Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Kisah Ahadiat Akashah : di sebalik popularnya Lagenda Budak Setan

Assalamualaikum W.B.T
hari ini...sambi mencari2 idea untuk design. fikiran saya menerawang untuk mencari gali semua novel2 yang ditulis oleh novelis terkenal Ahadiat Akashah. Seingat saya...novel2 beliau sangat terkenal masa saya kecik2 dulu... tapi waktu itu...saya masih tidak mengerti apa itu novel. sekarang saya merupakan salah seorang pembaca novel...:)


Tersentuh hati saya membaca artikel yang ditulis oleh Amirah Amaly Syafaat ini
yang menceritakankisah sebenar yang dihadapi oleh novelis popular suatu ketika dahulu...


Ahadiat Akashah bangkit selepas muflis

TANGISAN tanpa suara ketika mencurahkan rasa duka dan kecewanya, penulis novel remaja tersohor, Ahadiat Akashah seperti cuba untuk menahan air mata daripada megalir di pipinya pada pertemuan Rabu lalu. Lelaki itu tidak terdaya lagi untuk menyimpan rasa hampa pada nasib yang disuratkan oleh-Nya sepanjang menceburi bidang penulisan sejak 25 tahun lalu.
Tempoh yang menyebabkan dirinya diselubungi rasa cemburu, iri hati, hasad dengki dan amarah oleh orang di sekelilingnya yang sengaja mengambil kesempatan atas apa dimilikinya. Dia juga dihimpit dengan pelbagai permasalahan yang bertimpa-timpa yang menyebabkannya tersungkur setelah meniti populariti.

Satu demi satu bebanan menimpa anak kelahiran Gombak, Selangor ini selepas dikenali menerusi novel remaja popular sekitar tahun 1995, Budak Setan. Ya, di situ bermula titik hitam dalam hidup Ahadiat yang mengubah segala-galanya.

Ahadiat dikenali kerana hasil tangan kreatif yang melayakkannya dilimpahi kekayaan selepas kejayaan novel berkenaan. Namanya dipuja dan karya agungnya diiktiraf bukan sahaja kepada golongan pembaca novel tegar, malahan kaum Adam meliputi mat rock dan mat kutu turut mendokong setiap watak yang diketengahkan.

Permulaan mengejut yang menyerukan itu ternyata tidak lama. Dia kemudiannya diduga dengan pelbagai pengalaman pahit - jatuh bankrap, perceraian, tuntutan nafkah anak di mahkamah, ditipu rakan baik dan diserang penyakit gout disebabkan tekanan tersebut.

''Semuanya bermula selepas menceburi bidang penulis novel pada 1985 saya ditimpa satu demi satu dugaan. Saya percaya pada qada dan qadar dan percaya dengan kata ibu bahawa segala kekayaan adalah daki dunia. Saya jadikan kata azimat itu sebagai pendinding dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi,'' katanya dalam nada guram.

Demi Tuhan, Ahadiat tidak pernah meminta Ilahi untuk dianugerahkan bakat atau kemampuan untuk menghasilkan sebuah novel remaja yang terbaik. Ahadiat cuma bernasib baik apabila perjudiannya dalam mempertaruhkan masa depan dengan menjadi penulis profesional menjadi.
Graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, United Kingdom ini sekadar mencuba nasib selepas membaca karya manuskrip yang diterbitkan tidak menepati tema jiwa remaja.

Lontaran tidak berpuas hati itu diajukan kepada pakciknya yang juga merupakan penulis tersohor, Marwilis Haji Yusuf. Lelaki itu yang mencabar Ahadiat untuk melahirkan novel pertama berjudul Antara Simpati dan Sayang yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak.
Ahadiat melakukan apa sahaja untuk berjaya pada hari ini. Dia pernah dihentak dan dimaki oleh bapa saudaranya itu kerana hasil manuskrip yang dihasilkan tidak menarik dan kurang difahami. Jika hendak dibandingkan ilmu penulisan Ahadiat yang berusia 20 tahun itu tentulah antara langit dan bumi. Sebab itu, dia memilih genre percintaan remaja sebagai permulaan kerana lebih dekat dengan dirinya.

Masa yang beredar terlalu pantas menyebabkan dia tidak menyedari bahawa kekayaan yang dikumpul hasil keuntungan mendadak hasil jualan novel yang berada di pasaran sejak 1985 mengundang rasa cemburu di kalangan rakan-rakan terdekat.
Kenapa muflis?Dek kerana bermegah dengan kereta mewah yang sering bertukar-ganti saban kali bagi memenuhi tuntutan minatnya sejak muda lagi, menjadikan Ahadiat sebagai mangsa. Dia dipergunakan dalam satu konspirasi pindah milik kereta oleh kawannya yang berkemungkinan mahu menjatuhkannya.

Banyak andaian boleh ditafsirkan untuk rancangan jahat sahabatnya itu. Ahadiat percaya satu perkara sahaja niat lelaki itu iaitu mahu melihatnya duduk menyembah bumi. Mungkin juga Ahadiat sudah lama mendongak langit dan perlu disedarkan dengan satu perkara yang dasyat bagi memberi pengajaran.

''Saya sangat naif ketika itu. Disebabkan terlalu mempercayainya, saya tidak pernah mengambil tahu tentang pembayaran kereta itu sehingga saya diberi surat oleh pihak bank setahun kemudian. Sedangkan prosedur sepatutnya, saya perlu diberi notis setiap bulan tentang jumlah tunggakkan bayaran yang belum dijelaskan. Lebih malang lagi, kereta itu tiada di Malaysia dipercayai telah dibawa ke Thailand, kawan saya itu pula tak bertindak apa-apa langsung. Dia hanya tersenyum dari jauh melihat kekusutan yang dialami saya.

''Bila perkara itu diajukan kepada pihak bank, jawapannya sangat menyedihkan. Mereka hanya memberi kata dua sama ada jelaskan tunggakan itu atau membawa kes itu ke mahkamah. Saya tidak punya pilihan melainkan merelakan kes itu dibawa ke pihak pengadilan sebab ketika itu, mana saya ada RM100,000 dalam bank. Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, pelbagai perasaan ada. Malu, segan tak usahlah nak diceritakan. Bagaikan dihempuk sebatang kayu, barulah saya sedar siapa kawan dan siapa lawan,'' ujarnya ketika mengimbas peristiwa hitam 1998.
Sememangnya Ahadiat tidak berpuas hati dengan 'orang-orang' yang menyebabkan dia terduduk sedemikian. Kesalahan itu bukan berpunca daripadanya dan sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik.

Natijahnya, semua harta Ahadiat dibekukan dan dia tidak dibenarkan keluar negara. Dia kembali kepada kehidupan asal iaitu serba serbi sederhana, tiada lagi kereta mewah dan menjual semua aset berharga seperti rumah kepada sesiapa yang berminat dengan harga murah.
Ahadiat meninggalkan semua kemewahan yang terbentang di mata selama ini. Semua aset yang dibeli hasil titik peluh sendiri tidak dipedulikan. Semua keindahan sementara diperolehinya tidak perlu dikenang kerana ia sudah pun berlalu..

Menyandang status muflis bagaikan mimpi buruk buat dirinya. Semua aktiviti kebiasaan semasa 'kaya' dahulu terpaksa dihadkan bagi mengelakkan pembaziran.
Banyak perut yang perlu diisi untuk hidup. Dengan sedikit wang yang ada dalam poket seluar ketika itu, dia gunakan untuk belanja rumah. Kalau sudah kering, dia 'rujuk' masalahnya itu kepada ibunya yang tinggal di kawasan Gombak, Selangor.

Kes mahkamahSatu lagi perkara besar yang memeningkan fikiran novelis itu sampai ke hari ini adalah berkaitan kes tuntutan nafkah anak tunggalnya, Aishah Akashah, 14, bersama bekas isterinya, Shahilah Mat Nazir. Ahadiat berdepan dengan tekanan apabila masih ada yang memandang serong terhadap kemewahan yang dimiliki.

Peminat motor berkuasa besar ini tidak malu untuk mengakui bahawa rumah yang didudukinya sekarang dimiliki atas jerit perih isterinya sekarang, Norhayati Mohd. Fauzi. Wanita itu yang bekerja keras dan bertungkus lumus memastikan keperluan ketiga-tiga anak mereka iaitu Athirah Akashah, 9, Anisah Akashah, 8, dan Adam Adiat Akashah, 6, terurus. Tidak dilupakan juga penjagaan Aishah Akashah. Segala makan pakai diberikan secukupnya dan wang kocek tidak pernah putus serta diberikan sama rata dengan darah daging yang lain.

''Saya bukan seorang bapa yang tidak bertanggungjawab walaupun sudah diisytiharkan muflis. Anak-anak adalah aset paling tidak ternilai buat saya dan Norhayati. Ia bukan seperti gambaran diberikan oleh mana-mana pihak mengatakan saya lelaki dayus yang tidak berguna.
''Cukup-cukuplah cemuhan dan cercaan terhadap kami sekeluarga. Tak payah sibuk bercerita tentang hal rumah tangga saya dan kredibiliti saya sebagai ketua keluarga. Saya sekarang cukup bahagia dan bersyukur atas apa sahaja rezeki yang diberikan. Masih diberikan kesempatan untuk menumpahkan kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak,'' tegasnya.

Kesemua peristiwa yang berlaku umpama tompokan hitam dalam hati kerana melibatkan maruah dan nama baik sendiri. Kejantanan Ahadiat juga turut terusik apabila orang menaburkan fitnah yang bukan-bukan. Perkataan kurang menyenangkan digunakan di kalangan pemilik blog yang tidak berpuas hati dengan kebangkitan semula Ahadiat.

Secara jujur, dia reda kehilangan harta benda tetapi tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan melibatkan keluarganya. Itu merupakan satu tindakan kurang ajar yang menguji kesabarannya setiap kali membaca cerita kurang baik di alam maya.

Kredibiliti Ahadiat sebagai penulis juga dipertikaikan dan kesemua sumbangannya untuk anak bangsa sendiri turut diperlekehkan. Contohnya penglibatan Ahadiat dalam Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007 menjadi buah mulut sehingga sekarang. Sekali lagi Ahadiat dihujani perkataan lucah di merata laman web yang menyerang peribadi dan meludah kisah hidupnya.

'Dikencing sekali lagi'
Ahadiat ditampar buat kali kedua apabila ditipu buat kali kedua pada 2007. Kali ini diperdaya melibatkan wang royalti novel yang dikutip tanpa pengetahuannya. Setelah kawan baiknya itu menyatakan persetujuan untuk bekerjasama menubuhkan syarikat penerbitan Norhayati, Roket Kertas Sdn. Bhd.

Nasi sudah menjadi bubur. Dia hanya menyedari kekhilafan sahabatnya itu selepas mendapati tiada aliran masuk wang bayaran royalti novel. Getus hatinya, mengapalah kawannya itu tidak berterus terang sahaja. Nyatakan apa masalahnya 'siang-siang' dan tidak menyusahkan mereka sekeluarga.

''Dia hanya berkata dia berdepan dengan masalah kewangan. Yang saya hairan, kenapa sanggup dia gunakan duit itu tanpa pengetahuan saya. Sedar-sedar RM300,000 lenyap. Itu namanya cubaan untuk membunuh kami sekeluarga secara perlahan.

''Keadaan bertambah rumit apabila dia turut mempunyai kes dengan bank. Macam mana dia mahu membayar semula duit kami dan akhirnya, saya terpaksa mencari resolusi lain. Jalan terakhirnya adalah menggunakan kad kredit Nurhayati selama dua tahun. Jumlahnya ketika itu menghampiri RM100,000. Nurhayati yang bertindak sebagai penyelamat sekali lagi,'' katanya.
Mereka menyembunyikan keperitan kewangan daripada pengetahuan anak-anak. Mereka tidak layak untuk dikhabarkan tentang kesusahan yang ada. Biarlah kepayahan itu ditanggung mereka suami isteri.

Macam mahu matiAhadiat tidak malu mengatakan bahawa dia menerima tekanan maha hebat itu diatas kejadian malang yang menimpanya tidak henti-henti. Klimaksnya ada pada Januari 2009. Dia terlantar selama dua minggu di Wad Ortopedik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana serangan gout yang kritikal . Semua sendinya membengkak dan membenjol bewarna kemerah-merahan.

Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagaikan dicucuk dengan belati tajam. Tanpa disedari penyakit itu mengurangkan seri di wajah dan berat badan Ahadiat sebanyak 20 kilogram. Kesannya, dia tidak boleh berjalan waima berdiri dan menggunakan bantuan kerusi roda. Malah, Ahadiat sendiri tidak mampu untuk memegang botol air kencingnya sendiri dek tiada kudrat dan kesakitan yang melampau itu.

Semua urusan berkenaan dilakukan sendiri oleh Norhayati. Wajah suram isterinya itu juga kerap menemani sepanjang rawatan susulan di hospital berkenaan.

"Isteri saya tidak tahan dengan pandangan serong penghuni HUKM yang macam-macam. Ada yang mencebik bibir dan meluat melihat kelibat kami. Tetapi kami terpaksa berdepan dengan situasi itu sehingga persepsi itu bertukar selepas kami menjalinkan ikatan persahabatan secara tidak langsung dengan mereka tidak lama kemudian," katanya dalam nada sebak yang cuba ditahan.

Setelah melalui pelbagai episod getir, hanya satu yang dimahukan oleh Ahadiat yang dipinta pada akhir bicara dengan Pancaindera. Dia mahu masyarakat berlaku adil kepada dirinya dan tidak mudah menjatuh hukuman sehingga langsung menafikan sekelumit hal positif yang telah dilakukan sebelum ini.

P/s: Saya nak beli semua novel yang di tulis oleh beliau.. Insyaallah...

Saya Minta Maaf: Tak Boleh Call

Assalamualaikum W.B.T

kepada semua customer yang menunggu...

sila alert dengan email anda ya..
kerana saya akan berkomunikasi dengan anda melalui email atau YM sahaja. Saya dah tak boleh nak call atau SMS...huhu kredit dah tak de...dan tak boleh nak top up untuk jangka masa yang panjang...

hehehe harap memahami ya...:)

Pada customer yang ada no saya...kalau anda nak call... amatla dialu2kan...:)

Terima kasih...:)

P/s: sentiasa cek email anda...especially yang saya telah bincang dengan lebih detail anda punya kriteria...:)

Hari ni 27/04/2011 : Saya Cuti

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni...

saya nak cuti...huhu setelah lama tak bercuti...

Hari ni...

Saya nak uruskan beberapa perkara...
1.Nak setelkan urusan bank...
2. Nak Shopping barang penting untuk saya n family...

Setiap email dan juga kerja2 yang masih terbengkalai...saya akan balas dan sambung malam nanti...

Hari ini...

My Hubby kerja pagi... jadi malam ni boleh la dia jaga khalis dan saya design...:)

Insyaallah... dalam minggu ni akan siap beberapa kerja yang masih pending tu...:)
Harap semua yang menunggu bersabar ya... i'm working on your template...
dan terima kasih untuk semua yang memahami...

P/s: gara2 saya selalu tidur selepas subuh...saya terlupa Khalis belum lagi ambil immunisasi...:( Kenapa boleh lupa... huhu Ingat esok nak pergi...

Business Doll - Halim

Assalamualaikum W.B.T.

Saya dah lama tak publish doll yang didesingkan... hehehe biasanya saya terus publish dengan template terus.

tapi kali ni... hanya doll sahaja yang di order..:D templatenya...orangnya mahu design sendiri...:D

Saya memang teruja sebab... yang mengordernya adalah lelaki..:p Halim namanya...seorang usahawan muda... yang menjalankan perniagaan cenderahati eh. ke cenderamata? mana satu ek? hehehe...

Saya tak sangka doll dan template yang saya design menarik minat customer lelaki juga...:D kita design saya universal ke ni... hehe ada lagi sorang customer lelaki...tapi.. tak siap lagi...turnnya lambat lagi...:D

Halim mahukan doll yang bercirikan seorang usahawan muda yang berumur sekitar 20an, memakai suit hitam dan juga stail ala2 korea gitu...:D

sambil2 cari idea untuk design template customer lain...saya siapkan doll untuk halim ni...:)

alhamdulillah first draft halim dah terima...

Terima kasih Halim...sudi order doll dengan akk...semoga bisnes sentiasa sukses ...:) Jemputla ke blog Halim iaitu AHM COLLECTION untuk cuci mata sambil menempah jika ada yang berkenan...:)

Mengidam Home Office...

Assalamualaikum W.B.T

Dalam beberapa bulan ni asyik duk mengidam je... nak kan home office... biar selesa sikit buat kerjakan... tapi ya la..sebagai freelance ni bukannya ada gaji tetap...pendam aje la..:D hehehe

Tadi rajin mengoggle untuk sedapkan hati dan cuci mata dengan Home Office yang cantik2...

Saya sekarang  mendesign hanya beralaskan kotak dan duduk atas lantai beralaskan tikar je... adeh.. cramp sudah montot ni...kalau duduk lama2 kekadang rasa macam kebas je... takut juga...tak sampai tua lagi dah jadi bongkok...kekadang pinggang dan belakang pun sakit juga...

Nak juga duk atas kerusi dan bertongkatkan meja yang selesa sikit dok...almaklumla... kerja makin bertambah... kekadang bila dah cramp sana cramp sini... nak fokus pun susah... kekadang mengalir air mata sendiri menahan pun ada... huhu sedih la pulak...

Jom2 usha gambar hasil carian Google... [semoga suatu hari nanti saya dapat merasa ini semua... amin... allah itu maha penyayang...] Insyaallah...

Sumber Writersflock

Kalau dapat macam kat atas ni memang best... huhu... dah la kerusi nya empuk...lepas tu... dia macam bersudut...saya memang suka kalau bekerja kat bahagian corner2 dan tempat tu boleh masuk sorang orang je... dan nampak macam sempitkan? tapi bagi saya kalau macam ni rasa macam selamat je...:) hehehe kiri kanan ada dinding... suka2 amat...

Sumber Writersflock

ini pun sangat2 menarik... huhuhu. white!!! i love it... cuma.. kerusi tu kena letak bantal la..:p baru selesa kan... tapi design dalam gambarajah atas dan yang ni memang terbaik... saya suka sesangat... tapi...ongkos pun mesti la cantik kan...sebab designnya macam dalam almari...kalau tak silap saya baca ianya diubah suai daripada sebuah almari ...huhu bayangkan berapa hengget tu nak upah interior designer bagaikan...:(

Designnya pun kemas kan... kalau nak berehat ke dah siap kerja... tutup je macam pintu almari... tak de orang pun tahu yang ianya adalah home office...:D

Tak pelah... berangan2 sahaja...

tak dapat macam dua ni...dapat yang kat bawah ni pun ok juga...:p

Sumber Kuala Lumpur City
gambar kat atas ni sebenarnya meja dan kerusi yang terpakai [8 bulan] pemiliknya lelong kat internet... klik pada sumber...:) Harganya RM 500... ouh... saya tak mampu nak  milikinya... mampu tengok aje...:) tapi macam ni pun ok juga... banyak lacikan... dan juga slot...boleh simpan macam2... kalau dapat... memang saya akan hias cantik2...:) Berangan lagi... huhuhu


Actually bajet saya kalau dapat meja study macam kat bawah ni dah satu kerusi yang empuk pun dah ok kan... janji selesa nak buat kerja tak cramp2 montot...huhu seksa lenguh2 badan..:p

Sumber Alibaba.com
saya suka juga meja macam kat atas ni... bahagian tengah tu boleh buka tutup...bila tak nak pakai...tutup aje... jadi laptop pun selamat daripada hentaman Khalis..:p

Latelykan...Khalis asyik ketuk je laptop ni...tak bagi saya design...bila dia tidur dan bila baba dia ada... tenang la sikit nak taip entry ke nak touch up design yang hampir nak siap...tapi kalau nak mula mendesign betul2... kena tunggu dia betul2 tidur...kalau sekadar take nap dan tidur siang... memang tak dapat la... risau ke dia bangun.. nak cari idea pun tergugat... hehehe

Nanti kalau ada extra money...nak kena beli laptop juga ni kot untuk dia...saya pelik sesangat.. macam2 toys ada.. tapi tak tahu kenapa...yang dia suka main...handphone, laptop, remote control, baju, tuala... toys dia satu pun tak jejas... beli , main tak sampai sejam dia dah tinggal...

kawan2...ada cadangan ke? permainan apa yang kanak2 paling suka? hehehe... no idea dah nak beli apa.

P/s: Serius...lega betul dapat luahkan apa yang saya nak ni...Home Office..walaupun tak dapat... tapi meluahkan pun dah cukup rasa lega... tak de la rasa terbuku dihati ni... hehehe.. ni memang tahap betul2 mengidam ni..:p

Berhati-hati dengan template blog Free...

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni nak share lagi ni...
harap tidak disalah ertikan lagi...
pasal template free...

Maklumat ni saya dapat daripada blog Simanis Cadbury... aida natasya...

dan membawa saya kepada link asalnya di blog Anakku sayang...

Jom baca...

Dibawah adalah artikel yang saya copy daripada blog Anakku Sayang

Saya sering terlibat dengan design website dan blog. Seringkali saya mengambil template percuma dari mana-mana website untuk dijadikan asas sebelum saya memulakan kerja design. Dari sini lah saya perasan yang ramai pemberi template percuma ini adalah orang yang tidak jujur...

Pernah perasan tak yang sesetengah blog yang menggunakan template percuma ni kalau kita masuk, akan keluar iklan pop under? anda rasa, adakah pembina blog tersebut tahu menggunakan iklan pop under? sebenarnya iklan tersebut diletakkan oleh pembina template blog tersebut untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan tektik kotor.

Malah kadang-kala iklan yang keluar itu adalah iklan-iklan lucah yang langsung tidak menggambarkan bloh yang kita masuk.

Kalau anda rasa perbuatan itu jahat, tunggu dulu, ada sesetengah pemberi template percuma yang lebih jahat lagi. Ada yang meletakkan spyware yang boleh masuk ke dalam server anda atau ke dalam server pelawat anda lalu memberi akses kepada pemilik template percuma itu tadi untuk sesuka hati menceroboh ke dalam blog atau server anda.

Selain itu ada juga pemberi template percuma yang menyembunyikan banyak keyword untuk backlink dan ada yang meletakkan code lock yang memaksa pengunjung blog anda mengisi CPA offer untuk mengakses isi kendungan blog anda.
Jadi berhati-hatilah dalam memilih template percuma.

 Dah habis baca dah... anda paham tak?

hehehe kalau tak paham boleh tinggalkan persoalan... tapi jangan tanya saya macam mana nak detect kod2 jahat yang dimasukkan oleh pencipta asal tu ya...sebab setiap kod adalah berlainan dan tidak spesifik daripada setiap pencipta template itu sendiri...

Memang saya dah lama tahu pasal ni...semenjak 3 bulan pertama saya design blog...dan saya juga pernah inform beberapa orang kawan blogger yang suka edit blog...hehehe paling saya ingat adalah puan bee@ puanbee.com. Sekarang beliau dah tak pakai blogspot dah...dah advance berpindah ke wordpress sudah...

Hehehe saya bila la nak berpindah ya???...

Memang tak de yang akan perasan ...terma-terma dalam coding template memang agak susah nak paham...melainkan anda memang belajar satu persatu apa maksudnya...[nak tahu lebih lanjut...google...google..pakcik google tu memang baik giler...dia la yang menolong saya mengajar saya untuk coding template] ...anda akan paham setiap terma yang dimasukkan...

satu cara paling mudah la nak detect yang blog template yang anfa guna tu ada kod2 keji yang ditambah adalah...

even anda tak masukkan widget yang merepek2 dan tak saratkan sidebar anda dengan gambar2 yang comel2 serta kiut2 serta anda tidak masukkan sebarang script untuk salji la... untuk cursor yang comel2 la...

Jika anda tidak masukkan itu semua... tetapi... loading blog anda terlalu lambat... itu bermakna adalah kod2 keji yang ditambah oleh pencipta template free tersebut...dan paling ngeri adalah bila template yang anda pakai tu ada malware... kesian laptop... bukan kata laptop anda je...tapi sahabat2 blogger anda yang lain juga turut menyedut masuk semua malware2 dan juga virus2 itu...

Dan satu lagi... ada Popup Windows... even anda tak masukkan sebarang widget yang boleh mendatangkan Pop window kepada blog anda iaitu sebagai contoh yang paling biasa adalah Widgeo... widget yang kira berapa ramai orang ada kat dalam blog tu...:D

Itu aje cara mudah nak detect kod2 keji ni... yang lain... kena pandai tengok koding...

Cara paling selamat pertama untuk menggunakan template free... anda jangan la pilih template2 yang nampak canggih giler2 ... hehehe itu dah la banyak script... lepas tu..di tambah pulak dengan script anda... memang tak terbuka langsung la jawabnya blog tu... huhuhu... Kekadang template2 free yang nampak canggih2 tu la yang paling bahaya untuk dipakai [prinsip saya la...:D]

Cara paling selamat kedua untuk menggunakan template free terutama bagi yang suka/rajin mendesign sendiri ni... pilihla template MINIMA [ada kat dalam pilihan template kat bahagian design dahsboard anda]... tapi anda perlu mula daripada basic untuk designnya... tapi... template minima ini adalah template yang paling stabil...terutamanya untuk blog designer...macam saya :D petua tu... petua... hehehe lepas tu... search la google... untuk mencari semua tutorial bagai yang anda nak masukkan dalam template... Insyaallah...selamat la anda berbelog..selagi tak masukkan widget2 dan script2 yang bukan2... walaupun cantik di mata anda... tapi... hebat juga untuk membuatkan laptop anda mengucapkan selamat tinggal..:D

dan cara yang paling selamat untuk menggunakkan template free bagi yang tak suka/ malas nak design2 bagai ni...guna la template2 pada bahagian Template Designer... tak susah... klik2 je dah siap...:)


Itu aje kot...
ok! tata...

Semoga blog2 anda semua akan selamat dan laptop2 atau pc juga sihat walafiat...:D

Pernah tak You all rasa macam ni...

Assalamualaikum W.B.T

Hujan...sejuk dan of coz la...mesti lapar kan...

pernah tak rasa macam ni?

time tak de duitkan...semua benda nak makan...
nak makan pizza la...
nasi briani la...
mc donalds la...
yang paling teringin giler2...
TGI friday...

adeh...

tapi bila ada duit.., tak de pulak teringat nak makan ni semua...

Lagi pulak...

time ada tak de duitkan...
nak beli cuci muka la...
nak beli bra banyak2 la...
nak beli meja dan kerusi untuk home office la...
nak beli banyak benda... semua tersenarai dalam kepala...

Tapi bila ada duit... kenapa tak teringat ini semua...
lain pulak yang dibeli...lain pulak yang dibelanjakan...

macam mana ek?

Ada sesiapa nak belanja saya pizza tak? :D
huhu teringin giler... kehkeh...

Mood lapar nak makan benda merepek padahal nasi banyak je kat dapur... yang peliknya... maggi juga yang nak dibedalnya... pelik betul...
Time study dulu kalau tengok maggi rasa macam nak muntah dah ... jelak sebab selang sehari dua hari makan maggi... sebab nak budget.

Sekarang ni ada lauk ada nasi...
teringin nak  makan maggi pulak...
ke ini namanya buang tabiat???

Kena  control la nafsu kat maggi sebabnya...
Khalis sekarang masih lagi menyusu susu ibu... makan pun nak kena jaga...
Kurang ajinomoto, banyak makan buah-buahan... ambil suplement...

wah! gitu ...mengamalkan gaya hidup sihat ke ni...

tapi alhamdulillah... saya berjaya disiplinkan diri walaupun tak berapa nak disiplin...:D

Okla...laparnya... tapi nak tengok cerita dulu...Cinta Antara Kita... :) Drama bersiri terbaik bagi saya dibulan ini... Selepas cerita Chinta...:)

Stop Design kejap...

ok tata!

Artwork dan Design saya adalah termasuk dalam kategori Harta Intelektual. [Semalam ada ke yang salah

Assalamualaikum W.B.T


Ada beberapa orang blogger yang menghantar emel kepada saya bertanyakan tentang copyright untuk coding, design dan juga artwork yang saya buat. Adakah ianya dilindungi secara keseluruhannya...

Jawapan nya adalah YA...

Kerana walaupun saya tidak paternkan...tetapi...secara automatik apa yang saya design dan create itu adalah menjadi HARTA INTELEK saya.

Harta intelek ini adalah apa2 yang yang saya design atau reka dan di pos ke internet atau secara printing. secara automatiknya adalah hak milik saya secara keseluruhannya dan jika orang lain mahu menggunakannya perlu mendapat kebenaran/lesen daripada saya dan perlu membayar dalam jumlah yang tertentu kepada saya. Anda juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang bentuk peniruan atau mengubahsuai daripada design, artwork dan coding yang saya buat. Jika mahukan juga anda perlu mendapatkan kebenaran daripada saya. Sama ada kebenaran bertulis ataupun kebenaran secara lisan..

Kecuali jika anda membeli daripada saya copyright secara keseluruhannya... yang mana harganya akan tinggi berbanding biasa. Kebiasaanya design untuk logo perniagaan [corporate logo] akan saya jual dengan copyright nya, yang mana... saya tidak akan bina balik logo tersebut untuk orang lain.

Itu adalah dari segi pemahaman saya apabila bertanya kepada Kak Emila.

Untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan lengkap, saya google tentang harta intelek ini.
dan berikut adalah hasilnya...

Di Malaysia ini sebenarnya sudah lama ada akta tentang  harta intelek ini. Cuma dalam proses untuk menguatkuasakan lagi iaitu PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA  anda boleh
klik dan baca kerana penerangannya lebih detail mengikut sub2 topiknya... kepada sesiapa yang berminat nak tahu... baca jangan tak baca... [huhu saya tak nak huraikan...kan ada pulak yang kata saya PENIPU BESAR]

Dan daripada Skop Kerja saya yang saya baca daripada laman web rasmi ini... setiap hasil kerja saya adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta [klik ya untuk baca... panjang benor untuk saya copypaste... kan berjela2 pulak entry ini]

Lagi Info anda boleh baca kat sini : MINDVAULT. ini pun detail penerangannya.

Ini pula maksud yang saya ambil daripada Wikipedia.

Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP) dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.


 P/s: harap entry ini tak jadi spekulasi pulak...sebab saya post berdasarkan apa yang kawan2 saya pernah bertanya dan saya pula bertanya kepada orang yang berpengalaman dalam bidang ni... dan juga saya cari maklumat daripada google.

serta nak melindungi apa bentuk kerja seni yang saya lakukan siang malam, bertungkus lumus . Terima kasih. Setiap orang mempunyai haknya apabila dia bekerja keras untuk menghasilkan sesuatu benda. Jadi... Perlulah menghargai hak orang lain kan?

Hope tiada yang salah ertikan... jangan makan cili ya...nanti pedas..:D

Kenaikan Harga Design : Blog Template, Watermark, Blog Badge dan lain2...

Saya rasa setelah lama mendesign... design saya makin better day by day... Insyaallah... kepakaran pun dah meningkat hasil daripada proses pembelajaran yang saya lakukan sendiri dengan En.Google dan dibantu oleh my sifu... Kak Emila dan juga teman2 yang sentiasa memberi semangat dan pendapat... Cha, Ibu Aqil... dan ramai lagi... maaf tak sebut...tapi ... saya sangat2 berterima kasih hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian... amin... terima kasih untuk jiya..si pengembala kambing di littlecolourshop.blogspot.com kerana memberi pendapat tentang harga baru...dan memberi beberapa cadangan...

Mulai Esok...charge untuk blog design akan dinaikkan...begitu juga dengan servis2 lain... maklumla kos hidup makin meningkatkan... since saya rasa saya berkeyakinan nak mendesign pelbagai tema untuk template.. Harga pun patut dinaikkan...sampai bila nak duduk di takuk lama kan... dan sampai bila nak maju...sedangkan hasil kerja yang saya lakukan adalah dengan sepenuh hati saya dan banyak meluangkan masa untuk memberi yang terbaik buat klien yang mengorder nya...

Sesiapa yang nak order...make sure plan awal2 ya bila nak guna. jangan last minute nak guna baru nak order... saya tak nak rushing2 then you all push me untuk siapkan design,...sebab saya tak beli design kat luar...saya guna akal dan fikiran untuk memikirkan konsep dan juga nak lukis doll2 bersesuaian dengan tema template yang didesign.

Kalau nak template/design yang cantik2... bertepatan dengan ciri yang anda kehendaki...kerjasama anda juga amat2 saya alukan... dan sila cek jadual kerja saya... saya mempunyai masa untuk mendesign...tapi saya tidak boleh fokus 24 jam untuk mendesign... anda harus memberi masa juga kepada saya untuk mendesign,  as a human being...saya juga ada tuntutan tanggungjawab...:)

Dan kepada yang memahami... jutaan terima kasih... hugs untuk you all...:) your understanding make me feel very happy...:) rasa macam diri ini dihargai... dan alhamdulillah...semua customer saya pun semuanya memang sabar dan memahami keadaan saya... terima kasih...:)

Pahamkan Perbezaan diantara peniagaan "Service" dan "Retail"

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Rata-rata saya tengok masih ramai juga yang tak boleh nak beza antara Perniagaan "Service" dengan"Retail" ataupun nama melayunya runcit.

Saya terangkan berdasarkan pemahaman saya melalui homework yang saya lakukan dengan En. Google dan juga asas perakaunan yang saya ambil semasa saya buat Degree kat Universiti dulu. Penerangan ini saya hanya fokuskan pada Servis yang saya jalankan sahaja iaitu "Artwork and Design"

Kalau nak tahu yang lain dengan detail... boleh la rujuk kepada En. Google ataupun pakar2 perniagaan...

saya terangkan serba sedikit dalam entry ini adalah untuk memberi pemahaman tentang gerak kerja yang saya jalankan dalam bisnes saya dan juga sekaligus untuk melindungi hasil kerja yang saya bersengkang mata untuk siapkan.

Ok balik pada tajuk asal. Saya terangkan pasal apa yang faham tentang Perniagaan Servis
yang saya jalankan.

Saya hanya menjual servis/perkhidmatan saya tidak menjual produk. Artwork dan Design serta Coding yang saya reka atau olah itu adalah sebagai Medium untuk menjadikan servis yang saya kelihatan lebih menarik. Jadi disini apa yang anda bayar kepada saya adalah... idea, kepakaran dan masa saya untuk mendesign sesuatu artwork/product design berdasarkan kriteria dan permintaan anda.

Artwork, Design dan Coding adalah masih menjadi hak milik saya secara keseluruhannya. Walaupun anda telah membayarnya... tapi apa anda bayar adalah untuk SERVIS dan juga lesen untuk menggunakan my artwork, design dan coding. bukan artwork, design dan coding secara keseluruhannya...

Itulah sebabnya saya menggalakan bakal klien saya untuk membaca terms and condition yang saya tetapkan untuk Artwork, Design dan juga Coding. dan jika anda setuju untuk menempah dengan saya... bermakna anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang telah saya tetapkan.

Berbeza dengan Perniagaan Retail atau Runcit

Pemahaman saya... dengan perniagaan runcit. anda beli dan anda akan dapat produk itu dan sudah tentu akan menjadi hak milik anda selama2nya...


Sebenarnya konsepnya masih sama...you want you must pay.

Dari segi perniagaan servis, anda mahu menambah servis yang dihasilkan oleh saya...sudah tentu lah anda harus membayar amaun yang tertentu untuk kerja-kerja mendesign yang saya bakal hasilkan...tertakluk kepada jenis design, masa dan idea yang saya perlu guna untuk menyiapkannya...

Begitu juga dengan perniagaan Runcit. Jika anda beli kek@botol susu@ baju. apabila anda mahukan kek yang sama. botol susu yang sama dan baju yang sama...  anda haruslah membayar amaun yang telah ditetapkan oleh penjual walaupun produk yang anda beli adalah produk yang sama.

Jika anda seorang peniaga. anda mesti akan paham akan apa yang saya maksudkan...

Terima kasih kepada semua klien saya yang memahami bidang kerja saya ini dan tidak mempersoalkan kenapa saya mengenakan bayaran... :)

P/s: Jangan la buat lebih kurang dengan perniagaan yang orang lain jalankan... sebab suatu hari nanti apa yang anda buat...akan berbalik kepada diri sendiri...bukankah hidup ini umpama roda? kekadang kita diatas... kekadang kita dibawah tapi kita tetap akan lalu pada tempat yang sama... sama ada cepat atau lambat... itu sahaja.


Kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat...amat2 lah dialu2kan... bagi menambah lagi pemahaman saya...

Blog Design Order By Dilakochan

Blog design yang diorder oleh Dilakochan...atau dikenali sebagai Dila saje..:D Dila merupakan seorang pekerja kerajaan, pelajar dan juga seorang DJ sambilan di Funker FM. Hebatkan dalam 3 masa Dila boleh buat banyak kerja...

Dila ni peminat Kimora the Fablane. Jadi dila mahukan template yang bercirikan fabulous dan blink2 gitu... katanya " boleh feeling2 princess gitu...:D

Full layout

Full layout untuk blog Dila... saya study sikit2 tentang Kimora Lee Simmons... kalau tak kenal...sila tanya En. Google... hehehe Kimora ni memang kaya bangat2 orangnya...jadi lifestyle dia penuh dengan kilauan emas dah berlian.

Saya adaptasikan kepada blog design dilla ni... since saya tengok banyak berlian dan emas saya cadangkan pada dila yang tu...dan dila setuju... tambah warna pink...jadi berliannya haruslah warna pinkkan..:D takkan emas pulak nak warna pink...

Perasan tak ada crown? mula2 saya tolak nak buat crown tu...sebab macam susah.. tapi... buat juga sebab pilihan dila yang satu lagi nak letak kerawang2 macam tak kena pulak kan... nak tambah kerawang. :D jadi proceed aje dengan princess crown tu...@ dengan lebih tepat lagi tiara...

Ha.. ditambah lagi dengan request nak header yang ada twitter status... pergh... memang mencabar sikit template ni walaupun nampak simple... nak susun berlian lagi... untuk twitter status ni...saya ambil masa nak buat...sebab kalau ikut tutorial asal... twitter yang nampak tak lengkap tang @mention. nampak words sahaja. jadi kena ubah daripada tutorial asal... memang nasib baik dapat... kalau tak kena coding balik... huhuh...

Untuk Doll character pulak, saya dah cuba buat kelainan...melalui teknik yang diajar oleh Kak Emila... ada nampak macam ala2 3D tak? masih dalam peringkat cuba2...:)

Harap dila suka dengan template ni...
Blog Badge

signature


Watermark
Blog badge, signature dan watermark semua saya extract daripada blog design ...:) biar bagi matching gitu. hm...

Jemputla ke blog Dilakochan untuk tengok secara live...:) Terima kasih dila sudi order template dengan akak ya...semoga sentiasa sukses dalam kehidupan...amin...:)

Minta Pendapat : Please... Please... Urgent ...

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera...:)

formal tak? formal tak?
pertamanya...terima kasih sebab sudi baca dan bagi pendapat... really appreciate it...:)

Saya ingatkan saya nak berdomain dulu...

Hari tu ada wat entry pasal saya nak berhosting... ramai sangat yang bagi pendapat...terima kasih semua... Insyaallah... cukup setahun saya buat kerja2 design nanti...saya cuba nak beralih arah pulak...tapi masih lagi perancangan... nak sediakan mental dan fizikal serta ongkosnya... kehkeh...

Tapi...sekarang ni saya rasa nak BERDOMAIN pulak untuk sementara waktu... Hari tu saya pernah utarakan tentang kerisauan saya untuk berdomain... tapi sekarang rasa macam bersemangat pulak nak berdomain lepas mengetahui dia punya benefit...:) especially untuk perniagaan... Insyaallah...

Jadi saya nak bertanya kekawan yang dah ada pengalaman berdomain... saya takut nak berdomain juga...selain takut nyawa saya tak panjang...dan blog ini akan terkubur...ada lagi... iaitu...:

a) adakah follower akan hilang?
-bukan apa...kan saya update blog... syok sendiri je... hehehe nak juga orang baca bila saya update... kehkeh...bukan mengejar populariti ya... tapi dengan blog sahaja medium untuk saya mencari rezeki dan juga berkongsi cerita...:)

b) Apa lagi kesannya bila kita tukar daripada blogspot ke pada domain...:?

Minta tolong sesangat...huhuhu nak tahu..

Terima kasih sekali lagi...

P/s: Sekarang domain saya tengah tidur kat SINI... sejak beli saya hanya guna selama sebulan je... huhu... lepas tu kepala ni dah fikir macam2... haish...tak berkeyakinan sungguh...

 Dalam proses nak siapkan blog untuk bloglist.. untuk menggantikan bloglist saya yang lama...yang saya privatekan atas sebab2 tertentu...jangan risau...link2 orang yang tak berkenaan saya tak masukkan... hanya link2 yang berkaitan dengan kerja saya aje..:D lepas tu... saya nak buat bloglist baru... nak gantikan exchange link tu... sebab tak berupdate pun... macam tak adil pulak untuk yang letak link blog saya kat blog mereka... dun worry... saya akan buat blog khas nanti...:)

Kepada Customer yang Menunggu: Saya Minta Maaf..:(

Assalamualaikum W.B.T

tengok tajuk dah tahu...entry minta maaf... sebab semalam sepatutnya saya mendesign...tapi saya tak mendesign sebab masa tidurkan Khalis saya pun terlelap sekali...

saya amat2 berharap sangat kefahaman anda ya...
sebab kalau saya nak mendesign tak boleh kena push...saya takut saya terus blank...memang terus tak boleh design...

saya ada beberapa design nak kena siapkan...saya buat by turn... don't worry saya still akan wat kerja saya... saya cuma mahukan pemahaman sahaja...:)
terima kasih in advance...

Maaf lagi jika entry ini tak nampak profesional... sebab saya tak hantar email... saya terus buat post sebab bagi semua baca...

2 Blog Design in 1 entry

Assalamualaikum W.B.T

dah lama tak update blog ni...:) busy yang amat...tak sempat nak cari idea nak tulis apa...banyak duk dalam draft. lepas taip je mati kutu...lepas taip je... kepala menerawang ke blog design yang memanggil manggil untuk didesign...:D

Tapi tanggungjawab saya pada klien still belum tamat selagi saya tak upload blog design mereka kat dalam blog ni . Design blog mereka ni dah lama install...tapi saya tidak mempunyai kesempatan untuk upload... 2 orang klien ni sebenarnya orang yang paling lama order...tapi saya tak dapat nak siapkan atas sebab2 tertentu...:) ok...mari kita tengok siapa dia...:)

Kak Suziey
Kak suziey order blog design dengan saya masa saya wat sales bulan 1 ke 2 hari tu... dah terlupa... tapi Kak Suziey Minta saya design blog beliau selepas beliau balik daripada umrah...
Full Layout Kak Suziey
Ini Blog Full layout blog Kak Suziey... Kak Suziey memilih tema hot pink dan biru cyan... dan doll untuk menghiasi headernya... sebuah laptop melambangkan beliau seorang blogger, sebuah kamera yang melambangkan beliau adalah peminat kamera terutama DSLR... memang kak Suziey suka ambil gambar...jadi blog post nya saya besarkan sikit berbanding saiz biasa...sebab saya tengok Kak Suziey suka upload gambar yang besar2... ada handbag besar tu kan, hehehe itu melambangkan Kak suziey seorang wanita bekerjaya... handbag LV ke akk? :D yang boleh muatkan laptopnya itu...eceh...

Mula2 saya ingatkan Kak Suziey nak doll sekeluarga...tapi katanya...takut nanti nak tambah anak... nak kena tukar pulak template...hehehe bila tu akk nak tambah anak untuk Aqeel? :D
signature kak suziey
ini signature untuk kak suziey... Just suziey...tak de tagline...:)

Kawan2 semua... jemputlak ke blog Kak Suziey ya... anda boleh baca pengalaman Kak Suziey mengerjakan umrah...:) dan ada sudut agama yang mungkin boleh menambah lagi ilmu pengetahuan kita...:) Insyaallah...

Kak Sira
Blog design yang kedua adalah untuk Kak Sira...memang kena sangat entry ini digabungkan... 2S...Suziey and Sira..:D Kak Sira ni pun dah lama order... kebetulan masa turn Kak Sira... Kak sira baru je lepas bersalin... jadi untuk proceedkan proses perbincangan semua... saya kena tunggu Kak Sira betul2 habis pantang...:) tu pun masa dalam pantang memang dah berbincang dah sikit2...:)

Full layout Blog Kak sira
Ini Blog Design untuk Kak Sira...simple kan? yes... Kak sira mahukan template yang sangat2 simple... Mahukan tema oren dan hitam... hanya mahukan dua warna itu... dan mahukan template berbentuk rumah supaya kena dengan tajuk blog nya... House Of Alpha Lipid and SD2. Doll sebagai penghias header.. yang bertemakan home office...ada laptop dan ada buku2... dan pada tingkap kak sira mahukan gambar 2 produk sasarannya... Alpha lipid dan juga SD2.

Kak Sira merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan merupakan seorang business woman... Jika ada sesiapa yang berminat nak kuruskan badan tanpa perlu berdiet dan of course secara sihat... jemputla ke blog Kak Sira...:)

Blog Badge Kak Sira
Signature Kak Sira

Watermark Kak Sira
Semua yang Kak sira mahu adalah berkonsepkan simple...janji hitam dan oren...:)
Berita baik untuk peminat contest... Jemput la ke blog Kak Sira untuk Join Contest yang di anjurkan...:)

P/s: Sepatutnya 2 entry...tapi saya combinekan jadi satu...takut tak sempat nak upload... kerja masih banyak lagi ni ... Sebenarnya tak banyak..:D tapi... masa saya agak terkekang... waktu malam sahaja saya boleh tenang untuk mendesign... waktu lain... sibuk dengan "Designer Kecik" tak abis2 duk berebut laptop... haish... ok... sampai sini sahaja...:)

Cerita Tentang Spaghetti dan Latte Oleh Seorang Wanita yang Mempunyai Impian Untuk Ke Paris...:) Undian anda diperlukan...:)

Assalamualaikum W.B.T
Setiap orang mempunyai impian masing2kan...Saya sendiri pun sememangnya seorang yang mempunyai terlalu banyak impian...
Kepada Semua readers blog saya yang baik hati... saya nak minta tolong anda semua boleh...:)
Tolong tekan Like kat entry ini.

Bantu Kak Emila untuk mendapat tiket ke Paris... Tempat impiannya untuk dilawati...

Untuk masuk pertandingan ni...Kak Emila cerita pasal pengalaman beliau semasa melawat Italy... cerita tentang spaghetti dan cafe latte yang sedap...:) nak baca entry penuh.... KLIK KAT SINI...

caffe latte

Good Luck Kak Emila...dan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang tekan like...:)

Alhamdulillah...

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...setelah berehat beberapa hari...hari ni...badan terasa ringan sikit... Insyaallah dah boleh sambung semua tugas2 yang masih banyak terbengkalai...:)

Terima kasih kepada semua teman2 yang memberi sokongan dan mendoakan saya dan tak kurang juga yang memberi solution kepada masalah kesihatan yang saya hadapi... Alhamdulillah...semuanya memang mujarab dan menjadi...

Tekanan darah saya rendah menyebabkan kepala saya terasa berat...ditambah pulak dengan power rabun jauh saya juga semakin meningkat...itu yang menyebabkan saya terasa senak didalam mata... dan berat untuk buka mata.

Hari ni saya pergi cek mata dan dah buat cermin baru...bingkai tak boleh buat sebab buat cermin pun dah lari budget bulanan...kena kerja lebih untuk stabilkan balik ni...:D... inilah akibatnya sebab saya design dalam gelap...hanya bertemankan cahaya daripada laptop je... bahayakan? saya terlupa pulak ia membahayakan...isk...isk... selama ni memang saya design dalam cerah...tapi bimbang lampu akan ganggu Khalis tidur...jadi saya tutup lampu... itu yang membuatkan power rabun meningkat dengan mendadak...
untuk mata kiri...
daripada 4.50 kepada 5.76
dan
untuk mata kanan
daripada 4.25 kepada 5.50

Sangat ketarakan...:( ini salah saya sendiri ni... huhu tak jaga kesihatan dengan baik...padahal saya ada banyak tanggungjawab nak kena galas... nak jaga Khalis... nak jaga keluarga...nak jaga makan minum... nak siapkan semua tempahan klien...:( saya minta maaf kepada semua...

Solutionnya...saya kena start sediakan satu ruangan kecil kat bilik solat untuk My Home Office...[ni nak kena standby budget juga ni... nak beli satu meja study dan juga kerusi yang selesa sikit. hm...] sepatutnya daripada dulu lagikan saya sediakan semua ini...since saya dah memilih kerja2 mendesign...

Tak pe... bertambah lagi satu item untuk saya punya wish list...:) 1. water heater 2. Home Office...:) yang lain rahsia... tetttt....

Ok...malam ni dah boleh mula design...yippie... Syukur kehadrat ilahi masih memberi kesihatan kepada ku... terima kasih teman2...:)

Saya Nak Minta Cuti...

Assalamualaikum W.B.T
Hari ni dah masuk hari ke-8. Kepala saya terasa macam tidak terletak pada badan... bunyinya macam pelikkan tapi itu lah yang saya alami.
Tak boleh nak duduk lama tak boleh nak berdiri lama...
Dari hari pertama saya rasa memang dah tak selesa sangat rasa macam ni. tapi saya masih lagi gagahkan diri untuk siapkan kerja2 yang terbengkalai. Dibimbangi ada yang complaint Blog design yang diorder lambat siap...

Sakit yang saya alami ni sebenarnya tak sakit...tapi more on berasa tak selesa untuk buat kerja... rasa macam kepala hanyut. nak pitam. mata terasa susah nak buka. tapi bukan mengantuk ya... rasa macam mabuk. tapi bukan pregnant ya sebab saya masih on period.

Masuk hari ke-6, Husband saya bawa pergi klinik. Doktor kata Tekanan darah saya rendah sedikit mungkin itu penyebabnya saya rasa macam tu... punca tekanan darah rendah adalah...memang saya daripada dulu lagi menghidap tekanan darah rendah. Tapi tak pernah pulak saya mengalami sebegini rupa ketidakselesaanya... pening, loya dan keadaan sekeliling terasa seperti berpusing dan  bergegar. Terasa sangat tak selesa untuk saya imbangkan badan . asyik terasa seperti nak rebah je.

Doktor kata faktor lain. saya mungkin tak cukup tidur, makan tak teratur, dan mandi air sejuk. Banyak lagi yang doktor senaraikan. Hampir kesemua yang doktor senaraikan memang itulah kegiatan saya hari2. Tak cukup tidur memang dah seperkara. sebab khalis tidur puluk 1@2 masa tu la baru saya mula kerja2 design. makan tak teratur..:) yang ni memang... kekadang duk pk ke design... sampai makan pun memang tak ikut time.

Jadual saya dah lari. Tapi... saya lakukan sebab ini tanggungjawab saya. saya yang pilih untuk membuat kerja2 design ini. tapi mungkin saya dah over limit daripada kemampuan diri saya sendiri. keadaan yang paling merisaukan saya bila ada customer yang bertanya... progress template mereka... tapi saya memang dah cakap awal2 template mengambil masa untuk didesign terutama bagi customer yang tidak memberi complete draft dan lakaran yang mana saya perlu untuk memikirkan konsep dan idea seperti yang dikehendaki... Generate idea need to think... then saya perlukan masa... bukan idea terus terdetik... sebab setiap template perlukan kelainan dan mungkin coding yang berbeza untuk menghasilkan template yang menarik...

Saya perlukan rehat untuk beberapa hari... bagi customer yang menunggu in the list... saya mohon untuk bersabar... kerana kalau saya push memang mata, otak dan badan saya tak boleh bertahan lagi... masih tak boleh stabilkan diri... kepada sesiapa yang mengalami sendiri tekanan darah rendah... mesti akan paham...

Orang kata tekanan darah rendah ni risikonya sama dengan tekanan darah tinggi... lagi takut mak cik kat hospital tu kata... tekanan darah rendah boleh menyebabkan terus koma jika pitam dan jatuh... Subahanallah...takut saya dengar... macam2 terfikir... macam mana dengan Khalis...:( Harap tak kan jadi seteruk itu.

Memang sikap saya...saya akan push selagi mampu...:(


Terima kasib banyak2 untuk Cha, kerana tolong buat entry berikut... terharu sangat2 saya dengan entry dia... walaupun kenal cuma di alam maya...tapi setiap apa yang saya beritahu dia... memang dia seringkali dapat menyelami 100% apa yang saya alami... orang yang tak pernah jemu melayan bebelan saya. huhu setiap kali buzz kat chat... jika dia online...mesti layan saya... terima kasih banyak2... mengalir air mata saya membaca entry beliau...

menjawab persoalan beliau: ya... dia memang seorang sahabat yang baik...:) yang tidak pernah menolak jika saya minta pertolongan...

"Cha bila nak culik kita pergi piknik ni...:D"
Terima kasih untuk semua kawan2 yang mendoakan saya dientry cha ini...dan juga semua yang ada di Facebook juga...


Saya perlukan rehat sedikit..nanti bila dah ok saya akan cuba design dan coding perlahan2...sekarang ni saya dalam proses untuk redesign dah install 3 template... jadi yang belum saya mulakan lagi untuk mendesign terutama yang memerlukan saya untuk mencari konsep dan idea...saya harap sangat anda bersabar ya..:) terima kasih tersangat2 dan kerjasama anda semua saya amat hargai ...semoga Allah S.W.T akan merahmati anda sekeluarga... amin...

***************************************************
Mungkin Allah hadirkan sakit supaya saya meluangkan banyak masa dengan Khalis...:) terharu sedih dan gembira bila saya terbaring, Khalis datang dan cium kepala saya...:')

Saya perlu kuat untuk Muhammad Khalis Putra... tiap kali kaki ini rasa sudah tidak mampu untuk berdiri dan semangat dan serta kesabaran ini tidak teguh... mata memandang ke langit.. dan hati terdetik..."kuatkan semangat dan sihatkan tubuh badan ku untuk membesar dan menjaga Muhammad Khalis Putra dan keluargaku..." Semuanya ketentuan Allah S.W.T...Insyaallah... Amin...

Saya nak baring sekejap...:)

Kepada yang bertanya saya dengan email...bila saya dah lega saya akan membalas semua persoalan anda... terima kasih.
 
Copyright © Whitey Mommy™