Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Sungguh Ajaib Susu Ibu

Assalamualaikum W.B.T

Nak sharing sesuatu yang saya baca dalam group yang join di facebook.
Kalian boleh baca. Sebab kisah ni bagi saya best!

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.Maka ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan.Masalahnya,kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut! Oleh kerana mereka melahirkan pada masa yang sama,maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki terseb ut!Pada waktu tersebut,tiada lagi ujian DNA.Maka doktor Amerika bertanya pada kawan dia,seorang doktor dari Mesir,macam mana nak selesaikan masalah berikut.Dah buat ujian darah malangnya,kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama! Maka doktor Amerika itupun bertanya macam mana nak selesaikan masalah ni,sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran adalah agama yang sempurna,dan setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Al-Quran.Maka terkedu doktor dari Mesir tuh!Nak tak nak,doktor Mesir tu ajak doktor Amerika berjumpa dengan kawannya,seorang ulama terkenal dari Mesir.Setelah diceritakan segalanya,maka ulama Mesir tersebut hanya tersenyum dan menyuruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium,zat galian dan nutrien yang lain.Setelah selesai ujian,mereka diminta membawa keputusan ujian dan bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya?Salah satu dari susu ibu tersebut mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium,zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.Maka ulama Mesir tersebut berkata,ibu yang mempunyai susu yang mengandungi bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut!Maka doktor Amerika tadi bertanya,apa buktinya di dalam Al-Quran,maka ulama Mesir memberitahu bahawa bahagian untuk anak lelaki adalah 2 kali ganda dari anak perempuan,begitu jugalah dlam soal pembahagian harta pusaka.Jadi,oleh kerana itu adalah hukum Allah,susu ibu juga merupakan harta,maka untuk anak lelaki,adalah bahagian,berbanding untuk anak perempuan!

Tetiba terfikir tentang ini.

Assalamualaikum W.B.T

Mood nak update blog sudah mari. So luangkan masa sedikit. Tetiba saya terfikir tentang satu perkara. Tak tahu lah sama ada selalu terdengar di halwa kalian ke tidak.

Biasanya ada sesetengah ibu, kalau anak lelaki dia nak bercerai ke atau dah bercerai,ada diantara mereka cakap macam ini
"Alah! apa nak kisah, anak aku anak lelaki, tak rugi apa pun. Cerai dengan dia boleh kahwin lain"

Saya pernah juga terdengar ayat-ayat ini di halwa telinga saya. Dan saya sama sekali tidak setuju kerana kata-kata seperti ini sebenarnya akan membuatkan anak lelaki dia menjadi tidak bertanggungjawab. Padahal kalau dah kahwin tu sah-sah perempuan yang anak dia kahwin tu dah jadi 100% tanggungjawab anak dia. Kalau anak dia abaikan tanggungjawab sudah tentulah balasan Allah yang dapat nanti setimpal apa yang dia buat bukan?

Atau memang maknya tak mahu tengok anak dia masuk syurga. Kalau isteri tu jahat ke lainlah, tapi tugas seorang suami, isteri macam mana perangai pun dia wajib membentuk akhlak isterinya. Bukannya ambil langkah mudah lepas tangan. Lepas tu menyalahkan si isteri. Sebab si mak nya dah backup kan. Kalau tak nak cerai kan aje. Padahal tanggungjawab kepada isteri tak de langsung. Isteri mana tahan kan kalau semua pun dipikul diatas bahu. Dah lah tanggung semua. Asyik nampak kesalahan aje kan.

Memang syurga sang isteri dibawah tapak kaki suami. Tapi Allah tak kejam, apa yang dia tetapkan mesti disertakan dengan sebab dan alasan tertentu. Mesti ada syarat yang suami perlu patuhi sebelum nak claim yang syurga isteri tu dibawah tapak kaki dia. Isteri kalau tak jalankan tanggungjawab boleh panggil isteri derhaka. Tapi kalau suami tak jalankan tanggungjawab tidak dipanggil suami derhaka. Tapi suami itu sendiri telah derhaka kepada Allah S.W.T sebab tak menjaga amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab.

Kekadang jadi seorang mak ini. Mulut memang sentiasa kena jaga. Jangan ajar anak yang bebukan. Kerana anak itu bukan hak milik kekal tapi adalah sebagai amanah di muka bumi Allah ini. Walaupun anak kita anak lelaki. Tapi fikirkan anak kita yang perempuan kalau orang lain buat macam tu juga pada anak kita. Ada rasa macam mana? Sudah tentu sakit hati bukan?

Dasyatnya doa seorang ibu kerana jika doakan yang baik-baik untuk anak akan makbul dan jika doakan yang buruk-buruk pun juga akan dimakbulkan. Jadi menjadi seorang ibu perlu berhati-hati dalam berbicara, kerana setiap bicara si ibu tidak kira baik atau buruk adalah suatu doa.

Bersawang

Assalamualaikum W.B.T

Sudah lama tidak berupdate tentang hal-hal peribadi di blog kesayangan ini. Semua pun tentang bisnes aje memanjang. Rasa nak update dengan cara lagi sempoi gitu. Biar mesra bila dibaca. Seronok tau tengok kawan-kawan duk update blog. Tapi saya hanya jadi pembaca sunyi (baca silent reader) sahaja. Tak da masa nak update blog sudah. Bangun pagi mesti handle business. Tak sempat nak cari idea apa yang diupdate kan.

Rasa macam nak aktif balik untuk cerita itu ini (rasa dah dekat 40 entry sebelum ini pun saya selalu taip ayat ini. Tapi blog tetap juga bersawang. Kawan-kawan yang baca ini, bagi lah cadangan saya perlu update apa. Selain pasal business nak juga cerita pasal Khalis. Tapi dah terbantut sekarang ini.

Mencari sesuap nasi ni kena fokus. Orang dah bagi tanggungjawab untuk kita jadi perlulah kita laksanakan dengan baikkan. Actually kalau masa tak de idea nak design. Tak de customer yang hendak dilayan. Saya banyak duk termenung depan facebook. Kekadang sampai blur tahap tak tahu nak buat apa. Adeh! Harap lepas ni dapat lah nak luangkan masa untuk update blog kan.

Tengok traffic nuffnang pun makin bagus walaupun tak update. Income pun boleh lah dengan nuffnang. Rasa kalau saya update hari-hari mesti tiap2 bulan dapat cash out dengan figure 4 angka kot. Lepas ni boleh lah rajinkan diri. Dengan harapan dapat buat income pasif dengan figure macam tu kan. Siapa nak bagi kalau kita tak usaha.

Kawan-kawan ada teknik ke nak rajinkan diri untuk update blog? ( tanya diri sendiri lah kalau orang tak jawab soalan saya ni). Sekarang saya tak boleh sebarangan nak update almaklumlah setiap pergerakan seorang peniaga ni kekadang diperhati. Tidak mahulah dianggap tidak profesional gitu (eh! pro sangat ke? hehe)

Dunia blogging sangat-sangat berjasa dengan saya (tetiba rasa sayu pula). Terlalu banyak kenangan. Terlalu banyak pengalaman yang saya tempuh. Yes! dari situ saya belajar apa erti matang. Saya belajar dari blog, macam mana mahu kenal orang. Bukan sebarangan meluahkan sesuka hati. Banyak saya belajar. Salah sendiri juga terlalu percayakan orang. Tapi setiap kesilapan kalau kita perbaiki ia akan menjadikan diri kita menjadi kearah yang lebih bagus. Apa yang paling penting adalah positifkan diri. Insyaallah jika kita positif orang disekeliling kita pun ikut positif.

Setelah kenal dunia blogging, saya jumpa ramai kawan-kawan baik. Alhamdulillah sekarang blog juga lah yang menjadi punca pendapatan utama saya. Sungguh indah perancangan Allah bila kita tengok balik dari awal sampai sekarang. Peluang demi peluang DIA beri pada saya untuk majukan diri. Walaupun dirumah bergelumang dengan sepah-sepahan dek Khalis. Tapi saya masih lagi boleh buat income. Masih lagi boleh tengok Khalis depan mata. Alhamdulilah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. syukur..syukur..syukur... Sesungguhnya rezeki yang paling terbaik adalah KETENANGAN HATI sebenarnya. Kerana hati yang tenang tidak boleh dibeli walaupun kita ada trillion harta.


Semoga dipermudahkan setiap urusan harian kita semua.
Alhamdulillah.. rasa lega pula selepas menaip entry ini. Macam lepas je rasa tension yang ada tadi. Ini macam kena update blog hari-hari je ni. Tension boleh update blog kan?
 
Copyright © Whitey Mommy™