Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada Whitey Mommy dan Keluarga.


Assalamualaikum W.B.T
lagi berapa hari je kan. kita semua umat Islam bakal menyambut hari kemenangan hari lebaran.
Baju raya semua mesti dah beli kan...:)
Apa tema baju anda semua tahun ni.:)

Kami Sekeluarga tahun ni tema Cream polkadot pink :)
hehehe...

Di kesempatan ini.
Saya ingin  mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman2 blogger dan juga pengunjung blog Whitey Mommy serta kepada semua customer Whitey Mommy Design :)

Mohon Maaf diatas segala salah dan silap samada yang tersurat ataupun tersirat.:)
Semoga hari kemenangan ini memberi seribu pengertian.:)


Wedding Doll and Printing Design Order By Nurazira

Assalamualaikum W.B.T :)
Macam mana puasa hari ni..:)
hehe kita dah semakin hampir nak raya kan...:)

Alhamdulillah...siap sudah tempahan daripada Azi :)
untuk hari bahagianya nanti.
Azi tempah doll, bunting dan juga badge untuk majlis perkahwinan dan juga majlis bertandang.:)

Pemilihan baju untuk doll adalah kebaya bagi pengantin perempuan dan pengantin lelaki sudah tentu la baju melayukan...:)

tema baju adalah warna purple belah pengantin perempuan dan silver hijau untuk majlis bertandang.
Badge untuk azi...:)

Azi...terima kasih ya...sudi tempah Doll, bunting dan badge ni ya..:)
Selamat pengantin baru, semoga bahagia dunia akhirat..:) dan sentiasa dilimpahi rahmatNya.:)

*******************************************************

Sesiapa yang berminat nak tempah wedding doll dan juga design ni. anda dialu2kan untuk membuat tempahan awal ya. bukan esok lusa nak majlis baru tanya pasal tempahan. sekurang2nya seminggu atau dua minggu sebelum majlis ataupun sebelum nak hantar print.
Lagi awal lagi bagus. :)
sebab kalau dah rush2 sangat saya tak terima ya..:)
Planning awal2 untuk wedding kan..:) early planning akan buatkan segala perancangan berjalan dengan lancar... Insyaallah dengan kehendak-Nya.

********************************************************
Saya masih ada beberapa blog lagi yang masih tak publish kat blog ni..:)
Mana2 customer yang saya dah install...saya akan publish nanti ya..
tak sempat nak print screen lagi ni..:)

Kad raya untuk diri sendiri pun tak buat lagi ni... huhu
tak tahu la sempat ke idak...
alhamdulillah...
rezeki raya...ramai yang nak buat tempahan...
saya bersyukur kerana customer2 yang menunggu memahami keadaan saya.
dan menunggu dengan penuh sabar..:)
semua pakat duk kata...jangan buat rush2 nanti tak cantik..:D
hehehe dun worry... saya akan cuba sedaya upaya untuk bagi nampak cantik...
dan setimpal dengan harga yang anda semua bayar ya...
Insyaallah...:)

********************************************************

Sekarang ni kan musim orang kawen...:)
musim raya... cuti sekolah pun dah nak hampir..
ramai la yang melangsungkan hari bahagia...:)
terutama cikgu2 sebab cuti sekolah kan...:)

Maka ramai la yang buat bisnes bunting ni,
Saya jadi pelik dengan sesetengah orang yang berbisnes.
nak jalan mudah nak duit mudah
nak duit cepat
tapi tak nak susah2...
jadi..buat lah kerja yang tidak beretika.
copy mana2 artwork orang then tampal kat bunting.
design bunting dalam masa 15-30 minit.
dan siap untuk dijual, dengan harga rm50-100.

tak rasa bersalah ke dengan orang yang duk melukis tu?
kalau ambil gambar2 free kat internet yang memang dah tulis
"Can use for commersial purpose"
atau pun bahasa melayunya
"Boleh digunakan untuk tujuan komersial"
itu tak jadi masalah .
tapi ni buta2 pergi copy dan redesign balik untuk jadi bunting ke tag ke reben ke...
sebelum copy artwork ke apa kat internet ni...
mesti dia akan bawa ke blog atau pun website..
tak kan la tak tergerak hati nak baca dulu
Terma dan syarat ke apa?

Lepas tu boleh pulak.
bila tuan punya tu inform itu artwork dia...
terus block tanpa minta maaf ke apa...
Sekurang2nya minta maaf la kan.

Saya pun masih baru lagi ni dalam bidang ni.
tapi Alhamdulillah... saya dipermudahkan apabila bertanya kepada the right person dalam bidang ni.
terutama tentang isu copyright ni...
masih lagi dalam proses pembelajaran.
Kak Emila tempat rujukan saya untuk artwork, copyright dan juga macam2.:)

Photobucket
Award daripada Kak Emila : Terima kasih akk.. i am a versatile blogger... yippie :)
Saya bukan nak tunjuk hebat...
cuma para designer dan juga yang bakal nak jadi designer...
kena paham tentang isu2 ini..
Jangan la ambil sesuka hati artwork kat internet tu walaupun berlambak2 dan banyak sekali..
setiap satunya ada copyright masing2.

Kesian kat designer2 yang bersengkang mata duk melukis nak siapkan tempahan.
[by the way. jangan pulak kata saya nak mengajar. saya nak melindung hasil kerja saya ]

Kad dan Sampul Duit Raya Oder by Kak Noridah

Assalamualaikum W.B.T :)
hehehe ni order kad raya pertama dan mungkin yang terakhir untuk tahun ni...:D
Order daripada Kak Nouri  :)



Kak Nouri nak doll character. sekeluarga dengan tema baju raya mereka tahun ni kot...warna Turquoise. Background pulak warna violet...:)
Kad Raya ni Kak Nouri nak untuk digital dan print..:)
jadi saya bagi free sampul kad raya [dengan design yang sama]

Terima kasih Kak Nouri...:) kerana sudi order dengan sha..:)
Selamat hari raya daripada sha dan keluarga...:)

*** template sampul duit raya tu. kredit pada Kak Emila Yusof  :) terima kasih kak emi...:)

P/s: Sebarang order kad raya dengan doll Character saya dah close..:) kecuali untuk customer2 lama [jika berminat la] yang dah ada doll mereka sendiri... doll tu boleh recyle untuk saya design kad raya :). Kalau untuk lukis baru... saya dah close :) nak fokus pada blog design yang saya janji dapat sebelum raya pulak...:)

Teknik Blog Cepat Loading [tutorial in the making]

Assalamualaikum W.B.T
kepada semua pengunjung blog Whitey Mommy.
dah cukup lama saya tak buat tutorial kan...
heheh ada yang kata saya kedekut ilmu la. macam2 lagi.
sebenarnya yang paling utama adalah saya sibuk menyiapkan order2 daripada customer.
dan juga sibuk dengan melayan Kerenah Khalis.

yang keduanya.
mood saya untuk buat tutorial padam dan lesap terus lepas ada beberapa blogger seakan2 tidak tahu dengan adab sopan.
ada yang siap hantar email kepada saya senaraikan tutorial yang dikehendaki dan ada juga yang menyertakan dengan kata2 sinis. ada juga yang siap mengarah2 untuk buat tutorial itu tutorial ini...satu je jawapan saya...[google dik...google... ilmu itu luas diluar sana...]
pergh!!! pedas dowh... hahaha.. apa lagi... sentap la seposen...
jadi saya buat keputusan TAK NAK lagi buat tutorial..
jadi adik2 pakai ajelah tutorial yang mana ada tu ya...:)
lagi pulak dah ramai dah...yang buat tutorial yang sama. dan tutorial mereka lagi mantap daripada teknik saya. hehehe tambah pulak kebanyakan dalam blog design saya sekarang ni .
saya banyak menggunakan teknik try and error. jadi kalau nak buat tutorial.
4 hari 4 malam pun saya tak tahu nak explain macam mana.
lagi pun saya bukan pandai sangat mengajar..
hehehe...

Ramai customer yang request nak suruh saya design blog cepat loading...
ok macam ni..
saya akan kemukakan semua tips2 yang saya tahu untuk cepatkan loading blog.
terutamanya untuk blog perniagaan kan...mesti tak nak customer dan juga bakal-bakal customer tunggu lama untuk loading blog kan.
ada caranya.
ianya tidak bergantung kepada blog design semata2.
kita sebagai blogger juga harus ada ilmu untuk membuat blog kita loading dengan cepat. dan saya panggil cara manual [kerana ianya tidak begantung kepada coding template ataupun penambahan sebarang script tapi bergantung kepada kreativiti kita untuk menyusun atur blog kita..:)]...

Satu lagi. untuk template yang menarik, cantik , tertarik [kau memang da boom] penggunaan image amat diperlukan. kalau nak harapkan 100% coding memang tak dapat la den nak nolong. hehehe itu namanya design blog. kalau pakai coding aje. itu namanya coding blog. :D

Tak pe..soon saya akan reveal teknik untuk blog cepat loading.
teknik ini sebenarnya berdasarkan saya punya pendapat dan saya praktikkan untuk blog saya... dan setakat ni berjaya.
merangkumi yang saya baca di blog-blog tutorial dan juga yang saya konon2 pandai untuk reka sendiri...:P

saya akan cuba taip entry dengan selengkapnya... untuk membantu pemahaman semua orang...tapi ambil masa...sebab diselang2 selikan dengan nak buat kerja saya lagi...:) nak menyenaraikan bukan senangnya...
sebab biasanya... saya tak senaraikan pun...bila saya tengok..otak saya on the spot tahu apa solutionnya... kira secara spontan...jadi kalau nak senaraikan memang ambil masa. sebab nak recall tips tu bukan senang ya..
dan yang paling penting taip sendiri.  bukan copy paste..:D

Semoga tips itu nanti akan memberi manfaat...:D

Pertama Kali Guna Photoshop Sepenuhnya :D : Wedding Poster Order By Ika

Assalamualaikum W.B.T.
Berhenti rehat dengan update blog sekejap...
Update blog pun satu terapi juga kan?
tengok member blogger yang rajin update blog.
at least sehari ada satu entry. jeles.
banyak betul idea mereka.

saya ni pulak.
tak de idea macam mereka.
tak de apa yang nak diceritakan.
nak cerita pasal my son.
kamera pulak tak de. tak syok kekadang bercerita kan..:)
sebab saya suka cerita tentang Khalis bila disertakan dengan gambar.
rasa puas kalau ada gambar.

Bila la nak dapat beli kamera. DSLR mahal tak?
berapa ek harga? :p hamboi tak hagak2 berangan nak beli DSLR kan...

Ramai yang bertanya saya lukis doll pakai apa kan.
saya pakai Adobe Illustrator. tu pun saya tak mahir lagi.
nak lukis satu2 baju pun ambil masa berhari juga la.
sebab selagi tak cantik dimata saya.
saya memang tak kan bagi Draft kat customer. :D

Kekadang untuk mendesign saya memang gabung teknik Photoshop dan juga Illustrator.
sebab saya belum mahir sepenuhnya. Sebab tu terkadang ambil masa untuk design.
Sesuatu yang saya tak pandai buat memang saya tak pernah reject.
saya akan cuba sampai dapat seperti yang customer nak [kalau boleh]
tapi kalau dah tahap tak boleh nak design
memang saya bagi tahu awal2
saya tak pandai.:)
lebih baik terus terangkan...

contoh macam poster jemputan ni..:)
Saya memang mencuba buat dengan menggunakan Photoshop sepenuhnya...:)
alhamdulilah...
suatu kejayaan lah bagi saya yang kurang mahir ni.
mungkin bagi mereka yang kurang mahir.
nampak tak lah sehebat mana pun kan...:)

Tapi hari ni rasa happy...
sebab berjaya buat teknik yang selama ini saya memang nak belajar..
tapi tak lepas2...:P
tapi sekarang dah berjaya dah...
mungkin teknik ni boleh apply juga untuk doll character saya kan...:)
tapi kena fikir konsep tu...


Poster jemputan ini diorder Oleh Ika untuk Majlis Perkahwinan Kakak dia [saya tak tahu link blog dia...sebab dia tak bagi tahu..just tahu nama dia ika ] Buat Ika...kalau baca ni..tinggal la komen sepatah dua..:P

Poster ini memang 100% olahan daripada gambar yang diberi oleh Ika...
Temanya Merah dan putih...:)

Selingan Entry :)
Blog ni dah ada status board [konon]
Harap saya rajin la mengupdatenya setiap masa...
huhu...
Apa tujuan status board ni. nak bagi berat loading ke? nak bagi semak blog ke?
tak...tak...;p
status board ni..
adalah untuk saya update keadaan saya seharian.:)
Supaya nak customer2 tengok apa yang saya tengah buat.
Insyaallah saya akan jujur ya mengupdate status ini. tapi tak de lah detail macam taip entry ya..
Kalau taip entry setiap masa
bila nak buat kerjanya..:P
Ok..itu saje...:)
rasa macam entry ini panjang je...
setelah sekian lama tak taip entry panjan2...:)

Selamat berpuasa semua...:)

Doll For Siti Suhara.

Assalamualaikum...:)
sihat tak?
selamat berpuasa. dah hampir nak raya dah kita kan. lebih separuh bulan ramadhan kita dah tempuhi...:) semoga tahun hadapan kita akan merasa ramadhan lagi. dan harap ini bukan ramadhan yang terakhir untuk kita..:)

Saya kesibukkan dalam menyiapkan tempahan2..:)
sebelum tu sempat nak publish doll yang dah siap ni...

Order daripada Siti Suhara.
Dia tiada blog ya...hanya daripada Facebook.


Suhara mahukan doll family dan juga Doll Make-up artist..:)

Terima kasih ya su...sudi tempah doll dengan saya...:)

P/s: Lately kerja yang banyak...kekadang saya ni jadi blur pulak... adeh... ya la manusia kan... idea pun terkadang tak tercetus..nak tidur pun tak lena. :D 

[Portfolio] : Blog Design For Irine Nadia

Assalamualaikum W.B.T
dah lama tak berupdate blog ni ya...:)
saya kesibukan yang amat..
sibuk dengan Khalis terutamanya...:P
Kalau nak design dia ada duk kacau..memang tak boleh...
tangguh lagi dan tangguh lagi...
almaklumla...
saya seorang ibu. jadi tanggungjawab kepada anak itu harus di utamakan...:)

Lately saya tengok Follower saya bertambah dengan sakannya...terima kasih ya buat semua yang sudi memfollow blog picisan ini...:)

Saya tak sempat nak menjengah kesemuanya...:)

***************************************

Publish one of my latest design..:)
ini untuk orang glemer ni...
Irine nadia marcello..:)

kalau saya tak cerita pasal dia pun...dah ramai orang tahu kan...hehehe
adik kepada Mama Moden yang Vogue: CPM honey nurhaliza.
Full Layout
Irine peminat warna pink. jadi haruslah blog dia pun nak warna pink kan. Nak pink putih katanya.
Mahu nampak elegan dan yang sesuai untuk gadis yang bakal berkahwin.
Irine letakkan kepercayaan untuk design template untuk dia..
dan penambah baikkan sikit dilakukan oleh Irine dan encik tunangnya. :D

Hasilnya seperti full layout itu lah...
Ada Kerawang yang simple, Background damask. dan nak tampilkan imej glamournya...saya tambah diamond. :) nampak blink2 tak?

dan alhamdulillah irine suka.
suka sangat2 katanya...
Blog Badge,signature dan watermark
Macam biasalah...kalau dah pakej, untuk badge,signature dan watermark. saya ambil daripada design blog template sahaja...:) cuma watermark, irine mau tambah rama2 comel.
Couple Doll for Irine Nadia and Vel Oliver
Ini pula doll untuk Irine...:) of course la sepasang sweet couplekan...
Irine mahu en tunang memegang DSLR Canon EOS 7D [ha...kelas u...:p]
dan untuk pakaian. ikut tema baju Pre-wedding photoshootnya...merah dan hitam.
hasilnya adalah seperti diatas ya...
Untuk menjadikan pasangan yang romantik secara berlebihan.:p
saya buat doll tu peluk each other... hehehe

Ok..itu sahaja... anda boleh lawat blog Irine untuk melihat paparan lebih jelas...:)

Doll and Printing Design for Wedding Order By Aisyah Ahmad

Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah...selesai sudah design untuk majlis perkahwinan...:)

Kali kedua saya diberi tanggungjawab mendesign untuk Big Day...:)

Order daripada Aisyah Ahmad.
Semuanya dia serahkan kepada saya untuk mendesign.
tapi pemilihan warna dan patern pakaian diberikan oleh beliau...:)

Untuk Doll, Aisyah mahukan dua untuk pengantin lelaki dan juga perempuan. Tema untuk pengantin perempuan Pale Vioalet Red. dan bagi pengantin lelaki Wheat. 

Alhamdulillah...untuk design doll first hantar draft Aisyah dah setuju.:) Mudah kerja saya untuk mendesign yang seterusnya.

Ok layan design untuk Bunting, Penunjuk Arah, Cover Buku Tetamu dan Sign Board, Thank you tag dan Family Badge, Doorgift label.

Tema untuk Bunting adalah Pink and turqoise bagi pengantin perempuan. dan untuk pengantin lelaki pula wheat and turqoise.





Untuk Design yang lain2nya... saya adaptasi daripada bunting untuk pengantin perempuan...:)

Terima kasih buat sis Aisyah kerana memberi kepercayaan kepada saya mendesign Doll dan juga printing design untuk Big Day sis nanti...:)
Selamat Pengantin Baru in advance ya sis...:) Semoga berkekalan dan bahagia dunia akhirat...

Blog Redesign Order By Cha

Assalamualaikum W.B.T
selamat berbuka nanti ya...:)

cha minta saya redesign blog dia daripada 3 kolum kepada 2 Kolum tapi masih menggunakan tema yang sama...:)


LAYOUT LAMA

cha ni peminat hijau...minat dengan alam flora gitu...:) jadi tiap kali design blog untuk beliau...memang nak kena fokus untuk cari warna hijau yang sesuai dengan konsep..:)
 
LAYOUT BARU

Layout baru untuk cha... memang tak lari jauh pun daripada design asal...cuma layout aje yang berubah...:)
draft pertama saya tersasar juga daripada permintaa cha...hehehe saya buat semua hijau... tak de coklat2...:P Cha kata nampak macam dalam hutan pulak...
kihkih...
lepas tu saya redesign balik la... kepada seperti yang di kehendaki...

Terima kasih cha...kerana percaya kan kita untuk design blog awak...:)
Jom Visit blog cha...
Hijau Cantik beliau...:)

Blog Design Order by Ibu Aqil

Assalamualaikum W.B.T

Salam ramadhan semua...:)
selamat berpuasa saya ucapkan untuk semua teman2 yang beragama Islam...:)
menyusun jari sepuluh memohon kemaafan di bulan mulia ini...
tersalah kata tersalah anggap harap dimaafkan..:)
tak sempat nak buat entry untuk ramadhan...:)
dah rancang dah...tapi...duk tangguh2...
last2 khalis pulak kurang sihat disaat2 nak masuk bulam Ramadhan ni...:)

Saya tengah berusaha untuk siapkan tempahan2 yang masih pending...
Diharapkan semua customer yang menunggu bersabar...:)
itu aje yang saya boleh minta...hehehe

****************************************************

Blog Design ditempah oleh Ibu Aqil...:)
customer setia ni...:)
Rasanya ini template ke-5/ke-6...maaf saya terlupa ibu...:) sebab dah banyak kali Ibu Aqil tukar template...
hehehe sebab dia tak boleh tengok benda cantik...
nak tukar je kerja dia...:p

Kali ni Ibu Aqil berubah selera lagi...
dek kerana jatuh cinta dengan Dollydle yang dilukis oleh Amar Amirah kepada saya... pemilik blog cap ayam...:)
sape tak kenal kan...si cantik manis ini..:)
Ibu pun menempah la Dollydle kat sini... kat The Dollydle's Cottage memang comel2...:)

Full Layout
Macam kebiasaannya... Warna Pink...tak pernah dilupakn...tetap menjadi warna tema untuk blog ibu...:) disebabkan Ibu nak tema taman... jadi saya kena la tambah warna lain juga...tak kan rumput nak buat warna pink juga kan...:)

Oleh kerana ibu nak guna Dollydle sebagai penghias blog...jadi saya kena buat grafik untuk taman pun ala2 doodle... walaupun saya memang kurang mahir dengan doodle...:) Jadi kalau nak doodle2 ni...kena tempah kat Amar Amirah ya...:)

Ada kelainan lagi kat blog Ibu ni... Ibu ni memang saya dah faham sangat dah...mesti nak dari atas ke bawah satu set punya... disebabkan saya tengok beliau asyik tukar2 cursor...saya create satu cursor biar sedondon dengan blog gitu.:D ni cursornya.

Signature

Watermark


Blinkie


Watermark, signature dan blinkie untuk ibu...:) saya ambil item dan tema daripada blog design...:)
macam biasa...mesti sedondon...:)

Terima kasih ibu...:)
kerana sudi lagi untuk menempah blog design dengan saya...:) semoga terus bersemangat untuk berblog..:) mencoret cerita tentang Aqil naim... dan juga coretan2 yang mencuit hati itu...:)
maaf ibu lambat publish entry...hari ni dah tenang sikit nak karang entry... hehehe...:)

Jom kita lawat blog Emienaqil Reality and Fantasy...:)
 
Copyright © Whitey Mommy™