Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Bagaimana Menjamin Keselamatan Kanak-kanak di Rumah Anda.


Mempunyai anak-anak kecil di rumah memerlukan sifat waspada serta peralatan dan perlengkapan keselamatan tambahan yang akan benar-benar menjadikan sebuah kediaman selamat untuk kanak-kanak.  Apabila anak-anak anda meningkat dewasa, anda boleh menyesuaikan prosedur keselamatan dan perlengkapan anda tanpa menjejaskan gaya dan tema yang anda inginkan untuk kediaman anda.

Cubalah melayari portal hartanah seperti PropertyGuru dan cari house for sale in Malaysia (rumah dijual di Malaysia) dan anda akan mendapati walaupun kebanyakan rumah sekarang memiliki suasana dan kawasan yang selamat, dalaman rumah mungkin tidaklah sangat selamat.

Bahagian Dapur
  • Pasangkan selak keselamatan pada semua kabinet dan laci untuk menjauhkan kanak-kanak daripada produk isi rumah.  Apa sahaja yang anda tahu sebagai beracun, letakkan ia di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak dan kuncikannya.
  • Simpan produk isi rumah dan ubat-ubatan jauh daripada makanan dan minuman.
  • Gunakan api dapur di bahagian belakang dan pusingkan pemegang periuk ke arah belakang dapur untuk memastikan peralatan dapur yang panas ketika memasak tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak
  • Letakkan perkakasan dan peralatan dapur di tempat yang tidak boleh dicapai dan jauh daripada  tepi meja dan kaunter.
Bilik Mandi
  • Pasangkan selak keselamatan pada kabinet dan laci untuk menjauhkan kanak-kanak daripada produk isi rumah yang berkemungkinan beracun.
  • Simpan ubat-ubatan dan produk lain di dalam bekas simpanannya yang asal.
  • Pasang kunci pada penutup tandas untuk memastikan penutup tandas ditutup.  Kanak-kanak mempunyai lebih bebanan di bahagian atas daripada orang dewasa dan badan mereka mudah condong dan terjatuh ke dalam tandas.   Mereka juga boleh lemas hanya dengan kedalaman seinci air.
  • Pasangkan alat anti-panas pada kepala paip dan pancuran untuk mencegah daripada melecur.  Juga tetapkan termostat alat pemanas pada 120 darjah.  Ia mengambil masa hanya 3 saat untuk seorang kanak-kanak mengalami luka terbakar tahap 3 disebabkan air pada kepanasan 140 darjah.
  • Tanggalkan palam alat pengering dan penggulung rambut selepas menggunakannya untuk mencegah kejutan elektrik apabila terkena air di bilik mandi.  Juga jauhkan ia daripada kanak-kanak yang bersifat ingin tahu bagi mengelakkan kebakaran.
  • Tutup soket elektrik yang tidak digunakan dengan pelindung soket atau penutup keselamatan.
Sekeliling Rumah
  • Gunakan pagar keselamatan di bahagian atas dan bawah tangga dan laluan ke bilik-bilik yang berbahaya.  Pagar dengan palang tekanan yang boleh mengembang seharusnya tidak digunakan untuk bahagian atas tangga.  Sebaliknya, gunakan pagar yang dilekapkan ke bingkai pintu menggunakan perkakasan.
  • Gunakan penutup tombol untuk menjauhkan kanak-kanak daripada bilik dan kawasan berbahaya.  Berhati-hati, sungguhpun, alat ini adalah mudah untuk orang dewasa menggunakannya ketika kecemasan.
  • Letakkan pelindung pada bucu dan hujung perabot dan benda-benda lain seperti pendiang api untuk mengelakkan kecederaan.
  • Letakkan perabot jauh daripada tingkap-tingkap yang tinggi agar kanak-kanak tidak dapat memanjat ke jendela tingkap.   Bidai tingkap tidak cukup kuat untuk menahan kanak-kanak daripada terjatuh melalui tingkap.
  • Pastikan bidai tingkap tidak mempunyai tali yang bergulung -- ia boleh menjadi bahaya terjerut kepada kanak-kanak.
  • Alihkan penutup yang mudah jatuh daripada peti simpanan permainan,  ia haruslah mempunyai penutup yang sentiasa terbuka atau ringan, yang boleh ditanggalkan.
  • Halang perabot daripada terjongket dengan melekatkan rak buku, para, dan perabot berat ke dinding dengan pendakap dan penambat.  Apabila menyimpan barang, letakkan barang yang lebih berat di rak dan laci bahagian bawah.

 
Copyright © Whitey Mommy™