Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Cerita Pasal Khalis bermula kembali...

Rasanya dah lama saya tak story morry pasal Khalis... bukan apa... HP saya rosak dikerjakan oleh Khalis. Dibaling2 tetiba skrin terus blank, dah tak boleh guna. Nak guna HP my hubby pulak... memorynya penuh. Hari ni saya dah clear memory HPnya jadi... dah boleh snap la gambar Khalis... tapi tu pun limit... masa my hubby ada kat rumah je boleh snap. Time pergi kerja tak de la... Khalis2 ... lepas ni kena simpan duit nak beli kamera digital la... senang nak ambil gambar Khalis dan pastinya gambar akan lebih cantikkan... pasang hajat dulu... eceh...
suka sangat tengok dia tidur... comelnya anak ku... ehehehe
Kepada kawan2 saya yang baru introduce... Muhammad Khalis Putra... my little prince ever... hehehe,,, macam popular benor gayanya... hehehe... My Khalis dah tembam sikit sekarang ni... umurnya dah 1 tahun 2 bulan... Khalis dah mula makan nasi orang dewasa. Saya dah mula bagi makan nasi dengan sayur lemak dan ikan goreng. Gulai ikan, gulai ayam semua saya dah ajar suap. Sebab Khalis tak nak makan nasi bubur lagi dah. Hari tu badan Khalis nampak sangat terlalu susut. Sebab dia tak nak makan nasi bubur. Rupanya dia dah nak makan nasi orang dewasa. Saya masak tapi tak pedas dan kurangkan garam. Setakat ni gula saya tak bagi lagi sebab Khalis terlalu aktif.

Takut kalau bagi gula... nanti bertambah2 aktif la... no cikedis no jajan... forever... itu yang saya akan disiplinkan Khalis... dan yang paling suka tengok bila Khalis suka sangat makan buahan... dulu Khalis tak suka pisang... sekarang pisang berangan sebiji dah hampir nak habis... Terima kasih untuk my bonda... Bila my bonda datang... Khalis agak berselera makan. Lagipun saya punyai banyak masa untuk masak. Sebab Khalis memang tak boleh nak berenggang dengan saya. Bila my bonda ada... bolehla dia tengok2 kan Khalis dan saya boleh masak.

Alhamdulillah... Khalis dah nak makan... Badan dia pun dah nampak perubahan... dah mula nak bina badan balik... ehehe... happy sesangat... Kalau dulu duk nak makan ubi kentang je... tapi aktif... mana tak susut badan. Sekarang malam2 mesti pau roti planta sebelum lelapkan mata. Kalau tak, berjagala sampai ke cerah. Selagi tak dapat roti planta dengan madu... dah jadi makanan kegemaran dia dah...

nampak lena dah tidur bila perut dah penuh terisi... makin tembam berbanding sebelum ni...
Gambar yang saya snap tak banyak masa ni... sebab memory tak clear lagi... sekarang dah clear... dah boleh ambil seberapa banyak gambar yang disukai... tak sabar rasanya nak memiliki Kamera digital... Insyaallah...

Langsing dan Sihat dengan Rx-Lite

minuman koko yang best...
Kalau sebut pasal langsing dan sihat semua orang pun nak kan? terutama bila tengok baju2 cantik, kalau perempuan yang ni, memang tak tahan la...saya pun tak tahan... tapi bila tanya saiz... saiz XL pun kekadang tak muat. bukan kata kat orang ni. Diri saya sendiri pun macam tu. Semua ni membuatkan kita akan tercari-cari produk untuk melangsingkan badan. Kebanyakkan produk atau program untuk melangsingkan badan semuanya agak memakan kos kan... kekadang rasa takut untuk mencuba pun ya juga. Bimbang kesan sampingan sebagainya...

Sesiapa pernah dengar tentang Rx-Lite? Produk ini adalah produk pelangsingan badan yang berasaskan koko [ada yang kenal buah koko tak?]. Koko ini adalah bahan yang digunakan untuk memproses coklat... ha... dah dengar coklat ni. siapa tak minat coklat kan? saya pun memang minat sesangat... wah! Produk ini sesuai untuk lelaki dan juga perempuan.

sertai Rx-Lite di Facebook
Produk ini murah, mudah untuk disediakan [sangat sesuai untuk mereka yang busy dengan kerja], sedap untuk diminum [ini yang penting kalau tak sedap, minum sekali pun dah rasa macam tak nak minum lagi], tidak banyak pantang larang dan tanpa kesan sampingan [kerana produk ini menggunakan bahan semulajadi]. Bagi penggemar coklat, mungkin produk ini akan menjadi sebagai minuman kegemaran untuk setiap hari.

Pengiktirafan Oleh Media
produk Rx-Lite yang laris dipasaran membuktikan keberkesananya iaitu pengguna untuk produk ini semakin meningkat.
Produk yang berasaskan bahan semulajadi ini semakin mendapat perhatian pihak media, ini menunjukkan pencapaian terhadap produk ini semakin baik dan juga semakin dikenali ramai. Ini menunjukkan produk ini telah mendapat tempat dihati pengguna. Sekaligus dapat membuktikan keberkesanan dalam penggunaannya.

Testimoni daripada pengguna
Antara testimoni daripada mereka yang telah berjaya untuk melangsingkan badan dengan menggunakan produk Rx-Lite ini adalah:

Puan Zuraini Md Zain

Puan Zuriani Md. Zain, 46 tahun dari Dengkil,Selangor mengalami penyakit darah tinggi dan sakit lutut. Dengan penyakit yang dialaminya membuatkan beliau ragu-ragu melalui terapi di pusat pelangsingan, mengambil pil-pil pelangsingan mahupun mencuba tips senaman.

Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 31 Kg dalam tempoh 3 bulan. Pinggang pun semakin ramping, badan rasa sangat ringan dan bertenaga. Malah, ada juga rakan-rakan yang menegur kulit saya kelihatan lebih cantik. Tetapi pada saya, yang penting adalah tahap kesihatan saya semakin baik. Masalah darah tinggi saya sudah beransur, dan lutut saya sudah tidak sakit lagi,” kata Puan Zuriani.

Puan Siti Khatijah

Saya cukup teruja kerana tidak sampai 2 bulan, saya telah berjaya menghilangkan 20kg. Saya memang suka dengan rasa koko-nya yang lazat, dan lebih penting lagi, saya tidak perlu berbelanja besar setiap bulan. Alhamdulillah, sekarang berat saya dah kekal pada tahap yang ideal. Saya gunakan RxLite seperti yang di syorkan. Saya minum 3 kali sehari.Kurangkan pengambilan karbohidrat dan di gantikan dengan protein!” kata Pn. Siti Khalijah , 33tahun yang berasal dari Melaka dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.
Ada yang berminat nak cuba produk ini? nak dapatkan produk ini secara percuma? boleh... tapi bukan saya yang nak bagi... tapi Rx-Lite yang nak bagi... cuma perlu ikuti langkah mudah...iaitu Tekan Like pada page Rx-Lite di facebook.
Join Rx-Lite di facebook
dan sertai kuiz mingguan yang dianjurkan oleh Rx-Lite, anda bakal memenangi sekotak produk pelangsingan Rx-Lite yang berharga RM138. Menarik bukan... apa lagi cepat la join...
kuiz mingguan Rx-Lite di Facebook
Kalau tak cukup dengan sekotak... nak banyak lagi hadiah daripada Rx-Lite? pun boleh... pun boleh... Sertai Cabaran Langsing Bulanan dengan Rx-Lite. Klik pada link dan anda akan terus dibawa ke borang penyertaan...
Buktinya Encik Mohd Yusairi Yusof telah memenangi Cabaran bulanan Rx-Lite bagi bulan Oktober. Menarik bukan?

Produk yang berasaskan koko ini pasti menarik minat ramai pengguna kerana ia mempunyai rasa yang lazat, harga berpatutan, mudah diambil dan semestinya berkesan...

It's No Easy To be Me...

Gambar sekadar hiasan
Jadi suri rumah dan part timer untuk design template bukan senangkan... sesiapa yang buat kerja ni secara suka2 mungkin akan rasa gembira tapi bagi yang memang income datang daripada sini mesti rasa agak tertekan. Mana nak cari idea yang fresh2... mana nak jaga nama baik lagi. Ya la kan, kalau template lambat ikut date yang diberi atau pun design tak muncul2 lagi selepas seribu janji yang diberikan. Mestilah customer akan komplen dan paling buruk kalau customer yang tidak berpuas hati menaip entry pasal ni... dan cerita akan tersebar dari mulut ke mulut.. ramai customer akan hilang. Itu yang paling saya takut...

Tapi bagi saya, Insyaallah saya tak kan wat macam tu...saya design ke saya tak design saya masih chatting atau reply email customer. Contoh situasi yang berlaku: My Khalis tak sihat takkan saya nak hadap lappy juga untuk design kan... mestila nak jaga anak kesayangan saya tu... Kalau saya yang demam atau tak sihat saya mesti akan design juga selagi saya mampu... kalau dah tahap sakit kepala sampai mata tak boleh buka... terlalu sukar la untuk saya mendesign... Harap ini aje yang customer dapat paham... ataupun perkara yang tak dapat saya nak expect macam takde elektrik berhari2 ke... ataupun lappy kesayangan saya ni kena Virus...[ini minta jauh sesangat]

Harap kepada sesiapa yang berminat untuk menempah membaca dengan teliti ya... terima kasih...:)
Untuk term and condition saya dah statekan pada satu sidebar  Khas dalam blog saya  ini dan tentang proses untuk menempah juga saya dah buat satu entry... kecuali jika ada ayat2 saya yang anda tak paham boleh la bertanya, mungkin saya salah pronounce... sebab bahasa melayu saya bukan bagus sangat apatah lagi Bahasa Inggeris... wakakaka....[bukan Waka waka ya]

Cuma saya nak para customer yang order paham saya... biasanya saya akan minta masa bagi header kartun seminggu dan bagi header biasa saya minta masa dalam 3 hari. Dan Proses mendesign akan dilakukan mengikut giliran. Ya la... saya pun ada dua tangan je dan allah kurniakan satu otak ... jadi saya tak boleh nak design dua tiga template sekali gus... tapi saya cuba sedaya upaya untuk siapkan template dalam masa yang saya tetapkan... Harap paham... Lagipun bagi header yang berbentuk dolly atau kartun ni semua nak fikir konsep dan warna melainkan... customer yang bagi detail lengkap, siap dengan lakaran, siap dengan bunga yang dikehendaki... pendek kata lengkap la... yang ni Insyaallah dapat disiapkan dengan cepat.

Tambahan lagi, bagi designer yang baru bertatih seperti saya ni, kalau macam push2 saya memang terus jadi blank... dan tak boleh nak design la...walaupun duk depan lappy berejam2... minta paham yang tu... saya minta seminggu masa untuk saya sebab saya takut tak tercapai untuk didesign... jadi anda bolehla bersabar untuk seminggu ya... Kalau buat cepat2 pun dapat hasil yang tak cantik pun tak best juga kan... mestila nak hasil pun cantik juga kan... hehehe... saya minta maaf la jika ada design yang terlambat... tapi setakat ni saya tak pernah lagi delay untuk design... dan jika ada berlaku pun saya yang akan YM atau email untuk beritahu...

Template yang saya design adalah MOST BEST VIEW [betul tak ayat ni] pakai Mozilla Firefox. Seperti yang saya statekan dalam term and condition kat sebelah ni... Harap baca dengan teliti dulu sebelum menempah ya... hm... sebab saya tak nak bila dah tempah...dan redesign a few times tetiba cakap tak nampak guna Internet Explorer... sedih sangat2... huhuh padahal banyak masa saya habis kat sini [Ini pernah berlaku... yang mana saya rasa bersalah sebab tak state term and conditon dan saya buat Refund balik untuk this customer] sebab tu saya terus letak term and condition. Term and condition ni akan di tambah dari semasa ke semasa mengikut komplikasi yang berlaku kepada saya semasa mendesign template...:)

Harap semua customer yang disayangi paham situasi saya ya... terima kasih kepada yang sudi menempah tu... dun worry design2 anda semua akan menyusul... berikan saya masa untuk hasil yang menarik... Duit yang saya dapat dari hasil mendesign ini adalah akan menjadi darah daging untuk saya sekeluarga... saya minta halal dunia akhirat... dan saya mahu anak saya menjadi anak yang soleh... harap dihalalkan yang terlebih dan yang terkurang... Terima kasih lagi...:,)

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam

Sejak saya belajar untuk melukis dolly ni... kekadang ada rasa bersalah dan was2...terutama saya pernah terbaca bahawa... antara dosa-dosa besar adalah dosa seorang pelukis... tapi minat untuk melukis tu tetap ada... Dalam kebuntuan tu... saya bertanya pendapat kawan2 saya... terutamanya Kak jaja dan Kak lelord . Kedua2 sahabat saya ini memberi jawapan yang sangat postitif dan memberi semangat kepada saya... Terima kasih ya untuk akak berdua... Alhamdulillah... sekarang saya dah faham... semuanya bergantung kepada niat dan arah tujuan kita...

Tengah hari ini saya sempat chatting dengan Kak Jaja dan suaminya di Facebook... Syukur... saya dah tahu apa hukumnya... setiap perkara perlu ada rujukan daripada hadis2 sahih dan juga setiap perkara mesti ada huraian daripada para ulama... sekarang saya dah faham dan tiada ragu2 lagi... terima kasih untuk kak jaja dan suami dan juga kak lelord... Inilah kelebihan berkawan dengan ramai orang... bak kata ibu Aqil " walaupun kenal secara alam maya...tapi masih lagi boleh berkawan baik... Insyaallah...

Disini saya nak sharekan huraian tentang hukum melukis gambar... diharap dapat memberi penerangan yang jelas... sila baca betul2 untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam... Isyaallah...
Soalan:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali

Saya meminati seni dan lukisan. Namun, daripada pembacaan, saya dapati terdapat larangan dalam menghasilkan potret atau mana-mana lukisan yang menyerupai objek hidup. Daripada pemahaman saya, penghasilan lukisan seperti itu seolah-olah mencabar ciptaan Yang Maha Pencipta. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya? atau saya tersilap dalam memahami maksud sebenar larangan tersebut.

Keduanya, mengenai kedudukan gambar fotografi yang dirakamkan. Saya amat mengharapkan penjelasan kepada soalan-soalan berikut:

1. Bagaimanakah kedudukan melukis potret dan objek bernyawa dalam hukum Islam.
2. Adakah ciri sesuatu potret yang dihasilkan, iaitu 'berwarna' (menyerupai wajah sebenar yang dilukis), atau 'hitam putih' (menyerupai wajah sebenar tetapi tidak berwarna) menjadi penentu dalam mengharuskan penghasilan potret tersebut?
3. Apakah kedudukan membingkaikan gambar fotografi objek hidup (manusia dan haiwan contohnya), lalu digantung di dinding rumah mahupun pejabat?

Sekian.
Ratapan keampunan kepadaNYA Yang Maha Pengampun atas segala kejahilan.
Daripada: NUR HIDAYAH HAJI DAUD (Malaysia)


JAWAPAN
Muqaddimah
Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:

إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahanَ

Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau kayu.
Persoalannya, adakah Islam berdasarkan ijtihad para fuqaha membenarkan kesemua lukisan dan ukiran atau sebaliknya?

Beberapa perbahasan yang disepakati dari segi hukumnya oleh seluruh para fuqaha Islam

1. Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.
Ini kerana manusia telah dibenarkan untuk mencipta benda-benda tersebut. Apabila seseorang individu itu telah dibenarkan oleh Islam untuk mencipta kereta, dia juga boleh melukis gambar kereta. Ini kerana gambar kereta lebih mudah untuk dihasilkan berbanding dengan mencipta kereta. Kalaulah mencipta kereta yang lebih sukar telahpun dibenarkan oleh Islam, maka menghasilkan gambar kereta lebih-lebih lagi dibenarkan.

2. Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu boleh untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah Taala seperti gambar tasik, sungai, laut, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sekiranya gambar alam semulajadi itu dijadikan sebagai bahan sembahan orang yang bukan beragama Islam seperti golongan penyembah matahari, maka sekiranya penyembah matahari meminta sang pelukis untuk melukis gambar matahari untuk disembah selepas itu, pastinya hukum melukis gambar matahari ketika situasi ini adalah haram. Ini kerana gambar yang bakal dilukis akan digunakan untuk tujuan maksiat iaitu menyembah selain daripada Allah Taala.

Beberapa perbahasan yang tidak disepakati dari segi hukumnya oleh para fuqaha Islam
Kebanyakan para fuqaha berpandangan bahawa seseorang pelukis dibenarkan untuk melukis gambar tumbuh-tumbuhan, rumput, buah-buahan dan pokok-pokok. Mereka tidak membezakan antara pokok yang berbuah ataupun pokok yang tidak mengeluarkan buah. Bagi kebanyakan para ulama, hukum melukis tumbuh-tumbuhan dan pokok adalah seperti hukum melukis alam semulajadi seperti sungai, laut, gunung-ganang dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, hanya seorang ulama sahaja yang tidak membenarkan melukis gambar pohon-pohon yang mengeluarkan buah. Ulama tersebut adalah Al-Imam Al-Mujahid.
Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan.

Jawapan Kepada Soalan Yang Ditujukan
Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang
Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.

Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.

Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna[ii] bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.

Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.

Berdasarkan jawapan di atas jelaslah kepada kita bahawa:
Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran. Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut adalah sempurna.

Namun sekiranya anda ingin memegang pandangan yang mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:

الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ

yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang dosa.

Hukum Gambar Fotografi

Gambar fotografi adalah dibenarkan selagi mana gambar yang diambil tidak diharamkan untuk dilihat. Oleh itu, apabila seseorang mengambil gambar temannya dalam keadaan si teman menutup aurat, hukum mengambil gambar tersebut adalah dibenarkan. Jelasnya mengambil gambar manusia yang yang tidak menutup aurat adalah diharamkan.
Gambar yang berwarna ataupun hitam putih adalah sama dari sudut hukum. Keadaan gambar tersebut adalah hitam putih atau berwarna bukanlah penentu kepada sesuatu hukum.

Hukum Menggantungkan Gambar Di Dinding

* Hukum menggantungkan gambar selain dari gambar manusia dan haiwan adalah dibenarkan. Contohnya gambar tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.
* Namun sekiranya gambar yang digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang sempurna, maka berdasarkan pandangan Al-Malikiyyah, hukumnya adalah makruh sekiranya gambar tersebut digantung atau dimuliakan.
* Sekiranya gambar tersebut tidak dimuliakan, contohnya gambar yang ada pada hamparan, bantal, selipar, kasut dan sebagainya, maka tindakan menggunakan dan menyimpan barang-barang tersebut adalah tidak digalakkan. Ini kerana yang sebaiknya adalah tidak menggunakan langsung sebarang gambar kepada objek hidup.
* Walaubagaimanapun, berdasarkan pandangan para ulama selain daripada Al-Malikyyah, mereka mengharamkan seseorang individu untuk menggantungkan sebarang gambar manusia atau binatang yang sempurna.
* Sekiranya gambar yang ingin digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang tidak sempurna seperti gambar kepala manusia sahaja, gambar kepala seekor singa, gambar seekor lembu tanpa kepala dan gambar manusia yang dadanya berlubang, maka kebanyakan para ulama membenarkannya tanpa ada sebarang hukum makruh.

Hadith Yang Menunjukkan Seolah-Olah Pelukis Mencabar Allah

* Berkenaan dengan hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa lukisan benda yang bernyawa adalah seakan-akan mencabar ciptaan Allah, bagi para ulama yang berpandangan bahawa lukisan objek manusia dan binatang yang sempurna adalah haram, mereka menjadikan pengharaman tersebut kerana hadith Rasulullah menunjukkan bahawa orang yang melukis objek benda yang bernyawa telah mencabar Allah Taala.
* Namun bagi para ulama yang tidak berpandangan bahawa lukisan gambar manusia dan haiwan adalah haram, mereka berpandangan bahawa maksud lukisan gambar yang membawa kepada mencabar Allah Taala adalah hanya apabila gambar yang dilukis bertujuan untuk disembah
ataupun
* orang yang melukis tersebut sendiri ingin menjadikan lukisannya sebagai satu cara untuk menyatakan kepada orang lain bahawa dia mampu melakukan sebagaimana Allah menciptakan sesuatu objek. Ini bermakna si pelukis sendiri yang berniat untuk mencabar kehebatan Allah dalam mencipta alam.
* Sekiranya si pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi Allah Taala dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah, maka para ulama yang tidak mengharamkan lukisan akan menyatakan bahawa tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan.


Penutup.
Perbincangan berkaitan dengan hukum gambar adalah satu perbincangan yang akan memperlihatkan perbezaan pandangan para ulama dalam menentukan hukum. Walaupun ada hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa melukis adalah haram, tetapi para ulama berselisih pandangan dalam memahami hadith-hadith tersebut sehingga menyebabkan pandangan yang pelbagai dalam masalah hukum melukis.

Kita sebagai orang Islam wajib untuk menghormati perselisihan pandangan ini dengan tidak memaksa umat Islam yang lain memilih hanya satu pandangan daripada pandangan-pandangan yang pelbagai. Ini kerana setiap pandangan mempunyai sandaran dan hujah ilmu yang diceduk daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan dalil-dalil feqh yang lain.

Kita juga tidak boleh mencemuh pandangan sebahagian para fuqaha sekiranya pandangan mereka tidak sama dengan pandangan mazhab yang kita pegangi.

Wallahu A'lam.
Rujukan utama adalah Mausu`ah Fiqhiyyah Quwaitiyyah.
Rujukan artikel adalah dipetik daripada forum Halaqah

I want to be a perfect mom

gambar sekadar hiasan semata
Dah lama nak publish entry ni... tapi tiap kali nak taip mesti la saya ni kekurangan masa untuk memerah otak bagi mengeluarkan idea... ades... Setelah melahirkan Khalis memang saya sudah tekad nak berhenti kerja...walaupun memegang segulung ijazah...tapi saya memilih jawatan sabagai seorang suri rumah. Kenapa? sebab.... saya ni cerewet dan sentiasa was-was orangnya... tambah pula masa saya dalam pantang... banyak pulak kes2 penderaan bayi dan kanak2 oleh pengasuh... aisey... memang bukan semuanya macam tu...tapi perasaan bimbang tu melanda jiwa... jadi daripada saya ni jadi pesakit jiwa... lebih baik lepaskan jawatan tinggi tu untuk menjaga anak...

Wah... setelah setahun lebih menjadi seorang suri rumah... baru saya tahu bahawa menjadi suri rumah ni bukan senang tau... adoi... my time management totally worst. Memang saya tak tahu langsung dah nak urus macam mana.... mana nak sapu rumah, mana nak masak, mana nak basuh baju, mana nak jemur baju, dan segala2nya... sometimes i wish that i could have an extra time... 

Kekadang sambil menunggu Khalis  tidur... saya design template untuk my customer... bila Khalis dah tidur badan pun tetiba rasa penat juga... tangguh lagi nak buat itu ini... sebab masa Khalis jaga... saya dah struggle buat  a few task sambil dukung Khalis... Khalis 8kg beratnya....diusung ke hulu ke hilir... hehehe kekadang kebas juga tangan...tapi nak tinggal dia sorang2 kesian...tambahan memang Khalis tak boleh ditinggalkan langsung...
To all my blogger friend... bukan saya tak nak blogwalking ke blog you all tapi... masa memang constraint... kekadang semua blog yang update saya masuk...tapi baca entri tak tinggal jejak...tak tinggal komen... just baca entri dan keluar... jadi really sorry ya...tapi i really appreciate la kepada semua yang sudi melawat blog ni.... 

Kepada my friend yang bergelar suri rumah... atau yang memang pro dalam uruskan rumah dan tangga ini... share la jadual anda semua dengan saya...some more... saya memang dah kena wat jadual ni... bila masa nak uruskan rumah, uruskan Khalis dan juga design template untuk customer...:) serius... penat...

Tutorial: Cara letak Social Networking Bookmark pada Blog

Untuk kengkawan yang bertanya macam mana nak letak icon Facebook, Twitter,Blogspot dan Chat kat tepi blog. Maaf ya lambat sediakan tutorial... almaklumla... saya ni busy dengan Khalis, busy juga dengan template order... bajet busy la konon.... hehehe.... ok... pada sesiapa yang berminat... follow langkah2 kat bawah ya...

1. Login ke Blogspot .

2. Klik Layout > Add a Gadget Javascript / HTML

3. Copy di bawah dan Pastekan ke dalamnya

<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href='masukkan url facebook anda' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="masukkan url icon facebook anda" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='masukkan url twitter anda' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="masukkan url icon twitter anda" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='http://www.blogger.com/home' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='Go to Dashboard'><img border="0" src="masukkan url icon blogspot anda" /></a><br />

</div>

*Bahagian yang saya boldkan dengan warna merah tu... anda haruslah tukar dengan url social network anda dan juga url icon yang anda suka...

**Bahagian yang saya boldkan dengan warna purple pula... anda boleh menukar kedudukan button anda sama ada di kedudukan kiri atau kanan blog dengan menukar kan, left ke right.
dan juga boleh menukar tahap ketinggian button tersebut terapung di sini top:140px.

Untuk YM sedikit perubahan pada code... Copy&paste code dibawah ya... pastikan anda paste kod dibawah sebelum kod </div> ini ya...

<a class='linkopacity' href="ymsgr:sendim?masukkan Id Yahoo Messenger anda" imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='chat with me'><img border="0" src="masukkan url icon YM anda" /></a><br />
*Bahagian yang berwarna merah anda perlu masukkan maklumat anda ya...

Jika 4 code diatas tidak mencukupi, anda boleh salin kod di bawah dan paste sebelum </div> , dan masukkan link serta gambar yang anda suka...
<a class='linkopacity' href='LINK ADDRESS' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="URL IMAGE" /></a><br />

4. Setelah semua dah selesai, anda boleh save dan tengok hasilnya... mudahkan?

Sebagai tambahan...saya sediakan icon2 yang agak cantik di mata saya... berserta dengan urlnya sekali... tapi jika anda tidak berminat... sila lah cari disini dan upload sendiri icon2 tersebut untuk mendapatkan urlnya...=)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfhezzEqLRk068gPsPosGfgB-yd_lfJ7H00JfSGfedsFBpKZ3aiFE_J-Xhnfhxa6yc6Qaaua74mp9gyYufAHwzcB7ZFpG9Ra3qipa2GtExRfVP33PKZ4AEKpnAoyVfB5_HdlOFu7Tecrj4/s1600/facebook.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNSF68tUVvUAOFKsEw04E0Fr8hxLTRykF5_NvJIiIxkYzrf9f98P3A_GNnxWD0P5eiwIoasrvsw5mkJqM9PhnPcbYsqDWNCTip3-udhl_anddtRpxfXs6O0fffcUeafjvfgEEU-6R4HH5e/s1600/twitter.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnOWS_LEUnqSa8k4leqfixOUtMlG10e3mA975UFt902eqZYNSCq6KWhnvlhPg6tmIhkC6Muvn_yqSzskbKXgDQHbiqt3Uzt9LJ4v33FRH7f0ZwPFy99IOSFbGU-KzD55cMz9GCaA3ouP6z/s1600/blogger.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghqnSdk-3uvTYjjSh5GWBOtN7CRuh2TEEs_WXdh_kycSuFnk5HdQ2I8CUg00j8ebgYHxdWvti1Cw8ilYCqaoNn5-M6PTP7FZQD4-GKuyrn36QzjfCQEjI5Bu2Wm_myKGMFaCPsJ7OqOYPY/s1600/gtalk.png

Selamat Mencuba, Jika tidak paham... boleh bertanya...dan saya akan cuba untuk reply... terima kasih ya...=)

Tutorial kredit pada: Mommy Pinky

Dolly Cuba-cuba Lagi...

Template make-over daripada ibu aqil... Dolly cuba2... ini bukan nama dolly ni ya... dolly untuk family EmIenAqil... Ibu minta saya design new template untuk dia... cepat sungguh ibu bosan dengan template munga2 dia tu... katanya ada orang tiru dia punya design... Jadi ibu pun nak tukar la... tak gemor nak pakai template yang sama... lagi pun ibu kecik hati juga pada orang yang meniru tu... hehehe... ya tak ibu... tak pelah... biarlah menjadi rahsia di antara kami... 

Ok tak dolly tu... dah ada 3 dolly... nanti nak cuba lagi wat dolly untuk baby... hehehe... tapi semua pun masih dalam percubaan...dan masih mencari identiti... maklumla saya ni bukan pandai art mana pun... kategori2 art pun saya tak tahu menahu... susun2 mata hidung... ikut suka hati je... tak tahu jenis2 kartun yang dilukis juga... rupanya banyak jenis... chic la... sassy la... chibi la... apa lagi? saya pun tak tahu dolly saya ni tergolong dalam kategori mana...

Minat disamping nak mencari side income... membuatkan saya cuba juga untuk create dolly ni... cubaan pertama untuk neeza... hehehe tapi rasanya dolly berupa macam tu... untuk neeza aje kot... sebab masih tercari2 identiti sampai sekarang...

Cantik tak dolly tu... bagi komen ya...supaya dapat improve sedikit demi sedikit...:)

Perubahan Cara Baru

Tengok semua orang ada fan page, ada twitter... wah... apa lagi... saya pun nak juga la... hehehe... ni bukan jeles ya... tapi orang kata, mengikuti perkembangan semasa... eceh... rasa tak terlewat lagi kan... better late than never,,,
Ini pages saya kat facebook... Like la kalau rasa suka... kat sini saya akan update setiap kali saya install template baru untuk customer... jadi kalau dah jarang upload kat blog tu... tak bermakna saya dah tak nak upload... tapi lebih mudah kalau update status kat Pages ataupun kat twitter... hehehe...
hah... kat sidebar pun ada twitter juga... kalau dah update kat pages... dah tentu akan terus upload ke twitter... hehehe...
Mungkin ada kawan2 yang pelik tengok ni..."apalah yang whitey mommy letak kotak2 kat tepi blog dia ni..." hehehe ada tak yang tanya cam tu? maka ini lah jawapannya... itu kotak2 orang panggil Sexy social bookmark [eh... betul ke? kalau salah sorry ek] situ sebenarnya link2 penting yang saya letak... twitter,facebook dan juga Yahoo Messager saya... kalau rasa nak mudah... nak connect dengan saya... tekan je butang2 tu...

Rasa ini aje yang saya nak bebel setelah lama tak de entry...hehehe... kalo ada entry pun ada ke orang nak  baca... =p... nak cerita tentang Khalis...tapi maklumla... kamera tak de... macam tak best pulak kalau cerita tak de gambar...bila la nak dapat kamera ni... huhuh...

status: busy design template untuk seseorang yang bertemakan pelangi... hehehe... request nak header dolly molly... belajar sikit2... harap2 dolly ini ada beridentitikan saya sendiri..=p

Template Make-over : Order daripada Neeza

Template make-over order daripada Asneeza... beliau adalah my ex-assistant manager dan juga kawan baik saya semasa saya bekerja dulu... hehehe... Neeza dah mula nak blogging dah sekarang... nak mencoretkan kisah cinta dia la tu... eceh...
Untuk Neeza, maka terhasillah dolly pertama saya... hehehe masih perlukan improvement... tapi setakat ni dapat la puaskan hati neeza...[puas hati ke neeza?] hehehehe... neeza nak dolly lelakinya kepala botak...
Disamping itu, saya keluarkan new featured untuk my template design... pada template saya create icon email, twitter dan share on facebook... biasanya guna kod dan gambar2 yang warna lain kan... [biru dan hijau] jadi saya create terus untuk memantapkan my template [InsyaAllah] memudahkan customer , jadi tak perlu la menambah button2 lain script lagi kan... hehehe

Ini adalah template untuk neeza... kriteria yang neeza inginkan adalah bertemakan taman, ada kereta, warna putih, bunga tulip yang warna warni[saya wat warna pink dan kuning-consider warna warnikan], neeza nak dua kolum... dan simple tapi cantik... hehehe... susah juga nak penuhi kehendak neeza ni... apa pun harap neeza akan puas hati... Jom terjah blog neeza untuk melihat gambaran yang lebih jelas... 

Harap neeza akan puas hati ya... selamat berbelog neeza...

My Wish LIst

Kalau ada rezeki lebih... Insyaallah... teringin sangat2 nak ada satu camera digital... untuk ambil gambar2 Khalis... kalau yang perasan... dah lama saya tak upload gambar2 Khalis... sebab My phone camera dah rosak... Khalis hempas ke lantai... terus skrinnya blank... hitam... adoi la... nak marah pun anak... kecik lagi bukannya Khalis akan paham... kesian dia... masa terhempas tu... bila saya tengok kamera tu... dia diam je... mungkin dia pun terkejut ataupun rasa bersalah... rasanya lepas incident tu... Khalis dah tak baling2 barang lagi... 

Kalau ikutkan Khalis ni memang jenis sayangkan barang... Toys dia sejak dari dia lahir... sampai sekarang still lagi baru dan nampak cantik... cuma kekadang bila mari angin dia... dia cepat juga nak baling2 barang... biasalah budak kecik...

Sayang rasanya setiap moment yang tertinggal... biasanya selama setahun lebih Khalis kat dunia ni... almost everyday... gambar dia saya ambil... lepas dah rosak tak de lagi dah nak ambil... cerita tentang Khalis pun dah takde... rasanya kurang menarik cerita kalau tidak disertakan dengan gambar2... 

Saya terfikir nak guna satu blog dulu... my personal blog tu untuk cerita yang mengikut perasaan saja kot... hehehe... cerita happy2 kita cerita kat blog ni je la ya...

Template Make-over : Order daripada Kaseh Amani Collections

 Template make-over yang diorder oleh Kaseh Amani, blog ini adalah blog yang menjual fabrik cotton dan dimiliki oleh dua orang sahabat baik... mereka memilih tema yang simple, ada english style dan mesti warna oren striking... hehehe masa mula2 memang tak tercapai dek akal saya... Allhamdulillah... dapat juga ide sikit2 dibantu oleh pemilik butik ini... Untuk melihat paparan yang lebih jelas jemputla ke blogshop ini... mana tahu kalau ada kain yang berkenan boleh la... shopping sekali... hehehe

 Ini Badge untuk Kaseh Amani Collections... mahukan yang simple dan striking...
 Ini pula signature untuk Kaseh amani...
Dan ini pula watermark yang bertemakan wanita stylo... gambar ini diberikan sendiri oleh mereka... hehehe... terima kasih ya... banyak membantu...

Terima kasih untuk akk berdua kerana sudi menempah template dengan saya... saya berharap agar puas hati ya... hehehe...

Template Make-over : Order daripada Kak Laila

 Template make-over diorder oleh Kak Laila, merupakan seorang pengedar makanan kesihatan... shaklee... Saya pun dah jadi pemakan shaklee secara tegar untuk meningkatkan kualiti air susu yang bakal diberikan kepada Khalis... cerita ini saya bakal upload , tengah cari idea ni nak taip... bila dah ada idea, buka je lappy terus blur...

Kak Laila memilih konsep Autum, nak ada falling leaf, warna coklat keperangan, dan ada swirls. Konsep nak simple and easy.. hehehe memang mencabar,,, saya ni kalau design yang custmer request tak tercapai dek akal saya nervous sikit... hasilnya seperti kat gambar kat atas... nak paparan yang lebih jelas... Jemputla ke blog Kak Laila... Sekarang kak Laila ada wat contest tu... hadiahnya... CD Maher Zain... hehehe saya nak join nanti...

 Ini badge untuk Kak Laila... nak letak gambar anak dia... just saya perlu hias letak swirls dan background warna coklat...
 dan ini pula signature Kak Laila... Kak laila nak namanya dan ada swirls atas bawah... semua idea Kak Laila ya...
Ini pula signature Kak Laila... sama juga nak swirls dan tulisan sahaja... nak paparan lagi jelas.. pergi tengok kat blog kak Laila... sebab signature ni gabung warna putih n hitam...

Terima kasih ya akk... sudi tempah template dengan saya... semoga akk berpuas hati dan bisnes terus maju... nanti nak join Contest tu... hehehe

Akhirnya Jumpa Juga [Updated]

InsyaAllah... jika cukup bajet dan tiada aral yang melintang Bulan Januari ni kami rancang nak pergi buat pertama kali sepanjang perkahwinan kami, Bertiga dengan Putra kecil kami. Rancangnya nak pergi Langkawi ataupun Cameron Highlands... yang mana best... tapi serius... Cameron saya tak pernah pergi lagi... tapi... Langkawi dah pernah pergi, hehehe masa tu saya darjah 5 kot... dah berzaman 15 tahun lepas. Sekarang ni mesti banyak sangat dah perubahan kan...

So Kalau tak jadi pergi Langkawi, kami akan ke Cameron la... Untuk Khalis dah lama saya teringin sangat nak belikan something untuk dia... At least kalau nak pergi berjalan ditempat2 sejuk boleh la pakaikan... Cari kat gedung anakku tak jumpa, cari kat parkson Selayang Mall pun tak jumpa... hehehe... nak pergi ke Sogo memang tak la... sesak2 nak dukung Khalis... memang tak sanggup la... Tengah layan facebook jumpa la kedai online ini... Jemputla tengok...
Ini yang saya order... cantik tak? nampak smart je kalau baby boy pakaikan... saya order untuk umur 2 tahun punya. Sekurang2nya bila Khalis dah umur 2 tahun still lagi boleh pakai... Harganya pun berpatutan... Saya memang suka kalau baju2 yang one set macam ni... nampak smart je... kurang sikit mix and match. hehehe...
Dan ini pula set yang kedua... warna coklat... ingat nak order warna putih... tapi tak ada... hehehe ni pun saya rasa smart kalau  Khalis pakai... eceh... handsome anak ibu... hehehe tak sabar nak tunggu 2 minggu lagi... baru dapat produk ni...

Updated
Ha... ini dia set baju sejuk ke tiga untuk Khalis... rasa dah cukup kot... hehe berkenan betul dengan warna merah ni... terus grab.... comel tak? saya suka bebenor tengok ni... aduyai... tak sabar2 nak tunggu barang sampai... hehehe....

Terkadang Sering Terkenang

Pernah tak kekadang tanpa sebab anda akan berasa sedih??? Kekadang saya selalu rasa macam tu... Terutama lepas bersalin... kemurungan ke tu? Bila selalu teringatkan apa yang orang lain pernah buat pada saya... Rasa sedih sangat2... Dah la saya memang di asuh untuk berdikari sejak dari kecil masa darjah satu kekadang perasaan cemburu bila melihat kawan2 berada dalam pelukkan mak... tapi saya tak... Saya tahu sebab mak saya perlu cari rezeki untuk menyara hidup kami dua beranak. Tiada sokongan sesiapa hanyalah berbekalkan  tulang 4 kerat. 

Mungkinkah pengalaman2 seperti ini yang membuatkan saya kuat untuk menghadapi cabaran dan dugaan hari2 mendatang. Alah bisa Tegal biasa. Tapi sebagai perempuan terkadang ada juga waktu2 yang kita tak kuat untuk menghadapi... dan kekadang terasa perlukan tempat bergantung, mengadu, dan mendengar cerita2 duka saya. 

Bila dah berkahwin, dan mempunyai anak pula terlalu banyak yang perlu difikirkan, perlu menjaga hati orang lain. Bukan apa komitmen dah tinggi dan mempunyai anak yang perlu dididik dengan sempurna. Walaupun tidak dengan harta benda yang berganda2 cukuplah jika saya dah mendidik anak saya dengan Akhlak yang mulia... Terasa besar tanggungjawab ini untuk dipikul... terutama zaman sekarang banyak cabarannya...

Hati saya mudah terluka. terlalu sensitif. senang memaafkan tetapi sukar untuk melupakan... Please Don't break My heart. Hati ini sudah lama terluka. Bisanya di dalam tiada siapa yang boleh lihat.

[Monolog Hari Sabtu]

Giveaway Domain From MelRomeo.com

 

Ditag Oleh Mommy Pinky untuk Join contest ini...

Giveaway Domain Daripada Melromeo.com

Tag 5 Orang Kawan Bloggers:
3. Cha

 menang 1 domain.com/.net/.org daripada Melromeo.com

Penyakit Sawan Tarik -Bahayanya kepada Bayi

Hati saya terasa sungguh sedih bila terbaca entry seorang sahabat blogger saya, Mawar Merah a.k.a Ramlah. Ramlah menceritakan tentang anak saudara kesayanganannya Israf terkena penyakit ini... Ya Allah... sembuhkanlah penyakit Muhammad Atif Isyraf . dan Jadikanlah dia seorang kanak2 yang sihat dan cergas amin... air mata saya mengalir tanpa henti apabila membaca entry Ramlah. Saya yang tiada kaitan pun terasa sangat sedih apatah lagi keluarga Isyraf yang paling dekat... Ramlah memberi peringatan kepada saya tentang penyakit ini, supaya sentiasa berhati2...

Saya google maklumat tentang Penyakit ini... dan kumpul a few info dan ingin share dengan kawan2 semua terutama yang mempunyai anak kecik termasuk saya . Info ini berguna untuk di baca dan di kongsi bersama... Saya sendiri pun kena lebih berhati apabila membaca info ini... Saya perlu berhati2 terutama jika Khalis demam...

Ya Allah... Berikanlah kesihatan dan kebahagian untuk anakku Muhammad Khalis Putra di dunia dan akhirat... amin...

Info untuk tatapan kita bersama...

APAKAH itu sawan tarik? Apakah puncanya? Adakah ia berpunca daripada keturunan atau daripada penyakit lain?Bagaimana cara mengubati atau mengatasinya daripada terus berlaku?
SAWAN tarik atau sawan demam (febrile fit) kerap berlaku pada kanak-kanak berusia antara enam bulan dengan enam tahun.

Ia boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah Celsius yang memuncak secara mendadak.

Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang.
Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.

Demam itu sendiri selalunya berpunca daripada jangkitan kuman virus seperti demam flu, demam yang beruam dan kadangkala ekoran jangkitan air kencing.

Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis).
Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.

Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah apabila berlaku sawan tarik?
  • Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
  • Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
  • Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
  • Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
  • Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
  • Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit.
Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.

Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan seperti kerap meminum air putih dan memberinya ubat demam seperti paracetamol atau supplement-supplement yang dipercayai...

Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di negara ini ialah kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas.
Penyakit sawan atau 'fits' ataupun tarik-tarik ini terjadi apabila kanak-kanak diserang demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh dicegah sekiranya anda bertindak segera.

Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;
1. Akibat demam panas.
2. Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan ataupun ketikadilahirkan.
3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan alat-alat kotor atau karat).
4. Atau sebab-sebab lain.

1. Akibat demam panas
Sebab-sebab berlakunya demam panas kepada bayi ini biasanya disebabkan oleh:
1. jangkitan kuman virus
2. jangkitan kuman bakteria
3. sebab-sebab yang tidak dike-san
Contoh-contoh demam akibat jangkitan kuman virus ini ialah selsema dan campak. Contoh-contoh bagi demam akibat jangkitan bakteria ialah jangkitan kerongkong, jangkitan saluran kencing, paru-paru bronchitis (sejuk paru-paru) dan lain-lain.
Sekiranya demam ini tidak dikawal sawan akan menyerang. Bagaimana demam panas yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan akhirnya membawa kecacatan atau kemungkinan besar maut?
Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat segera, anak itu akan diserang sawan atau 'tarik-tarik'.
Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan berlaku. Sesak nafas ini mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak. Apabila ini terjadi otak akan rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak seumur hidup kepada bayi.
Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan bayi ini gagal maka bayi akan menjadi biru dan akhirnya maut.
Tanda-tanda demam yang terlalu tinggi ialah apabila mata kanak-kanak itu mula liar dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-gerak. Ini adalah juga tanda-tanda awalan bahawa kemungkinan besar anak itu akan diserang sawan.

Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila anak-anak demam panas untuk mengelakkan sawan berlaku:
1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.
2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan demah badan kanak-kanak itu - khasnya di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan seluruh badan supaya suhu panasnya turun.
Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda akan kena sawan seperti yang telah disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera supaya demamnya turun.
Suhu badan yang bahaya ialah 102 atau 39 darjah Celsius ke atas. Apabila saja suhu badan anak yang demam naik ke paras 100 darjah F. atau 38 darjah Celsius segeralah mendemahnya tubuhnya dengan air sejuk.
3. Pastikan anak itu selain dari demam juga kena sakit sampingan. Pastikan sama ada dia batuk, susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu perlu memeriksa keadaan anak-anak itu sendiri.
4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.
5. Sekiranya sawan menyerang anak itu, ambil sudu dan sengkangkan ke mulutnya untuk mengelakkan anak itu dari menggigit lidahnya.
Cara-cara mencegah sawan dan demam
Penyakit sawan dan juga demam memang susah hendak dicegah kecuali para ibu menjaga kesihatan anak-anak dengan rapi serta memberi anak-anak makanan yang berzat lagi sempurna. Hanya dengan penjagaan kesihatan secara rapi dan juga pemakanan yang berzat sahaja anak-anak boleh beroleh daya tahan yang tinggi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.
Kedua, ibu-ibu dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil ke tempat-tempat keramaian atau di mana ada ramai orang kerana di tempat-tempat tersebut bayi atau kanak-kanak terbuka kepada berbagai jenis jangkitan dan penyakit.
Langkah yang ketiga yang paling penting ialah, anak-anak haruslah diberi suntikan pelalian untuk mencegah penyakit-penyakit yang boleh dikawal seperti campak, tetanus dan lain-lain.
Cara keempat, pastikan apabila anak itu demam panas, suhu badannya dikawal dengan cara mendemah tubuh dengan air sejuk. Bahaya utama bukanlah demam itu tetapi sawan yang bakal menyerang apabila suhu meningkat ke paras yang tinggi.
Kelima, bersalinlah dengan bidan-bidan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kecuaian ketika menyambut bayi atau ketika mengendalikan potong tali pusat.
2. Sawan akibat dari kecacatan otak
Kerosakan otak terjadi oleh beberapa sebab seperti jangkitan otak yang digelar 'Encephalatis' ataupun 'meningitis' ataupun kecederaan otak yang berlaku ketika bayi dilahirkan - misalnya ketika melahirkan anak songsang, 'forceps' atau akibat - jangkitan tertentu.
3. Sawan akibat lain-lain sebab
Yakni sebab-sebab berlakunya sawan tidak diketahui seperti keadaan 'idiopathic' atau sawan babi atau 'epilepsi'.
4. Sawan akibat tetanus
Ini boleh berteku akibat jangkitan kuman tetanus - yakni kuman yang menyerang luka. Sawan ini juga boleh berlaku kepada bayi apabila tali pusatnya dipotong dengan menggunakan alat-alat seperti gunting dan sebagainya yang tidak bersih.
Sawan akibat tetanus ini sangat merbahaya dan boleh membawa kepada cacat otak seumur hidup.
Jangkitan tetanus ini boleh dicegah sejak bayi itu masih berada dalam kandungan. Untuk melindungi bayi dari diserang sawan tetanus ini ibu-ibu dinasihatkan supaya mengambil suntikan tetanus sebaik sahaja bayi dalam kandungan mula bergerak.

Tindakan doktor untuk mengatasi demam dan sawan
Para doktor akan periksa seluruh anggota anak itu termasuk tekak dan sebagainya. Ujian makmal ke atas darah dan air kencing juga dibuat untuk memastikan sekira ada penyakit sampingan.
Sekiranya terdapat penyakit sampingan doktor akan memberi antibiotik untuk diambil oleh kanak-kanak itu.
Sekiranya tiada didapati sebarang jangkitan maka doktor akan bertanya akan riwayat ibu ketika melahirkan anak itu. Untuk memastikan sama ada anak itu ada mengalami sebarang kecederaan ketika dilahirkan ataupun memang dilahirkan begitu.
Sekiranya didapati anak itu dijangkiti sawan tetanus maka anak itu akan diberi rawatan khas. Dan kalau sawan yang menyerang itu sawan babi, doktor akan memastikan latar belakang keluarga anak itu.
Peringatan:
1. Demam panas yang mengakibatkan sawan adalah penyakit yang serius dan merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama.
2. Jangan pakaikan anak anda pakaian yang terlalu tebal. Pakai pakaian yang ringan yang mudah serap peluh seperti yang dibuat dari kain kapas. Jangan bedung anak anda atau menyelimutkan anak anda ketika anak itu demam.
3. Anda perlu bertindak cepat. Demahlah tubuh dan seluruh tubuh dan kepala anak anda dengan air sejuk apabila demam panas menyerang. Segera bawa berjumpa doktor.
Ingatlah tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anak anda.

Berikut adalah pengalaman beberapa ibu yang menghidapi penyakit ini...

Salam,
my doctor selalu tulis dlm report as 'febrise fits', tak tau le ade beza ke
tak...  my 1st son  pun kena age 1+,   untill now, will be 6yrs by this sept.
throughout the years.... mmmm 3/4 bln sekali akan admitted...   some people
says one of the reason fits nie bcoz of keturunan.... my husband got it during
his early childhood jugak...  I, ubat kampung pun gi jugak... alhamdullillah
semakin membesar nie the gap tu lebih le skit... hopefully diizinkan Allah,
ianya semakin hilang...

doc tak galakkan kita jirus terus dr air paip bila terkena fits (as 'honey'
wrote)... basahkan kain then tap kat badan jgn gosok kain basah tu kat kulit...
bila u gosok ianya akan menghasilkan lebih haba... tapi bila dah panik air paip
tu je yg i terpikir.... just to ensure kita jirus sampai tak memudaratkan as
advise by 'honey' earlier.   After the 1st fits experience, i akan treat kat
rumah until fits hilang baru bwk gi clinic...to ensure fits tak lama...

my son bukan demam aje yg akan terkena fits, other things such as penat, lapar
(if he skip meals), tonsil bengkak (yg boleh lead to demam) and cirit birit...
or might be other things yg membuatkan badan dia lemah... which later can lead
to demam...

Pengalaman kedua.
Assalamualaikum. .
Saya pun ada pengalaman macam tu. dalam awal tahun ni..my son (age 1+) kena
sawan tarik tu. in english they call it "Febrile Seizure". masa anak saya kena
tu memang la saya panik sangat...nasib baik saya still duduk ngan parents..so.
.saya jerit kuat2 panggil my mom..and we both rushed my baby to the bathroom
and jirus air kat kepala dia.

tp bila saya bawak pegi jumpa pakar kanak2..doktor tu kata..kalau jadi lagi
lain kali..jangan mandikan / basahkan anak tu terus. dia kata just biar je
sawan tu reda sendiri..doktor tu kata..kalau jirus air dan termasuk kat tekak
anak kita tu..takut lemas pulak..sebab masa anak tu tengah kena seizure
tu..semua body function stop..but the doctor memang setuju la..parents memang
akan panik dan terus nak jirus anak ngan air..but saya rasa...elok la jugak
untuk kita kurangkan panas badan anak tu..tapi make sure air atau benda2 lain
tak termasuk dalam mulut anak tu. My doctor pun cakap kalau seizure tu jadi
dalam seminit dua..itu kira normal lagi..but if lama sangat..then takut ada
effect lain kat anak tu..so kena buat check up secara menyeluruh.

Masa bawak anak saya pegi jumpa doktor pakar kanak2 ni..saya tengok dia relax
je..padahal saya ngan husband punya la panik..saya rasa macam bengang pun ada
kat doktor tu..saya bawak anak pegi jumpa doktor pakar yang lain..sama jugak
cerita diorang..and bila balik rumah..saya start surf internet cari info pasal
seizure ni..so memang semua info yang saya baca sama macam apa yang doktor tu
kata la...kat sini saya share link to website yang saya rasa banyak benefit
untuk parents baca..banyak sangat info2 yg bagus2..saya memang selalu tengok
website ni dari tarikh saya tau saya pregnant sampai la sekarang anak saya dah
umur 18 bulan. harap rakan2 lain ada masa untuk check this link:

 http://www.babycent er.com/0_ febrile-seizures _1439542. bc

emm..lagi satu..doktor saya kata..sekali anak kita pernah kena seizure
ni..possibility untuk kena lagi agak tinggi sampai la umur anak kita tu 5
tahun..lepas 5 tahun..tak kena dah..tp jenuh jugak nak tunggu sampai 5 tahun tu
kan..sekarang ni fobia je bila ada orang sekeliling yang demam..takut jangkit
kat my son..

ok la..harap sedikit info ni dapat membantu..wassalam.
Pengalaman Ke-3
salam utk semua ,...
saya dengar dari orang2 lama........ .depa kata bila kita bagi mandi(jirus)
anak kita biar anak tu macam terlemas(tercungap sikit......penyakit sawan tu
boleh hilang.wallahhualam ......... ......... ....(maaf sebab guna bahasa pulau
pinang)

Pengalaman Ke-4
salam saya pun pernah alami dgn anak saya bln 3/2008. betoi tu hanya tuhan saja
yang tau. ceritanya lebih kurang saya yang diceritakan. ..skrng time anak saya
demam jer terus saya beringat jgn sampai panas bdn dia mencecah 38 keatas.....
Pengalaman ke-5
Ya Allah... jauhkan lah segala penyakit nih...
saya juga pernah mengalami... . masa tu Tuhan je yg tahu...
masa tuh bulan 12/2007.. saya n suami bwk adam ke HB.. ada rawatan susualan..
ain masa tuh setahun 2 bulan, saya tinggalkan ngan nenek dia.. g sekejap je...
ain demam..dah kasi makan ubat, saya pun bwk adam g chekup. masa balik dari HB
tuh ain still merengek...saya buatkan bubuh....siap je bubuh saya n suami bawak
ain g klinik pulak... suhu badan dia 38'C... dok kata demam biasa... dah ambil
ubat masa jalan nak balik tuh(sebelum sampai kat kereta) singgah jap kat
pasaraya nak cari barang... masa tuh saya kasi ain pegang ubat dia sambil
abahnye dokong. tetiba saya yang jalan di belakang nye nengok ubat tuh jatuh
dari pegangan nya, bila saya ambil n nak kasi dia... saya nengok muka dia dah
mula mengigil macam gigit sesuatu, macam ketakutan... bila saya ckp kat
suami,dia pun terkejut dan cepat berlari 100m utk ke klinik yg kami kunjungi
tadi...masa tuh... memang nak tercabut jantung rasa nye... bila sampai klinik
terus masuk jumpa dok... dok basah kan
 kepala dia , lap badan n masukkan ubat punggunug... ..dok kata nih baru nak
jadi sawan... lom serius sebab masih awal dan dia masih sedar masa tuh..apa pun
dok kasi surat tok reffer HB..dok pun tak kasi ubat sawan... cuma kasi ubat
punggung ..keadaan dia lemah sangat... sampai tak larat angkat mata, dan terus
tertido ... dok kata bila benda sebegini berlaku pesakit akan menjadi begitu
lemah...apa pun kejadian tuh banyak memberi pengajaran.. berlaku tak sampai 3
minit... nasib baik dekat ngan klinik. Tuhan maha kuasa..sejak dr pada tuh saya
beli sendiri meter yg utk baca suhu badan... tak kira ain or adam , bila deman
susahnya hati Tuhan je yang tahu... ubat punggung sentiasa ada simpan di
rumah...Nahuzubilla hin min zaliq...
Ya Allah jauhi anak-anak kami dari segala penyakit...berikan rahmat dan hidayah
agar anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha.. amin..
Pengalaman ke-6
Assalamualaikum… .
Just nak cerita dan pengajaran pada kawan2....

Anak aku yg no.2 Faiq pada 21/4/08 baru2 ne kena demam.Demam sawan tarik...nak
kongsi dgn korang semua supaya hati2 bila anak kita demam. Selalunya aku baca
dlm email tentang hal ne yg terjadi pada anak org lain..last2 berlaku pada anak
aku sendiri....

Subuh tu..bdn dia panas 38'C aku kasi ubat demam..aku ingat boleh reda panas
dia..aku dah siap2 nak g keja..tapi naluri aku kuat supaya jgn pegi keja pagi
tu..so aku pun batal niat aku nak gi keja…selalu bila dia demam dia aktif tapi
pagi tur dia tidor jer..aku hairan gak...

Dalam jam 8.30pagi dia muntah2....aku tuamkan dgn tuala...aku buatkan dia
susu...tiba2 jer aku terkejut bila tgk botol susu yg dia pegang tercampak...
.kaki dan tangan tersentak 2 kali...terus aku sambar dia...aku pegang bdn dia
panas sangat....mata dah terbeliak... hanya nampak mata putih jer...aku dah
meraung ketakutan... badan dah mula biru..tuhan jer tahu perasaan aku time
tur....aku dah fikir mati ker anak aku ne...Ya Allah...panjangkanl ah umur
dia...nasib baiklah aku tak panik hari tur...aku teringat email2 yg aku baca
pasal demam panas ne......

Macam dah tak bernyawa….aku rasa sedih sgt..aku ingat anak aku dah tak
der....Aku bukak baju,seluar. ...aku mandikan dari kaki dahulu hingga ke
kepala....masih tak bersuara.... aku jadi takut sgt....hampir 5 minit aku
mandikan barulah dia menagis..barulah aku dengar suara dia...syukur
alhamdulillah. ...aku still mandikan dia dgn air sejuk sampai badan dia jadi
warna asal....aku selubung kan terus....bila kau tgk keadaan dia sedih sgt..aku
rasa menyesal sbb tak ambil berat pagi tadi....bergigil2 dia kesejukan... aku
teruskan mandi...menagis2 anak aku..tapi aku tak boleh buat apa..terpaksa. ...

Call husband dalam perjalanan…lama sangat aku kejut Amirah tgh tido...terus
bawak ke klinik....dlm perjalanan aku tgk Faiq lelapkan mata....aku kejut kan
dia....aku takut dia lelapkan mata dia selamnya...tapi alhamdulillah dia saut
panggilan aku....sampai kaw klinik aku bunyikan hon sekuat hati...semua org
pandang....adalah hamba Allah ne yg perihatin dia tnya kenapa???... .tolong!!
!!anak saya sakit...dia tolong aku...aku terpa doktor tolong rawat anak
aku....dlm klinik dia menagis kesejukan... doktor bukak Aircond kuat biar dia
sejuk.....doktor masukkan ubat punggung dgn ubat sawan....doctor kata dia kena
sawan tarik..sbb demam terlampau panas...so.. dia sarankan aku terus ke
Hospital yang berhampiran. ..laki aku pun sampai...... aku ingat nak bawak ke
PUSRAWI..tapi doktor kata ubat ne boleh tahan hanya 1jam...so dia suruh aku
pegi Hospital Sg. Buloh....

Sampai je kat sana, terus ke emergency..doktor ambil darah menagis anak
aku..tapi aku berdoa moga semuanya selamat....doktor tahan dia masuk
wad...doktor monitor aje supaya suhu bdn tak naik....demam sawan ne boleh boleh
menyebabkan hilang upaya otak berfungsi...

Apa yg aku nak samapikan ne buat pengajaran pada korang semua...kalau anak
demam jgn pandang sambil lewa...cepat2 lah kasi ubat....aku sejak peristiwa tu
berlaku aku jadi takut...bila dia nagis mlm cepat aku cek suhu bdn....so...
.kalau terjadi mcm ne pada anak2 korang.....

1-  mandikan dia dengan air paip....dari kaki dahulu baru ke kepala....
2-  mandikan sampai dia sedar berulang kali....
3-  jgn sesekali masukkan ubat punggung ketika dia tidak sedarkan diri...
4-  jgn goncang kan dia, urut atau lambung ...sbb otak dia tak ada oksigen time
tur
5-  cpt2 lah bawak ke klinik....

kiranya lambat bertindak... akan menyebabkan anak cacat kekal spt kekejangan..
dan anak jadi lembab...30% akan berlaku lagi kiranya demam pada suhu 37'C dan
tidak dirawat...dan akan berlaku sehingga berusia 3 thn....

So...hati2lah. ..moga jadi pengajaran pada korang semua...
Ne gambar dia kat Hospital Sg. Buloh..ptg tur dah aktif semula dah.....lega aku
rasa...Alhamdulillah

2 PETUA MUDAH MERAWAT BAYI YANG DEMAM.

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.

1.Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.
Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.

2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.
Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.

Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Semoga anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang sihat walafiat... amin...
 
Copyright © Whitey Mommy™