Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Sedih dan kesian

Sedih dan kesian tengok orang yang tiada idea sendiri.
Lepas tu meniru orang.
Asal orang update terma dan syarat, pun tiru.
Usah disebut pasal konsep... konsep design memang tidak akan berubah. Cuma idea design tu. Kalau awak tiru, 10 orang pun orang akan kata sama.
Belajar dulu tentang konsep dan idea sebelum menegakkan benang basah.

Damn tired with this kind of people !!!

Reka bentuk design saya. Saya tahu. kalau anda nak menegakkan benang basah dan menafikan. Silakan...
kebenaran tak kan pernah menipu!

Terbitlah idea baru yang meletup. Janganlah bina atas hasil usaha orang lain yang berhempas pulas buat research nak dapatkan satu kelainan.

Saya tahu bila yang membaca ini tersentap akan cakap. Alah bukan dia sorang boleh buat konsep tu. YES! tepat. sekarang ini, kita bukan cerita pasal konsep kita cerita pasal idea. Konsep itu semua sama je, cuma kelainannya adalah pada idea.

Paling sedih, saya la... rasa down dan tak bersemangat nak buat kerja. Bila terima report daripada rakan2 blogger tentang insan seperti ini. Bina kejayaan atas hasil usaha orang lain. Tidak mengapa. What goes around comes around. :)

Paling kesian. Sanggup curi tengok source code orang semata-mata nak tengok saya design macam mana... Blog ini ada pengintip la... saya boleh detect. bila orang copy saya boleh tahu. Bila orang tengok source code saya pun saya boleh tahu. Kesian sebab tak de initiatif langsung nak gunakan sepenuhnya khidmat En. Google. Apa yang ada depan mata. Yang tu lah nak diceduknya.

Penat2 orang lain timba air untuk penuhkan tempayan. Tapi awak, mudah2 je ambil gayung dan  habiskan air dalam tempayan tu.

Tidak mengapa. Ada yang akan rasa ni perasan sorang kan. Tapi tidak mengapa. Orang yang terlibat, jika anda buat anda akan terasa, kalau nak tegak kan benang basah pun tak kisah. Sebab jika nak berdalih macam mana pun... Anda pasti tahu diri anda sendiri kan :) Sebab anda yang buat. Anda boleh tegakkan benang basah dalih sana sini. Tapi, anda tidak akan boleh tipu diri sendiri .

Saya selalu cek visitor blog saya, dan saya tahu siapa yang selalu keluar masuk blog ini.
Jika benar itu yang anda buat. Jujur saya cakap... Saya terkilan sangat-sangat sebab orang sebidang tidak tahu penat lelah orang lain.

Perkara yang Menyekat Rezeki

Assalamualaikum W.B.T.

Sudah lama saya tidak update blog. :)
Sekadar hendak berkongsi ilmu tentang rezeki . Seingat saya dah pernah publish pasal ini suatu masa dahulu. Tapi cari-cari tak jumpa. Saya publish sekali lagi.

Ilmu ini saya copy daripada rakan facebook, bagi saya menarik untuk dikongsi. Semoga bermanfaat
  1. Tidak solat
  2. Tidak membaca bismillah ketika hendak makan
  3. Makan atas pinggan terbalik
  4. Memakai kasut atau sandal memulakan dgn kaki kiri
  5. Menganggap ringan apa-apa yg terjatuh dlm hidangan makanan
  6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil
  7. Suka bersandar pada pintu rumah
  8. Suka duduk diatas tangga
  9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan
  10. Membasuh tangan dengan tanah @ bekas tepung
  11. Tidak membersihkan rumah
  12. Membuang sampah@ menyapu dgn kain
  13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam
  14. Suka tidur diatas muka
  15. Membakar kulit bawang
  16. Menjahit baju yang sedang dipakai
  17. Mengelap muka dengan baju
  18. Berdiri sambil bercekak pinggang
  19. Tidur tidak memakai baju
  20. Makan sebelum mandi hadas
  21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas solat subuh
  22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit
  23. Lambat pulang dari masjid
  24. Doa perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak
  25. Kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidang
  26. Suka memadam pelita dengan nafas
  27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
  28. Membasuh kaki dengan tangan kanan
  29. Membuang air kecil pada air yang mengalir
  30. Memakai seluar sambil berdiri
  31. Memakai serban sambil duduk
  32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
  33. Makan dengan 2 jari
  34. Berjalan diantara kambing
  35. Berjalan diantara dua perempuan
  36. Suka mempermainkan janggut
  37. Suka meletakkan jari tangan pada bahagian lutut
  38. Meletakkan tapak tangan pada hidung
  39. Suka mengigit kuku dengan mulut
  40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan
  41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil
  42. Menguap ketika solat
  43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil
Wallahu'alam...

[Portfolio]: Blog Design Order by Keyphochee

Assalamualaikum W.B.T

Blog Design yang ditempah oleh Kak Salina atau nama pena beliau di alam blog , Keyphochee. Ini kali ke-3 Kak Sal tempah dengan saya. Katanya mahukan perubahan. Harap Kak Sal suka dengan pemilihan warna yang saya pilih, kerana Kak Sal serahkan kepada saya 100% untuk design template beliau ini .

Kak Sal adalah seorang ibu dan sekarang tengah hamil anak ke-2 beliau. Blog beliau banyak berkisahkan kehidupan kekeluargaan. Cerita tentang anak kesayangan beliau dan peristiwa yang berlaku disekeliling beliau .



Paparan Penuh

Paparan penuh untuk blog beliau, saya menggunakan pemilihan warna light green dan dark red. Doll Character sebagai penghias header dan ikon-ikon seperti periuk, sudip, botol susu dan kosmetik melambangkan sebagai kehidupan Kak Sal sebagai seorang ibu dan wanita bekerjaya.
Item lain

Watermark, signature, dan blog badge  yang saya design sedondon dengan tema keseluruhan untuk blog .

Terima kasih Kak Sal, kerana sudi menempah lagi blog design dengan Sha. Semoga akak selamat melahirkan cahaya mata kedua ini, dan bahagia dunia akhirat .:)

Jemputlah ke blog Keyphochee. :)
___________________________________________________________________________
Hasil kerja ini dilesenkan kepada Keyphochee untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

Hamil makan durian

Assalamualaikum W.B.T :)

Tengah hari tadi saya belek-belek akaun Nuffnang memang hari-hari pun belek, tapi keyword untuk hari ini  menarik perhatian saya untuk dijadikan sebagai entry. Mood untuk menulis blog dah datang balik mungkin. Sudah lama saya tinggalkan blog ini untuk update tentang cerita-cerita peribadi. Hari ini mood datang balik, kebiasaannya mood nak menaip entry memang melonjak tapi memikirkan tentang tempahan yang masih banyak untuk didesign  saya padamkan saja niat untuk menaip entry.

Tertarik dengan ramai yang mencari tentang "makan durian semasa mengandung". Ini mungkin kerana saya pernah bercerita tentang pengalaman saya makan durian semasa mengandungkan Khalis masa awal-awal saya berblog dulu .

Ya. Saya memang hantu dengan durian masa mengandungkan Khalis, dari kandungan umur 4 bulan sampailah kandungan umur 8 bulan. Tapi tidaklah setiap hari saya makan, cuma seminggu tu dalam 3,4 kali makan durian. Sebab kalau tak makan rasa macam makan nasi pun tak kenyang. Memang kalau mengandung tabiat lain sikit kan.

Masa umur kandungan 8 bulan, saya masih nak makan durian, tapi nasihat daripada sepupu suami saya. Dia cakap tak boleh makan durian sebab panas. Khuatir akan keguguran. Itulah puncanya saya berhenti makan durian. Kalau tidak, mungkin sampai waktu nak bersalin pun saya makan lagi kot.

Memang ada yang kata bahaya makan durian masa mengandung. Saya pada masa tu, saya tak tahu pun pasal bahaya. Sebab menurut emak sahabat saya, dia kata, "masa mengandung ni, makan la nak makan apa pun. Cuma kena jaga waktu berpantang". Sebab tu lah semua benda saya makan je. Memang tak berpantang makan pun masa mengandung. Masa saya mengandung, saya tak boleh makan makanan masam seperti asam, jeruk, atau apa-apa makanan yang ada rasa masam. Saya akan loya, biasanya untuk hilangkan rasa loya saya suka makan buah dan coklat ( Khalis memang sangat-sangat suka coklat)

Tapi ikut keadaan badan kita juga. Ada sesetengah tidak tahan makan durian, boleh menyebabkan keguguran. Kerana durian merupakan salah satu buah yang disifatkan sebagai panas. Jadi kalau nak makan kena bersederhana.


Masa saya mengandung makanan yang saya paling suka makan adalah buah-buahan tropika (rambutan, durian, langsat, cempedak,nangka,jambu batu, delima, tembikai , dan ada lagi tapi asalkan buah-buahan tropika) . Buah seperti epal, anggur, oren dan seangkatan dengannya memang saya kurang makan. Kalau tak da buah-buahan, mesti akan rasa tak kenyang lepas makan nasi.

Orang kata waktu mengandung, setiap orang mengalami perkara yang berbeza. Ada orang sakit, ada yang tak sakit, ada pula yang loya dan  muntah sampai bersalin pun ada. Bergantung kepada individu itu sendiri.

P/s: Bestnya dapat menaip :) tapi terasa kekok pulak sebab dah lama tak menaip untuk cerita2 sebegini.  Semoga esok saya akan mempunyai semangat lagi untuk mengupdate blog :)

[Personal] : Kali Kedua

Assalamualaikum W.B.T

Lama sudah saya tidak bercerita tentang perihal peribadikan?
Tentang Khalis dan juga tentang kegiatan harian. Tentang Khalis banyak peristiwa menarik yang berlaku terutama melihat gelagat kanak-kanak yang sedang membesar amat mencuit dan melucukan hati, tetapi nak publish entry tentang dia terasa tidak menarik jika tidak disertakan dengan gambarkan? Jadi saya diamkan sahaja. Kebahagian menjadi seorang ibu terselit disitu. Terakam di minda dan tersemat di hati. Semoga saya akan mengingatinya hingga ke akhir hayat.

Tentang diri sendiri pula, tiada apa yang menarik pun. Rutin harian seperti biasa sebagai seorang suri rumah dan sudah tentunya. Design, design dan design :)
__________________________________________________

Kegemaran baru saya adalah Red Velvet. Tempah buat kali pertama tempoh hari, membuatkan saya mahu tempah buat kali kedua. Sudah jatuh hati dengan Red Velvet buatan Kak Mimie @ Delicious Cuppies. Nama kedai beliau Delicious Cuppies memang sesuai dengan produk buatan beliau yang sememangnya sedap-sedap belaka.

Kali pertama saya tempah kek, tapi untuk kali kedua pula saya tempah cupcake. Dua-dua jenisnya sedap (sudah tentulah, jenis kek yang sama kan :) Cuma cupcake kali ini saya tak puas makan. Jadi saya tempah buat kali ketiga, dan bakal menyusul ke rumah saya pada 8 December 2011. Wah! Tak sabar mahu tunggu tarikh itu, menghitung hari :)

Haruslah saya tempah secara berturut-turut, sebab Kak Mimie akan berpindah dan menetap di Melaka. Jadi lepas ini agak sukar lah nak tempah lagi kan, tapi saya boleh tempah masa Kak Mimie datang ke KL sekali sekala.

Orang Melaka, boleh lah mula roger-roger Kak Mimie kalau nak cuba kek buatan beliau. Gerenti puas hati.


Red Velvet Cupcake yang telah selamat di makan pada 28 November 2011, Birthday En. Suami yang ke 28. :)






Sesiapa yang berminat mahu tempah atau bertanya lebih lanjut tentang kek atau cupcake. Boleh rujuk maklumat di bawah :

Jemput ke Blog Delicious Cuppies
Boleh "Like"  Delicious Cuppies Page di Facebook.

[Portfolio]: Blog Design Order by MW Tailor

Assalamualaikum W.B.T

Sudah lama tidak kemaskinikan blog ni.:)
Almaklumlah sejak kebelakangan ini, emosi tidak berada didalam keadaan yang stabil.

Blog Design yang ditempah oleh Kak Mashitah untuk blog jahitan beliau yang diberi nama MW Tailor.

MW Tailor merupakan blog jahitan yang menerima tempahan menjahit baju kurung dan baju melayu untuk semua peringkat umur.
Selain itu, Kak Mashitah juga menjual baju-baju yang telah siap dijahit, seperti baju kurung dan skirt.


Paparan Penuh

Kak Mashitah adalah peminat warna biru, jadi haruslah blog beliau direka bentuk dengan menggunakan warna biru sebagai warna dominan.
"Doll Character" yang bercirikan seorang ibu bertudung, berbaju blaus, berseluar slack dan memakai apron sambil memegang sudip dan bulu ayam. Ini kerana Kak Mashitah merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah.
Latar belakang "header" pula. Kak Mashitah mahukan rekabentuk yang bercirikan meja kerja beliau. Iaitu dihiasi dengan peralatan menjahit dan juga ada paparan pakaian yang telah dijahit.

Idea asal adalah daripada saya sendiri. Kak Mashitah menyerahkan 100% kepada saya untuk merekabentuk "blog design" untuk blog MW Tailor ini .

Saya cuba merealisasikan berdasarkan kriteria yang Kak Mashitah bagi dan adaptasi daripada gambar meja kerja yang diberi oleh Kak Mashitah.


Item lain.


"Watermark", "Blog Badge" dan "Signature" untuk blog MW Tailor.
Saya rekabentuk sedondon dengan rekaan "Blog Design" .

Terima kasih Kak Mashitah, kerana sudi menempah dan memberi kepercayaan untuk merekabentuk "blog design" untuk akak.
Semoga perniagaan yang akak jalankan bertambah maju dan berjaya.
:)

Jemput ke blog MW Tailor untuk melihat paparan penuh. Buat masa ini, Blog ini masih belum diupdate sepenuhnya. Kak Mashitah masih dalam proses kemaskinikan gambar-gambar hasil jahitan beliau .
___________________________________________________________________________
Hasil kerja ini dilesenkan kepada MW Tailor untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

[Portfolio]: Blog Design Order by Mrs. Lady's Stylo

Assalamualaikum W.B.T :)

Blog Design yang ditempah oleh Kak Azrina :)
pemilik Mrs. Lady's Stylo..:)

Blogshop yang menjual beg, baju dan beberapa produk lain yang bakal diupload..:)
Beg2 di blog Kak Ina.. semuanya sangat2 menarik perhatian...:)
bagi saya designnya cantik..
dan sesuai untuk peringkat umur..
dengan harga yang dikategorikan sebagai mampu milik..:)

Kepada Fashionista, peminat fesyen dan peminat beg..
Sila2 ... Jemput ke blog Mrs. Lady;s Sylo


Full Template
Hasil yang saya design untuk Kak Ina..:)
pemilihan warna dan item untuk dijadikan header, adalah dipilih sendiri oleh Kak Ina..
saya hanya design dan susun mengikut kriteria yang diminta..:)
Kak Ina mahukan tema elegance dan sweet...



Kak Ina mahukan salah satu beg yang beliau jual dijadikan sebagai illustrasi...:)
Ada sesiapa yang berminat dengan beg diatas ni?
Saya akan mengadakan satu GiveAway... boleh la sertai..kerana salah satu hadiah adalah berupa beg diatas ni..:)


Others Item
Item lain seperti watermark, blog badge, facebook badge dan juga signature.
saya design dengan tema sedondon dengan blog design...:)

Terima kasih Kak Ina..kerana sudi menempah blog design dengan saya..:)
Semoga bisnes akak semakin maju dan sukses...:)
Amin..

Jemputlah ke blog Mrs. Lady's Stylo untuk cuci mata..:)

___________________________________________________________________________
Hasil kerja ini dilesenkan kepada Mrs. Lady's Stylo untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

[Portfolio]: Blog Design Order by Una Ukasyah

Assalamualaikum W.B.T :)

Blog Design yang ditempah oleh kak Una..:)

Kak Una merupakan seorang ibu kepada dua orang anak..:)
Kasyah dan Khalis.
Jadi Blog beliau adalah berkisahkan tentang kehidupan harian beliau sebagai seorang ibu...


Full Template

Hasil untuk Kak Una..
Kak Una merupakan peminat warna merah, pink dan putih.
Juga peminat bunga ros.

Saya design based on idea saya...
kerana kriteria yang diberi oleh Kak Una.
saya tidak dapat laksanakan...
Jadi untuk keseluruhan template menggunakan warna pink. dengan polkadot sebagai background.
dan dihiasi dengan bunga ros disekitar template.




Other's Item


Blinkie
Watermark, Signature, dan blinkie untuk Kak Una..
saya design sedondon dengan blog...

Terima kasih Kak Una..kerana sudi tempah blog design dengan saya...
Semoga Kak Una dan keluarga sentiasa bahagia dunia akhirat...:)
Amin...

Jom... Jom.. ke blog Kak Una..:)

___________________________________________________________________________
Hasil kerja ini dilesenkan kepada Una Ukasyah untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

[Portfolio]: Blog Design Order by Ija's Cakes and Chocolates

Assalamualaikum W.B.T
dah lama menyepi tak update blog..:D
tak de semangat nak update blog..
disebabkan beberapa hal tertentu..:)

Nak Upload portfolio pun macam tak bersemangat juga.
tapi inilah salah satu marketing perniagaan saya ni...:)
Senyum je...
---------------------------------------------------------------------------------------

Blog design yang diorder oleh Kak Lija
Pemilik blog Ija's Cakes and Chocolates House.

Selain menjual kek dan coklat secara online..
bagi ada diantara anda yang tinggal disekitar Kluang, Johor.
yang berminat untuk belajar membuat kek dan coklat.
Boleh la ikuti kelas Kak Lija ni...:)
Insyaalah secara tak langsung bagi yang berminat untuk buat kek boleh lengkapkan lagi ilmu yang ada kan..:)

Full Template

Hasil yang saya siapkan untuk blog Kak Lija adalah seperti diatas...
Kak Lija mahukan header yang berkonsepkan kelas kek beliau..:)
Jadi saya lukiskan beberapa peralatan untuk membuat kek, bahan2 untuk membuat kek dan juga produk kek dan coklat yang telah siap .
Semua disusun atur dalam header.

Doll Character Chef kecil adalah pilihan Kak Lija.
Inspirasi daripada anak gadis beliau yang rajin menolong beliau membuat kek..:)


Others Item

Watermark, blog badge dan signature. dengan tema sedondon...:)

Terima kasih Kak Lija..kerana sudi menempak blog design dengan saya...
Semoga bisnes akak semakin sukses dan maju... amin...

Jemputlah ke Ija's Cakes and Chocolates. :)
___________________________________________________________________________

Hasil kerja ini dilesenkan kepada Ija's Cakes & Chocolates untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma.
___________________________________________________________

[Portfolio]: Blog Design Order by Fareha Rahmat

Assalamualaikum W.B.T :)

Portfolio ke-3 untuk sesi ini..:)
Cukuplah upload 3 satu sesikan... banyak2 tak de orang nak tengok juga..kuikui..

Blog Design yang ditempah oleh Kak Fareha..:)
Kak Fareha merupakan Freelance Make-up Artist.
Beliau makeup untuk semua jenis majlis dan perayaan.:)
Beliau juga mengadakan Kelas Solekan Asas kepada sesiapa yang berminat untuk belajar tentang cara untuk bersolek..:)

Full Template
Kak Fareha serahkan 100% design kepada saya...:)
katanya yang penting nampak macam blog untuk makeup dan mesti ada warna pink...:)
Hasilnya adalah diatas..:)
Saya ikut tangan yang bergerak untuk design blog kak Fareha ni..:)

Others Item
Watermark, Banner dan juga contact Info.
Kak Fareha tempah sebelum ni lagi..:)
untuk badge dan signature saya bagi as add on untuk Kak Fareha..:) bagi melengkapkan blog design yang di tempah..:)

Terima kasih Kak Fareha.. kerana sudi menempah blog design dengan sha..:)
Semoga business akk terus maju dan sukses..
amin...

Jom melawat blog Kak Fareha..:)
___________________________________________________________________________
Hasil kerja ini dilesenkan kepada Fareha Rahmat untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

[Portfolio]: Blog Design Order by Jaja Sariza

Assalamualaikum W.B.T :)

Portfolio ke-2 hari ni..:)

Blog Design yang ditempah oleh Kak Jaja :)
Kak Jaja adalah regular customer..:)
ni repeat order yang ke-3 oleh beliau..:)
Merupakan seorang cikgu.. dan juga business woman..
Sos Keju kak Jaja sangat best...:) kalau nak try boleh singgah blog beliau..:)


Full Template
Kak Jaja mahukan design elegan & Cute. dengan gabungan warna Baby pink dan Tiffany blue.:)
Mahu nampak blog kelihatan sweet juga..:)
Bahagian header kak Jaja mahukan kerawang berbentuk love. untuk sesuaikan dengan nama blog beliau..:)
Others Item
Watermark, signature dan blog badge dengan tema sedondon...:)

Terima kasih Kak Jaja..kerana percayakan sha untuk design lagi template untuk Akk..:)
Jom melawat blog Kak Jaja..:)
Gaya penulisan yang sempoi..:) mungkin akan membuatkan anda terhibur untuk membaca cerita2 yang beliau paparkan diblognya..:)


___________________________________________________________________________

Hasil kerja ini dilesenkan kepada Jaja Sariza untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

[Portfolio]: Blog Design Order by Saleha Aurora

Assalamualaikum W.B.T

Saya masih lagi berhempas pulas untuk clearkan waiting list..:)
maklumla.. design ini memerlukan idea dan konsep yang berlainan bagi satu2 template...
Ambil masa la sikit kan... bestkan kalau boleh petik2 jari je dah dapat idea..:)

Dalam proses juga untuk mengupload semua portfolio.
walaupun sedikit fobia untuk upload dan publish.
tapi inilah salah satu medium untuk saya memberitahu bakal2 customer saya tentang design yang terbaru saya design.
Saya harap pihak2 tertentu hormatilah hasil kerja orang lain.
Malas nak cerita panjang. Senyum je..:)

Portfolio pertama untuk sesi ini..:)
Blog design yang ditempah oleh Saleha Aurora. :)

Mungkin ada yang sudah mengenali beliau dan mungkin ada yang belum.
boleh la berkunjung ke blog beliau.:)
Kak Saleha ni tinggal di Singapura :)
Blog beliau berkisarkan tentang kehidupan harian beliau sebagai ibu kepada seorang puteri..:)
dan juga perkongsian ilmiah bagi manfaat semua reader blog beliau.:)

Full Layout
Blog design ini Kak Saleha serahkan kepada saya untuk design.
Kak Saleha memilih Doll beliau dan puterinya sebagai penghias header.
Warna Dark Violet adalah pilihan beliau dan juga mahukan konsep elegan & Sweet :)
Hasilnya adalah seperti diatas.
Others Item
Watermark, blog badge, dan signature saya design sedondon dengan blog design beliau :)

Terima kasih ya Kak Saleha..kerana sudi tempah blog design dengan saya..:)
Jom melawat blog kak Saleha..:)

___________________________________________________________________________
Hasil kerja ini dilesenkan kepada Saleha Aurora untuk kegunaan di blog beliau. Manakala hakciptanya adalah milik Whitey Mommy©. Sebarang bentuk meniru, copy, paste, crop dan editing adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika berminat, sila hubungi saya untuk menempah. Mengambil Harta Intelektual  tanpa kebenaran pemiliknya adalah dikategorikan sebagai mencuri. Melainkan dinyatakan ianya adalah percuma. 
___________________________________________________________

[Kongsi] : Kelebihan ayat 7 - Ayat Munjiyat

Tujuh ayat al-Quran yang dinamakan ayat munjiyat ini telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirin RA sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesulitan dan kesusahan.

Ayat ini juga dipanggil ayat tujuh. Ianya terdiri dari 7 ayat dari beberapa surah Al-Quran iaitu ayat 51 surah at-Taubah, ayat 107 surah Yunus, ayat 6 dan 56 surah Hud, ayat 60 surah al-Ankabut, ayat 2 surah al-Fathir dan ayat 38 surah al-Zumar.


Antara khasiatnya jika diamalkan secara istiqomah :-
1) Dicatat pahala yang banyak
2) Wajah berseri
3) Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah
4) Dijauhkan dari gangguan iblis
5) Ditunaikan segala hajat
6) Terpelihara dari tipudaya musuh

Menurut Ka'abul akhbar:

Barangsiapa membaca akan dia, tiada kuasa seseorang memberi mudharat dan jikalau tertutup langit atas bumi, lepas ia dengan izin Allah.

Kata Ali r.a.:

Barangsiapa mengamalkan/membaca ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa aman sentosa dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.

Apabila ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), insyaallah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dai gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi para hamba Allah serta dimudahkan serta dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Apabila diamalkan 40 hari berturut-turut dan pada setiap solat fardhu dibaca tujuh kali, nescaya akan memperolehi faedah yang besar.

Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, insyaallah, Allah akan memahkan sakaratulmaut kelak dan memperolehi pahala yang besar pula. Juga kalau dibacakan ayat ini pada orang sakit, maka insyaallah akan menenangkan dan menyembuhkan dengan segera.

Barangsiapa yang membaca ayat tujuh dengan tujuh hari berturut-turut dengan ketentuan tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di malam hari, mudah-mudahan Allah akan melepaskan atau memudahkan dari kesulitan dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkan, baca ayat tujuh disiang hari tujuh kali dan malam hari tujuh kali selama tujuh hari kemudian selepas itu diwiridkan sekali siang (lepas subuh) dan sekali malam (lepas maghrib) secara tetap setiap hari. Jika sudah mantap amalannya, kesannya akan dapat dirasai.

Sumber

[Kongsi] : 10 Surah al-Quran yang Mujarab

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

[Kongsi] ; BACAAN AL-QURAN 30 JUZUK OLEH SHEIKH MISHARY RASHID ALAFASY

Assalamualaikum W.B.T
Bacaan 30 Juzuk oleh Imam Sheikh Mishary Rashid Alafsy ini sangat2 merdu di kedengaran saya..:)
Saya share kat sini ..:)








Sumber : Blog Captain : Resipi Rahsiaku

Untuk buat simpanan peribadi dan untuk dengar hari2...saya download dan simpan dalam laptop.
Surah Al-Waqiah yang saya mula2 download. Hari2 saya dengar...:)
daripada situ saya dah boleh hafal hampir separuh daripada ayat2nya..

Kalau anda berminat untuk download.
boleh Klik sini
Tafsir Al-quran

Pertama kali saya dengar bacaan dari pada Imam ini.
Hati saya tersentuh..:)
Sungguh merdu..Subahanallah..
dan kalau anda search di you tube...
Beliau mengimamkan solat... dalam beliau membaca ayat2 suci al-quran..
Beliau menangis... Hati saya tersentuh.. mendengar sendu beliau..
Allah hu Akhbar..
penghayatan beliau tentang makna2 ayat2 suci Al-quran itulah yang membuatkan beliau menangis...

_______________________

Jika anda berminat untuk mendengar bacaan oleh imam2 yang lain..
boleh klik disini
TV QURAN

Bacaan mereka sangat fasih dan merdu...
penuh penghayatan..
sehingga kita boleh dengar ada sendu didalam bacaan mereka..

Semoga Kita tergolong dalam orang2 yang baik dan mukmin...
Hajat hati saya yang utama...
nak sangat2 Muhammad Khalis Putra menjadi seorang tahfiz yang berjaya dunia akhirat..
Amin..
Semoga Allah permudahkan segala2nya bagi mencapai impian saya ini..

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat...:)

[Portfolio]: Blog Design Order by Syazana Azlin

Assalamualaikum W.B.T :)

Blog Design yang ditempah oleh Syazana Azlin..:)
saya panggil nana..:)
Nana tempah 2 blog design..satu untuk personal blog dan satu lagi untuk blog Bisnes dia..:)
Terima kasih sesangat.. kali pertama saya terima dua tempahan sekaligus dari seorang customer..:)

BLOG PERSONAL

Untuk Blog personal Nana.

Beliau mahukan gabungan warna coklat dan pink :)
Tema adalah comel2 tapi nampak mature sikit..
Full Template
Ini adalah hasil yang saya design untuk blog beliau..:)
photo beliau adalah sebagai penghias header dan saya selitkan elemen reben..:)
untuk background saya guna kan corak seolah2 fabrik..:)
Others item
Watermark dan signature nana request sedondon dengan blog design .
Blog badge nana request nak gambar MAC Lip gloss [gambar disediakan oleh nana :)]


BLOG BUSINESS

Blog Business nana ni diberi nama Khazanah Khaisya
Blog ini adalah milik bersama antara Nana dan juga Teman lelaki beliau..:) Khairil...

Blog beliau ini  masih lagi under construction..
Kedua2 pemiliknya masih sibuk dengan belajar... jadi belum sempat nak isi maklumat untuk perniagaan mereka..
Tapi akan dikemaskini oleh mereka tidak lama lagi..:)

Untung betulkan mereka.. muda2 lagi dah pandai berbisnes..:)
Masih belajar dah pandai generate income..:)
saya kagum dengan pelajar2 zaman sekarang.. ramai yang menceburkan diri dalam perniagaan online..:)
Sambil belajar sambil generate income..:)

Full Template
Nana dan Khairil mahukan design yang bertemakan elegan yang sesuai untuk perniagaan mereka..:)
Jadi hasilnya adalah seperti diatas.. sebabkan mahu kelihatan unisex.. jadi saya design tema simple dengan kerawang dan juga mainan warna.

saya hanya gunakan dua mainan warna . iaitu Gold dan hitam..:)
Kedua2 warna ini adalah pilihan Nana(Gold) dan Khairil ( Hitam)
alhamdulillah..
first draft dah diterima oleh mereka...tanpa sebarang adjustment..:)
Others Item
Blog badge dan watermark yang diminta oleh Nana dan Khairil..:)
Signature mereka Tak mahu..:)


Terima kasih buat Nana dan Khairil kerana sudi menempah blog design dengan akak.:)
Semoga Kalian berjaya dunia akhirat..
dan bisnes yang dijalankan sukses dan maju..:)

Jemputlah ke blog Personal Nana dan juga Blog Bisnes [masih lagi dalam proses untuk masukkan info] ..:)

[Portfolio]: Blog Design Order by Cik Lijah

Assalamualaikum W.B.T :)
Hujan di pagi hari. buat kerja dalam persekitaran yang agak sejuk..:)

Blog design yang ditempah oleh Cik Lijah..:)
Blog yang diberi nama Non Cinderella Story.
Blog personal..
tapi bila saya baca..:) Blog beliau banyak menceritakan tentang Bride To Be..:)
Blog  beliau sangat2 sesuai untuk bakal pengantin.
Banyak Info dan juga banyak tips2 untuk persiapan hari bahagia..
Yang paling menarik minat saya adalah Lija sangat2 kreatif.. hampir kesemua persiapan perkahwinan  beliau.  beliau lakukan sendiri...
Semuanya dilakukan secara DIY. :)
Menggambarkan  beliau seorang yang berjimat cermat..:)

Full Template
Lija adalah peminat warna Turqoise dan pink.
jadi blog beliau haruslah mempunyai warna kegemaran kan...:)
Lija minta tema yang bersesuaian untuk pakai lama..
jadi saya teliti blog beliau adalah tentang bride to be..jadi elemen lace adalah sesuai..:)
Gambar kahwin beliau menjadi penghias untuk header..:)
Romantic Couple gitu..:)
Other Items
Watermark dengan bingkai berbentuk simple swirls [permintaan Lija]
manakala untuk blog badge dan signature adalah mengikut mengikut tema sedondon dengan blog..:)

Terima kasih Lija..kerana sudi menempah blog design dengan akk..:)
Semoga Lija berbahagia dunia akhirat dan hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T :)

Kepada Bakal2 pengantin...
Jemput lah ke blog beliau..:)
Non Cinderella Story
Ada tips dan info  serta ada checklist lagi untuk majlis perkahwinan..:)
menarik bukan? apa lagi.. cepat klik2..:)

[Kongsi] : Petua Kesihatan Imam Shafi'e

 Assalamualaikum W.B.T :)
Rasa nak share tentang petua ini.
saya google tak jumpa mula2 tu sebab tak sure Imam Mana yang bagi petua ni.
Sebab dah lama saya baca pasal ni. Masa tu masih mengandungkan Khalis.
sampai sekarang saya masih ingat tentang Petua mesti pakai pakaian daripada Kain Kapas atau sekarang orang panggil kain Cotton.
Sebab bagi saya badan kuat otak cerdas..:)
Petua ni saya pakai untuk Khalis..:)

Tadi sembang2 kat komen Facebook. buatkan saya tertarik nak share tentang ini..:)
Semoga bermanfaat...


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Cara Tidur
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sumber

[Portfolio]: Blog Design Order by Yien Pink Velvet

Assalamualaikum W.B.T

Portfolio yang ke-3 untuk sesi ini :)
Blog design yang ditempah oleh Yien
Untuk blog personal beliau :)

Blog yang menceritakan kisah hidupnya seharian...


Yien memilih warna purple sebagai warna utama digabungkan dengan doll.
Beliau mahukan tema vintage yang simple dan kemas:)
Doll sebagai penghias header :)

Print screen diatas adalah blog design yang saya hasilkan untuk yien :)
Watermark, blog badge dan juga signature dengan tema sedondon :)

Terima kasih Yien..kerana sudi menempah blog design dengan akk..:)
Harap yien berpuas hati dengan blog design yang dihasilkan..:)

Jemput ke blog Yien :)

[Portfolio]: Blog Design Order by Puteri binti Ahmad

Assalamualaikum W.B.T :)

Blog Design yang ditempah oleh kak Puteri :)
Ini adalah untuk blog persoanl beliau. Blog ini masih lagi private saat entry ini ditulis..
kerana kata Kak Puteri..blog ini akan digunakan untuk menceritakan perihal bakal kandungan beliau dan juga untuk bakal anak2 beliau nanti :)

Full Template
Kak Puteri memilih warna pink, putih dan juga kelabu sebagai warna utama :)
Inginkan tema yang berbentuk seperti kraf kertas [saya tak tahu nak terangkan macam mana...]
Boleh lihat pada print screen diatas :)
Kak Puteri ingin sidebar berbentuk grafik [customize]
Other Item
Kak Puteri mahukan 2 jenis watermark. satu berbentuk bulat dan satu lagi berbentuk seolah2 seperti sticker :)
Blinkie
blinkie untuk Kak Puteri :) kerana mahukan tema yang comel2 jadu saya buat kelip2 :)

Terima kasih Kak Puteri..kerana sudi menempah blog design dengan sha :)
Buat masa ini tak boleh nak melawat lagi blog Kak Puteri.
sebab masih lagi private :)

[Portfolio]: Blog Design Order by Sakura Shawl

Assalamualaikum W.B.T :)
Curi2 masa untuk upload portfolio yang masih belum diupload.
Saya pun dah terlupa turutan siapa dulu yang perlu di upload blog design :D
Lama sangat tertangguh. Inilah padahnya kalau selalu menangguhkan kerja.
Saya mohon maaf jika tak ikut turutan..:)
tapi saya akan upload dan promote blog2 yang saya dah siap install . Insyaallah...

Blog Design yang ditempah oleh kak Hyna Razak :) Pemilik Sakura Shawl. Merupakan blogshop yang menjual Shawl,tudung, produk kecantikan dan lain2 yang berkaitan dengan keperluan bagi seorang wanita :) [produk akan bertambah dari masa ke semasa :)]

Full Template
Ini Blog design yang saya hasilkan :) Tema yang Kak Hyna mahukan adalah vintage,
saya gunakan elemen lace sebagai tema utama.
dari segi warna.
Kak Hyna mahukan warna soft pink ala2 bunga sakura dan digabungkan dengan warna coklat.
Other Item
Watermark, blog badge dan juga signature untuk Kak Hyna. semuanya saya ambil elemen daripada blog design beliau.:)

Terima kasih Kak Hyna..
kerana sudi tempah blog design dengan saya..:)
Semoga Bisnes Kak Hyna sukses dan bertambah maju...

Jom melawat Blog Kak Hyna : Sakura Shawl :)
Produk yang popular dan semakin mendapat tempat dihati para pelanggan beliau buat masa ini adalah Set Chahaya Whitening . Boleh la lawat ke blog beliau untuk mendapatkan info lanjut :)

[Zikir dan Doa] : RAHSIA SURAH AL - WAQI'AH

Assalamualaikum W.B.T :)
Nak share tentang surah Al-Waqiah...
Bermanfaat untuk rakan2 semua..:)
Insyaallah...

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Kat Bawah saya sertakan bacaan Surah Al-Waqi'ah yang sangat merdu...Subahanallah...
dan juga surah Al-Waqi'ah



Sumber

[Wishlist] : Baldu Merah Idaman Kalbu :)

Assalamualaikum W.B.T :)
Salam Aidiladha untuk semua rakan2 dan pembaca blog ni :)

Akhirnya...
Impian saya untuk makan Red Velvet tercapai juga akhirnya.
First time makan kek baldu ni...
Sedap...yang amat...:)

Kek yang saya tempah daripada Kak Mimie @ Delicious Cuppies dari hari tu lagi duk usha2 kat blog Kak Mimie. masa tu designkan blog untuk dia..:)
Kak Mimie dah nak balik menetap di Melaka untuk selama2nya..eceh..
jadi di kesempatan itu saya order kek ini sebelum dia balik Melaka..:)
Buat makan2 di hari raya kan..
Pagi2 dah breakfast makan kek ni..
Minum petang makan kek...
Punya la excited kan..:)

Khalis pun peminat kek. Hehe anak beranak pun makan la kek ni..
En. Suami kurang gemar kek tapi dia makan juga..
sebab kek ini konon2 advance birthday celebration...
Kalau Kak Mimie masih ada lagi kat KL sebelum 28 November ni..
Insyaallah nak order Cupcake Red Velvet pulak [dah jadi gian pulak dengan Red Velvet]

Red Velvet [Gambar ini saya minta kak mimie ambilkan sebelum dia send kepada saya. sebab saya tak de kamera..:) tak boleh nak ambil gambar...]
Red Velvet oh Red Velvet :p
Yang pernah makan mesti tahu rasa macam mana kan..:)
Rasa kek dia sangat sedap [tak tahu nak gambarkan macam mana selain daripada perkataan sedap ;p]
Cream cheese dia pun sedap...

saya makan dengan pelbagai cara... makan kek saja. makan cream cheese sahaja. makan semua sekaligus ;p
yang paling sedap, bagi saya.
kalau makan macam ni :
Makan kek, cream cheese dan strawberry bersama2 ...
terasa masam2 manis dan lemak...:)
SEDAP...

Memang puas hati order dengan Kak Mimie.. tengok strawberry dia besar2...:) sangat2 berpuas hati :)

Jika berminat untuk order juga dengan Kak Mimie...boleh contact Kak Mimie..
Bawah ni Contact Info Kak Mimie :)
Insyaallah anda akan berpuas hati :)
Kak Mimie ambil semua tempahan Kek untuk pelbagai majlis :)

Kak Mimie...terima kasih untuk kek yang sangat2 sedap ini...ada rezeki nanti nak order Cup cake pulak..:) Insyaallah...
Tertunailah hasrat dihati untuk merasa Red Velvet..:)

[Kongsi] Kejadian Nabi Adam A.S

Assalamualaikum W.B.T :)
Saban hari terlihat 2,3 kali gambar replika jubah Nabi Adam A.S yang dishare di Facebook.
tetiba terfikir nak tahu asal usul kejadian.
Ini yang saya dapat bila Google.
Saya share kat blog :) semoga bermanfaat ... Insyaallah :)

Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam AS. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya itu adalah dari tanah tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita sudah tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui akan tentangnya itu dan Insyaallah dapatlah kita mempelajari tentangnya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran (Al-A'ssr)

NABI ADAM AS (ABUL BASYAR/ Bapa Segala Manusia)

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi kuathir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

01. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
02. Tanah Bukit Tursina
03. Tanah Iraq
04. Tanah Aden
05. Tanah Al-Kautsar
06. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
07. Tanah Paris
08. Tanah Khurasan
09. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

01. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
02. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
03. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
04. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
05. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
06. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
07. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
08. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
09. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan : yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata:

"Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


Renungan:-

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan
Sumber

[Pengumuman] Tempahan Ditutup

Assalamualaikum W.B.T :)
Dah lama saya nak tutup tempahan ..
tapi tidak pernah terjadi lagi...selama setahun lebih mendesign..:)
Sebab sebelum ni tak pernah rasa pun list sepanjang sekarang..:)
ada 10-11 orang on waiting list..
bila kurang 2, bertambah 3, kurang 1 bertambah 2.
Jadi saya rasa list tu tak pernah kurang..:)

Saya buat keputusan untuk tutup tempahan buat sementara waktu..:)
Untuk mereka yang sudah menghantar email dan bertanya tentang cara nak order, harga dan sebagainya..
Jika masih berminat dan konfirm untuk order..
anda boleh email @ YM kepada saya untuk sebarang confirmation order...
order anda masih diterima...
saya hanya tutup kepada sebarang pertanyaan baru :)

Banner Emergency yang simple..:p
Alasan saya menutup tempahan blog design untuk sementara waktu ini.
1. Saya nak clear semua yang ada dalam waiting list..

2. Selepas clearkan semua yang ada dalam waiting list..saya nak buat rombakan besar-besaran untuk blog design sendiri..:) dah lama planning untuk template baru...tapi...disebabkan ada tanggungjawab lain yang utama iaitu mendesign blog klien. blog sendiri saya letak dalam waiting list yang paling bawah..:)
Saya juga nak kemaskinikan terma dan syarat [mungkin akan dibuat dalam dwi-bahasa], Format untuk tempahan [supaya klien lebih mudah untuk memberi kriteria yang dikehendaki dan saya mudah memahami apa kehendak klien], dan menyedia beberapa dokumen untuk urusan jual beli klien..:)
Insyaallah... harap saya dapat lakukan... kerana semua benda nak kena buat satu sistem dan standard.

3. Saya nak jadualkan balik jadual harian saya termasuk Khalis.. disebabkan Khalis dan meningkat usia 2 tahun..saya perlu luangkan masa untuk mengajar dia..:) Silibus home school dia pun belum buat lagi... jadi harap lepas list dah clear saya akan lebih tenang untuk rangka balik jadual harian...:)

4. Saya akan limitkan beberapa blog design untuk sebulan... supaya waiting list saya tidak terlalu panjang... dan saya tidak stress untuk siapkan design2..:) Biasanya kalau tengok waiting list panjang2 stress woo..;p . Jadi..belum design lagi otak dah rasa letih... kalau boleh tak mahu la macam tu kan...
nak hasilkan produk yang berkualiti Idea pun kena berkualiti juga..:) Insyaallah...

5. Saya tak nak buat tempahan2 dengan tergopoh gapah.. Insyaallah... setiap blog akan siap dalam masa 1-3 hari...[ untuk proses draft, redesign, confirmation, dan Installation.


:) Klien yang belum mendapat draft dan yang belum menerima sebarang email progress daripada saya..:) saya harap anda bersabar..:)
Insyaallah saya akan sediakan secepat mungkin...

[Kongsi] : Nama-nama Allah dan Hikmahnya

Assalamualaikum W.B.T.

berbalas komen di FB dengan sahabat maya saya. Kak Honey...:)

tergerak hati untuk google dan share tentang Nama-nama Allah..:)
yang saya mula disiplinkan diri untuk menjadikan sebagai zikir harian..:)
saya petik komen kak Honey tentang sabda Rasulullah S.A.W
"Rasulullah s.a.w bersabda ” Banyakkanlah olehmu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba drp bencana di dunia dan di akhirat drp menyebut Allah (berzikir)."


1. Allah
 "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
 "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah. 
 
5. Al-Quddus - Maha Suci
 "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. As-Salam - Maha Penyelamat
"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
 "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13. Al-Bari' - Maha Perancang
"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
"Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
 
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. Al-Fattah - Maha Pembuka
"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. Al-'Aalim - Maha Mengetahui
"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.


21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
"Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
"Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. Al-Khafid - Maha Penghina
"Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi
"Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
"Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
"Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. As-Sami' - Maha Mendengar
"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.


28. Al-Basir - Maha Melihat
"Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. Al-Hakam - Maha Menghukum
"Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. Al-'Adl - Maha Adil
"Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. Al-Latif - Maha Halusi
"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32. Al-Khabir - Maha Waspada
"Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. Al-Halim - Maha Penyantun
"Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. Al-'Azim - Maha Agong
"Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
"Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
"Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
"Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. Al-Kabir - Maha Besar

 "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
 "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
"Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
"Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. Aj-Jalil - Maha Luhur
"Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. Al-Karim - Maha Mulia
"Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
"Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
"Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. Al-Wasi' - Maha Luas Pemberian-Nya
 "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
 "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. Al-Wadud - Maha Pencinta
"Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. Al-Majid - Maha Mulia
"Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan
 "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. Al-Haqq - Maha Benar
"Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. Al-Wakil - Maha Berserah
"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
"Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


56. Al-Waliyy - Maha Melindungi
"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.


57. Al-Hamid - Maha Terpuji
"Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.


58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
"Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.


59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
"Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan
"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
"Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. Al-Mumit - Maha Mematikan
"Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. Al-Hayy - Maha Hidup
"Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
"Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.


65. Al-Wajid - Maha Menemukan
"Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. Al-Majid - Maha Mulia
"Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. Al-Wahid - Maha Esa
"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. As-Samad - Maha Diminta
"Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. Al-Qadir - Maha Kuasa
"Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
"Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
"Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
"Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
 
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
"Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
"Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak
1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
"Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
"Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini


78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi
"Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
"Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
"Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
"Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf
"Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
"Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
"Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
"Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
"Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan
"Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
"Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. Al-Mani' - Maha Membela/Menolak
"Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
"Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat
"Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
"Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
"Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.


95. Al-Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan
"Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. Al-Baqi - Maha Kekal
"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
"Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak
500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
"Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. As-Sabur - Maha Penyabar
"Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu kepada Nabi Muhammad, para sahabat, Ibu bapa dan keluarga. Samada yang masih hidup ataupun meninggal dunia...
(al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
  1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
  6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Wassalam

Sumber : ) Saya ambil dari blog akk ini. dan saya susun balik..:)
 
Copyright © Whitey Mommy™