Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Contest :"Tell Us About Your Skin" by Reel Beaute

Assalamualaikum w.b.t :)
Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog sepi ini, Entah bila lah kan nak aktif balik sebab makin malas dan malas nak update blog walaupun saya memang aktif je mendesign.

Tujuan update blog ni sebab teringin nak join contest by Reel Beaute, sebab hadiah lumayan... RM300 cash tu.. Bila menang tempat pertama, harap-harap menang lah hendaknya..;)


Semat-mata nak join contest ini, maka saya dengan paksa relanya mengupload gambar saya di blog :P Umur dah masuk 30an, kulit dah makin kena jaga dengan rapi sebab kolagen dah mula menyusut dan tanda-tanda kedut sudah mula nampakkan.

Ok! cerita bab kulit seperti  yang diminta oleh pihak penganjur.

Kulit saya adalah jenis berminyak, kemerahan dan pori-pori jenis mudah terbuka jika penggunaan alat cucian yang salah.

Saya memang jenis yang tak suka langsung pakai makeup, sebab tak pandai make up pun ya. Jadi, penjagaan kulit saya hanyalah skin care semata, sunscreen then lip balm. lepas tu keluar rumah.

Simple dan mudah orang kata.

Dah masuk 30an ni baru nak jaga muka dengan details, maka nak kena jaga betul-betul kan, kena buat pemulihan dan pemeliharaan dari dalam.

Pilihan untuk barang penjagaan kulit saya adalah Brand Cosrx dari Korea. :P

dan saya bahagikan penjagaan kulit saya kepada 3 rutin. Rutin pagi, Petang dan Malam (sebelum tidur)

Buat masa ini, inilah yang dicadangkan oleh penasihat kulit saya, kerana untuk mengurangkan kemerahan dan nak kecilkan balik pori-pori yang terbuka. 

Rutin Pagi, saya gunakan set produk diatas.
lepas tu bila nak keluar saya akan pakai sunscreen untuk mengelakkan sun burn sebab buka saya memang cepat jadi merah bila kena direct cahaya matahari dah tua-tua ni dia jadi sensitif pulak dengan cahaya matahari, nampak gaya kena pindah duk Korea lah kot kan. Cuaca sejuk je.. :P

Ini pulak Rutin Petang, saya guna oil to foam cleanser lepas keluar nak cuci balik sunscreen yang lekat kat muka kena cuci betul-betul supaya tidak tersumbat dalam liang pori-pori yang terbuka. then baru pakai Cuci muka yang label warna merah tu.

Ini rutin sebelum tidur, saya pakai balik cuci muka yang untuk pagi then saya akhiri dengan black head cream tu, sebab nak bagi white head black head di nyahkan dari dalam pori2..


Seminggu sekitar 2-3 kali saya akan pakai Mask, Mask biasa saya guna mask Freeman.

Ini adalah rutin penjagaan setiap hari saya,


Lihat pada produk baru yang Reel Beaute bakal pasarkan ini, ianya menarik minat saya untuk mencuba, Kombinasi Serum dan CC cream! Menarik...
Serum ini :
✅ Dihasilkan melalui Teknologi Nano.
✅ Mempunyai SPF35+ untuk melindungi kulit daripada sinaran UV
✅ Merawat dan mengatasi permasalahan kulit dari dalam.
✅ Menremajakan kulit menjadikan kulit berseri.
✅ Menutup cela di wajah
✅ Menjadikan kulit kelihatan sekata
✅ Mudah disapu dan tidak melekit

Pada saya ianya mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah terutama part sekatakan kulit dan menutup cela pada wajah kerana saya juga mempunyai tona kulit tak sekata dan ada cela iaitu parut-parut yang masih belum clear sepenuhnya.

In shaa Allah ada rezeki boleh lah menang tempat pertama ;)

Kepada yang nak join juga contest ni
sila ke link ini : http://www.reelbeaute.com.my/2016/05/blogger-contest-by-reel-beaute_18.html

Ceritakan tentang penjagaan kulit kalian.. :)
Hadiah yang ditawarkan pun menarik juga.. :)
 
Copyright © Whitey Mommy™