Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

[Zikir dan Doa] : RAHSIA SURAH AL-KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

[Portfolio]: Wallpaper & Watermark Order by Hanim Alias

Assalamualaikum W.B.T :)

Saya dalam proses untuk siapkan blog2 design. Semoga dipermudahkan segala2nya dan berjalan dengan lancar serta dapat memuaskan hati semua customer..:) Insyaallah...

Saya publish kali pertama hasil tangan saya untuk wallpaper...di tempah oleh kak Hanim Alias :) Kak Hanim ni tak de blog...:) beliau tempah dengan saya melalui facebook..:)
Terima kasih akk..:)

Kak Hanim mahu saya create doll untuk beliau dan keluarga serta satu lagi. beliau dengan laptop Apple..:)
Hasil daripada doll yang saya lukis. Kak Hanim mahu jadikan sebagai wallpaper untuk iPad dan juga iPhone.
Beliau juga mahukan watermark untuk copkan pada gambar2 yang beliau nak post di FB :)



Kak Hanim mah tema simple dengan mainan warna merah untuk doll perseorangan dan juga untuk doll sekeluarga. Kak Hanim mahukan warna tema peach :)


Terima kasih kak Hanim..kerana sudi menempah dengan sha..:)
Semoga Kak Hanim sekeluarga hidup bahagia selalu hingga ke akhirat..:)
Amin...

Kepada Customer: Minta Jasa Baik

Assalamualaikum W.B.T

saya minta jasa baik semua customer yang saya dah inform untuk proses design.
Check email anda dalam jangka masa terdekat ini.
sebab ada draft yang saya dah send. tapi masih lagi belum mendapat feedback.
Saya harap sangat2 anda dapat memberi feedback secepat mungkin.
kerana ini bagi mempercepatkan proses kerja mendesign saya untuk turn2 yang selepas anda.
Harap sangat anda bagi kerjasama dan memahami.

Jangan la buat saya tertunggu feedback daripada anda.
sampai saya perlu call untuk inform anda yang saya sudah hantar email progress.
saya minta tolong sangat2.
sejujurnya saya tidak sentiasa ada kredit.
jadi semua komunikasi adalah melalui E-mail.
Harap sangat2 kerjasama daripada pihak anda bagi mempercepatkan design.

Saya tahu ada yang kata tak rush, tak kisah lambat pun.
tapi once sampai turn anda.
dan saya dah design serta bagi draft.
saya memang mengharapkan feedback daripada anda dengan segera.

Disebabkan masa saya agak terhad jadi saya memerlukan feedback yang cepat.
Jika anda sibuk. begitu juga dengan orang lain.

Saya tidak boleh memulakan design yang lain sehingga 2-3 design yang sebelum ini selesai.
SAYA MENGHARAPKAN KERJASAMA DARIPADA PIHAK ANDA.

Thank you in advance :)

I need a rest

Assalamualaikum W.B.T

Entry ni khas untuk customer yang masih menunggu untuk didesign.
saya mungkin akan cuti sehari atau 2 hari .
cuti tu maknanya tak aktif mendesign di waktu malam.
sebab kepala dah rasa macam berat dan bahagian leher pun dah rasa panas.
jadi saya perlukan rehat untuk beberapa hari di waktu malam.

Mungkin ada yang membaca menganggap tidak profesional kan.
tapi tidak mengapalah.
kerana saya ingin menerangkan perkara sebenar.

Sebab rasa macam dah over dose selepas 10 hari bekerja tanpa henti.
berfikir 24 jam tanpa henti :D sampai termimpi ada orang marah2 sebab blog design tak siap lagi..
dah jadi macam psiko pulak.

Jadi sebelum saya demam ke jatuh sakit.
saya rasa nak slow untuk mendesign 1 ke 2 hari.
walau bagaimanapun. yang mana design2 yang saya sudah siapkan dan menunggu untuk diinstall.
saya masih lagi buat bagi meringankan sikit kerja2 yang ada.

Harap anda yang menunggu memahami ya...:)

Bagi customer yang un follow saya kerana kecik hati ke marah ke blog design yang tak siap lagi.
saya mohon maaf.
sebab sebelum anda order pun saya dah mention awal2 yang anda perlu bersabar.
saya mention sebelum anda buat payment.

Satu blog design saya ambil masa 1-3 hari untuk bagi draft.
dan untuk menyelesaikan semua. re-design dan install ke blog. mungkin satu blog ambil masa 4-7 hari atau pun lebih bergantung kepada kerjasama dan maklumbalas yang diberikan oleh customer.

biasanya dalam satu2 masa saya hanya mampu design 2 ke 3 blog design sahaja. nak pulun banyak2 nanti hasil tak seberapa pun tak de nilai juga kan,

Saya harap yang sedang menunggu bersabar...:)
amat2 saya hargai..
Hanya Allah yang mampu membalas kesabaran anda itu...

Ok lah...
mahu rehatkan minda yang sedang sarat ini untuk beberapa hari...:)

Have a nice day.

[Portfolio]: Blog Design Order by Wahida Ghazali

Assalamualaikum W.B.T.

Saya masih dalam proses mood untuk install dan publish post untuk portfolio dan juga menyiapkan item2 untuk yang bakal digunakan bagi mendesign blog nanti..:)

Harap customer2 yang saya hubungi boleh memberi feedback secepat mungkin bagi mempercepatkan proses untuk menyiapkan blog design anda..:) thank you in advance for that. bagi yang belum menerima notification daripada saya untuk memulakan design. saya dambakan kesabaran anda untuk menungggu. sangat2 hargai :)

************************************************

Kali ini saya publish design untuk Kak Wahida Ghazali :) . Orangnya cantik [ini bukan bodek. but in my point of view. she is gojes.:) dan nampak muda :)

Kak Wahida merupakan seorang business woman. :) aktif dalam mengembangkan bisnes korset beliau itu. Korset yang memang paling popular :) Premium Beautiful. Bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki korset boleh la usha2 blog beliau :)
Full Template
Kak Wahida adalah penggemar vintage style dan juga kipas susah mati shopaholic Series :) dan sememangnya seorang yang kaki shopping...:) peminat tegar warna pink.
Kak Wahida mahukan doll sebagai penghias blog.
reben dan lace..:) mula2 agak sukar juga bagi saya.
tapi tengah2 duk chatting tetiba terbayang pulak gabungan lace dan juga ribbon maka terhasil la blog design diatas..:)

Item

Watermark,Signature, dan blogbadge yang sedondon dengan blog design:)

First time saya lukis doll pakai kebaya..:) Kak Wahida nak doll dia pakai baju kebaya nyonya..:) hehehe warna hitam  disulam dengan bunga warna pink serta dengan kain batik... dan hasilnya adalah seperti dia atas ya...:)

Untuk Premium Beautiful juga saya illustrate balik . sebab kalau nak ambil gambar premium beautiful yang sedia ada macam tak masuk je dengan artwork. so tak pela...saya illustrate balik baru puas hati kan..:)

Alhamdulillah... Kak wahida suka sangat..:)
saya pun gembira..sampai rasa nak tukar template pun jadi ala2 kak wahida nanti..;p
tapi kena setelkan dulu la order2 yang tengah beratur tu..:)

[rasanya kena letak nama sendiri dalam list kot... baru tak ganggu tugas utamakan... masukkan nama as a customer juga...:) terfikir secara spontan pulak ni.:)]

Kak Wahida... terima kasih ya...kerana beri kepercayaan untuk sha designkan blog akk ni..:)
Semoga bisnes akak terus maju dan sukses..:) dan dapat "Chanel Flap" idaman akk tu..:)

Jom Lawat blog Premium Beautiful with Wahida Ghazali :)

[Portfolio]: Blog Design Order by Prettyintown Shoppe

Assalamualaikum W.B.T

saya sedang berusaha untuk upload semua blog design yang telah siap diinstall..
tak sempat lagi...
sebab sebelum diupload kena touchup dulu..:D letak watermark bagai...
ambik masa juga tu nak buat semua tu :)

Kali ni Blog design yang ditempah oleh Prettyintown Shoppe :) pemiliknya adalah nini..:)

Prettyintown shoppe ni adalah butik menjual tudung secara online :)
sejujurnya saya memang suka dengan tudung2 yang ada kat kedai nini ni...paling suka yang cotton...:)
on da way nak borong tu..hikhik...:)

full Layout
dull layout untuk blog design.
Nini memilih tema salmon pink dan juga dark velvet iaitu warna kegemaran beliau :) dua warna pilihan nini dan yang lain2nya nini serahkan kepada saya untuk sesuaikan gabungan warna. :)
Nini juga mahukan warna putih sebagai Basednya...:)
dan bagi menaikkan seri, tulisannya sudah tentu la warna pink kan.:)
Tema yang nini mahukan adalah berkerawang bagi menampakkan feminin. sesuai dengan blognya yang menjual tudung.
Item Prettyintown Shoppe
Watermark, Blog badge,signature dan logo yang sedondon dengan blog design. kerana nini mahu menjadikkannya sebagai identiti pengenalan bagi perniagaan beliau.:)

Terima kasih nini kerana sudi menempah blog design dengan akak dan memberi kepercayaan untuk akak mendesignnya..:)

Semoga bisnes nini akan terus maju jaya ya...:)

Jom cuci mata tengok tudung2 kat Prettyintown Shoppe. mana tahu jika berkenan boleh rembat 2,3 helai tudung...:)

[Portfolio]: Blog Design Order by Zaza Home Boutique

Assalamualaikum W.B.T
:)

Blog design untuk Zaza Home Boutique. yang dimiliki oleh Zaharah Zainuddin atau nama manja nya... Zaza...:) saya panggil kak Zaza.

Zaza Home Boutique merupakan butik online yang menyediakan servis dan produk yang berasaskan jahitan. Ada 3 kategori servis dan produk iaitu khidmat menjahit manik untuk baju kurung, baju kahwin, baju tunang dan lain2 jenis baju lagi, produk kraft seperti bunga kain dan felt, Home custom-made/ ready-made tudung, selendang dan veil.

Bagi yang berminat mahukan dekorasi baju yang cantik di hari perkahwinan/ pertunangan atau pun untuk majlis tertentu. boleh la melawat blog kak zaza ni. saya pasti anda akan jatuh hati dengan kekemasan jahitan manik2 beliau..:) kemas dan ilham idea beliau sangat menarik :)

Full Layout

Warna purple adalah warna kegemaran Kak Zaza. jadi sudah tentu beliau akan memilih warna purple dan juga mahukan sentuhan dengan gabungan warna pink.
Doll sebagai penghias dibahagian header dan juga template. dan disertakan dengan perabot dan juga peralatan menjahit :)

Blinkie


Side Item

Item2 untuk kak zaza yang sedondon dengan blog...:)

Terima kasih Kak Zaza...kerana sudi menempah template dengan saya...:)
Semoga business akk terus maju dan berjaya...:)

Mehla melawat blog kak Zaza...wahai kawan2 sekalian...:)

[Portfolio]: Blog Design Order by Mummy Haza

Assalamualaikum W.B.T.

Mood raya dah habis...mari kita bekerja pulak..:)
Ada beberapa blog yang saya install sebelum raya tapi masih belum dipublish lagi. saya dalam proses nak siapkan order2 yang terbengkalai. [sentuh sikit2 tak sedar banyak juga blog yang masih terbengkalai. jadi yang mana saya belum contact tu. bermakna saya masih belum mula design lagi ya. nak setelkan yang mana half way ni dulu. sebab takut kelam kabut jadinya.:) Harap sangat2 anda memahami jika mahukan hasil yang cantik. terima kasih :)

Blog design ditempah oleh Kak Haza. Ini kali ke-3 beliau tempah template dengan saya. Kali ni Kak Haza mahukan tema simple vintage dengan warna pink..:) warna kegemaran ramai kan pink ni.:)

Full Layout
Ini lah hasilnya. sebab Kak Haza nak simple saya tak letak banyak dekorasi pada template beliau. hanya mainkan dengan ton warna dan dekorasi yang menampakkan vintage style...:)

Blog Badge

Signature

Watermark
Blog badge,watermark dan signature untuk Kak Haza dengan warna dan dekorasi yang sama dengan Blog Design.
Disebabkan kak Haza memilih Photo header. jadi tak banyak sangat saya nak huraikan dari segi karektor. hanya tekankan pada pemilihan warna dan juga dekorasi :)

buat Kak Haza...terima kasih kerana sudi menempah lagi blog design dengan sha...:)
Diharapkan Kak Haza berpuas hati dengan hasil yang diberikan...dan bersemangat untuk berblogging..:)

Jom la melawat ke blog Kak Haza..:)

[Personal]: Skrin Laptop Wajib kena bagi dua

Tugas sebagai seorang Ibu perlu diutamakan...:)
saya pegang prinsip itu.
tapi terkadang bila rasa stress saya biarkan juga Khalis main sorang2.
sehingga saya tenang...
approach balik dia...gurau2 dengan dia...sebab tak nak tengok saya dalam keadaan mood tak baik...
tapi kebiasaannya bila tengok dia stress pun hilang...
lagi2 Khalis memang jenis pandai memujuk...
dia pandai buat muka kesian...

Anak yang kita kandung
mana tak cairkan...
keletah dia kekadang ada juga buat kita rasa HOT je...
tapi budak kecil kan...
mana la dorang tahu apa2...
apa yang penting kena cakap perlahan2 apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat...

Setakat ni...
Khalis dah pandai buat banyak benda.
dan saya bangga dengan pencapaian untuk diri dia..:)
suruh kemas toys dah pandai kemas sendiri.
makan sendiri.
minum air dalam cawan pun dah pandai...yang ni saya tak ajar pun. first time bagi cawan dia dah pandai minum.
Banyak dah pencapaian untuk diri dia.

Cuma Khalis tak pandai bertutur lagi...
kalau dia nak apa2 dia just pandai tunjuk2 je...:)
tapi naluri ibu...
kekadang dia just cakap hm...hm...
tapi saya faham dia nak apa...
hehehe ajaibkan...


Skrin laptop, memang kena bagi dua...
[kenapa? sebab saya asyik design sampai lupa anak ke? huhu tidak lah sampai macam tu...]
Biasanya kalau dah selesai bagi makan dan saya nak hilangkan penat seketika...
saya akan duduk depan laptop. sambil buat design.
dan kalau khalis tak tidur...
dia mesti akan request video kalau tak Upin Ipin... Boboi Boy..
dua cerita ni kalau pasang memang duduk diam la dia...
saya boleh la mendesign dan coding...kira adil la kan...sebelah2...:)

Kekadang ada juga time2nya dia nak saya teman dia tengok video..
tak bagi pergi mana2...
bila tinggal je dia mula merajuk...
huhu parah tau.
sudahnya...
semua kerja rumah memang tak siap la...
kan kalau biar menangis pulak...
jadi kena layankan je dulu lepas tu cakap elok2...:)
paham la dia nanti....

Dalam proses nak beli CD/DVD untuk Upin Ipin dan Boboi Boy ni..
tapi tak nak yang sikit2 tu..
kalau boleh nak yang satu episod terus..
ada ke jual ek?
sebab dah lama tak pergi jalan2 kedai CD.
jangankan jalan2 kedai CD...
keluar rumah pun sebulan sekali...huhu...

Sebab senang terus pasang CD ni kat TV je kan..
bila tengok kat You Tube ni...saya asyik kena tambah Bandwith Broadband je tiap2 bulan...

Nak pupuk kan tabiat membaca pulak kat Khalis ni..
Ibu2 bagi la pendapat tentang cara nak pupuk tabiat membaca ni...:)

[Nuffnang] : Yeay! cek nuffnang dah sampai.

Assalamualaikum W.B.T

Hikhik setelah cashout dua bulan lepas...
[sebab salah timing cashout jadi saya dapat dalam masa dua bulan la...kalau tak silap saya... kalau cashout sebelum 30hb dalam masa sebulan...kalau selepas 30 hb...ambil masa lebih kurang dua bulan... sorry kalau saya salah...:D]

Pertama kalinya saya buat cashout selepas 2tahun blogging...
[maaf gambar tak de ya...sebab tak mampu mau beli kamera...huhu bila la nak dapat kamera ni ek?
kena pentingkan keperluan dulu baru penuhi kemahuan...hehehe disebabkan oleh keperluan pun belum dipenuhi selengkapnya. jadi saya biarkan dulu.:) ]

Terima kasih Nuffnang...:)
lepas ni boleh la bagi BE banyak ya... hehehe
tapi kalau invite pergi function ke apa..
saya minta maaf sesangat..memang tak dapat nak pergi banyak tanggungjawab nak kena saya selesaikan...
sebab saya suri rumah banyak benda nak kena uruskan...
dengan design, dengan anak lagi..
jadi kalau En Nuffnang hantar jemputan tu...then saya tak pergi..
saya minta maaf awal2..:)

Jumlahnya tak dela banyak macam orang lain..:)
sebab blog saya bukannya femes pun...
traffik pun tak tinggi...
Boleh la daripada tak de kan...siapa nak bagi free2 banyak tu kan...:)

amaunnya biarlah rahsia...
hehehe...:)
tapi jumlahnya kurang daripada RM500 ya...
baca betul2 bukan RM5000 tapi RM500 :)

Ok... tata...
selamat berblogging...:)

Sedih sebab GCB

Assalamualaikum W.B.T :)
you all masih dalam mood raya ke?
hehehe saya ni dah nak setting mood balik untuk teruskan perjuangan dalam mendesign dan berbisnes...:)

Seperti ada yang sedia maklum hari ni adalah Ulang tahun kelahiran putra saya yang ke-2 :)
Gambar ambil beberapa keping aje. sebab guna kamera phone encik suami.
nanti saya upload.
Kami potong kek anak beranak je..tak buat jamuan pun..:)
potong kek tu bagi Khalis rasa sambutan ulang tahun..:)
Insyaallah kalau ada rezeki lebih tahun2 mendatang akan saya adakan jamuan..:)
Jemput rakan2 semua...

Tapi ni nak cerita pasal GCB yang semua orang duk canang2 tu...
ada yang kata sedap dan ada yang kata tak sedap...
saya pernah makan sekali je..
bagi saya kureng sedap la...
hehehe sebab ayam grillnya tu rasa masin [bagi saya] mungkin bagi orang lain enak sehingga menjilat pembalut GCB..;p

Nak dijadikan ceritanya...setiap kali iklan GCB ni keluar kat TV...Khalis mesti tunjuk2..
iklan makanan lain tak de pulak dia tunjuk.
jadi saya assume dia nak makan GCB la... hehehe
pandai je...[kuat betul pengaruh iklan kan... hm... no wonderlah syarikat pengiklanan kaya raya...eh tetiba pulak]

Hari ni Khalis buat perangai dia dah...tak nak makan nasi... semalam ada juga makan nasi.
tapi hari ni langsung tak mau...
ingatkan malam2 dia nak makan la..
tapi tak nak makan...huhu



Pukul 8 lebih dia tengok iklan GCB lagi...dia tunjuk2...
saya pun call la MC D delivery..
agaknya ramai kot tengah call untuk delivery...
Call dua tiga kali tak berangkat pun hanya muzik menunggu sahaja yang kedengaran..
dalam pukul 9 lebih...baru panggilan saya dijawab oleh operator pengambil order..
tengah2 bercakap tetiba talian putus..
ALAMAK!!! KREDIT HABIS LA PULAK...
hehehe...
jadi saya tunggu la, kot2 operator tu telefon balik...sebab no phone, alamat dan nama dia dah ambil cuma saya tak sempat nak order je...
[saya expect dia akan call balik...sebab pernah berlaku pada DOMINO hari tu...putus juga...hahaha sebab time limit. lepas tu duk 2,3 minit dia call balik]
dalam 15 minit saya tunggu operator call.
tapi tak de pun... huhu terpaksa lah saya topup hp..
[Gigih ni...sebab nak bagi Khalis makan...:( ]

Saya pun cuba call balik... tak dapat nak sambung talian tu..
dah dapat sambung... tunggu lagi panggilan saya disambut.
dalam pukul 9.45, barulah disambut panggilan saya tu...
saya bertanya
memang tak akan call balik ke kalau talian terputus...dia cakap "takkan call balik"
sebab saya dah cuba banyak kali sebelum2 tu...duk menunggu je..masa tu pun kredit sudah tentu dah berjalan kan...[sebab dia pasang muzik menunggu tu...kalau sesiapa yang pernah alami paham la apa yang saya maksudkan ni...hahaha tak tahu dah nak explain cemana...;p ]

Saya pun kena mula la buat order balik...
saya cakap nak GCB.
operator pun cakap.
tunggu sekejap dia nak cek outlet yang berdekatan dengan rumah saya...
tunggu lagi saya sambil mendengar muzik...

lepas tu dia cakap.
"GCB dah tak buat sebab kedai dah nak tutup, makanan grill2 dah close"

huhu sedih dan terkilan..:(
saya pun terus cakap
"tak pelah saya order esok pulak"
terus letak phone... tu pun dah rm5 inggit kredit pergi...
sebelum tu dah rm10... hehehe... dah cukup nak beli satu GCB dah kos untuk call tu...

tak pelah esok saya terus pergi mc Donalds kat Selayang Mall la kot...
bawa Khalis makan kat situ...
sambil nak ronda Popular cari buku log dan juga fail2..:)
nak susun2 segala mala invois ke order nanti..:)

Suggestion untuk MC Donalds
Since syarikat pun bukan calang2 kan... memang popular seantero dunia...
kalau you all return call bagi customer yang terputus talian... adalah lagi bagus... ini juga boleh meningkatkan sales. setakat seringgit dua untuk kos return call tu. berbanding yang bakal anda dapat untuk masa2 yang mendatang. memang akan berbaloi2 la.

Doll dan Watermark Order by Fareha Rahmat

Assalamualaikum W.B.T
:)
apa khabar semua...
masih dalam mood raya lagi ya?
saya baru je sampai dari kampung semalam.
penat masih tak hilang lagi ni.
tambah pulak kena setelkan dulu kain baju yang agak banyak untuk dibasuh.
nasib baik rumah dah siap kemas dan mop semalam.
tapi...hari ni macam dah sepah balik.
biasala... ada pembantu peribadi yang "rajin kemas rumah" :)

Sekarang mood masih letih...
jadi saya publish order2 yang dah siap la ya.
yang baru2 dan masih terbengkalai belum lagi saya siapkan..:)
[ni yang saya design sebelum raya ya...yang lepas raya saya tak sentuh design pun lagi..:D]
Doll dan watermark order by Fareha Rahmat seorang freelance make-up artist :)
beliau mahukan watermark dan doll yang melambangkan seorang make-up artist dan sudah tentu lah warna pink yang menjadi pilihan..:)

hasilnya adalah seperti diatas ya..

Kepada sesiapa yang berminat nak hire make-up artist untuk wedding ke tunang ke photoshoot ke..atau apa jua jenis majlis...boleh la singgah ke Fareha Zone ya :)

terima kasih sis Fareha...:)
kerana sudi menempah design dengan saya ya..:)
 
Copyright © Whitey Mommy™