Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Permulaan 2018.. :)

Assalamualaikum W.B.T
Lama betul tak ambil tahu pasal blog kan?
Sangat-sangat lama..

Saya masih disini...
masih design.. :)
masih design blog..
masih lagi bernyawa...
cuma usia ajelah makin bertambah...
Dah makin tua.. makin terasa tak tahu nak update apa dalam blog ni..

Rasa nak update macam-macam cuma masih releven kah?
ada ke pembaca blog ni?

Saya mula aktif sejak 2010.. toss and turn dalam dunia blogging..
saya mula menyepi dan menyepi..
tapi.. saya giat aje membuat design-design blog, website, dan grafik yang lain...

Khalis pun dah besar..
banyak cerita tapi biarlah dipendam sendiri..
dunia media sosial sekarang tidak sama seperti 7 8 tahun lepas..
masa berlalu begitu pantas begitu juga cara pemikiran..

Betapa rindunya zaman blogging yang dulu..
bebas berbicara..
Saya berhenti berbicara di dalam blog kerana saya tahu..
diri ini tak mampu nak hadapi haters...

jadi.. better diam dari berbunyi..
tapi rasa macam nak aktif semula.. cuma ..
nak aktif pun nak cerita apa kan?

"Luahan Designer yang tiada idea pada pukul 3:52pagi : 24/01/2018
 
Copyright © Whitey Mommy™