan Muhammad (Khalis Putra) . Saya senantiasa mendoakan dia akan menjadi anak yang soleh dan baik... dan semoga dia akan tinggal di Syurga Allah di Akhirat kelak... Semoga anak ibu bahagia di dunia dan juga di akhirat... amin...

Selamat Hari Bapa

Saya rasa inilah kali pertama saya ucapkan 'selamat hari bapa'. Sebab selama ni saya dibesarkan dengan tidak berbapa (malas nak cerita nanti sedih).
Jadi tak tahu nak wish kat siapa... ucapan yang pertama kali ini saya tujukan kepada
My Hubby... Encik Zamzulmeme Muhamad...
(saya harap tak terlambat lagi untuk wish walaupun hari bapa dah lepas kan?)
ini adalah tahun pertama beliau bergelar seorang bapa dan tahun kedua bergelar seorang suami...
saya berdoa semoga akan menjadi suami dan baba yang baik, penyayang, penyabar, dan paling penting Soleh...

actually already wish in personally

eh! takkan tak de gambar kan? eh...
mesti ada...
mula2 inter frame gambar ni...

Gambar ni masa kami masih berdua-duaan ya...
dan saya pun tengah berbadan dua... (6 bulan pregnantkan Khalis)
mengidam nak makan Marrybrown dan Chicken Rice Shop
jadi pergi Jusco Kepong untuk makan dua2 jenis makanan itu...
percaya tak?
saya makan 2 meals... Chicken rice dan Nasi Lemak Marrybrown
ehe... masa ni berat badan ...81kg.. phew! memang setiap kali jumpa nurse pun mesti kena bagi amaran supaya makan makanan yang berkhasiat...tapi saya memang makan makanan yang berkhasiat pun... cuma dalam kuantiti yang kurang berkhasiat =p.opps! ini adalah gambar terbaru... Kami dah bertiga....
masa ni kami pergi makan Pizza Hut
... hehe malunya... siapalah yang gumuks tengah dukung Khalis tu...
(sama tak macam gambar kat header? sila kata sama ya =p)
berat badan dah turun 61kg dah tapi masih tak nampak slim dan manis macam masa anak dara...
adui... kena work hard lagi ni...
tapi disebabkan masih breastfeeding jadi saya rasa tak baik untuk berdiet
(saya terbaca kat forum mana pun saya dah lupa,
jika ibu breastfeed berdiet susu akan jadi toxic... hilang terus niat untuk kuruskan badan buat masa ni...=)

tajuk hari bapa tapi dah pergi ke penyusuan baby pulak...
itu tandanya mata dah mengantuk...

Terima kasih kerana sudi membaca...


Jadual Pemakanan Bayi [Part 1]

[Perhatian!!!...Entri ini sangat panjang... ]
ades! macam mana nak buat entri... serius! tak de mood nak taip... otak jadi macam beku je nak cari ayat yang terbaik untuk dipersembahkan kepada kawan2... saya cuba ya... kalau ada ayat tunggang langgang tu minta maaf...ok! mula2 inter frame gambar Khalis dulu..
bagi ada semangat sikit... eceh!

Gambar Khalis sebenarnya banyak saya snap... nak letak kat blog tapi saya tak tahu tajuk apa yang sesuai nak cerita tentang dia... jadi... saya letak gambar dia sebagai hiasan je ya...

Semalam saya ada post entri tentang saya dapat pamplet dari MeadJohnson. Saya dah janji nak cerita apa ada dalam pamplet tu kan?disebabkan gambar2nya saya tak boleh zoom sehingga nampak seketul2 hurufnya...
pamplet ni dalam english... tapi saya translatekan ke bahasa melayu... minta maaf ya kalau ada yang tak betul saya translate...sebab saya tak pandai sangat english =p...

Setiap ibu2 mesti nak yang terbaik untuk anak2 mereka... dalam proses pembesaran... apa yang paling penting adalah pemakanan mereka... kita mesti nak pastikan mereka mendapat nutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang baik dan cemerlang.... Saya memang buntu masa mula2 nak bagi makanan pada Khalis... nak bagi berapa banyak... nak bagi makan apa... cara yang terbaik untuk ibu muda yang tiada pengalaman ni... adalah seacrh mr.Google cari maklumat... tapi untuk mendapat maklumat yang spesifik dan lengkap seperti yang kita nak memang susahkan? Jadi saya harap entri saya ni dapat membantu... walaupun tak lengkap tapi secara overallnya boleh dipratikkan...

Umur yang disarankan untuk bayi diberi makanan pejal adalah semasa 6 bulan...kerana pada masa ini organ2 pencernaan mereka sudah matang untuk memproseskan makanan... Jika kita memberi bayi makan sebelum umur 6 bulan... bimbang, apabila mereka besar nanti akan berlaku banyak komplikasi kesihatan kesan daripada organ mereka yang terpaksa bekerja dalam keadaan yang masih belum matang lagi...

Jadual Pemakanan Bayi untuk umur 6-7 Bulan
Tips Pemakanan :
  1. Perkenalkan satu jenis makanan dalam kuantiti yang sedikit, sekali sehari selama 4 hari kepada bayi, supaya bayi biasa dengan rasanya.
  2. Mulakan dengan 1tbsp untuk 3 hari pertama, kemudian tambah secara berperingkat : 1tbsp setiap 2-3 hari. Makanan perlu disediakan mengikut kekerapan hidangan
  3. Elakkan memberi makanan yang terlalu manis atau masin kepada bayi.
  4. Penambahan garam atau gula kedalam makanan bayi sebenarnya tidak perlu sama sekali.
  5. Elakkan memberi bayi telur putih sehingga dia berumur setahun.
  6. Berikan bayi makan sayur2an supaya dia akan suka makan sayur apabila besar nanti...
Jadual Pemakanan Bayi untuk umur 8-9 Bulan
Tips Pemakanan:
  1. Tambahkan biskut, roti bakar, ataupun roti sebagai snek.
  2. Elakkan memberi bayi makan makanan yang berminyak, goreng, ataupun pedas.
  3. Lebih berhati2 dengan makanan yang boleh menyebabkan bayi anda tercekik seperti gula2, kacang, sayuran mentah dan sebagainya.
  4. Berikan 100% jus buah asli (buat sendir) yang dicairkan mengikut 1:1 (jika secawan jus maka perlu ditambahkan dengan secawan air) bukan yang ditambah pemanis ataupun kordial.
  5. Tambahkan "baby yogurt" guna 'cheese yogurt'
  6. Minyak dan gula tidak membekalkan lemak dan kalori yang diperlukan oleh bayi.
Jadual Pemakanan Bayi untuk umur 10-12 Bulan
Tips Pemakanan:
  1. Cuba berikan kepada bayi produk alternatif untuk bijirin seperti tosai dan putumayam
  2. Tambahkan bijirin kosong dan 'unsalted' biskut.
  3. Latih bayi anda untuk makan sendiri.
  4. Berikan bayi anda makanan yang bersaiz kecil yang dipotong dalam bentuk kepingan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti.
Jadual Pemakanan Bayi untuk umur 12 Bulan keatas
Tips Pemakanan:
  1. Cadangkan kepada bayi sayur yang dimasak dan dilecek seperti mashed potato.
  2. Tambahkankepingan kecil daging tanpa lemak yang dimasak sehingga lembut.
  3. Hidangkan makanan yang berwarna warni, pelbagai bentuk, saiz dan tekstur untuk merangsang selera anak anda.
  4. Hiaskan makanan bayi dengan menyusun sayur-sayuran dengan kreatif diatas pinggan.
  5. Perkenalkan bayi anda kepada makanan keluarga secara berperingkat.
ok! itu saja untuk entri ini... akan bersambung [Part 2 ] nanti... harap maklumat ini akan memberi manfaat kepada anda semua... terima kasih kerana sudi membaca...

Perihal Susu Enfamama

Dah lama juga tak share pasal info baby dan ibu hamil kan? ni dah mula balik ni... ada 2 entri tengah queue untuk ditaip...(hehe maknanya tak taip lagi... tak sempat nak taip dengan Khalis sekarang dah kuat merajuk...kalau tak endah sikit kat dia, dah pandai tarik muka... tak nak pandang bila kita panggil...) anda semua masa hamil minum susu apa? hehe saya minum Enfamama itu pun cousin my hubby yang suggest... sebab dia kata bagus... saya kan baru 1st time pregnant... jadi ikutkan saja apa yang disarankan... janji susu ... tak kisah.. tapi saya ni memang malas sikit nak membancuh susu.. kekadang terus beli susu Dutch Lady dalam botol... habis cerita...

Saya cadangkan... susu ibu pun patut dibotolkan atau dipekkan secara instant... senang untuk orang yang malas seperti saya =p. Saya banyak membaca testimonial daripada ibu2 yang memilih susu Enfa untuk anak mereka. Mereka kata ada perbezaan dengan anak2 yang ambil susu lain... anak cepat pintar... anak petah bercakap...dan yang paling penting anak sihat dan hebat... =) saya boleh buktikan ini memang terjadi kepada Khalis... baru 3 bulan pun dah pandai sebut ibu! dengan lancar... baba pulak dia dah pandai panggil masa umur dia 5 bulan... hebat!!!

Bulan lepas saya dapat pamplet daripada Mead Johnson.. walaupun pampletnya hanya sehelai kertas yang dilipat2... tapi banyak memberi ilmu kepada saya... sebab masa tu saya tengah buntu nak bagi makanan apa pada Khalis dan berapa kali sehari... dalam kebuntuan rupanya Allah berikan cara ini untuk menolong saya...inilah gambar pamplet tu... anda semua mesti nak tahu apa isinya kan? Jangan risau saya akan keluarkan satu entri khas untuk ini... tunggu... hehe ngada la pulak rasanya. Pampletnya memang cantik... nak amik gambar page by page tak boleh nak fokus... sebab saya guna camera phone je... memang almost setiap bulan MeadJohnson akan hantar pamplet kepada Ahli Enfamama Club (saya jadi ahlinya =) ) tentang baby, susu dan ibu mengandung... dan semua maklumat tu memang bagus2...kalau nak dapat maklumat lanjut.. sila lah layari laman webnya...

Satu lagi saya suka dengan product Enfa ni sebab mereka menggalakkan penyusuan ibu selama 2 tahun... Kalau kita tengok gambar diatas, product susu untuk bayi/kanak2 sampai 2 tahun tidak ada... yang saya paling suka, setiap bulan bila mereka hantar pamplet... mereka akan call kita untuk pastikan pamplet itu sampai... pernah sekali pamplet tak sampai... dan mereka resend balik kepada saya... memang disitu pun saya rasa sangat dihargai as a Customer...thumbs up! Operatornya pun sangat peramah... dia pernah tanya saya "sekarang baby minum susu apa" saya jawab " saya masih lagi susukan dengan susu ibu" dia cakap "good!!!" masa tu kembang semangkuk la saya.. =p ... Panjang lagi la sembang2 benda lain... tanya nama anak, tanya masih minum susu untuk ibu hamil dan menyusu, dan segala2nyalah! =) saya masih lagi minum susu untuk ibu menyusu tu... satu lagi... susu ini juga saya rasa macam menggalakkan proses penghasilan susu... kalau saya skip minum mesti penghasilan susu agak kurang... tapi kalau minum memang terasa perbezaannya...

ok! itu sajalah saya nak share ek... Khalis dah tak senang duduk... broadband pun dia nak cabut ni... hehe bakul bedak dah tunggang langgang dibuatnya.. siap 1 entri ada 1 lagi...terima kasih sebab baca...

Memori Kerang

Pagi ni, bangun je tetiba rasa teringin sangat2 nak makan kerang... tapi siapa yang nak belikan... hm... ada sesiapa yang nak belanja saya nak makan kerang tak? hehe tak malu tul orang ni! Kerang bakar makan dengan air ladanya... sedapnya... kecur air liurku...

Sekarang saya suka makan kerang... dulu saya tak suka... tak suka sangat2... tapi masa pregnantkan Khalis, saya dapat Anemia... nak tak nak kena la makan kerang... itu sahaja sumber yang paling cepat untuk tingkatkan darah... Lepas makan sekali... nak lagi ...nak lagi dan lagi... tetiba pulak kerang ni jadi bahan ketagih... Lepas dah rasa boring tu barulah kurang sikit makan... tapi still lagi makan... tak de la fanatik macam mula2...

Lepas makan kerang tu.. daripada Hb 9.2 terus naik 11.9... dalam masa sebulan saya pulun kerang..pergh! memang mujarab... jadi cubalah kerang jika anda menghidap anemia semasa mengandung (pesanan penaja untuk Mommy Pinky wah!dah makin popular ibu hamil ini) Selain kerang, saya makan sayur bayam merah..hati saya makan juga... tapi lepas sekali makan terus muntah... maknanya Khalis tak nak la tu... nak kerang juga! hehe... yang paling kelakarnya... pagi petang makan kerang... pagi makan sambal kerang dengan nasi lemak@ nasi putih.... petang makan kerang bakar (ini wajib!) ...kecur air liur ni sebab sambil taip sambil teringat2 waktu makan kerang...

cerita seterusnya... sila sediakan beg plastik ek...takut anda muntah... Masa tu saya Form 1... belajar Geografi... kan ada tajuk tentang keadaan muka bumi dan struktur tanah... Saya ingat lagi...nama cikgu tu Cikgu Aziz... mengajar kat Sek.Men.Keb. Gombak Setia... ok! saya adalah pelajar sekolah itu waktu dulu2 ya... Cikgu kata... Pekebun cina tanam sayur2an sangat profesional mereka gunakan sistem bukit... (lebih kurangla... saya pun dah tak ingat sangat...) ok! saya terangkan ek...biasanya mereka akan bina tempat penanaman mereka seperti satu bukit yang rendah... terdiri pada tiga peringkat... ala... nak lukis tak pandai...
bahagian paling atas mereka membela khinzir...semua bahan2 kumuh binatang ini akan disimpan... feces dan air kencing...
Bahagian tengah pulak, mereka akan tanam sayur2an... dilengkapi dengan sistem paip semburan... supaya tak penat untuk siram satu2 sayur2an itu...
Bahagian paling bawah, mereka bela kerang... wah! memang sistematik kan? patutla kaya...kalau sekali Harvest semua pun boleh keluar pasaran... Khinzir, Sayur dan Kerang...

Daripada segi modal pun memang save...macam mana? ok! kan saya kata tadi... semua bahan kumuh disimpan... air kencingnya akan disimpan dalam satu tong khas begitu juga feces... bila waktu menyiram... air kencing akan disalurkan melalui paip2 ke tanaman.. hah! situ dah save baja dan save air... sayur2 pun gemuk2 dan segar2...

Tahi pula akan digunakan untuk beri makan pada Kerang... hehe sebab tu kerang akan jadi besar2... kekadang tu lebih besar daripada ibu jari kaki kita... kita kata mesti yang tu sedapkan...haha saya tak tahula ini betul ke tak kan... cuma saya ingat apa yang cikgu saya cakap... sebab tu saya tak makan kerang dulu... tapi sekarang dah makan balik...

Cikgu saya kata kalau nak tahu sayur yang kita beli tu macam manakan... caranya lepas masak...tutup periuk... wap akan naik keataskan... bila sayur macam dah sejuk... buka penutup dan cium pada bahagian penutup... jika ada terbau hancing... hah! itu la dia... then cikgu saya kata lagi... kalau nak beli kerang... pastikan jangan beli yang gemuk2 yang besar gedabak tu... beli yang kecil2 yang comel2... hehe sebab yang besar2 tu biasanya makan najis Khinzir...

betul ke tak betul ...wallahualam... sebab makanan pada zaman sekarang ni... semua dah bercampur aduk... kita pun tak tahu yang mana halal yang mana haram... jadi yang penting... kita tahu makanan tu halal pada zahirnya kita makan... tak perlulah nak siasat sampai memudaratkan diri sendiri kan? tapi jika kita tahu sumbernya lagi bagus!!! yang sayur bau hancing tu... secara logiknyakan... jika baja yang digunakan itu ammonia... memang akan ada bau hancing juga...

Saya cuma berkongsi cerita... makanlah kerang tanpa was2...itu lagi baik... =)

Anak Teruna Dah Besar

Sebelum anda baca... saya nak minta maaf dulu... hehe rumah bersepah2... maklumla khalis dah pandai pegang itu ini... dah pandai sepah2 kan rumah macam ibu dia Kalau bagi bakul bedak kat dia...habislah... semua benda dalam tu dia keluarkan... lepas tu nangis2 suruh kita masukkan balik... kekadang kelakar... kekadang geram pun ada... tapi ya la kan...baby... lagipun ni process of learning dia... kita tak boleh kata jangan kat dia...
nanti dia punya sifat ingin tahu akan terbantut...
bagi saya selagi benda2 yang dia buat tu tak mendatangkan bahaya pada diri dia...
saya On je... =)
Wah! lagaknya macam ibu yang sporting morting gitu...
anak teruna saya ni dah pandai nak bergurau... dah pandai main sorok2 belakang selimut... konon2nya kita akan terkejutla bila dia tarik selimut... biasanya saya dengan My hubby akan layankan... lepas tu dia pun akan gelak tak ingat dunia...
Dah pandai buat2 muka marah dan geram... rasa2 ini macam tabiat saya masa pregnantkan dia... asyik geram dengan staff... asyik marah2 staff... memang betul akan mempengaruhi tabiat anak...
hehe sempat juga snap masa dia buat2 muka sempoinya...My hubby kata baju ni macam baju perempuan... hehe saya pun rasa macam tu... tapi masa nak beli baju ni nampak macam cute sangat kalau Khalis pakai... Actually baju ni saya beli masa Khalis belum lahir lagi...Then ini adalah pitcha yang pertama kali saya snap masa Khalis pakai Jeans... hehe jeans tu pun saya beli masa dia belum lahir lagi... tapi simpan sampai kepam barulah sekarang Khalis boleh pakai...
Mesti orang tertanya2 kenapa rambut Khalis cacak... mesti cakap dalam hati "takkan masih baby pun dah pakaikan gel rambut?" owh! no no no semua salah... rambut Khalis memang macam ni... saya dah turunkan tapi tetap juga cacak... tak payah pakai Gatsby tak payah pakai Brylcream (betul ke eja ni? malas nak search google)... tapi rambut dia lembut je... saya tak paham kenapa tetap juga cacak...Khalis dah pandai buat lawak supaya saya ketawa tangok dia... bila saya ketawa dia lagilah ulang2 benda yang sama... memang kelakar sangat2...
Bila dapat toys baru... sengih la tunjuk gigi bawah 2 batang tu... hehe bila tengok dalam gambar macam ni... badan Khalis nampak bulat2 pulak...Tembam!

"Muhammad Khalis Putra adalah Anugerah yang terindah dalam hidupku"

Perihal Air Sirap

Hey! kenapa tajuk air sirap pulak ni? macam tak de tajuk lain pulak nak buat entri kan? dah kering idea ke? hehe ada tak sesiapa yang cakap macam tu?no no no a big NO bukan tak de idea ya... tapi ini memang nak cerita pasal air sirap...

Siapa suka minum air sirap...put up your hand please!!! I know... jarang punya yang angkat tangan... hehe mesti akan jawab... saya suka minum fresh orange...saya suka minum Apple juice... wah gitu! ala2 mat saleh semua minuman... pandang air sirap pun tak nak...ni kan nak minum... melainkan kalau dah terdesak... anda semua berjalan berbatu2 tapi tak de nampak kelibat 7e ke stesen minyak ke yang boleh beli Peel Fresh... hanyala ada pakcik jual air sirap... ha... mesti itulah saatnya baru anda akan minum air sirap... (maaf kalau saya tersilap ya...)

sedapnya tengok air sirap nikan? eh! lupa nak cakap... kenapa asyik sebut air sirap ni??? ini adalah minuman kegemaran saya... sekarangkan musim cuti sekolah... sana sini ada kenduri... air sirap semestinya akan menjadi sebahagian daripada menu pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu... kenapa? sebab murahla... tak kan nak bagi fresh orange... hehe kahwin ngan anak datuk pun minuma air sirap juga... tengok betapa popularnya air sirap....

Kenapa saya suka sangat dengan air sirap? pertama! murah... ini yang penting... masa study dulu kalau nak save budget tapi nak minum air manis...mesti minum sirap... srrrppp memang sedap... hehe bagi yang tak berduit macam saya ni la... air sirap baru 50sen-80sen... murahkan? kedua... menghilangkan dahaga... wah! minum sekali pun memang hilang dahaga... cuma nafsu akan cakap... minum lagi...minum lagi sampai penuh perut (saya la tu) itu jela reason dia... tepi bagi saya tiap kali minum pun mesti nak minum lagi dan lagi memang rasa tak puas...

Kalau time kenduri, air sirap ni memang saya akan tambah banyak kali... tak puas minum rasanya... tapi bukanlah sedap macam makan KFC ke Kenny Rogers ke... tapi kita akan rasa addicted gitu...

hehe sambil menaip ni tetiba pulak teringat satu kisah lama... dihari raya...( ok! tetiba plak sebut pasal hari raya)...pagi2 lagi memang saya dah join venture dengan Che Yuyu pergi beraya nak kumpul duit raya banyak2... Kami pergi la ke rumah Cikgu Norlida... hehe orang tak siap2 lagi pakai baju raya... kita dah datang nak beraya... tapi masa tu budak2... mana la tahu malu pun.... Cikgu hidangkan kami air sirap... tapi dalam gelas yang sangat2 kecik... hehe saya apa lagi... bila tengok air sirap memang terkam la... slurpp...bersungguh minum... disebabkan gelasnya sangat kecik... jadi sekali teguk pun dah habis... gulp! terkedu saya... tapi dah tertelan... ya Allah! manis leting! (loghat kelantan untuk manis giler...) dah la tak de air masak....air sirap pulak rasa macam air gula... adoi... agaknya cikgu tak ingat nak bancuh tak? terus hidang kordial kat kami... hehe lepas tu... sehari suntuk saya duk minum air masak... tapi dahaganya tak hilang2... adoi... memang tak boleh lupa penangan sirap manis tu... senang dapat diabetes kalau asyik minum manis macam tu...

masa dekat Universiti pulak... saya kongsi kegemaran yang sama dengan Mommy Pinky... Wah! tak sangka ada orang juga minat dengan air sirap... hehe apa pun memang air sirap la yang membesarkan saya... seingat saya... air ini la yang mula2 saya kenal selain milo,kopi, teh, horlicks (banyak juga tu) ...erk! macam tergantung je cerita ni... hehe tapi itu lah endingnya... =)

Hati Seorang Wanita

Seorang isteri yang solehah sangat berharga lebih daripada wang ringgit lebih daripada intan berlian... tapi siapa yang harus membentuk untuk menjadi isteri yang solehah? Suami... iya insan yang bernama suami... Seorang suami harus menghargai isteri yang mereka ada... kenapa??? sebab itu adalah amanah daripada Allah... Jika kamu, seorang lelaki dapat menjaga seorang isteri dengan baik... nescaya syurga adalah tempat-mu... kerana isteri akan terhindar daripada melakukan dosa... Ingat! Isteri yang melakukan dosa... suami yang akan kena tanggung...

Tanggungjawab suami bukan dari segi luaran... tapi daripada semua aspek... rohani dan jasmani... Penderaan Fizikal, kesannya tak kan seteruk penderaan Rohani dan mental... Sebelum anda seorang suami ingin dihormati sebagai seorang suami... adakah anda pernah terfikir dan terlintas yang "Adakah anda menghormati seorang Isteri" Allah itu maha adil... kalau kita tak hormati orang lain... sudah tentu tiada siapa yang akan menghormati kita... setiap apa yang kita lakukan... akan dicatat akan dihitung dan akan dibicarakan... tapi dunia sekarang sudah akhir zaman... anda buat anda dapat... Allah bayar Cash! Dunia anda boleh lari kemana2 tapi Akhirat? boleh kah anda lari...
  • Wahai insan yang bergelar suami... Fahamilah isteri-mu sebelum anda ingin difahami... Isteri adalah seorang wanita... dan wanita adalah golongan lemah... mari kita hayati dan kenali seorang wanita
  • Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
  • Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
  • Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
  • Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan orang yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
  • Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
  • Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis kerana mu,tolong pegang tangannya deng an penuh pengertian. Karana dia adalah orang yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
  • Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karanamu, tolong jangan sia2kannya.
  • Wahai suami2 fikirlah dalam2 sebelum membuat sesuatu keputusan dalam perkahwinanmu kerana mungkin keputusanmu akan merosakkan kehidupannya.
  • Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya boleh membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI 1 perkara..."

Malaikat bertanya "Apa itu Yaa TUHAN ??"
Tuhan menjawab "Bahawa "Betapa, BERHARGAnya dia (seorang wanita)..."

kredit kepada : Jom Sayang

Diari Seorang Isteri

Lelaki Mesti Baca

Sedih betul saya baca nota ini... menitis air mata saya... kalau baca berulang2 kali pun masih lagi air mata ini akan bergenang... cerita ini mungkin nampak macam rekaan tapi saya yakin yang ini sememangnya betul2 berlaku dalam hidup seseorang... saya ingin berkongsi nota ini dengan semua pembaca...

******************************************************************

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl. Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung, Zakri tidak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandungkan anak dia atau bukan. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima, baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya ini pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di akal fikiran Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa sakit didada. Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni "kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,t akut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari
Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Kredit kepada MiszJana

Khalis Dah Sembuh Demam

Alhamdulillah... bangun pagi ni... check dahi, check badan dia... dah tak panas lagi... dia pun dah lincah dah sikit...terima kasih kepada semua yang doakan anak saya cepat sembuh... ini semua juga berkat doa anda semua...
Hati dah tak risau lagi tengok dia dah senyum... kalau tak dia asyik merengek je... semua tak kena...
terima kasih kepada sha sebab bagi petua yang sangat mujarab itu... sekejap je panas dia kebah...
Ok lah! that's all... just short update...hehe gambar je yang banyak....

 
Copyright © Whitey Mommy™