Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Rindu Nak Blogging




Rindu rasanya nak blogging..
Sudah masuk tahun ke 9 sudah blog ni..
Masih kekal dan utuh..

Tahun ni 2019..
Azam yang sama... setiap kali awal tahun pun mesti rasa
Eh! tahun ni kan macam nak aktif blog je.

Di blog ini, rezeki online saya (eh! nak bahasakan diri dengan KakSha lah pula.. baru best kan nak menaip since ramai dah adik-adik yang menjadi pengunjung. Iols pun sudah semakin menjadi remaja senja ).

Di sini, KakSha bermula sebagai ibu yang tinggal di rumah tetapi ada pendapatan.
Ingat lagi, amaun pertama yang KakSha dapat RM5.
Dapat RM5 tu pun dah suka habis sebab tak pernah tahu akan dapat hasilkan income secara online.
Itu adalah 9 tahun yang lepas semasa awal-awak KakSha bermula sebagai pereka grafik bidang terjun.

Dalam masa 9 tahun ini, pelbagai liku-liku yang KakSha hadap sebagai pereka grafik sambilan ini.
Alhamdulillah.. pelbagai pengalaman yang KakSha dapat..
Pelbagai rasa yang KakSha rasa...
dan KakSha masih menjadi pereka grafik sampai hari ini... 

Dunia dihujung jari, dunia tanpa sempadan.
Inilah blogging.
Marketing dulu lain dengan sekarang, dulu jarang ada kes kecam-kecam, viral-viral seperti hari ini.
Dulu tak meluas lagi sosial medianya berbanding sekarang.

Sekarang kalau nak blogging pun, emosi kena kental mental kena utuh.

Tahun 2019 ni, harap jari ini menjadi semakin rajin untuk mengupdate blog.

In shaa Allah.
strategi baru dan cara baru tapi menggunaka medium lama.
 
Copyright © Whitey Mommy™