Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Blog Design For Khayla

#throwback
Blog Design untuk Khayla.. :)

Khayla mahu blog yang simple tapi sweet..


Saya design blog berdasarkan permintaan client..
Client nak macam mana, saya cuba realisasikan :)

Intermittent Fasting Diet - 16 jam Puasa 8 Jam masa untuk makan

Perjalanan untuk turunkan berat badan tak pernah ada titik noktah. Sejak dari beranak sampai lah sekarang. Susah nak consistent dengan aktiviti yang aktif (ALASAN!) susah juga nak jaga makan..
Apa pun untuk menjadi ramping ada sifir mudah iaitu (80% pemakanan 20% senaman)
Nak turunkan berat badan nak nampak lean semuanya kena tengok keadaan kita makan.
Makan dah macam-macam, tapi dengan harapan nak kurus. Memang mimpi di siang hari. Bagi yang tak aktif memang kena jaga corak pemakanan supaya badan tak tersimpan lebihan tenaga yang mana ianya akan ditukarkan kepada lemak.

Tahun 2018, azam saya nak turunkan berat badan sehingga 50-55kg SAHAJA dan nak maintainkan berat itu sehingga bila-bila. In shaa Allah.
Jadi research macam-macam untuk dapatkan cara diet yang terbaik sebabnya masalah utama saya, bila stress badan saya akan naik. Sebab bila stress saya akan salurkan kepada aktiviti makan untuk gembirakan diri sendiri. Jadi kalau orang kata, wahhh gemuk dan besar itu tanda kegembiraan dan kebahagiaan . Ianya tidak kepada saya, kerana kenaikkan berat badan menandakan saya di dalam keadaan stress.

Saya dah pernah buat Atkins. Alhamdulillah tahun 2013 dulu saya turun 18kg dalam masa 8 minggu dari 78kg kepada 60kg menarik bukan? ya itulah kenyataanya dan disulami juga oleh senaman yang kerap ya. Cardio, Strength, HITT, kick boxing semua saya buat dirumah aje. Berat maintain sehinggalah tahun 2016 saya macam malas nak jaga, Oktober 2015 saya stop jaga makan dan saya stop workout. Tak tahu lah kenapa stop rasanya macam jemu kot. Biasalah manusia kan. Masa tu berat saya lean dengan 58kg.

Tahun 2017 pada bulan 3, tetiba berat naik jadi 68kg. Nak cerita panjang pulak, tapi senang ceritanya memang naik lah. So dari tahun 2017 bawa ke tahun 2018 ni struggle nak turunkan balik tapi tak turun-turun juga so berlakulah zaman kegemukkan pada tahun 2017..

Tahun 2018 ni memang aim tak mau dah gemuk, matlamat nak kurangkan kain untuk jahit baju, nak mudah untuk ibadah (dah kalau nak rukuk dan sujud pun rasa sakit lutut, bermakna kena faham lah, lutut tak dapat nak tampung dah berat), nak sihat dan nak cergas.


Mulalah mencari untuk diet yang sesuai, diet atkins tak yakin nak buat sebab nak hadap proses ketosis selama 3-4 hari tu sangat lah seksanya. Tapi diet atkins in shaa Allah menjadi tapi saya sendiri yang tak memilih diet ini kerana saya tak mahu. Jadi alternatif nak turunkan berat badan ni saya kena cari cara lain.

Ternampak kat facebook, kawan-kawan share pasal INTERMITTENT FASTING nampak mudah aje.. boleh makan apa sahaja cuma hadkan kepada 8 jam aje masa untuk makan 16 jam lagi puasa. Mudah..
Selepas cari dan cari, sebenarnya Intermittent Fasting ni bukan sejenis diet, tetapi lifestyle. :)
Cara nak apply pun mudah so saya cuba lah. Walaupun rasa macam lambat tapi saya aim 3 bulan untuk kurangkan berat badan sebanyak yang mungkin..
Target saya adalah sebanyak 18kg . Banyakkan kan?

Ini gambar saya , cukuplah tunjuk gambar belakang aje. Tengok gambar ni rasa macam .. WEH!!! GEMUKNYA KO WEH!!! UWAAAAA... saya nak abadikan gambar ini supaya sedar diri.. sedar diri...
Berat badan adalah 68kg.. Nanti dah kurus.. dah elok saya upload lah gambar banyak-banyak kat blog ni. hahaha Ni tengok belakang aje lah...


Bagi yang berminat nak tahu tentang Intermittent Fasting (IF) boleh baca info ringkas dibawah : Saya google beberapa infografik dan maklumat dibawah saya copy paste dari facebook :)

Guide makanan untuk mereka yang baru nak start IF (16 jam puasa 8 jam waktu makan):
Minuman masa berpuasa:
1) Air Kosong
2) Kopi O tanpa gula (stevia dibenarkan)
3) Teh O / Teh Hijau O tanpa gula (stevia dibenarkan)
Waktu makan:
1) Nasi dikurangkan sedikit demi sedikit, dari penuh ke 3/4, dari 3/4 ke 1/2, dari 1/2 ke 1/4 mengikut kemampuan dari masa ke semasa
2) Protin yang mencukupi spt Ikan/ayam/daging.
3) Lebihkan sayuran hijau.
4) Cuba untuk minum air kosong lebih utama dari air bergula setiap masa sehingga mampu bertukar ke air yang tiada kalori sepenuh masa.
5) Waktu akhir makan tidak perlu makan nasi, hanya gabungan protin dan sayuran yang mencukupi di samping supplemen vitamin yang anda mahukan.
Senang je ikut peraturan 16:8 ni, lagi2 bab makanan. Biar masa makan tu puas hati, daripada asyik gigit asparagus tiap tiap jam.
Bila dah terer berpuasa, boleh tanya admin yang dah veteran macam mana nak upgrade puasa dgn selamat.






Blog Design For Julisa Collection

#throwback
Website Template (Blogspot) ditempah oleh Kak Julia dari Julisa Collection.
Kak Julia kali kedua tempah, nak renew template dia yang lama.
Mahukan Doll Character sebagai penghias design.
Update Character yang lama kepada yang baru supaya nampak lebih fresh.

Design bertema kan English Rose. Kak Julia suka dengan hasil kerja yang dibuat.
Alhamdulillah.. yang penting client puas hati kan :)
Template Website


Thank You Card, Business Card, Sticker, Watermark dan Facebook Cover

Tambahan 5 template untuk Social Media Update, Sesuai untuk Instagram, Facebook dan lain-lain

Julisa Collection, ialah sebuah website yang menjual Tudung Sarung mudah guna untuk semua wanita. Walaupun ianya tudung sarung tetapi designnya sangat up to date. Sesuai bagi wanita yang ingin jimat masa tetapi masih bergaya.
Sesuai untuk wanita yang pentingkan pengurusan masa :)

Jika anda berminat untuk menempah Template seperti diatas.. Boleh Baca
INFO LANJUT DISINI.

Redesign Blog untuk Mama Alisha

Alhamdulillah...
Selesai tempahan untuk Mama Alisha..
skema tak ayat..
hehehe zaman-zaman dulu saya skema update blog.. sekarang bila baca ayat sendiri macam kelakar pulak.. hehehe

Tempahan Mama Alisha nak redesign blog lama..
Selepas perubahan itu ini..
maka terhasil lah new look untuk blog dia..

dan dia tukar dari url blogspot kepada domain supaya nampak lebih profesional kan..

Mama Alisha adalah Shaklee Independent Distributor yang berjaya di kawasannya. Beliau Seller untuk kawasan Gong Badak- Kuala Terengganu-Kuala Berang.
Kenal di alam maya, sebab beliau tempah blog design dengan saya dulu-dulu..

Lawat Blog beliau : Mamalisha Vitaspace
 
Copyright © Whitey Mommy™