Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Saya Perlukan Rehat

Assalamualaikum W.B.T. Macam tajuk... Saya perlukan rehat. Saya inform sebab nak semua customer yang menunggu memahami. Saya tahu ada yang tak sabar. Tapi kalau saya design dengan otak yang letih pun memang tak dapat nak proceed. Sesiapa yang terlibat dalam bidang ini mesti akan tahu rasa dia macam mana. Sebab design ni perlukan idea bukan macam jual gula-gula ya. Saya harap anda memahami. Jangan risau saya tak kan lari atau hilangkan diri dengan duit yang anda dah bayar. Melainkan kalau saya mati. Itu namanya lari untuk selama-lamanya. Maaf kalau ada yang berpendapat entry ini saya mengikut emosi. tapi saya perlu terangkan keadaan supaya orang semua paham. Terlalu banyak tekanan. Emosi dan fizikal. alam maya , alam realiti. Cukup lengkap untuk menjadikan saya seorang yang tidak bersemangat dan tertekan. Jadi saya perlukan rehat. Harap memahami... Saya sangat-sangat memerlukan sokongan daripada mereka yang menunggu. Bukannya untuk pushing setiap hari. Anda push pun. Saya tak mungkin boleh buat cepat. Sebab design ni bukan production product. Ia adalah generating idea. Nak keluar satu-satu idea tu kekadang semudah petik jari kekadang macam tolak dinding konkrit. Saya mohon maaf. tapi saya betul-betul tertekan untuk saat ini. Perlukan rehat. Memang saya ada cakap saya bercuti. Tapi bercuti itu bukan bermakna saya rehat. Kekadang bercuti design. Tapi kena selesaikan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan design. Almaklumlah. Sebagai Ibu yang menyara anak dan keluarga ni. Komitmen dia lebih besar. Yang mana memahami... Saya ucapkan jutaan terima kasih.. Allah jua yang mampu membalasnya... Saya letih rentetan dari laptop saya rosak lagi... 2 minggu terbuang itu..saya belum masih dapat recover dengan baik.. Ambil masa lama sungguhkan? Bukan senang untuk kita hidup bersemangat jika tiada sokongan...

Laptop rosak : Langsung tak boleh buat kerja

Laptop saya sudah hampir 2 minggu mengalami masalah dan tak dapat nak berfungsi dengan baik. Format sudah 2 kali. RAM pun dah ditukar. Tapi masih lagi bermasalah. 3 hari lepas saya hantar untuk repair. Ingat nak upgrade sebab khuatir masalah daripada system laptop itu. Selepas di periksa oleh mereka yang berpengalaman. Rupanya laptop saya mengalami masalah overheating ( mungkin sebab buat kerja siang malam kan?) . Hardisk dan Motherboard perlu ditukar yang baru. Tambah-tambah tidak pernah ditutup dengan sempurna. Pengalaman banyak mengajar saya. Juga mendapat nasihat kawan-kawan terutamanya, Jiya dan suaminya yang banyak membantu saya untuk memilih laptop yang baik bagi tujuan untuk Mendesign. Jutaan terima kasih kepada Kawan saya Hanisah kerana menemani saya hari ini untuk membeli laptop. Sungguh penat perjalanan hari ini. Ingatkan sekejap jenak pergi beli. Tak sangka mengambil masa seharian. Terutama bila terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa pergi dan balik ke Low Yat.

Terima kasih kepada Cha kerana buat entry ini . Saya dah buntu kerana tiada mesin yang boleh digunakan untuk inform perkara sebenar. Jadi saya call Cha untuk taipkan entry bagi pihak saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semuanya. Tak lupa kepada semua customer yang memahami. Saya doakan semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh-Nya. Amin...

Gembira dan sedih bercampur baur di saat ini. Gembira kerana dapat laptop baru. Selepas berhempas pulas. Akhirnya Allah hadiahkan saya sesuatu yang saya idamkan. :) Saya beli laptop toshiba bewarna putih.

Sedih kerana pelbagai andaian dibuat tentang saya. Saya tak kan lari dengan duit kalian. Saya masih tahu hukum halal dan haram. Saya hanya mempunyai satu laptop untuk membuat kerja-kerja design. Saya tidak mempunyai laptop lain sebagai back-up. Laptop rosak bukan kehendak saya, ianya satu yang saya tidak jangka langsung bakal berlaku. Saya harap kalian memahami. Tambahan punca rezeki saya yang utama adalah melalui internet. Saya ingin terus mencari rezeki dan membina network melalui internet. Mana mungkin saya hendak melakukan perkara yang pasti akan memburukkan nama saya di dunia siber ini.

Saya mohon jutaan kemaafan daripada kalian semua. Doakan supaya kerja-kerja mendesign saya berjalan dengan lancar.

Saya gagahkan diri untuk taip entry ini. Ok lah. Mata sudah mengantuk dan badan pun rasa penat sangat-sangat kerana puas berpusing-pusing berjalan sekitar Times Square dan Low Yat siang tadi. Tambah-tambah sambil mendukung Khalis, amat mencabar :)

Perkhidmatan Tergendala - Overheating.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama sekali, terima kasih kepada semua pelanggan, pembaca, pengomen, pengikut dan yang mengikuti perkembangan rapat perjalanan kehidupan dan perkhidmatan yang disediakan di blog Sha ini. Anda yang sedang membaca blog ini adalah dihargai sekiranya dapat menghabiskan membaca entry khas Perkhidmatan Tergendala.

Buat pengetahuan kawan-kawan sekalian, terUTAMA customer yang Sha atau Whitey Mommy sayangi, anda diminta untuk bersabar dan sentiasa menyokong penuh kepada Whitey Mommy untuk beliau terus mendesign template kesukaan anda dengan mengikut citarasa anda sendiri.

Sebagaimana tajuk di atas, masalah mula timbul apabila komputer atau laptop kegemaran WM untuk design telah mengalami kesakitan yang agak complicated. Ianya dilaporkan, OVER-HEATING, mencecah suhu berapa darjah, itu tidaklah diketahui.

Apa yang sangat penting ialah, hampir keseluruhan accessories laptop tersebut perlu ditukar ganti, sudah pastinya memerlukan sumber kewangan yang banyak, masa yang lama dan kepakaran membuat pilihan membeli barang-barang yang baru.

Diharapkan anda semua dapat bersabar. Ini kerana, WM yang saya kenali adalah tidak mudah menghampakan pelanggan kesayangannya. Ini kerana lagi, bergelumang dengan design template merupakan profesion kegemaran beliau. Saya pasti anda semua akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang beliau berikan.
Sekali lagi, beliau memohon ampun dan maaf kerana masalah yang tidak dijangka ini. Segala kesulitan amatlah beliau kesali teramat sangat. 

Sekian, bestfren (ye ke?) WM menulis bagi pihak: ch@hijaucantik. Tehehee.    

Laptop sudah pulih, 3 jam dengan Kak Emila

Alhamdulillah... syukur, laptop dah pulih kembali selepas bercuti sakit lebih kurang 5 hari. Tapi ni pun masih dalam keadaan 50-50 tapi setakat ini masih lagi boleh buat kerja. Daripada tak berjalan langsung kerja-kerja yang terbengkalai itu. Saya teruskan mendesign. Semoga laptop ini behave sehinggalah saya bersedia untuk membeli laptop yang baru. Insyaallah...

Hari selasa saya hantar format laptop, balik tu masih lagi problem. Buka 15 minit dia hang. Saya dah mati kutu. Takut sesangat. Ya la mana nak dapatkan laptop baru kan. Perasaan bercampur baur. Saya tadah tangan mohon pada Allah. Pulihkanlah laptop ini supaya saya boleh meneruskan kerja-kerja saya. Supaya kepercayaan customer yang menunggu dalam waiting list tidak tercalar. Jika laptop ini rosak. Memang saya tak boleh nak buat apa-apa. Patah kaki, patah tangan la jawabnya. Bertambah-tambah sarat kepala. Bertambah-tambah lah tahap tension.

Ok.. sekarang laptop dah memberikan kerja sama yang baik. Walauapun 50-50 tapi masih dapat buat kerja. Syukur sudah :)

Hari selasa juga sekitar pukul 2-5 petang. Saya dating dengan kak Emila Yusof di Johnny's Selayang Mall. First time bertemu mata. Sebab dah selalu rujuk dan bersembang dengan Kak Emi, jadi tak rasa kekok pun. Terus berborak macam biasa. hehehe. Sementara tunggu laptop di format borak-borak dulu dengan Kak Emi...:)

Punya rancak sembang-sembang, terlupa nak ambil gambar dengan Kak Emi. Kak Emi dah balik tu baru perasan tak sempat nak ambil gambar. Tak pe, next time jumpa ambil gambar banyak-banyak sikit. :)

Saya dapat goodies bag  dari kak Emi. Banyak barang-barang dalam tu. Semua saya suka. :) Especially buku nota, kalendar , My mother's Garden ( buku karya kak Emi sendiri, ini sesuai untuk bacaan Khalis :) dan tak lupa perfume Incanto Bloom by Ferragamo. Sweet baunya...dan kombinasi warna botol pink, putih dan hitam adalah warna kegemaran saya.

Ini gambar Khalis, nak tampal juga. Khalis sekarang semakin berselera makan. Sudah pandai minta makanan. Subahanallah. Hati saya sungguh lega tengok dia boleh makan roti dengan peanut butter ni. Botol harus ada dua satu susu dan satu air masak. Tapi kebiasaannya walaupun dia request dua-dua botol tu. Air masak lah yang menjadi tumpuan utama.

Selepas consume Milkshake nampak perubahan terhadap selera makan Khalis. Tak memilih macam dulu. Asal saya suap je makan. Kalau tak cukup minta lagi. Tapi, Khalis ni tak boleh makan banyak, kalau makan terlebih masa sendawa mesti akan keluar sikit makanan.

Laptop Rosak

Assalamualaikum W.B.T.

Saya nak khabarkan yang laptop saya rosak.
Tak boleh nak design tak boleh nak melukis. Apa pun tak boleh.
Boleh pakai dalam 15 minit lepas tu hang.
RAM usage naik sampai 60-100% begitu juga dengan CPU Usage.

Perkara ini berlaku dari hari Sabtu lagi. Tapi tidak ketara. Tapi makin hari makin menjadi-jadi. Hari Ahad saya bawa pergi kedai. Tokey kedai kata kena beli laptop baru. Sebab Motherboard dengan graphic card rosak (katanya). Mana la nak cari duit untuk beli laptop baru.

Jadi esok saya akan bawa semula ke kedai, minta dia format dulu. Kalau the same thing berlaku. Saya pun dah tak tahu apa solutionnya melainkan kena beli laptop baru ke? Sebab menurut tokey kedai tu. Kalau repair pun kos lebih kurang beli yang baru. (Menangis mendengarnya)

Kepada Customer yang menunggu. Saya mohon ribuan kemaafan. Insyaallah selesai je masalah laptop. Saya akan kembali mendesign seperti biasa. Saya harap kalian memahami keadaan saya. Terima kasih ya..

Kena stop taip dah. Dah mula lambat. Satu-satu huruf bila taip.:(

Roti Canai Coklat

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni luangkan masa sikit untuk update tentang roti canai coklat. Hari tu saya ada post kat Facebook tentang makanan kegemaran Khalis yang terbaru, iaitu roti canai coklat. :D. Salah seorang rakan saya di Facebook minta saya publishkan tentang Roti Canai ni..

Resipi ni. resipi suka suki je sebenarnya. Mudah dan cepat. Tetiba dapat idea. Masa nak masak roti canai ni tetiba terfikir sebab Khalis macam dah bosan makan roti canai dengan Kari Ayam .

Saya pilih roti canai segera jenama KAWAN (Boleh didapati di Giant, saya tak pasti pasaraya lain ada ke tidak. sebab saya selalu beli kat Giant. Roti canai ni tiada rasa tengok dan lembut je lepas masak. Makan saja pun sedap.
Panaskan frying pan. Saya tak pakai minyak. Sebab dah guna non-sticky pan ni. Tak pasti kalau guna kuali biasa dia melekat ke tak. Bagi mengurangkan kolesterol. Saya just masak macam tu je. Pakai api perlahan je tau. Kan tak pasal-pasal luar dah hangit dalam mentah lagi. Sakit perut saya tak tahu ya.
Sementara menunggu roti masak, pecah-pecah coklat ya. Boleh guna coklat cadbury atau apa-apa coklat kegemaran anda. Saya pakai coklat home made beli daripada Amar Amirah daripada Chocolate Hut. Bagi saya coklat dia sedap :) Bukan nak puji tapi cuba la beli dan rasa. Beliau boleh buat penghantaran ke seluruh Malaysia... Insyaallah. Ok.. Habis dah iklan.

Bila Roti canai dah kelihatan seperti diatas dan bahagian dalam pun diyakini telah masak. Boleh lah susun coklat yang telah dipecah-pecahkan tadi.
Susun seperti gambar di atas ya :)

Kemudian lipat dua. Dan balik -baik berulang kali. Sehingga coklat diyakini cair didalamnya. Pastikan anda tidak buka ya lipatan ini. Kalau tidak, coklat-coklat akan melekat di pan tu. Membazirkan. Pan pula yang makan coklat. :p

Bila dah siap. Ini lah rupanya.:) Selamat mencuba...

Selera Khalis sekarang ini sudah kembali normal. Selepas saya berikan Shaklee's Mealshakes. Alhamdulillah. Gembira sangat-sangat.
 
Copyright © Whitey Mommy™