Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014

Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera buat pengunjung blog sepi ini.
Habis sudah tahun 2013. Hari ni last day kan.
Tahun 2013, tahun yang paling tough untuk saya hadapi. Banyak perkara yang tiada dijangka berlaku. Apa pun ia menjadi pengajaran yang tidak ternilai buat saya.
Yang saya akan ingat sampai ke habis nyawa.
Apa pun yang berlaku semuanya adalah kerana Izin Allah dan sudah tentu ianya adalah pilihan kita sendiri. Hanya Allah yang mengetahui maksud tersirat.

Sebagai manusia biasa, saya sendiri tidak lah terlalu sempurna untuk menghadapi setiap musibah dan masalah yang berlaku dengan senyuman.
Tapi apa pun, kehidupan perlu diteruskan walau macam mana berliku dan berduri pun jalan yang terpaksa kita lalui. In shaa Allah.. Allah ada.

Bersandarkan itu hati akan merasa lega sedikit. Walaupun kekadang akan dilanda kemurungan dan kesedihan serta kekesalan yang tidak terlepas.

Tahun 2013, semua perancangan tak dapat dijalankan dengan baik.
Banyak perkara yang akan di drag masuk ke tahun 2014. Semoga tahun 2014 ini, saya akan dapat lunaskan semua yang tertangguh dan selesaikan semua masalah yang terjadi pada tahun 2013.

Apa pun syukur, Alhamdulillah.. masih bernyawa dan masih bernafas untuk meneruskan kehidupan dan berdoa agar dapat clearkan diri sebelum menghadap ilahi. Aamin...

Tahun 2014, pun mencabar untuk dihadapi, terutama harga barang dah naik, itu ini semua dah naik dengan GST yang bakal dilaksanakan. Hidup perlu diteruskan .

Selamat tahun baru buat kalian semua :)
semoga tahun 2014, akan membawa kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan . In shaa Allah...

Mendidik Anak Sebelum Tidur

1. Bersihkan diri sebelum tidur.
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.

( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).

2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

Petua Murah Rezeki

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Perbezaan Blog dengan Website (Laman Sesawang)

Assalamualaikum W.B.T
buat pengunjung dan pembaca blog saya yang sepi ini :)

Dah lama betul saya tak update blog. Saja tak nak update :P

Ramai yang PM, Email dan Whats App saya tanya tentang perbezaan blog design dengan website design. Ada ke perbezaaan?

sebenarnya tiada beza pun. apa yang kalian perlu faham adalah konsepnya seperti ini.

Semua Blog adalah Website
Tetapi bukan semua Website adalah Blog

Faham kan apa yang saya maksudkan? Saya terangkan lah serba sedikit mengikut cara saya , supaya kalian lebih memahami.

Semua Blog adalah dikategorikan sebagai Website, yang membezakan adalah fungsi, rekaan dan platform. Contoh platform adalah Blogspot, Wordpress, Jomla, E-Commerce dan lain-lain.
itu sahaja yang membezakan antara website-website.

Kebiasaan kita sebut blog akan nampak cikai, tapi bila sebut website nampak macam gempak. Walhal ianya adalah perkara yang sama sahaja.

Kebiasaanya untuk menampakkan website yang berplatform di blogspot nampak lebih eksklusif dan formal, penggunaan domain amatlah digalakkan. Contoh macam blog saya :
dari whiteymommy.blogspot.com ==> www.whiteymommy.com

Dari segi rekaan, untuk menampakkan lebih eksklusif ianya bergantung kepada pemilik blog/pereka blog . Aspek utama adalah kekemasan cara pemilik blog untuk menyusun info di dalam blog masing-masing dan kreativiti pereka blog/pemilik blog untuk menampakkan blog mereka unik.

saya tak mahu terangkan dengan lebih lengkap. karang jadi lagi pening lagi tak paham maksudnya.

ini adalah artikel yang saya petik dari blogger Hanafi Idrus.
bacalah kerana penerangan daripada beliau padat.
Salam satu blogger. Apakah Perbezaan Blog Dan Website? Persoalan yang susah nak jawab kalau orang tanya. Selama ini kita mendabik dada sebagai blogger. Tapi kalau orang tanya apakah perbezaan blogger dengan website(laman sesawang) yang lain. Berpeluh anda nak jawab...hehehehehe.

Perbezaan yang jelas antara blog dan website ialah bagaimana anda menterjemahkan maklumat anda. Selain itu ianya amat  sukar nak dibezakan antara blog dan website ini

Apa Itu Blog.
Blog sebenarnya kita boleh anggap sebagai buku log dimana blogger akan menggunakannya sebagai satu kronologi entri mereka. Sebuah blog biasanya akan menunjukkan maklumat yang didahului oleh tarikh yang anda buat. Maksudnya entri  tarikh yang terbaru akan dipaparkan di blog anda.

Untuk membuat sebuah blog anda boleh menggunakan perkhidmatan dari wordpress atau Blogger dimana anda tak perlu memulakan blog anda dari detail kerana perkhidmatan ini dah sediakan kesemua sistem yang anda perlukan termasuk templates. Manyak senang...

Asas sebuah blog memerlukan entri dan lebih banyak kita updated lagi banyak prospek untuk mendapat perhatian. Walau bagaimana pun kita perlu ketahui bahawa entri yang berkualiti amat penting dalam berblogging dan jika updated selalu maka ia merupakan blog yang baik!!

Asas identifikasi blog yang baik ialah:
a) Mempunyai senarai  kronologi entri
b) Mempunyai kotak komen yang menjemput pembaca untuk mengomel.
c) Entri blog disusun mengikut tarikh, kategori, penulis atau label ( tag).
d) Mempunyai RSS ( Really Simple Syndication) untuk entri dan post.

Apa Itu Website

Website atau laman sesawang boleh menjadi apa sahaja. Apa sahaja yang ada di internet samada ia menggunakan HTML/CSS atau Java?Javascript dan lain-lain. Website boleh menggunakan entiti blog tetapi digunakan untuk "browsing" ke laman lain.

Untuk membina website yang baik anda memerlukan sedikit modal kerana terpaksa membinanya dari asas tetapi sekarang ini dah ada beberapa platform yang memberi perkhidmatan yang baik seperti Adobe Dreamweaver, anda mampu  membina website anda sendiri.

Blog boleh menjadi sebahagian daripada website dimana kita boleh membuat pages yang berlainan atau link ke website lain melalui blog kita. Website boleh menjadi sebuah satu pages atau per billion pengguna sosial network seperti Facebook.

Asas identifikasi website ialah:
a) Sebuah laman yang menunjukkan maklumat dari beberapa seksyen laman website yang lain.
b) Merupakan porfolio kerja
c) Terdapat pages yang menunujukan testimoni pengguna atau "feedback" pengguna.
d) Terdapat terma dan syarat
e) Terdapat "Contact Form" dimana pengguna boleh menghubungi anda
f) Terdapat perkhidmatan/ produk yang di tawarkan di pages yang lain.

Oleh itu apa yang anda mahukan? Pertama anda mesti memutuskan apa yang anda kehendaki. Jika jiwa anda suka membuat coretan dan mahu seluruh dunia membacanya maka sesuai membuat blog.
Jika anda mahukan satu portal online yang mempunyai pelbagai fungsi maka anda kena pergi ke website.

Untuk tidak mahu mengelirukan anda, sila baca pepatah omputih kat bawah ini:
All Apple are Fruits, but all fruits are not Apple
All Blogs are Website, But all Website are not Blogs
Sebuah blog boleh menjadi website dan  atas sebab itu di Malaysia  terdapat keunikan  ujudnya istilah blogshop atau blog on line. Dimana kita mengguna wacana blog untuk menukar kepada website yang lain. Tapi ia sebenarnya bukannya sebuah blog!!!

Sebagai contoh anda boleh pergi ke Blogshop INI dimana ia menjual produk affliate dengan mengguna wacana Blogger.

Saya harap anda semua dapat memahami apa itu website dan blog. Apa pendapat anda tentang perbezaan blog dan website?

 
Copyright © Whitey Mommy™