Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Copycat : Kecewa di hati

Assalamualaikum W.B.T.

Lama pula tak meluahkan perasaan dalam blog. Rasa macam tak best.
Tapi rasa nak cakap juga kan.
Sekali sekala apa salahnya orang kata.

Dah banyak kali tengok tapi diam je :(

Sebagai seorang designer, saya banyak belajar. Bukan tak pernah alami pun masalah dikatakan tiru design apa semua tu. Pernah. Tapi saya improve sikit demi sedikit untuk nampakkan kelainan dan beridentiti sendiri.

Orang kata belajar dari pengalaman. Dah kita tahu macam tu tak betul perlahan-lahan kita bina hasil kerja tersendiri. Tak de orang pun yang tak buat silapkan.

Inspirasi dengan tiru bulat-bulat dua benda berbeza, kena take note yang tu. Sebagai Graphic Designer, idea dan identiti tersendiri amatlah penting. Jangan tiru hasil kerja orang bulat-bulat itu dah dikira meniru.

Lagi-lagi apa yang ditiru tu daripada designer yang menyara hidupnya melalui hasil kerja freelancenya sahaja. Apa perasaan anda bila jadi designer tu? Memang sedikit sebanyak sentap tu pasti ada.

Kita tak boleh nak guna lah alasan customer request. Tapi tak kan kita sebagai designer tak boleh nak cakap NO atau suggest design yang more better,  hasil idea kita sendiri kan? Itu namanya inspirasi.

Saya boleh tahu design mana yang ditiru dan boleh buat perbandingan dengan apa yang anda tiru dan idea asal.

Please..
Jagalah etika, jangan pentingkan diri sendiri.


 
Copyright © Whitey Mommy™