Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Indahnya Zakat

Assalamualaikum W.B.T
sudah lama saya tak update blog ni. Asyik busy sahaja memanjang. Sejak buat banyak kerja ni. Masa terlalu berharga.

Dalam kita mencari rezeki, kita kumpul duit, kita bershopping. Terkadang kita lupa ada perkara penting yang kita tak buat. Peringatan untuk diri sendiri dan teringin pula nak sharing kat blog saya ni.

Sebut pasal kaya, semua orang nak kaya bukan? tapi bila dah kaya kita perlu ingat yang ada rezeki orang lain didalam kekayaan kita itu. Menjadi kaya itu adalah dituntut kerana dengan kekayaan itu kita boleh beribadat dengan tenang (jika kekayaan itu dari sumber yang halal dan berkat) dan boleh membantu mereka yang memerlukan, tidak kira sesiapa pun.

Impian saya sendiri pun memang untuk menjadi kaya. Supaya dapat cepat balas jasa ibu , langsaikan hutang piutang dan banyak lagi perkara yang nak dibuat bila dah kaya ni kan.

Hari ini hati tersentuh bila membaca status seorang kakak yang saya cukup hormat. Pemilik stokis jamu yang terkenal pada masa kini. Jom kita baca. Saya nak share sebab rasa macam cerita beliau menarik untuk dikongsikan dan menjadi panduan untuk kita.:)

Assalamualaikum....jom kita share sikit...

KELEBIHAN BERZAKAT..JANJI ALLAH ITU AMAT BENAR!! WARGA JSD YANG DISAYANGI U ALL SEMUA DAH BERZAKAT??

meh nak cite sikit..

Semasa kakyu bekerja dulu kakyu tak pernah bayar zakat. Alasannya ialah nak makan sendiri anakberanak pun tak cukup inikan pula nak potong duit gaji bayar zakat. Tahun 2005 kakyu nekad berhenti kerja sbb too pressure n niat nak berniaga kecil2an. Duit simpanan seciput selama berbelas tahun bekerja kakyu niatkan nak bayar zakat pendapatan buat pertama kali sbb kakyu nekad inilah last aku makan gaji. Takmo dah jd kuli cina india jepun mat salleh. enough is enough. Dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa kakyu dan memberkati rezeki kakyu selepas ini.

Semasa pergi membayar zakat, kakyu terjumpa kawan lama yg kebetulan ada urusan di bgn yg sama. dia ajak kakyu bekerja dgn dia sbb dia tak lama lg dah nak pencen. Kakyu taknak makan gaji, so kakyu bekerja dgn abang di restoren sebagai tukang masak (bersama 2 org lagi adik kakyu) Kakyu nak lupakan degree kakyu yg oversealah sangat sbb kakyu tiba2 terbuka hati dan yakin 9/10 rezeki dtg dr meniaga. Dari pegawai eksekutif yg vogue de vass berurusan dgn korporat2 kakyu jd tukang masak restoren yg kena asap dan berurusan di pasar borong pada pukul 3-4 am.

Dari restoren tak lama tu abang dpt tender kilang. Ikut abang masak di kilang utk beribu orang, kakyu yg come lote dah mula kurus kering n tak sihat sbb kerja tukang masak perlu fizikal. Kakyu tak kuat iman terus berhenti dan jumpa kawan lama yg kakyu terjumpa di pejabat zakat. Kami bekerja bersama dan rezeki kakyu kawan lama kakyu yg berbangsa india itu banyak memberikan kakyu tunjuk ajar. tak tahu kenapa sbb dia lebih percayakan kakyu dr rakan sebangsanya utk menggantikan tempat dia nti.

Bekerja di tmpat baru ini, semua perkara menjadi senang n terlalu mudah bg kakyu mgkin kerana pengalaman masa lalu dan "bersekolah di restoren" dgn abang kakyu yg tegas n berdisiplin orangnya. Kawan kakyu suggest spaya kakyu membuka company sendiri sbb kakyu bumiputera. Dgn sokongan kawan dan abang kakyu yg banyak meminjamkan kakyu modal pusingan, alhamdulilah wlupun kecil company kakyu dah terkenal di seluruh malaysia dan berjaya mendapat kontrak dari syarikat2 multinasional.

Things become easy n rezeki melimpah ruah. Dlm masa 5 thun dapat memiliki 4 buah kereta n 4 buah rumah, pergi umrah anakbranak. Mcm tak percaya kakyu sujud syukur dan selalu tanya pada diri sendiri samaada rezeki ini adalah dugaan dari Allah sekiranya kita lupa daratan. Kakyu tidak lupa dan akan terus membayar zakat kerana terbukti janji Allah itu benar.

Dah bertahun buat bisnes yg sama rasa mcm muak pulak. Mulalah gatal labur duit bukak salon dan invest on produk. tp tak sangka rupanya ada lagi rezeki yg amat besar yg Allah nak bagi. Kakyu got pregnant at the age of 44. Ingatkan dah nak menopos sbb piyed tak betul tgk2 termengandung lg. Syukur sgt2 sbb Allah bg lagi sorang anak lelaki.

Masa dlm pantang emak selalu bising suh makan jamu. Adik kakyu hani pun mcm maknenek gak slalu bising suh kakyu makan jamu. Dia hidangkan nasi, ubat,jamu dan siap pakaikan stokin spya kakyu tak demam. Bila dah habis pantang kakyu main2 je ajak hani jual jamu yg dia bancuh tu. sbb kakyu rasa sihat sangat leps bersalin dlm umur yg dah lanjut ni. Kakyu jual salon sbb tak terurus bila dah ada baby dan guna duit tu utk meniaga jamu ngn hani tak sangka pulak menjadi.

taklah kerja kuat sgt tp sejak fisrt time berzakat, kakyu tak pernah putus berzakat dan bersedekah pada anak2 yatim. Rezeki tidak pernah putus dan membuak2. bukan melimpah lagi. Tidak berniat nak menunjuk2 tapi kakyu just nak buktikan bahawa janji Allah pada orang yg berzakat adalah benar. Kakyu ni tidaklah religious sgt but i believe in Allah. Good things are happening to me, begitu juga ngn u all. Jadi dgn rezeki yg u all ada tu wlaupun seringgit dua, pergilah berzakat. Takyah pening2 nak kira, pergi saja ke pusat zakat nti orang kat situ yg tolong kirakan. SELAMAT BERZAKAT!!! Wallahualamm..


PETUA HANI:

JIKA ANDA IMPIKAN UNTUK MENJADI SEORANG JUTAWAN.. kunjungilah Pusat Zakat..

berzakatlah walaupon baki gaji anda hanya berbaki rm300..

 
 Zakat ini adalah 2.5% daripada baki pendapatan yang tinggal setiap bulan. Jadi kalau duit yang tinggal RM300 sebulan. Kita hanya perlu keluarkan zakat RM7.50 sahaja sebulan. Kita fikir tak cukup itu tak cukup ini. Sebenarnya ada rezeki orang lain didalam rezeki kita. 

Jika ingin kaya. Maka berzakatlah. Allah akan menggandakan harta kita. :)
 
Copyright © Whitey Mommy™