Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Teringin Nak Aktif Berblog

Assalamualaikum W.B.T

Teringinnya nak aktif dalam blog. Tapi saya ni senang bercerita itu dan ini. Jadi kekadang takut tersalah taip akan timbul isu itu dan ini. Jadi bila ada pihak tak puas hati atau pun tersentuh hati. Dah jadi macam tak best...

Nak update tentang Khalis pun, kamera still dalam proses pembaik pulih, belum berkesempatan nak pergi beli memory card. :D Kamera hadiah daripada seorang rakan blogger :) Suka sangat2... first time dapat hadiah gadget :) Warna putih lagi , one of my favorite color. Nanti bila memory card dah ada saya akan upload gambar-gambar Khalis :)

Portfolio pulak, saya rasa saya dah tak update di blog ini :) Saya akan create blog khusus untuk semua portfolio saya :) kenapa buat macam tu ? Biarlah rahsia. Jadi sesiapa yang nak tempah dan melihat portfolio saya yang terdahulu saya akan berikan link untuk anda lihat. Insyaallah :)

Banyak benda nak bercerita bila sekali menaip. Ya lah kan, sebulan 3,4 kali update blog. Terasa semua benda pun nak terkeluar. Jadi sebelum entry ni jadi panjang berderet-deret. Saya stop dulu ya .

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. ada ke yang nak baca ?

Saya kurang sihat.

Assalamualaikum W.B.T

Just a simple update.

Saya kurang sihat. Saya demam, selsema, batuk dan sakit kepala amat sangat.
Kepada customer yang masih menunggu. Saya minta maaf. Untuk sementara ini, saya perlukan sedikit rehat. Sebab saya cuba untuk siapkan juga. Tapi sakit kepala dan hidung tersumbat, betul-betul mengganggu saya untuk mendesign dengan baik.

Terima kasih kepada yang memberi kerjasama dan faham keadaaan saya. Insyaallah, anda pasti akan mendapat blog design anda. Cuma saya perlukan masa, terutama bagi mencari konsep dan idea yang sesuai seperti yang anda minta. Harap memahami :)

Pernahkah kau bermimpi seketika.

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku


Biarlah Rahsia, Siti Nurhaliza.

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, masih bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan. Syukur pada Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan tahun baru. Semoga tahun baru membawa lembaran baru kepada diri ini dan juga anda.

Rata-rata blogger ramai publish entry  tentang tahun baru. Saya pun tidak ketinggalan untuk menaip entry juga. :D

Azam tahun lepas, alhamdulillah... 50% sudah dicapai. Jadi lagi 50% akan dibawa ke tahun ini. :)
untuk menjadi seorang yang matang dan lebih matang dalam menghadapi apa jua situasi. Insyaallah.

Tahun ini punya azam, banyak juga. Mudah-mudahan tercapailah hendaknya. Nak senaraikan juga. supaya menjadi ingatan dikala terlupa.

1. Berjimat cermat, beli yang mana perlu saja. Langkah untuk mengawal, saya terpaksa unfriend beberapa blogshop di facebook. Takut tergoda dengan iklan-iklan. Terutama bab-bab baju .

2. Cuba untuk melangsaikan hutang satu demi satu. Insyaallah... Sebab kita tidak tahu bila saat ajal menjemput. Semoga saya dapatlah melangsaikan semua hutang sebelum mata tertutup.

3. Kuruskan badan. :p Nak kuruskan badan sampai boleh pakai baju Saiz M...:) Sebab kalau sampai saiz S tak mungkin... sebab badan jenis yang tak boleh kurus sampai saiz S, Kalau tak, angin tiup pun melayang.

4. Ingin memiliki laptop sendiri. Untuk kerja-kerja mendesign ni..:) . Pada yang pakar laptop, brand apa yang paling sesuai ya? Selain daripada Apple la.:D

5. Ingin beli Ipad untuk Khalis. Ini dah lama sangat-sangat teringin. Bukan niat saya nak mewahkan dia. tapi mewah ke kalau pakai Ipad? Saya rasa zaman sekarang memang dah jadi satu keperluan. Tambah-tambah zaman IT kan. Harap dapat la...:) Agak-agak kalau dapat Ipad sebijik mesti Khalis dah tak kacau saya mendesign .

6. Ingin memiliki smartphone. Pilihan antara iphone ataupun blackberry.

Itu sahaja azam dan wishlist untuk tahun ini :) Banyak-banyakkan tak tertunai pulakkan.
Semoga tercapailah hendaknya, dan sudah semestinya memerlukan usaha yang berterusan dan disiplin yang ketat. Kena kawal diri dalam berbelanja.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Semoga kehidupan kita semua akan lalui dengan ketenangan.. Insyaallah...

Hidup kita ni bukan semudah ABC tapi complicated macam Algebra :)

Selamat tahun baru semua... Semoga azam dan impian kalian akan terlaksana pada tahun ini... amin...:)
 
Copyright © Whitey Mommy™