Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Takoyaki Homemade By Whitey Mommy


Lama tak bersiaran..
Banyak rumah terbuka ke uols? hehe..
Alhamdulillah takoyaki kami makin mendapat tempat dikalangan peminat makanan yang simple tapi sedap.
Dah 8 bulan kami mulakan perniagaan ini..
buat kecil-kecilan sahaja di rumah..
Harga mampu milik..
puas makan ramai-ramai.
Homemade with love gittu...
Sos saya buat sendiri, tepung pun dibancuh sendiri, tak guna yang instant punya.

Kami buat kat rumah, 

Bagi yang nak rasa yang berada di sekitar Selayang, Batu Caves, Gombak, Taman Melati , kepong dan kawasan yang berdekatan.
boleh Whats App : 010 845 1008

Kami juga membuat penghantaran ( caj penghantaran dikenakan mengikut jarak dari rumah kami, dan Anda juga boleh self pick up di rumah kami.
 
Jangan Lupa.. Like Page kami..

15KG untuk dibuang

Lama tak update blog..
Tetiba rasa macam nak menaip tanpa henti..
tanpa syarat
tanpa prejudis
tanpa takut..takut.. boleh kah?

Saya jarang berblog sebab hati tak selari dengan jari..
Saya start berblog tahun 2010.. masa tu.. saya lebih bebas untuk berkata-kata kerana tanpa banyak rasa dan beban yang ditanggung..

Tapi selari dengan umur yang meningkat.. sudah pasti makin banyak bebanan yang ditanggung kan?
Jadi jari menaip dengan meluncur laju selari dengan apa yang dirasa..
disitu lah saya start untuk tidak berblog tentang apa-apa pun..

Olahan dari hati.. jari menaip mengikut hati..
sebab blog post bukan karangan yang boleh kita rangka..
ianya mesti dari hati..

Tahun 2017 .. azam utama macam biasa.. nak turunkan berat badan.. dari berat yang 58kg nak turun kepada 50kg..  tak menjadi-jadi malahan makin naik pulak berat..

Saya sejenis manusia yang bila stress berat badan akan meningkat walaupun makan tak banyak..
sebab tabiat pemakanan tak teratur.. berat badan akan naik juga.. Tidak semestinya orang makan banyak tu gemuk. Terkadang makan sikit pun gemuk sebab bila stress, hormon dan fungsi badan pun tidak akan berfungsi dengan baik.

Sedar tak sedar  masa raya hari tu lah.. timbang2 dah jadi kepala 7.. :(.. bayangkan 70kg.. dan... baju saiz XL pun dah sama sendat.. pakai semua tak kena rasa..
Bulan puasa dapat lah turun 2kg hari tu.. jadi raya ke 4 hari tu cuba timbang balik.. berat.. sekitar 67kg..
Masa tu dalam hati dah tekad juga.. sebab lutut dan sakit.. belakang sakit sebab saya suspected ada Scoliosis .. berat badan memang memain faktor penting bila dah sakit.. kegemukkan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit.

Maka. dengan itu saya tekad.. eat clean, eat healthy dan being active.. Susah ke senang?
mula2 memang susah.. tapi bila dah terbiasa.. In shaa Allah.. akan jadi senang kan?
saya minta dengan Allah hari-hari saya nak 50kg.. by bulan 10 ni.. In shaa Allah jika Allah izin semua jadi mudah kan? di samping saya perlu berusaha ke arah itu..

Minggu pertama.. saya mula dengan Salmon, brokoli dan capsicum.. semua grill mix herbs + garam sikit bagi rasa.. kenapa 3 makanan ni? sebab 3 makanan ni tergolong dalam makanan-makanan yang mempercepatkan pembakaran lemaks..

Saya ambil Baked Sweet Potato as Carbs.. sebesar penumbuk je..

Rancang nak buat atkins.. tapi saya tak boleh tolerate terlalu kurang carbs dalam badan..

Pernah buat atkins dulu-dulu .. Turun 18kg..dalam masa sebulan.. masa tu berat saya adalah 78kg.. tapi.. makin meningkat usia dah tak boleh nak buat atkins dah..
jadi kita eat clean aje lah.. less salt no sugar added.. :p

Workout saya akan mula bila badan dah capai 55kg.. untuk toningkan dan firmkan kulit..

Owh! Air kena ambil 3 liter sehari without fail..

Nanti saya akan keep on update lagi... untuk journey fitness... rasa nanti nak selit2 kan juga pasal Khalis :) In shaa Allah try to be active again.. Maaflah buat pembaca blog whitey mommy. Jika penulisan saya tunggang langgang.. :)

Takoyaki Whitey Mommy


Assalamualaikum W.B.T...
Permulaan tahun 2017 ni, Saya mula dengan perniagaan baru, iaitu takoyaki,
menggunakan pengalaman saya sebagai bekas pengurus restoren Sushi King dahulu,
In shaa Allah saya jual dengan harga berpatutan.

Saya buat penghantaran sekitar Lembah Klang.. Asalkan sanggup bayar Caj penghantaran..
Almaklumlah harga minyak naik, memang caj penghantaran tak boleh bagi percuma.

Yang berada di sekitar Lembah Klang, seperti Selayang , Batu Caves, Gombak, Kepong, Sri Gombak dan kawasan sekitarnya. Boleh Whats App 0108451008 untuk tempahan.

Maklumat lanjut tentang Takoyaki, macam inti ke topping saya bagi apabila orang whats app ya.

Nescafe Dolce Gusto Piccolo, Si Penguin Pembuat Kopi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog Whitey Mommy :)

Lama tak update jarang-jarang muncul kan? Sesekali muncul kita taip sesuatu yang best sikit!
Dapat jemputan dari Involve Asia untuk majlis pelancaran Nescafe Dolce Gusto Piccolo. Jadi saya review sikit pasal Mesin Kopi yang comel ini ya.
Nak cerita pasal Coffee Machine. Minum kopi ni satu kemestian especially untuk pengemar kopi kan?
Nak pergi beli hari-hari kekadang rasa macam tak berapa nak rajin kan? Tapi kekadang kalau dah gian juga nak kan kopi, kaki automatik akan rajin untuk pergi beli. Nak buat sendiri kekadang rasanya tak sama dengan kedai punya, sebab kita tak tahu nak bancuh ke atau memang malas?
Coffee addict pasti faham macam mana hidup tanpa minum kopi boleh murung kan? Begitu lah saya pada waktu dahulu tapi kini saya macam dah boleh kawal. Tapi tetap tak boleh nak jumpa kopi mesti  tak senang duduk.

Berita baik! untuk semua penggemar kopi tapi kurang rajin nak menapak ke kedai kopi.. haaa ni nak tunjuk ni.. machine comel bernama Nescafe Dolce Gusto Piccolo dari Nestle. Mesin baru yang kecil comel tapi dia punya fungsi... hebat! tekan aje dah boleh keluar macam-macam jenis kopi, nak apa? Capuccino, espresso, latte, atau chocolate pun boleh.. :)

Ni lah dia.. Nescafe Dolce Gusto Piccolo


Nak gunanya? mudah sangat.. sebab apa? sebab ada manual yang lengkap lah...



Yang paling best dia punya serbuk kopi, susu dan cream semua dah standby dalam 1 kapsul, macam mana kapsul dia? ni tengok kat bawah.. Pilih aje yang mana kopi kegemaran anda, tak payah susah susah nak guna sudu bagi . Masukkan kapsul-kapsul ini, Kopi anda sedia di dalam cawan.

Ini saya nak tunjuk berapa banyak pilihan serbuk kopi untuk anda.. :) Jadi tak payah risau dengan kesibukkan kerja di zaman moden ini, tidak akan menjejaskan hari  anda untuk menikmati kekenakkan kopi masukkan kapsul ke dalam Nescafe Dolce Gusto Piccolo semuanya selesai..
Nescafe Dolce Gusto Piccolo adalah mesin kopi yang sangat-sangat mudah dikendalikan. Tengok manual sekali je dah boleh buat  terus. Mesin yang kecil, comel, tak makan banyak ruang tetapi boleh hasilkan kopi kegemaran anda tanpa perlu bersusah payah.
Balik kerja penat-penat dalam jem tekan aje si penguin Nescafe Dolce Gusto Piccolo ini. Anda sudah sedia untuk menikmati secawan kopi kegemaran anda. Sangat mudah!
Serbuk kopi adalah dalam bentuk sedia digunakan. Disimpan kemas di dalam kapsul yang kedap udara. Ada dua jenis cara membuat kopi menggunakan mesin Nescafe Dolce Gusto Piccolo ni.
1. Dengan menggunakan 1 kapsul sahaja  untuk kopi yang tiada penambahan cream/susu.
2. Dengan menggunakan 2 kapsul untuk kopi yang ada penambahan cream/susu

Saya share langkah-langkah nak buat kopi yang menggunakan 1 kapsul ya. Walaupun dah ada dalam manual, mungkin dengan penerangan saya anda nampak macam mana mudahnya nak gunakan si penguin kecil ini.


Mudah bukan? ya.. sangat mudah... :) Sangat sesuai bagi penggemar kopi yang sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas harian. Jimat masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Dirumah pun boleh kopi-kopi tak perlu nak redah jam  atau hadap suasana bising di kedai-kedai kopi. Anda hanya perlu ada sebuah Nescafe Dolce Gusto Piccolo dan ianya akan membuat kopi untuk anda nikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.


Anda boleh dapatkan :
•   Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine  Secara eksklusif di Lazada.

http://lazada.com.my/nescafe-dolce-gusto-piccolo
•   Pra-tempahan secara online bermula dari 21-30 April 2017
•   PROMOSI PRE-ORDER : Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine, Free 1 x Limited Edition Box (3 Random Designs) - 16 Capsules.  SELAGI STOK MASIH ADA.



Berita baik untuk pembaca Blog Whitey Mommy..
Anda akan mendapat 10% diskaun dengan setiap pembelian di Lazada.


Voucher Code Sponsored by Lazada

KOLVoucher Code
​​
PICCOLO10WM




Rasa macam nak tukar template baru...

Assalamualaikum W.B.T

Lama sungguh tak update blog, rindu nak taip macam-macam tapi tak sempat.. Anak dah masuk sekolah kena gigih sikit mencari duit.

Mana nak cek kerja sekolah. Tambahan sekarang saya dah start buat bisnes makan kecil-kecilan dari rumah.

Bisnes apa? Ni ha.. takoyaki.. berbekalkan pengalaman yang ada masa kerja di Sushi King, saya olah takoyaki saya sesuai dengan selera orang melayu gittu.

Kawan-kawan area Selayang, Batu Caves, Gombak dan sekitarnya jika nak rasa boleh lah roger-roger :) Kami buat penghantaran ke rumah atau tempat kerja atau dimana-mana saje . Kami hantar juga sekitar lembah Klang tapi  secara spesifiknya kami utamakan kawasan sekitar kediaman kami.

Nak kami hantar sekitar Lembah Klang tak de masalah, asal sanggup bayar delivery charge nya ;) .

In shaa Allah takoyaki kami sedap, homemade, halal dan In shaa Allah anda pasti akan terkenang-kenang. Amacam! hebat tak puji diri sendiri.. hahaha.


Bisnes Grafik macam mana? Of Course ! masih berjalan, kerana ianya adalah darah daging. Takoyaki Suami yang fokus dan saya lebih kepada kerja azali saya sebenarnya.

Jarang update portfolio sebab tak sempat. Nak menaip tapi terkadang takut merewang entah ke mana-mana. Khalis dah start sekolah, lagilah kelam kelibut.
Hidup dah berubah, tak sama macam tahun-tahun masa dia kecil dulu. Dulu boleh update blog hari-hari sekarang nak update blog sebulan sekali pun payah dah.

Saya masih menerimah tempahan blog design, dan juga sebarang grafik design. Cuma sekarang saya dah upgrade kepada Printing :) Kalian yang nak design dah boleh printing dengan saya sudah...

Sempena tahun baru ni, Tuan blog duk rangka nak tukar template baru, tapi tak jumpa konsep lagi. Adakah buat bunga-bunga pulak tahun ni? lama dah tak pakai template bunga-bunga ni :)

 
Copyright © Whitey Mommy™