Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Accident

Assalamualaikum W.B.T

permulaan dah bagi salam rasa macam sopan. Ingat tahun baru nak mulakan dengan penulisan yang sempoi2. Tak mahu skema sangat (skema ke selama ni) Tapi tak pandai pulak nak mula dengan ayat-ayat sempoi dan rojak. Kita cuba lah ek.

Semalam ( maksudnya pada 23/2/2013) saya telah accident, agak cuak juga tapi tak berdebar pun. Macam mana tu. Nak tekan brek tapi tertekan minyak, melompat kereta terus melanggar divider maka terus hancur kat bahagian kereta. Malu ada cuak pun ada. Tapi pelik juga tak berdebar.

Balik rumah dengan tanpa perasan bersalah lagi. fuuh kental juga hati saya rupanya. Pergi pasar malam, balik dari pasar malam terus tidur almaklum lah cuti-cuti malaysia. Rasa macam badan penat sangat-sangat. Dah tak ingat apa-apa dah. even Khalis pun layan ala kadar je. Agaknya masih ada rasa trauma dan fobial hal kereta kot. Tapi otak tak dapat nak proses apa rasa itu.

Bangun pukul 12.30 pagi pada 24/2/2013 terus tak dapat nak lelap mata dah. Itu memang sudah pasti. Mandi semua, badan dah segar sepenuhnya. Menghadap laptop. Cek email dan sambung buat kerja yang terbengkalai.

Siangnya accident tapi tanpa rasa bersalah dan berdebar walaupun cuak sikit. Malamnya pulak sentap. tak pe. Manusia tak tahu, Allah tahu.

Terima kasih baca walaupun memang entry mengarut. Otak agak penat sehinggalah keluar keputusan pada 27 /2/2013 ni. Tak dapat nak fokus untuk buat-buat kerja. Sentuh apa yang termampu sahaja. Semoga dipermudahkan segalanya.

21-27 Februari 2013 : Saya Slow Design dan ada Test

Assalamualaikum W.B.T...

Tempahan masih ditutup lagi. Buat mereka yang bertanya harap bersabar. Apabila tempahan sudah dibuka saya akan war-warkan secara besar-besaran gitu. Sekarang bagi saya masa untuk selesaikan tanggungjawab kepada mereka yang masih berada didalam waiting list saya.

21-27hb Februari 2013. Saya akan slow design sebab ada latihan praktikal dan juga test . Pelajaran apa itu nanti saya akan war-war selepas 27hb nanti (kalau rajin taip entry). Nak fokus bebetul untuk test ini. Saya pun nervous ni. So harap memahami jika lambat reply email dan sebagainya.

Bagi customer yang telah saya hantar email. Please reply lah cepat-cepat email saya tu. Jangan seminggu sekali baru reply. Bila saya lambat design. Anda push saya sampai saya jadi kelam kabut. Tapi bila saya dah send draft sebaliknya yang anda buat.
 
Copyright © Whitey Mommy™