Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Kegemaran Sepanjang Masa : Cekodok Bilis

Faktor suka makan lah, berat badan susah nak turun,
pagi ni demam beransur kebah,
sakit tekak dah berkurangan,
tekak rasa nak makan cekodok bilis,
maka terhasil lah cekodok bilis,

Ku suka yang hangit2 sikit, hehehe jadi kalau goreng 3 kali,
1 kali gorengan (sekitar 7 ketul itu, ku akan goreng bagi garing sikit)
Makanan ni, dari kecil sampai besar memang kesukaan.
Pendek kata, ku makan cekodok bilis ini, seingat permulaan hidupku,
dari kecil sampai besar,
mak buat lagi sedap, walaupun diri sendiri pandai buat tapi mak punya tetap lagi sedapkan.

Bahan-bahannya semua orang pun tahu kot
Tepung,
bawang merah kecil
ikan bilis
telur
garam
dan gula

ku suka cekodok bilis yang manis-manis sikit, jadi gula tu mesti akan letak lebih sikit :D
rasa manis-manis tu sedap,
mungkin sebab tekak kelantan kan,
kalau orang selain kelantan atau tak minat makanan kelantan
memang tak lalu nak telan cekodok bilis manis :P

Cekodok bilis ku suka cicah dengan sos lada /sos cili
dan sambal kicap.. fuuuhhh kalau dapat sambal kicap memang habis sepinggan makan cekodok bilis ni.

Macam pelik ke kalau cicah cekodok dengan sambal kicap
hehehe dengar macam pelik bagi yang tak biasa,
tapi kalau yang biasa, goreng pisang cicah sambal kicap tu memang makanan sinonim lah
Ku kenal sambal kicap di jadikan pencicah kudapan ni,
masa belajar kat Matrik Melaka, masa tu memang tengok pelik sungguh bila acik yang jual goreng pisang kat kafe asmara jual goreng pisang cicah kicap
tapi last2, ketagih. tetiap petang mesti pergi beli.
Sekarang kalau teringat2 dah boleh buat sendiri dah.

Jauh dah perjalanan umurku, (termenung sorang-sorang)
Lagi 2 bulan umur dah masuk 30 dah, fuuh...

Planning untuk bulan Depan

Untuk mengelakkan bulan depan punya blog tak de entry,
rasa-rasa macam nak buat 30 days blogs challenge ni,
walaupun dah habis kot segmen ini,
tapi nak copy tajuk-tajuknya, boleh mendatangkan idea untuk update
at least sehari satu entry, ok lah kan..
daripada terus sepi,

kan nuffnang tak bagi income update lagi dalam blog kan?
Dulu pernah juga begitu, bila update pasal tak puas hati dengan nuffnang,
tetiba income naik dengan pantas,
tak tahu lah sekarang kan :P

Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi (Kongsi Rasa)

Fuuh..
puas tengok kawan-kawan menayang jeruk mangga masing2
disebabkan on diet jadi niat nak buat tu di tahan-tahan aje...
Bermula dari gambar ini rasanya,
saya tak tahu siapa punya gambar ini, kalau tuannya nak tuntu bagi tahu ya :p,
Jadi fenomena betul, hari-hari ada kawan-kawan facebook duk upload gambar jeruk mangga ini,
memang dugaan betul lah,
terliur tak yah nak cerita, memang nak makan,
tapi sebab on diet, gula tak boleh ambil, buah juga tak boleh makan :P apatah lagi asam boi tu kan,
jadi ku tahan jua, kerana impian nak kurus adalah bergunung everest tingginya.

Harga pun boleh tahan kan jika beli yang dah siap.

Maka, hendak dijadikan cerita,
saya juga telah terjebak, apabila sedang demam ni,
selera orang demam ni, mengidamnya lebih dari orang mengandung. Hahaha, semua benda rasa nak makan walaupun mulut tak rasa apa.

Maka malam tadi, ku gagahkan jua diri ke pasar borong mencari bahan-bahan
Mangga beli 1kg lebih = RM6.80
Asam boi = RM2.00
Cili padi = RM0.20 (ambil 5 biji je)
gula dan garam tak yah beli dah ada kat rumah (hahaha)
Maka total kosnya adalah RM9.

terhasil lah satu tupperware ni ha...

Memang kos murah, tapi masa  yang di ambil untuk kopek buah, semua tu agak bercinta juga,
sebab saya kurang mahir mengopek buah-buahan,
sebab tu suka makan buah yang terus ada isi je. :P
Tapi masa campur semua bahan tu yang paling cepat,
campak-campak je cili, garam, gula, asam boi dan mangga.

Demam-demam pun gigih juga nak buat,
sebab teringin, sapa nak buat kan kalau tak buat sendiri :P

Masa pergi kedai buah, acik kedai buah tu pun buat juga untuk jualan,
1 bekas bulat kecil tu dia jual RM5.
tapi saya kata nak buat sendiri,
dia pun siap bagi resipi, dia kata buat sendiri lagi jimat,
beli mangga sekilo dapat makan puas-puas,
acik buat ni untuk yang malas nak buat sendiri ..
Hahaha

Maknanya ku rajin lah untuk buat sendiri kan :P
Bukan apa, kalau demam ke mengandung ke memang ku suka masak sendiri,
tak tahu lah apa sebabnya, memang tekak tak boleh nak terima makanan luar,
sendiri goreng ikan,
sendiri itu dan ini,
sebab bila demam, selera makan ni tak boleh nak masuk dengan makanan luar,
masa mengandungkan Khalis dulu pun macam gitu juga
mesti nak masak sendiri
orang masak, makan mesti loya, tak muntah tapi rasa macam ada benda tersekat kat leher.
Penat ke tak larat ke mesti akan ku gagahkan diri juga memasak.

Jeruk mangga dalam proses peram,
mungkin esok kot baru boleh merasa, tapi duk cek tetiap jam dah ni,
dan dah tarik seketul demi seketul , takut tak sempat peram dah habis :P

Update: Jeruk mangga asam boi sudah siap peram (terlebih-lebih dari 5 jam)
komen saya, tidak lah sedap mana pun..
sedap lagi mangga cicah rojak mak bee.
mungkin bukan kena dengan selera saya kot.
atau mangga yang saya guna tu yang tak sedap.
guna mangga masam
(oghe kelate panggil "pauh reknge")

Tapi at least boleh lah merasa pengalaman buat jeruk kan.
tapi kalau jeruk tu letak gula dan garam mungkin kena kot selera saya,
sebab saya suka buat jeruk kedondong letak gula dan garam,
kemudian peram 3-4 hari baru makan,
sedap!
pendek kata bergantung kepada selera juga makanan,
selera kita tak sama. hehehe

Owh Nuffnang!

Rasa macam gempak je, tengok kat dashboard Nuffnang, banyak sungguh buffer earning,
sampai 5 tu...
tapi bila tengok income, mak aih.. ciput nau nau kan?
Sungguh ku rasa sangat tak logik, sebab income hampir sebulan 15 sen.
haish!
Iklan tiap masa bertebaran di blog, tapi income sen-sen sajooo..
apakah?
Baik remove je kan?
Nak letak iklan apa ek selain dari nuffnang?
sebab dari awal blogging lagi memang dah letak nuffnang ni,
dapat lah income sikit-sikit lepas lah nak buat beli baju ke, spender ke, baju tidur Khalis ke,
tapi sejak 2 menjak ni, makin tak logik lah rate nuffnang ni.

Sakit pulak hati, bila iklan bertebaran di blog, tapi income tak de pun berubah,
nak kata traffik rendah, sehari, cecah juga lah 200-300 UV walaupun blog tak berupdate kan,
kalau berupdate cecah 500UV keatas,
tapi income masih banyak tu.
ku perhati dalam seminggu dah tak naik-naik duk takat yang diprint screen tu je lah..

ada sesiapa yang mengalami seperti ku?

nampak gayanya tiba masa untuk ku beralih arah ke syarikat iklan lain,
lagi pun Nuffnang ramai lagi blogger yang nak tampal iklan,
tak di pandangnya blog cabuk macam ku ini.

Nak mati macam mana?

Berkongsi status dari Facebook (Aji Yusop)
status yang mendalam
Sibuk kejar kehidupan. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah.

Lewat bangun solat Subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat Asar ke mana, solat Maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takda, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al-Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet, "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat." Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game lagi.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duduk pandang kita. Terbangun solat Subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pulak. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al-Quran? Ala nanti-nanti boleh. Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah! 10 minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal 5 minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wuduk, nak solat. Itu alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Macamana tu?

Malaikat maut ziarah lagi. Alhamdulillah tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu. "Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi."

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?" Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni. "Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah! Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana. Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. Tepuk dahi.

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik. Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati.

Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Lama dah perhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila.

Tapi, semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?

Sama-sama jaga amal, sama-sama jaga aurat wahai sahabat. Tepuk dada, tanya iman.


Pemanis Stevia : Untuk yang berdiet

Diet dan Wanita adalah sesuatu yang tak dapat di pisahkan.
Sangat lah beruntung wanita yang makan banyak pun tak gemuk-gemuk.
Saya? Kalau makan banyak sikit, nak tengok penimbang pun takut.
Kalau makan secara tak sedar diri
contoh:
Pagi : Nasi Lemak
Tengah hari : Nasi dan lauk pauk
Malam hari : Nasi goreng/ Mee Goreng
Cukup seminggu, bersedia lah untuk menghadapi timbangan yang bakal bertambah 5kg lagi.

Dari tahun 2012 saya mula serius untuk menjaga berat badan.
sebab tahun 2015 umur dah masuk 30 tahun,
mencegah lebih baik dari merawat kan? Jadi nak lah BMI dalam keadaan normal,
supaya dapat terhindar dari sebarang penyakit.
Mudah-mudahan berjaya

Alhamdulillah, masa start angka depan adalah 7 sekarang angka depan 6, awal-awal hari tu dah 5,
tapi naik semula lah lepas culas tak bersenam dan tak jaga makan.

Bulan ni baru nak start balik,
kelemahan saya adalah suka sangat makan manis
Kek, kuih, air manis, saya kalah... bila tengok
yang lain boleh tahan lagi,

Tapi apa pun kena bertahan lah juga,
cuma kekadang rasa nak minum air manis,
terutamanya sirap. Fuuh, air yang murah, tapi kalau minum lega tekak.
Air manis adalah kalori yang membazir, sebab minum air manis akan menambahkan pengambilan kalori kita.
Nak guna balik kalori yang terkumpul bukan mudah,
sebab saya tak aktif sangat , sebab dah lama tak senam,
nak mula balik, takut-takut sebab terfikirkan kesakitan selepas pertama kali workout.
Tapi kena mula juga, sebab berdiet kalau tak aktif, badan jadi lembik.

Jadi saya cuba alternatif ni,
Pemanis Stevia,
drop 1-2 titik je dalam air sirap, kopi O, Teh O, dah manis dah.
mula-mula ingat tak manis, saya drop dalam 6 titik,
hambik ko, tak leh nak minum, manis gilerrrrr.
jadi saya titik 1-2 titik je untuk segelas air.

Dalam masakkan pun boleh guna, saya masak ayam percik hari tu pun letak ni,
dalam 4 titik dah cukup.
lepas ni, rumah ni dah tak kenal gula lah kot, dah lah kecik je botolnya
boleh jimat ruang dan bekas gula .

Berangan nak dapatkan balik berat badan masa Uni dulu-dulu : 50kg
Harap-harap berjaya hendaknya. Aamiin!!!
Dulu masa 50kg dah perasan gemuk je rasa badan ni,
sekarang, bercintalah nak hilangkan 14kg.
Memang naik mudah, nak turun lambat.
kecuali kalau betul-betul aktif cepat turun,
kerja dah menghadap laptop, duduk je memanjang.
kalau tak de kerja luar, atau stok makanan dah banyak kat rumah,
seminggu sekali je keluar rumah untuk beli stok makanan.

Perancangan : Turunkan sekitar 5kg lagi dengan berdiet, kemudian kita start senam pulak :P

Tukar Cat dengan Kertas Dinding

Mood datang untuk tukar cat dengan kertas dindin baru untuk Blog.
Asyik design blog orang je kan.
Blog sendiri nak merasa juga kan?

Kali ni template simple,
kurang guna image untuk design.

Saya design logo untuk diri sendiri,
buat dalam masa 15 minit,
buat ikut suka hati, mana tergerak tangan itu lah yang diklik2.

Tema memang tak lari dari warna pink
tapi kali ni, terap warna putih lagi banyak dari biasa,
nak tonjolkan warna-warna kegemaran,
sejak tahun lepas warna dusty green, army green tetiba menjadi kesukaan saya.
Agaknya sebab umur dah meningkat kot,
jadi selera pun dah makin berubah sikit-sikit.

Buat perbaharuan kepada design blog,
1. Sebab boring dah dengan yang lama
2. Sebab ramai yang keliru, biasa orang PM dan email tanya macam mana nak order blog?
kat mana nak bermula, jadi saya cuba cetuskan idea yang lebih simple supaya pengunjung mudah untuk klik pada bahagian yang mereka berminat nak tahu.

Visual adalah lebih baik jika kalian menggunalan laptop/pc. Guna phone banyak bahagian yang tak dapat nak dilihat dengan sempurna.


Product Review : Genie Bra & Cami Shaper (Original)

Baru aktif blogging dah nak review produk, ok juga kan?
dapat lah idea nak update blog sambil-sambil

Produk nak review namanya Genie Bra dan Cami Shaper,
under satu brand yang sama, walaupun nama lain-lain.

Serius, set baju dalam ini super duper selesa,
senang bagi semua peringkat umur dan juga status,
tak kira kerja pejabat ke,
suri rumah ke,
ibu mengandung ke,
ibu menyusu ke,
Saya berani recommend sebab memang ianya sangat selesa dan bila pakai terus fit
pastikan beli yang original dan juga dengan saiz yang betul-betul untuk badan kalian,

Kenapa saya cakap kena beli yang ori?
sebab yang tak ori (pengalaman saya membeli dari satu laman web)
bila dapat sangat-sangat kecewa, sebab
1. kain agak nipis
2. Bila basuh sekali dua dah rasa longgar-longgar bila pakai
3. Bau sponge dia macam getah plastik, saya pening bila pakai, sebab duk terbau-bau je getah tu

Ini antara sebab-sebab yang utama kenapa anda kena cari yang Original
mahal RM10-20 tak pe, asalkan puas hati bila memakai.

Genie Bra
Gambar ni adalah Genie Bra Classic Set
ada lagi set lain-lain:
Lace Classin Set
Milana Set (Lace Front)
Modern Set
Pastel Set

Memang selesa dan mudah, sarung sahaja dan ready untuk pakai baju.
Tak terasa pun seperti memakai pakaian dalam gitu.


Carta saiz untuk Genie Bra.
Memang mula-mula nampak macam tak yakin nak beli, tapi Genie bra ini akan follow saiz kalian, pakai sekali dua kali akan rasa perubahan

Lemak-lemak tepi ketiak,
lemak-lemak bahagian belakang, rasa flat aje,
pakai baju tak de lah nampak gelembung kiri kanan dan bahagian belakang.

Harganya tak mahal, kira mampu milik.
RM50 untuk 3 helai (satu set)
harga adalah tidak termasuk postage.

Cami Shaper


Cami Shaper ni produk terbaik punya,
yang nak hide spare tyre , love handle,
yang nak belakang flat tanpa gelembung-gelembung yang tak diigini,
Cami ini lah yang paling sesuai untuk kalian.
SERIUS ini tak tipu, ini betul-betul.
Sarung Cami shaper ni, then pakai baju kurung
Nampak kemas terus badan.

Setakat ini yang Original yang masuk pasaran Malaysia
Warna Classic sahaja, warna-warna lain belum masuk lagi.

Sarung Sahaja semuan benjolan yang tak diigini akan di sorokkan,
Nak kurus bebetul kenalah diet dan senam kan? hehehe
Tapi Cami ini mampulah untuk kalian bergaya dengan perut dan belakang yang flat ;)


Ini adalah Carta Saiz untuk Cami Shaper.


Ini diagram nak tunjukkan secara ringkas macam mana Cami Shaper ini berfungsi,
ada 5 bahagian yang akan disorokkan

Harga sehelai adalah RM39 (tidak termasuk postage)
Kira berbaloi dah sangat.

Bila kalian pakai tak sangka tau ianya hanya berharga RM39 dengan effect yang diberikan ;)

________________________________________

Ok!, dah baca kan?
ada rasa teringin nak memiliki? sama ada Genie Bra atau pun Cami Shaper?
dan ini saya memang boleh bagi jaminan, ianya adalah Original,
boleh beli dengan Puan Ira Nasrinmall
Saya tak jual, saya tolong promote sahaja :)
Berminat boleh PM di facebook Puan Ira tu ya :)

Ulang Full House Berkali-kali

Jangan tak tahu, saya juga peminat Drama Korea, masa dulu-dulu lah, sekarang dah jarang tengok,
Masa zaman Uni dulu, memang sanggup stay up berhari-hari nak habiskan CD Drama Korea
dah kalau total 16 CD, mahu sekitar 2 hari juga nak habis,

Zaman dulu, tak de lagi online-online ni,
nak download pun tak tahu source jadi beli lah yang dah di burn dalam CD murahan aje
ataupun pinjam dari kawan-kawan.

Lepas test ke, lepas exam, stay up tengok Drama Korea,
Masa tu duk rumah sewa, tengok dengan member-member sekepala,
Rabak mata lah jawabnya stay up tengok Drama Korea

Korea dulu tak macam sekarang (pada pendapat saya lah)
Dulu lain sekarang lain, Drama korea sekarang saya kurang minat sangat.

Dalam banyak-banyak drama yang paling minat giler-giler Full House,
tak tahu kenapa rasa cerita ni macam perfect sangat.
kelakar, sedih, gembira, bahagia,
kira perasaan yang cukup lengkap lah ada dalam drama ni.

tu cerita masa zaman uni, tahun 2005
tetiba demam Full House kembali pada tahun 2014, gara-gara terpandang gambar Rain Bi
kat timeline FB.
Gambar dia tengah shoot Drama terbaru dia,
nampak Rain Bi teringat lah Full House,
maka dengan kemudahan yang ada,
mula lah mengoogle segala macam sumber
You tube, torrent
nak download punya pasal,
saya download yang versi di jual di malaysia punya,
biasalah gambarnya confirm OUT, tak cantik dan pecah2.

Google dan terus Google, rupanya Full House ni ada versi DVD yang Director's Cut punya.
cari lah sumber nak download,
seminggu klik sana-sini, akhirnya berjaya download.
atas bantuan dari seorang teman dari Australia (mat salleh pun giler drama korea kau?, dahsyat kan??)

Dah berjaya download saya simpan terus dalam laptop dan juga dalam Hp,
Khalis pun layan Full House juga,
sampai hafal lagu 3 ekor beruang yang Han Ji Eun nyanyi tu.

Ini siap masukkan dalam phone, tengok merata-rata dimana-mana,
tak tahu berapa kali ulang dah.
cuma yang kurang bestnya, dia punya subtitle, tak tepat sangat,
dari segi kualiti gambar memang superb.

Nampak sebiji-biji liang roma,
masa ni tak da BB cream lagi kot kan.
hehe. tapi masih lagi bersih dan cantik Song Hye Kyo ni,
sekarang dah ada BB cream confirm lah lagi mulus kan?

Jung Ji Hoon (Bi Rain), masa ni gonjeng lagi, sekarang dah dewasa pun,

Memang terang versi DVD ni,
walaupun masa tu belum ada HDTV lagi.

Versi Director's cut ni panjang sikit sekitar 5-10 minit untuk satu-satu episod,
kira yang tengok sebelum-sebelum ni jika bukan director's cut memang dah dipotonglah
jadi ada lah miss beberapa scene untuk satu episod.

Full House ni tengok ulang-ulang kali pun tak boring.
Gandingan Song Hye Kyo dengan Bi Rain memang menjadi.
Sebab tu lah kerana drama ini lah nama mereka berdua melonjak-lonjak popular.

Adik Khalis : Mya Sara

Semangat bukan main, asyik nak taip entry je rasanya. Post sebelum ni kata nak update pasal adik Khalis kan?
Ha ni dia
namanya Mya Sara,
Orangnya comel dan wangi juga, sebab bau baby sangat-sangat harum
Bibir macam pakai lipstick :)
Tembam juga, sedap didukung dan dipeluk

Sebenarnya ini anak jagaan saya aje, jadi lah kan? merasa juga jaga baby girl, dapat pengalaman jaga baby girl dan juga baby boy (masa Khalis dulu lah)

Baby girl ni cerewet terutama bahagian kebersihan, pampers tak boleh basah sikit, dia akan meragam,
tak boleh berpeluh, nanti tak selesa,
dia punya ragam manja terlebih berbanding baby boy .
saya secara rasmi menjadi babysitter  Mya sewaktu dia umur 4 bulan.
Semoga dapat jaga baik amanah dari ibu bapanya kepada saya.

Muka Mya dan Khalis ni, agak sepesen sebenarnya, tengok dalam gambar atas ni, macam ada sama, hehe :)
cuma ada beza dari segi boy dan girl. Girl ni mulut memang awal-awal dah terbentuk macam pakai lipstick. Girl mulut nipis aje.

Macam samakan?Kalau kata adik beradik pun orang percaya.
Perkenalkan watak baru dalam blog ini,
Mya Sara ;)

tak sabar-sabar nak taip kan.
In shaa allah next time akan diupdate lagi pasal Mya dan Khalis
itu pun kalau rajin
harap mood sentiasa rajin untuk update blog.

Hati tengah bercampur baur sebenarnya,
mencari alternatif untuk menghiburkan hati sendiri, jadi update blog kira ok lah kan :D

Dak Khalis Praktis Solat Jumaat


Anak bujang dah besar dah :)
selalu je orang duk tanya, bila nak beradik, bila nak beradik :P
Jawapannya saya senyum je, tak boleh nak bagi kata putus, itu rezeki Allah.
Kalau Dia nak bagi dia akan bagi juga.
Tapi sebenarnya Khalis dah ada adik perempuan dah :)
In shaa Allah esok ke lusa saya up entry , eh, ke kejap lagi nak up entry pasal adik Khalis.

Khalis dah dibawa untuk belajar Solat Jumaat.
Anak dah besar, maknya paranoid sebab berita sekarang macam-macam
Dunia dah tua, manusia yang perangai pelik-pelik pun akan keluar,
semoga kita semua sentiasa dilindungiNya

Sekali je paknya bawa pergi solat jumaat, ulang-ulang dia nak pergi .
Seronok lah kot, pengalaman baru kan.
Besar dah anak, mak pun dah makin tua.
Ingat tua, ingat mati,
tak berapa lama dah kita hidup di dunia ini,
masa pantas berlari. Sangat pantas.

Sejak dua menjak ni semangat rasa nak update blog,
mungkin sebab ada kawan yang nak aktif balik berblog kan.
Sebab tu terpercik sama.
harap berterusan lah ya :P

asyik design blog orang je, blog sendiri memang terbengkalai,
kekadang ada idea, tapi tak dapat nak taip sebab mood pergi ke design,
kalau tetiba ada masalah dalam mendesign, mood dah terbang,
tak syok nak menaip bila mood terbang.

Rindu dan sebal

Rindunya nak berblog, nak bercerita,
tapi saya ni tak pandai bercerita,
kalau bercerita mesti nak bercerita habis,
kalau tak puas hati mesti akan terluah juga,
blog kekadang terlalu open, jadi tak sesuaikan,
maksud kita lain, orang faham lain, jadi lah salah faham,
nak cerita pasal apa lagi ?
Pasal anak, kan orang komen melampau-lampau maknya yang sentap pulak lelebih kan?
Nak update design blog terbaru, kan ada pula yang tiru sakit pula hati kita kan?
kalau tiru idea tu saya masih boleh tahan lagi rasa sebal walaupun dah nak termuntah bagi tahu
"itu untuk customer saya, mereka bayar, tolonglah jangan tiru sebiji"
yang paling saya SEBAL yang jenis terus tiru image sebiji-biji dan bina satu lagi blog design untuk customer mereka.
Bukan nak cakap,
dah bergelar designer sangat kan? create lah something new. Berinspirasi dari hasil kerja orang tak salah pun, dah memang idea itu subjektif, cuma kalau dah copy paste terus image/grafik yang telah designer lain jual kepada customer mereka itu, macam mana nak kira?
sekali dua boleh lagi tutup mata.
Dah bagi warning dah, tapi masih buat lagi,
Saya pun pernah buat salah, bukannya saya tak pernah buat salah,
tapi bila orang tegur atau bagi warning, saya akan perbaiki dan at least say sorry.
bukannya buat tak tahu dan terus diam lebih dahsyat lagi, terus menerus curi image.
BERINPIRASI tak salah pun, dah nama designer kan, kita mesti lah ada berinspirasi,
tapi kalau tiru atau curi sebiji-biji image dan grafik orang?
Jawablah sendiri, anda pasti ada jawapannya.
 
Copyright © Whitey Mommy™