Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Blog Design Order By Mia Zahra Scarf

Assalamualaikum W.B.T semua...:)

dah lama rasanya tak post [berapa kali dah ulang ayat ni] pasal blog design kan... hehehe sebab ada banyak yang tak betul2 complete lagi...

blog design order by Mia Zahra Scarf , yang merupakan butik tudung... yang dimiliki oleh Yusmira Yusuff atau lebih mudah panggil mira aje...:)

Blog ini menjual tudung custom made... maknanya...bukan tudung yang ready-made la kan...:P maknanya [lagi] u all boleh request macam2 jenis design ikut suka hati u all dan mira sendiri akan jahitkan... maknanya[lagi,lagi] kalau tudung2 biasa kat pasaran tu dan ramai orang pakai...boleh la u all tempah dengan mira ni...yang mana tudung tu hanya dimiliki oleh u all seorang sahaja... special kan? nak material macam mana...nak corak macam mana...Insyaallah mira boleh jahit..:) hanya sediakan ongkosnya sahaja... dan mira akan design berdasarkan permintaan anda...:)

Full Layout
Full layout...:)
Mira inginkan blognya kelihatan wanita melayu gitu...jadi mesti ada kerawang2...dan mahukan yang diamond juga...:) mira meminati corak damask...[yang saya jadikan sebagai background] dan of coz...nak warna pink yang sweet gitu...:)

kat atas ni full layoutnya...kalau nak lagi real... p kat sini ya...
badge
signature

watermark
Blog badge, signature dan watermark untuk mira...
semuanya berkonsepkan sedondon dengan blog design...:)

Terima kasih mira...sudi tempah blog design dengan akk...:) semoga bisnes akan terus sukses...:) lepas ni boleh buka kilang tudung...:) jeng2...

DOA SEORANG ISTERI [Bagus untuk direnung dan diamalkan]

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Sumber: Sepaku.net

Nak Kena Renovate ni...

Assalamualaikum W.B.T

saya rasa ada yang tak kena dengan my blog ni...
bila view dengan my laptop...
rasa macam ada missing grafik...
widget follower juga hilang...
tak tahu la sama ada blogspot yang weng...atau pun laptop ini pun sudah weng...
[bila la nak beli laptop baru ni...-angan2 lagi...:p]
nak kena redesign balik ini blog...
buat masa ni...tak de mood nak touch up pulak...
rasa macam nak buat blog ni khas untuk blog design je pulak...
dah tu yang personal2 nak create lagi satu blog...:P
[kahkahkah rasanya dah berpuluh kali buat style gini...last2 stick juga dengan satu blog...]

tunggu nak siapkan order2 yang pending...
tak banyak pun lagi dah...cuma masa dah terhad duk berebut laptop dengan si kecik ni...:(
nampak gayanya nak kena beli laptop ke untuk dia ni?
tapi...
bab kata one of my friends...sebesar khalis ni...tak pandai lagi nak hargai barang...takut rosak nanti lagi naya dak...

tapi...dah beli laptop menan pun... dia nak juga laptop ini...
agak2 kalau beli laptop baru dan bagi dia laptop ni...dia kacau lagi tak saya buat kerja...???
agak2nya bila la baru dapat tu...:D

Lepas tu ada lagi masalah lain...
YM tak boleh nak buka...mesti tertutup sendiri...
lepas tu...
yahoo mail tak boleh nak reply email...
bila dah compose...time nak send...tetiba jadi beku...
tekan sana sini pun tak jalan2 juga...
adeh...
berulang2 kali taip pun masih perkara sama...
even refresh atau pun tutup tab dan buka balik pun still juga jadi...
pelik betul...:(


P/s: lama tak mengupdate blog..

Lagi Pasal Blog nak kena delete tu...

Assalamulaikum W.B.T

anda semua ingatkan saya pernah wat entry pasal...
Blogger akan delete blog2 yang tak pakai akaun Gmail kan...

You all semua jangan la panas punggung dan jangan takut...
actually saya dah buat entry pembetulan..
yang blogger akan delete blog2 lama yang tak diupdate...
jadi kalau masih saya kena cepat2 claims sebelum bulan jun ni..:)

Dan...
jika anda nak tukar dari akaun yahoo ke akaun gmail pun amat dialu2kan lagipun sebagai persediaan awal...
mana la tahukan...blogspot betul2 delete akaun yang gunakan email login lain selain daripada Gmail...

Sebab Gmail dan blogger/blogspot ini adalah hak milik Google...jadi kalau nak cantik lagi dan confident bagi la satu set kan...semua guna perkhidmatan under google...

Jadi kat sini ya nak tekankan...

BETTER YOU ALL TUKAR KEPADA AKAUN GMAIL...
:)
MENGELAKKAN JIKA TETIBA BLOGSPOT NI WAT PASAL NAK DELETEKAN...
HEHEHE

Sekarang ni pulak...

Blogger memang nasihatkan bagi blogger2 baru menggunakan akaun Gmail untuk create blog...bagi blogger lama pula... kalau you all nak tukar dari akaun yahoo/lain2 akaun email kepada Gmail... you all just create akaun Gmail...memang terus automatik tukar...[ini kalau tak silap ada antara reader saya yang pernah bagi komen...]

Jadi pasal entry ini... you all tak yah pening2...

apa yang you all perlu buat...
Just create akaun Gmail...
dan cek ada tak akaun Gmail sebagai admin kat bahagian ni...
Setting> Permission..

kalau dah ada akaun gmail sebagai main akaun...tu dah kira anda dipihak selamat la tu...
Insyaallah...:)

harap info ini dapat meredakan kegusaran yang dialami oleh anda...

Jangan risau ya...
Happy Blogging...

Owh ya... rasanya adik fatin hanani ada tanya...

Semua iklan2 yang di daftar dengan akaun yahoo...tak akan ada kena mengena dengan blogspot dik... jadi tak effect langsung pun kalau guna akaun yahoo...:) syarikat lain2 tu...:)

kalau blur...dengan info ni...boleh tinggal komen untuk bertanya...:) sebab saya taip dalam keadaan kelibut ni...:)

Blog Design Order By Kak Zalin Zalina

Assalamualaikum W.B.T
:)
dah lama rasanya tak update blog... hehehe...
nama je blog designer...tapi...blog pun tak berupdate...nak buat macam mana...sibuk ke design blog klien..:)
plan nak redesign blog sendiri pun tak jalan2 lagi ni...
hehehe
banyak tugas lain yang menanti...
yang penting kena siapkan dulu blog2 klien...:)

dan...dah lama juga saya tak upload blog yang saya design kan... hehehe banyak yang still dalam draft dan juga yang hendak di re-design...:)

Harap2 semua klien saya diberikan kesabaran yang tinggi oleh Allah S.W.T sebab kekangan masa saya sangat2 menruncing...:) eceh...ayat kesian ke apa ni?

ok...dah panjang dah tu intronya...

************************************************
Blog design yang ditempah oleh Kak Ina... tokey kuih yang kaya raya gitu...:) Mula2 masa awal2 kenal...ingatkan kak ina ni duduk rumah je...rupanya bila dah baca blog dia...dan kenal dia... siap main belasah2 lagi... hehehe...dia merupakan seorang tokey kuih... seorang yang tak lokek ilmu...kalau tak caya pergi blog dia... dan sila khatam blog dia jika mahu menjadi seorang tokey kuih... segala benda Kak Ina share...mula daripada segala mak nenek tutorial kuih, cara nak mulakan perniagaan dan cerita2 motivasi untuk menaikkan semangat kepada tokey2 kuih yang baru nak mula...

Saya baca pun rasa macam teruja nak buat kuih...:P tapi...tak terbuka pulak hati nak mula bisnes kuih... hehehe kalau masuk blog dia malam2... memang lapor...dan kalau peminat kuih muih seperti saya...jangan masuk blog kak ina malam2..:P nanti pagi sok mesti nak pergi beli donut dua plastik...:( diet pun lebur...alamak... terpandang puteri ayu dalam piring...:( akk...pos sikit...kwang2...

Kak Ina ni peramah orangnya...dan pandai buat jokes...:) hati pun sentiasa sejuk...kahkah... mesti nak gelak... Belasah kang!

Ok...itu serba sedikit intro pasal kak Ina... nak tahu lebih lanjut...jemputla ke blog beliau... pendapat peribadi saya dapat rasa...Kak Ina akan jadi antara blogger masakkan yang berjaya...dengan cara penulisan dia...bagi saya...saya suka cara dia menulis...:) mungkin sebab dah kerap berborak dalam phone...tapi bukan bias ya... memang saya suka baca...:)

Back pada Kak ina punya blog design... Kak Ina hantu pink...[larik!!!!] sama la dengan saya...dia suka segala mak nenek pink...lembut, terang, striking, silau...semua suka...jadi untuk blog dia... dia mahukan semua gabungan warna pink... tak kira la ceruk mana pun nak pink...mula2 macam puas nak fikirkan...huhu maklumla...saya ni bukan jenis yang warna warni...:D

tapi saya gabungkan dengan putih sikit...dan hitam sudah kemestian... mesti ada dalam blog design...kalau tak akan nampak suram...:D ya ke...hehehe itu teknik saya lor...

Full Layout
Ha...ini full layout untuk blog kak ina...mula2 saya letak bunga2 ros yang kembang2...tapi kena reject oleh kak ina...katanya nak super duper simple... ha..alik2 semua kosong...:P tak pe...Kak ina suka macam ni katanya...

Untuk temanya Kak ina nak doll character yang tangannya posing ala2 ayu gitu...[tapi kak ina ni memang ayu orangnya...ada taik lalat...:D] mula2 saya tak mau buat...kahkah...jahatkan...saya kata tak pandai...tapi... saya cuba buat jadi...:P

saya tambah letak laptop...itu wajibla...kalau dah namanya blogger mesti ada laptop...dan kamera...hehehe semua nak warna pink yang amat striking...:D kamera tu pun wajib...kak ina kan suka ambil gambar... hehehe tang kamera tu kak ina tanya "awak lukis ke sha kamera tu" saya jawab..."yo la..." kak ina ingatkan ambil crop gambar kat header lama dia...:D kehkeh...

Lepas tu saya tambah dengan 3 pinggan kuih muih...huhu sebenarnya kuih talam tu kak ina reject...tapi paksa juga ambil...:P
Blog Badge

Signature

Watermark

Watermark, blog badge dan signature semuanya nak yang simple2... dan hasilnya seperti diatas ini...:)

Kak ina tengah buat giveaway sekarang ni...jemput la ke blog dia...:) Join Saya Suka Makan Kuih...

Harap Kak Ina puas hati dengan blog designnya...hehehe dan tak cepat jemu..:D kalau jemu cari sha...:P Terima kasih Kak Ina sudi tempah blog design dengan sha...huhu...

fuhh!!! entry paling panjang rasanya yang saya taip untuk promote blog design...:D macam lebih promote ke tuan punya blog design je...hehehehe

Inotasi Suara Saya memang Kuat

Dilahirkan dalam keadaan keluarga yang pecah belah memang akan memberi kesan yang mendalam kepada seorang anak...
Terutama daripada segi sikap...tapi itu tidak akan mengubah sifat sebenar dalam dirinya yang pada zahirnya seorang yang sangat sensitif, penyayang, cepat terasa, mudah rasa terasing dan terasa ingin selalu disayangi dan sentiasa ingin diambil berat...

saya memang daripada azali menggunakan inotasi yang kuat...apabila saya terasa selesa bercakap dengan mereka...tapi anggapan saya itu silap...tak semua akan rasa selesa dan dekat dengan kita pada awal2 perkenalan...

Seringkali merasa hidup ni bagaikan kekurangan kasih sayang... saya sering ingin berkawan dengan semua orang...even baru kenal 2 minit...tapi macam2 rasa yang saya mahu luahkan kepada mereka...supaya diri ini terasa ringan...tapi...
ini mungkin akan menimbulkan tanggapan bahawa saya tidak professional...

Tidak mengapa...
bagi kawan2 alam maya yang sentiasa memberi kata dorongan kepada saya...terima kasih yang
tidak terhingga...kerana walaupun kita tidak pernah bertemu mata...hanya bertemu kata... tapi...
kebanyakkan semuanya memahami diri ini... buatkan kekadang saya rasa seperti hidup semula... buatkan saya rasa lega... masih ada yang sayang.

Hari ini air mata saya mengalir suam ...
Mungkin ini adalah dugaan hidup kan...
sebenarnya saya memang seorang yang kecoh dan kalau bercakap suara saya lah yang paling kuat...

Mungkin ini adalah kelemahan saya...
saya suka becakap kuat...
terutama kalau saya terlalu excited ataupun nak menerangkan sesuatu perkara kepada seseorang supaya mereka lebih memahami...

tapi orang kata lain padang lain belalangkan...
semua manusia tak sama... ya itu kelemahan saya...
tak semua orang paham kita macam mana...
especially kalau memang tak pernah kenal langsung...
saya tak boleh nak expect semua orang akan paham kita...

Salah satu sebab lagi kenapa saya bercakap kuat...kerana telinga saya sebenarnya kurang dapat mendengar ini mungkin kerana masa usia remaja saya dulu memang saya suka mendengar walkman secara kuat giler... kalau saya cakap perlahan...seolah2 saya sendiri yang tidak dengar...

apatah lagi bila saya excited...mungkin kedengaran seperti marah...

saya kalau marah...saya tak cakap kuat...:( saya terus menangis... dan memang akan speechless tak boleh nak cakap apa2... dan lagi satu kalau saya marah..saya akan jerit kuat2 depan orang tu juga... lepas tu saya akan terus diam kan diri...

Mulai hari ni...
saya memang tak nak terlalu excited sangat...:(
dan kepada semua bakal2 customer juga...
saya tak kan bagi no phone lagi...semua urusan jual beli dilakukan melalui email @ YM sahaja...kerana saya tak mahu disepanjang kita berbicara akan timbul salah faham dengan inotasi saya yang OVER kuat ni...

Penggunaan inotasi saya juga banyak yang salah kot... selain daripada bercakap kuat...
saya selalu mengeluarkan perkataan seperti

"Hm..."
ataupun

Pcek... [macam mana nak pronounce pun tak tahu...] tapi ada sound seperti lidah berlaga...

itu bukan mengeluh ...
saya tidak  pernah mengeluh...
kalau mengeluh ...
saya akan mengeluh sendiri...
mengadu pada Allah..
menangis seorang diri sepuas hati...
 tapi saya tak pernah mengeluh depan orang... kecuali depan en suami... saya pernah keluarkan suara yang lemah...tetapi bukan mengeluh...cuma bagi saya ia lebih berbentuk untuk mengadu kasih...walaupun kekadang hanya dipandang kosong dan tidak dilayan...huhu...

perkataan
"HM..." ni biasanya saya guna dimasa saya mencari idea sambil berkomunikasi dengan orang... dan juga "PCEK" sama...bukan untuk mengeluh...

Kenapa tetiba hati ini rasa terlalu pilu pulak...
macam mana saya nak mengeluh...sedangkan saya suka untuk mendesign...
saya suka dengan benda2 cantik...saya suka dengan benda yang kemas...
dan kalau boleh...apa yang saya design...saya nak 100% menepati citarasa anda...
sekiranya anda memberi kriteria yang betul2 menepati citarasa anda...
tambah lagi...
jika anda tidak memberitahu saya apa yang anda inginkan...
saya memang tak boleh baca fikiran anda...:(

dan sikap saya memang agak kebudak2 kan sebenarnya...

bagi sesiapa yang mengenali saya memang akan kenal...
tapi...
saya tidak salahkan orang yang tidak mahu mengenali saya ataupun cuba untuk fahami saya...
kerana...
saya bukan saudara mereka pun...
hanya sekadar seorang designer dengan klien dan juga seorang penjual dengan pembeli...

Jadi... buat apa nak paham memahami ni...bukan kita nak hidup bersama pun kan...:)

Saya minta maaf kepada semua yang salah faham dan saya juga minta maaf jika cara percakapan saya kasar ya...

Penentuan Harga Blog Design.

Assalamualaikum W.B.T

Saya rasa saya kena tetapkan satu standard untuk design2 saya... yes... ini masanya... bukan kuantiti yang dikejar...tapi kualiti yang perlu ada di dalam sesuatu design...

Jadi Harga pun saya rasa nak tetapkan satu standard...yang mana...setiap blog akan di chargekan mengikut design yang diminta...

So...sebelum order...pastikan anda kena beri full kriteria yang anda mahukan..

Jika anda letakkan semuanya on my kriteria...
example:
U design la macam2 mana pun... ikut kreativiti you...

boleh...

tapi saya akan kenakan extra charge untuk that idea...

berikut adalah standard Penentuan Harga:

1. Harga 100% akan ditentukan oleh tahap rekabentuk blog yang bakal di design...
- makin susah saya mahu design dan coding template, harga akan makin tinggi. jadi kalau nak marbeles punya design...kena la merbeles juga dia punya bayaran kan...:)

2. Pastikan anda menyediakan draft/ full kriteria untuk blog yang bakal di design
- Rancang dengan betul tema, warna dan jenis layout yang anda inginkan. [saya akan update dari masa ke semasa format untuk menempah blog design]
jika anda tidak pasti dengan design yang anda mahukan...saya sarankan anda buatla beberapa research untuk cari identiti bagi blog anda... dan jika tidak pasti lagi...anda boleh sertakan contoh blog2/web2 yang anda berkenan untuk dijadikan sebagai inspirasi


3. Blog yang menggunakan idea saya. saya akan charge extra for the idea...
-yes... i sold my idea... it's a business right?


4. Pastikan anda membuat perancangan yang teliti...sebab my job it's not a joke... i'm serious about it dan saya tak mahu ada perasaan yang tidak puas hati each other...apa yang saya mahu...anda puas hati dengan servis yang disediakan dan saya juga berpuas hati dengan design yang saya lakukan... 
 - anda akan dihadkan kepada 3 kali draft. Draft yang ke-4 saya akan charge extra [untuk major adjustment yang melibatkan design image, kalau untuk tukar font atau warna background yang minor , it's free]

Kalau nak blog design yang meletop, vogue the vass...lain dari yang lain... mestilah...you all kena keluarkan modal yang lebih untuk mendapatkannya...

Tak kan la...kalau nak cantik...meletop2 lepas tu nak harga murah kan...:) kalau kita pergi kedai pun...kalau nak beli barang yang cantik mestilah kena keluarkan duit lebih kan...kalau nak murah... anda akan dapat barang yang ala2 je la...

Saya tetapkan rules ini adalah kerana mahu adil bagi pihak saya...
sebab...
sebelum ni pun memang saya tetapkan standard...yang mana customer perlu menghantar draft mereka dulu sebelum saya terima payment dan customer perlu tunggu giliran untuk didesign...

but lately... saya sendiri yang broke rules tu..dan saya rasa macam keadaan menjadi kucar kacir... sebab most of blog saya perlu perah idea... yang mana semuanya count on me untuk design...but end up... bila dah selesai design...send draft... tak setuju dengan apa yang saya design...

Saya tak kisah... but then... it's about time management...so untuk run smooth... sesiapa yang nak order...perlu ada perancangan awal...terutamanya in draft... dan jika you all buat bisnes yang mempunyai rakan niaga...memang saya sarankan supaya berbincang dahulu tentang blog design yang anda inginkan... ini bagi mengelakkan percanggahan pendapat.

Saya berbicara secara umum...

Saya perlu adil juga bagi pihak saya... dan ini adalah guidelines untuk bakal customer2 saya...:)

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

***********************************************************************

Pagi2 lagi airmata ini dah mengalir laju membaca artikel ini yang di temui di facebook...
Artikel asal di sini... ternampak diwall di share oleh salah seorang teman facebook ku...

Kasih seorang ibu hingga ke akhir hayat...
Ya Allah... aku tak mampu nak huraikan...:'(

p/s: Selamat hari lahir untuk cha@syasya@shahida...:) Semoga hidup sentiasa dirahmati Allah s.w.t dunia dan akhirat...serta bahagia dunia dan akhirat...

Cha adalah kawan alam maya...tapi...dekat di hati... YM dan telefon menjadi penghubung...tapi ikatan yang terjalin seolah2 hari2 bersua muka... terima kasih cha...untuk segala2nya...:) terima kasih for being my friend... sentiasa ada... susah dan senang kita... sentiasa berkongsi rasa... dan minta maaf semua salah dan silap kita...terkasar bahasa dan terguris hati...[macam hari raya pulak...:D]



Blog Redesign For Kak Eida.

Assalamualaikum W.B.T

Dah lama dah tak post pasal blog design kan...:)
sebab banyak yang tak siap lagi...
Draft dah siap...tapi feedback yang tak dapat...

***************************************

Kak eida minta saya redesign template dia... dia mahukan kelainan katanya...tapi nak kekalkan design dan tema asal yang saya buat dulu... cuma saya re-arrange aje la...:)

Layout Asal
Design asal adalah seperti diatas...:)

Layout Baru
dan ini adalah Design selepas di re-arrange kan...:) nampak kemas lagi...hehehe kata cha : nampak smart..:P

Ok...Semoga Kak eida lagi bertambah semangat untuk berblog...:)
terlupa nak cakap...:)
terima kasih kak eida...kerana beri kepercayaan untuk sha design blog akk lagi...:)

My Feeling ...

Aku rasa sangat2...

Sedih...
Kecewa...
Marah...

Macam di perlekehkan pun anda...

Ya Allah...sabarlah wahai hati...
Keikhlasan itu penting...
Insyaallah...
Ganjaran daripada-nya nanti tidak terbatas...
Rahsia DIA.
dan kenapa diuji seperti ini...

adalah untuk menjadikan aku insan yang kuat...
tabah...
dan sabar dengan jalan yang aku pilih ini...

Insyaallah...
Wahai hati ...
sabarla ...
dan
Wahai Semangat ku...
Kuatla...

Semoga hati dan semangat ini
akan menjadikan diri ku...
Insan yang bernama Siti Nor Khaironisha...
Berjaya dengan apa yang diusahakan...
Insyaallah...

Insan yang tak kan jatuh bila di tolak...
Insan yang tak rebah bila di rudum masalah...
dan
Insan yang kuat untuk menghadapi sebarang dugaan yang mendatang...

Insyaallah...

Wahai manusia... fahamilah insan lain...
Jangan memandang orang lain sama seperti anda...

Orang lain juga mempunyai masalah mereka yang tersendiri dan yang bukan untuk di war2kan setiap hari dan secara umum...

Mengertilah... tidak semua orang bernasib baik seperti anda...dan tidak semua orang memiliki apa yang anda ada... dan tidak semua orang mempunyai waktu yang berlapang2 seperti anda...
dan duit yang melayang2 seperti anda...

Pandang2 sebelum berkata... jeling2 sebelum bertanya...

*******************************************************************
 
Copyright © Whitey Mommy™