Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Stok Baru untuk Kain Cotton...

Salam semua...

Hari ni saya dan my hubby pusing2 cari stok kain cotton untuk blogshop kami... Alhamdulillah... dah jumpa supplier ... kepada sesiapa yang berminat nak membeli... jemputla ke Whitey Mommy's Blogshop... mana tahu kot ada yang berkenan... saya pun rambang mata masa pilih... rasa macam nak pakai semua je...

Rasa Nak Bertukar la...

Salam semua... saya rasa macam nak bertukar la... ke Wordpress... dan pakai Dot Com... anyone tahu pasal ni... help me... nak domain yang murah... ehehe... pastu ada sesiapa boleh ajar macam mana nak ejas template untuk wordpress...

YM me ya... sitinorkhaironisha@yahoo.com...
jasa anda amat dihargai...
terima kasih...

Saya Ditegur Siti Kelembai @ Yana Samsudin

Tengok tajuk faham tak maksud saya... wah! Siti Kelembai tegur saya... sukanya... Yana singgah kat blog Gallery saya... hehe...
siap yana jadi follower blog saya [tengok pada bahagian yang saya tandakan dalam petak warna hitam tu ya....]... terima kasih yana... jemputla datang selalu ya...
Memang tiap petang saya tunggu Slot Lagenda kat TV3 ni... sekarangkan cerita Siti Kelembai ni... memang saya layan la... sebab dah tengok dari episod pertama kan... Yana ni memang cute... suka saya tengok... kelakar pun ada... Anyway Yana...semoga maju jaya di dunia dan di akhirat... InsyaAllah... Jemputla ke blog Yana Samsudin ni... memang peramah... sama la macam kita tengok kat TV tu...
senyum

Khalis dah nampak matang sikit...

Anak ibu ni dah makin besar dah... alahai rindunya masa kecik dia... dah besar ni makin pandai... dah pandai itu ini... kemas rumah memang expert... hahaha 2 minit je semua setel... memang terror... sekarang ni dah pandai juga... bila dah "kemas rumah" dia simpan balik apa yang dia kemas... memang comel... kekadang saya gelak sorang2 tengok dia... gelakguling dia pun duk gelak2 juga... memang comel... suka tengok... saya pun dah jarang dah ambil gambar dia...

ni gambar dia yang latest... pandai pulak buat mimik muka macam2... mata kusyuk nengok ke TV... memang suka sangat2... terutama kalau iklan... Khalis boleh ingat pulak tu mana iklan yang dia suka dan mana yang dia tak suka... hehe ini la namanya dah matang ek... eceh... guna perkataan yang tak boleh blah... tapi memang Khalis dan nampak matang dari sebelum ni... suka...

Gigi pun dah hampir nak penuh yang bahagian depan dah... geraham semua belum tumbuh lagi... jadual tidur pun dah berubah... siang tak tidur... Khalis akan tidur pukul 6 petang sampai pukul 8@9 malam... pastu akan berjaga sampai pukul 2 pagi... itu la tabiatnya sekarang... macam mana... tak kan nak paksa Khalis tidur... kekadang nak tunggu ke pukul 2 pagi tu... saya dulu yang tidur...haha...

Dah nak masuk setahun sebulan dah dia... cepat masa berlalu... nanti bila Khalis dah besar... saya pasti akan rindukan saat ini... jadi baik catat semuanya sebelum terlupakan... orang nak baca ke tak... tak kisah... asalkan bila Khalis dah besar... dah dewasa... kenangan dia masa baby ni boleh dibaca sampai bila2... Insyaallah... Semoga Khalis akan jadi putra ibu yang soleh dan bahagia dunia akhirat...

Koma Di Makkah [Mesti Baca!!!]

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau

wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Sedih tapi Comel...

Sedih tengok muka Khalis... tapi comel... sebab dah lama nak snap gambar time dia nangis... tapi macam tak sampai hati... sebab setiap kali dia nangis memang terus akan peluk... hehe... jadi dia pun tak kan nangis lama2 kekadang tu tak sempat nangis pun dah pujuk... jadi kalau nak dengar tangisan Khalis dalam sehari tu memang sangat2 susah...

Gambar2 ni semua di ambil masa Khalis nak tidur... tapi saya tak layan dia... duk pegang handphone je... jadi dia pun dah mula mencemik2 la... ehehe... sebab nak saya layan dia... comel...
ni... huh! ibu tak layan lagi ya... Khalis dah cemik2 pun still juga ambil gambar... lagi la sedih agaknya kan... kesian anak ibu... tapi ibu nak amik gambar masa Khalis nangis... nak tengok... ehehe...
ha... ni Khalis dah geram sangat2 dah... cepat2 saya snap... ehehe... dapat juga walaupun tak penuh... lepas tu terus kena peluk... comel... tak sempat nangis pun...
sebenarnya bila tengok muka Khalis macam ni... hati saya mesti rasa tergigit2 sedih... memang tak boleh tengok Khalis bersedih... saya mesti rasa lain... kenapa ya? ehehe ni la namanya naluri ibu ke?
ok la... sebenarnya tak boleh nak tidur ni... ades...

Saya Suka Sangat-sangat...

kenapa tetiba je ni tayang wallet buruk yang ada beberapa keping duit RM 1 ni? ehehe... saje nak buat kenangan... sebab wallet ini adalah yang paling saya suka... Hello kitty... original ok... don't play2... Wallet ni dah 4 tahun dengan saya... saya beli kat Sunway Piramid... kenapa saya guna sampai sekarang... sebab sehingga kini masih belum ketemui design seperti ini... jadi... kalau beli pun mesti tak puas hati kan? jadi saya pakai la... hehe... dah baca kat atas kan? gambar2 ni sebagai kenangan... jadi dah tentu la nak beli wallet baru kan? ha... tunggu je entri yang akan datang... bila wallet baru dah ada... saya show eh...

warna pink dan kartun hello kitty ni memang kegemaran saya la... hehe... of course la macam kanak2 ribena... sekarang ni kalau pergi klinik pun macam dah segan... sebab bila buka wallet nak ambil my kad saya ke... my kid Khalis... mesti orang pandang semacam... peduli apa kan? bukannya dia nak belikan wallet untuk kita...

wallet ni saya beli... masa tu saya masih single mingle... jadi duit boleh la bershopping sana sini... sekarang ni... duit hanya perlu dibelanjakan barang yang perlu saja...

Poketnya pun banyak... hehe... memang macam kanak2 tapi... rekabentuknya sangat padat dan padat... memang cantik... sekarang ni dah koyak kat dalamnya... tu pun sebab my little prince duk terjah2 dengan kad... [ha... jangan tak tahu... Khalis memang suka sangat main2 dengan wallet ni.. pantang nampak dia mesti grab punya...]

ok... itu la kisahnya tentang wallet saya yang bakal mengucap selamat tinggal ...

1st Birthday Cake untuk Khalis...

Cerita lama ni... tapi nak upload juga untuk kenangan buat putra tersayang... masa birthday Khalis hari tu... kami tiga beranak buat jamuan untuk kami bertiga aje... biar Khalis dapat merasa potong kek [tapi Khalis tak potong pun... ibunya yang potong... ehehe] Menyesal pulak tak order awal2... saya ingatkan order terus dapat kek yang cartoon2...rupanya masa saya call Secret Recipe... nak cake mickey mouse... manager kat situ cakap... kalau nak kek macam tu... kena order seminggu lebih awal... ala... sedihnya... uhuhu... jadi terpaksala order kek yang dah ready-made... dan tulis perkataan je kat atasnya... saya pun ambil juga... dah booking... dan my hubby akan pick-up lepas dia balik kerja...

Ini la kek untuk Khalis [Chocolate Indulgence] ... ala... lagi menyedihkan... bila lain yang diorder...lain pula yang dapat... saya nak tulis...
Selamat Hari Lahir Khalis Putra
tapi ini pulak yang saya dapat... apa yang ditulis...
Hari Lahir Khalis Putra
Dah la tulisannya tak cantik... uhukhuk sedih tengok kek tu... tapi... abaikan itu semua... janji ada kek... tak pe... next year... bila ibu dah ada rezeki lebih sikit... kita wat doa selamat sikit ya untuk anak ibu masa sambut hari lahir yang ke-2... InsyaAllah...

Sekitar sambutan hari lahir Khalis... tengok tu masam mencuka je mukannya... tak de senyum langsung... agaknya Khalis pelik dengan lilin ke atau dengan kek... hehe...

Sayang anak ibu dan baba... Semoga panjang umur... murah rezeki... menjadi anak yang soleh dan insan yang baik... amin...

Ini kenangan kami menyambut ulang tahun kelahiran pertama putra kami... Muhammad Khalis Putra... Sayang anak ibu...

Whitey Note: selingan... kekadang rasa sedih, geram dan menyampah... bila ada orang hanya tahu komen dan cakap je... tapi tak tahu buat... kalau anda tahu buat lebih bagus tak pe... saya tak kisah... tapi... entahla...

Tahniah buat Mommy Pinky...

Tahniah buat sahabat baik ku... Jana a.k.a Mommy Pinky kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan... Alhamdulillah...semua selamat...

11.45 malam tadi saya menerima sms daripada jana... setelah lama tidak mendengar khabar...eceh...sms nya berbunyi...
Nisha,insyaAllah aku bersalin esok... doakan aku bersalin esok ye... baru 3cm... huhuh~
Alhamdulillah... pagi ni saya telefon hubby jana... dan mendapat tahu semua telah selamat...dan tak berapa lama lepas tu... saya mendapat sms daripada jana
Aku dah selamat bersalin 5.20 pagi tadi...=)
Jana dapat baby girl... nama yang diberikan... Irdina Humaira'...mesti comel.. tak sabar nak tengok... tapi nak pergi melawat jana tak boleh la... sekarang ni.. hanya mampu untuk melihat gambar je... Tahniah buat kalian berdua...
Irdina Humaira' namanya...
kehormatanku pipi kemerah-merahan adalah maknanya...
Puteri Sulung Kay dan Jana...
Semoga menjadi anak yang sihat, solehah dan penyejuk hati kedua ibu bapanya...
amin....

Raya Pertama Khalis bergaya...

Salam semua kawan2... Rindu betul dengan blog... ehehe... saya baru je balik semula ke Selayang dari kampung...Tahun ni... raya pertama khalis dapat pakai baju cantik2... eceh... tapi tahun kedua Khalis dapat merasa hari raya... Tahun lepas... masa hari raya... Khalis baru berumur 15 hari... jadi tak merasa la Khalis nak pakai baju raya... tapi tahun ni... Khalis dapat la beraya dengan baju melayu...

Alahai...comel sangat2 anak ibu... suka tengok... alhamdulillah... baju melayu ready-made yang saya beli last minute tu muat... dengan comel sekali... hehe...

tak banyak gambar yang dapat di snap... tambahan tak terang pulak tu... tapi cukupla untuk dijadikan kenangankan... Ini adalah gambar hari raya pertama... all in white... sayang sikit la... sebab gambar ni tak clear... maklumla... guna kamera handphone je...

kopiah tu... perasan tak? saya tempah khas untuk Khalis daripada kak siti rohani... ni pun last minute juga... nasib baik la... kak rohani masih terima tempahan saya... terima kasih akak... saya suka sangat2... topi yang dikait...sangat kemas dan padat... saya tempah dua... satu untuk Khalis... dan satu untuk my hubby... sedondong gitu... suka tengok dua beranak ni pakai...

Raya ni juga... Khalis pertama kali dapat selsema yang agak teruk... maklumla...pertama kali balik ke kampung... sebenarnya... nak balik ke Selayang esok... tapi disebabkan keadaan Khalis yang asyik sesak nafas... saya pun dah pening kepala... saya dah buntu... saya pun push sikit my hubby supaya balik awal... my hubby pun tak tahan tengok Khalis macam tu... maklumla... sayang my hubby pada Khalis memang melebih2... tiap malam mula malam raya lagi... Khalis dah start sesak nafas tau... saya pun memang dah kalut... tapi nak wat macam mana... tak kan on the spot nak balik ke Selayang... beraya pun belum lagi kan... mungkin Khalis tak boleh tidur dalam bilik kot... tambahan...dengan asap rokok yang agak ketara... tak kan la... nak control orang kan? my hubby pun dah mati kutu... di luah mati mak ditelan mati bapak... my hubby sendiri pun nak merokok memang kat luar rumah... kekadang ditahan2... dan kekadang2 kami pun bertelingkah juga disebabkan isu ini... tapi alhamdulillah... melihat keadaan Khalis ni... my hubby makin memahami... kenapa saya strict sangat dengan rokok...

Betul la... setiap yang berlaku ada hikmahkan... ni hal Khalis pulak... bila dengar nak balik ke Selayang... Khalis terus elok... pelik tak??? malam ni... ada lagi sesak nafas dia... sebab hidung tersumbat... saya letak kunyit... hambik... terus tidur dengan aman... saya nak tengok keadaan Khalis malam nanti... Kalau keadaannya... terus ok... Alhamdulillah...

Semoga Anak ibu cepat sembuh... amin...

Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya kepada semua kawan2... maafkan segala salah dan silap saya ya... semoga anda semua berbahagia di hari raya....

Pemenang Contest Birthday Khalis

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera...

Tiba masanya saya mengumumkan para pemenang bagi Contest Birthday Khalis... minta maaf sebab lewat ya... maklumla nak raya semua benda nak kena kemas... Malam tadi pula.. Khalis tidur awal... jadi pagi ni barula putra kesayangan saya ni baru dapat buat cabutan bertuah...

Khalis dah mula excited dah nak tahu apa yang ada dalam kotak cermin mata tu... hehe... dia pusing kiri pusing kanan...

Bila saya buka... dia pun mula la... dah tak sabar2 nak pilih agaknya... huhu... comel betul tangan budak kecik ni...

Ha... ni masa sesi memilih... hehe... habis sepah2 nak dapatkan satu pemenang... khalis memang pandai buat cabutan... teliti tau dia pilih....

dan para pemenangnya adalah seperti berikut... saya ambik 3 pemenang ya...

Tempat Pertama
Kak Yong
Hadiahnya :
Blog template pakej 1
sila emailkan kepada saya kriteria yang kak yong mahukan ya...

Tempat Kedua
Eija Zaquan
Hadiahnya :
Watermark ready-made di blog gallery... pilih kodnya dan emailkan kepada saya ya...
[gambar tidak boleh diubah... hanya tulisan sahaja... ehehe]

Tempat Ketiga
Mira
Hadiahnya:
Watermark ready-made di blog gallery... pilih kodnya dan emailkan kepada saya ya...
[gambar tidak boleh diubah... hanya tulisan sahaja... ehehe]

Tahniah kepada pemenang... bagi yang tidak berjaya... boleh la cuba lagi dalam next GA saya ya... Insyaallah... terima kasih kerana sudi untuk menyertai Contest saya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan batin jika ada salah dan silap...

Senarai Peserta Contest Birthday Khalis

Kepada semua peserta Contest Birthday Khalis... sila2...tengok nama anda ada tak? mana nak tengok... ok...tengok kat sidebar sebelah kanan ni... "Contestant List"

Seandainya nama anda tidak tersenarai sila inform saya ya... mana la tahu saya terlepas pandang link mommy2 semua...

Keputusan akan diumum malam esok... insyaallah...

Cabutan bertuah akan dilakukan oleh Khalis...
disaksikan oleh saya dan baba Khalis...

Good luck ya kepada semua peserta... semua baby in white really2 cute...
senyum

Selamat Hari Lahir Putraku...

Muhammad Khalis Putra Nama diberi...
Maksudnya Anak Lelaki Suci Yang Dirahmati...
Hari ini Genap la Setahun Khalis Didunia ini...
Semoga Menjadi Anak yang soleh, Insan yang baik hati dan Hidup Dirahmati baik Duniawi mahupun Ukhrawi...
Amin...

Anak ibu Khalis Putra... dah besar dah ... hari ni cukup setahun... akalnya dah panjang... problem solving pun ibu tengok dah pandai... cepat follow apa yang ibu dan baba buat... Khalis adalah hadiah yang sangat2 berharga buat ibu... Ibu akan menjaga Khalis semampu ibu... Insyaallah... Ibu sayangkan mu nak... terlalu sayang sehingga tak boleh nak di gambarkan dengan kata2...

Nama : Muhammad Khalis Putra Bin Zamzulmeme
Tarikh Lahir: 05 September 2009 @ 15 Ramadhan
Waktu Kelahiran : 5:24 pagi
Berat masa lahir : 2.8 kg
[cerita tentang proses kelahiran Khalis... ibu akan ceritakan pada entri yang akan datang... terlalu panjang... =) masih segar lagi dalam ingatan ibu... Insyaallah]
Masa ni Khalis umur 7 hari... tak banyak ragam... suka sangat tidur... sampai kekadang skip susu... jadi Khalis dapat Jaundis... ibu masa tu... tak tahu pape nak... silap ibu sebab tak baca langsung tentang cara menangani dan mengelakkan daripada terkena Jaundis... Ibu terlepas pandang... Comel betul... ibu rindu sangat2 bila teringat masa ni... tapi ya la... masa takkan boleh diputar balik... yang tinggal hanya kenangan...

Masa ni Khalis umur Sebulan... juga suka tidur... kalau menangis pun masa nak salin lampin...kuatnya... yang amat... ehehe... tapi bila peluk terus diam... manja dangat2...

masa ni umur Khalis 2 bulan... juga suka tidur... hensem gambar anak ibu yang ni... tidur...tidur dan tidur... macam2 kerja ibu boleh buat... masa tu ibu tak aktif berblog lagi... jadi tak banyak yang ibu coretkan tentang anak ibu...

Masa ni Khalis umur 3 bulan... dah pandai nangis sambil sebut bu...bu...bu... cute sangat... masa ni Khalis dah pandai senyum tau...suka ibu tengok... Ya Allah melihat Khalis membesar didepan mata merupakan pengalaman yang sangat2 berharga...Syukur Alhamdulillah...

Masa ni 4 bulan...Badan khalis naik...dan naik... walau hanya menyusu badan... badan Khalis semangat sangat... semua orang tanya ibu bagi minum @ makan susu apa... ibu cakap tak makan... hanya minum susu badan je... hehe...

Masa ni 5 bulan... hehe ibu baru perasan... pakai baju yang sama masa umur 4 bulan... masa ni Khalis dah pandai senyum... gelak... tapi anak ibu banyak memerhati berbanding bertindak...

Masa ni Khalis 6 bulan...Baju yang sama lagi... ehehe... suka ibu tengok Khalis pakai singlet...masa ni senyum dah pandai... meniarap pun dah aktif... alahai...comelnya...bila di landa masalah... ibu tengok je wajah ini... hati ibu jadi tenang...

Masa ni umur Khalis dah 7 bulan... makin aktif...dah pandai buat macam2 gaya...asyik nak jatuh tilam je... hehe.... masih lagi tembam...

Masa ni khalis umur 8 bulan... badan Khalis dah susut sikit dah... susah hati ibu... hehe tapi bila tanya pendapat orang mereka cakap... biasala tu baby yang nak besar... nak ringan badan ... nak merangkak...
Masa ni umur 9 bulan... Khalis dah tumbuh 2 batang gigi kat bahagian bawah...hehe comel2... dah pandai cakap... ata ta ta ta tah...
Masa umur 10 bulan... ibu tak tahu dah nak taip apa... comel... comel... harapan ibu dunia akhirat...
Masa umur 11 bulan... alahai... manja betul posing ni... comel2...

Ha... ini Khalis dah setahun... wajah baru... ehehe... pertama kali anak ibu tak de rambut... [kisah semasa Khalis tengah potong rambut... akan di upload nanti...] Khalis nampak matang bila tak de rambut... comel...
Anak ibu makin membesar... Ibu doakan anak ibu sentiasa bahagia... dunia dan akhirat... permata hidup ibu... hadiah terindah daripada Allah untuk Ibu... Amanah Allah untuk Ibu... semoga jadi anak yang soleh... amin...

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD KHALIS PUTRA...

Contest Birthday Khalis

ini kali kedua ya saya anjurkan contest.. macam best pulak anjurkan contest ni... Khalis dah nak masuk setahun pada 05 September 2010... ya allah... cepat sungguh masa berlalu... Khalis pun dah makin besar.. makin bijak... malam tadi... dah pandai tepuk tangan... tergelak besar saya dengan my hubby... tengok telatah anak kecik ini... comel...

ada sesiapa nak join contest tak??

Syarat-Syarat Contest
1. Buatkan satu entri... hanya letakkan Gambar anak anda [tak kisah anak sendiri ke atau anak saudara, adik pun boleh...] yang sedang memakai pakaian putih... [BABY IN WHITE]
Umur... 0 bulan - 7 tahun....

2. Copy& Pastekan Gambar Khalis diatas di dalam entri anda...

3. Tag 3 orang kawan anda...

4. Tinggalkan link entri anda di dalam ruangan komen entri ini...

untuk memudahkan entri anda dilihat... sila guna format dibawah untuk entri anda...
<a href="url entri contest anda" target="_blank">Nama Entri anda</a>
**bahagian yang saya bold kan dengan warna hitam anda perlu gantikan dengan url dan nama contest anda...terima kasih...

Syarat Sah contest
1. Mesti Jadi Follower dan linkkan didalam bloglist anda, kedua2 blog saya iaitu personal blog Whitey Mommy dan Whitey Mommy Gallery

2. Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berada di dalam dan juga luar negara.

3. Terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Hadiah

MISTERI

Juri:
Cabutan bertuah akan dilakukan oleh MUHAMMAD KHALIS PUTRA

Tarikh tutup:
05 September 2010 on 12.01 Am [
On Khalis's Birthday]


Whitey Note:
ada sesiapa nak join tak? cepat2... senyum

Cloth Diapers Or Pampers

Assalamualaikum dan Selamat Bersahur semua... lepas makan sahur ni... tetiba tak boleh nak tidur pulak... blogwalking ke blogshop2... ehehe ada ura2 nak menyoping lagi ke ni? ada pun bukan sekarang... just nak baca maklumat saje... tetiba terbaca blog Babyumi tentang Cloth Diapers... hati ni rasa macam nak je tukar dari Pampers ke Cloth Diapers... kesian pulak pada Khalis bila baca long-term effect akibat memakai pampers... macam mana ek... kawan2 boleh bagi suggestion tak? tapi hati ni rasa kuat sangat2 nak pakaikan Khalis Cloth Diapers...

Memang dalam Khalis pakai pampers... Khalis tak pernah dapat ruam pun... tapi kesan lain kita tak tahukan... hm... hm... berbelah bagi pulak rasanya...kalau pakai Cloth Diapers... takut tak terbasuh pulak saya nanti... [tapi sepatutnya demi Khalis saya kena rajin kan? barulah ibu mithali gitu...]
serius! cantik sangat Cloth Diapers ni... tapi... ni ambik kat google... konpem2 brand luar negara... high taste betul la saya ni kan... barangan oversea semuanya berkenan... hehe pendapat boleh tahan ...tapi... pendapatan tu yang tak boleh tahan...

Actually saya ada beli Cloth Diapers masa Khalis umur 3 bulan dulu... melalui internet... tapi... masa itu pengetahuan saya tak banyak lagi pasal Cloth Diapers... kira main pakai beli je la... Brand untuk Cloth Diapers tu pun... tak tahu brand apa... bila dah aktif dengan blog ni baru saya tahu ada Lunatots... ada Autumnz... huhu rasa macam nak nangis pun ada... adakah setiap Cloth Diapers dia punya material lain2.... sebab bila Khalis pakai Cloth Diapers yang saya beli tu... Khalis macam tak selesa je... Kekadang ada juga leaking... sebab tu macam give-up je nak bagi Khalis pakai Cloth Diapers... Last2 semuanya terkepam didalam almari...

Ada sesiapa boleh bagi nasihat tak? huhu mak saya kata... saya dulu pakai kain lampin je... tak de kenal pampers2 ni...MAHAL!!! tak mampu nak beli masa tu...
 
Copyright © Whitey Mommy™