Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Cabaran 30 Hari 9 : 5 lelaki yang menarik perhatianku

Cabaran hari ke-9, Hari ke-10 baru ku taip,
bukan tak ingat, tapi mood menaip tak datang.
Jadi hari ini baru taip.
Soalan-soalan cabaran semua macam membongkarkan pasal diri sendiri kan,
takut nak jawab, tapi dah namanya cabaran mesti lah kena jawab juga kan.

5 Lelaki yang menarik perhatianku,
hm.. hm...
Ku ulas dari segi personaliti lah, lagi selamat kan?

Gambar sekadar hiasan, Ji Hoon Oppa.. ;)
1. Tinggi
2. Baik hati
3. Penyayang
4. Penyabar
5. Wangi, kemas dan bersih

cukup senaraikan personaliti sahaja, tak mahu ulas panjang-panjang.

Biasanya sebelum kenal bebetul dengan lelaki, kita akan ada first impression untuk seseorang, kita boleh minat orang itu, minat orang ini, tapi perjalanan untuk menemukan seseorang wanita dengan lelaki, telah Allah tulis di Luh Mah Fuz.

Cabaran 30 Hari 8 : 5 lagu cinta kegemaranku

Cabaran hari ini agak mudah sikit nak karang ayat :P
Ku seorang yang suka dengar lagu juga,
lagi-lagi kalau lagu yang ada sentimental value dan makna tersendiri buatku.
Dari dulu-dulu lagi memang suka dengar muzik,
menyanyi sorang-sorang,
nyanyi dalam bilik air, itu memang tabiat lah tu.
Dari zaman kaset ke zaman cd.
Masa umur sekitar 16 tahun, masa tu memang minat giler dengan Britney Spears
masa tu di awal kemunculan dia kan.
Pendek kata, masa tu memang ku layan lagu mat salleh aje. :P
Britney Spears, N'sync, Backstreet Boys,
3 ni memang yang sukaku dengar lah waktu tu,
tapi lagi lain pun layan juga, asal lagi omputih.
Jiwa remaja kan waktu tu.

Sahut cabaran hari ini,
ku kena paparkan 5 lagu cinta kegemaranku,
yang dulu-dulu dah tak ingat sangat,
tapi ni ku paparkan yang sentiasa ku ulang dengar sekarang.

1. Everytime (Britney Spears)



Versi Remix



2.How Long Will I Love You(Ellie Goulding) 



3. My Girl (Bi Rain)



4.Only You (Kim Tae Woo) 



5.Fate (Ost Full House) 



Ku tak pasti kalian boleh klik ke tidak play tu, kalau nak dengar dan nampak song bar , boleh klik dan dengar..

paparan untuk bahagian lagu sepatutnya seperti di bawah ini :)
bergantung kepada browser yang diguna, support atau tidak. :)

5 lagi ini antara yang kerap ku dengar :)
setiap lagu ada maksud tersendiri untuk diriku,
tak mau explain panjang2 .
Biarlah rahsia .
Ku sebenarnya seorang yang berjiwa sentimental dan agak sensitif, walaupun luaran ku macam kasar,
cakap pun kuat,

Cabaran 30 Hari 7 : Sejauh mana pendidikan itu penting?

Cabaran hari ke-7 ini perlu dihuraikan secara ilmiah
Payah juga nak bagi pandangan,
sebab ku tak berapa nak pandai untuk menyusun ayat.
Jadi kalau yang baca tu, buat-buat faham aje lah ya.
Pendidikan = Ilmu,
apa jenis pendidikan pun adalah ilmu, tidak kira baik atau jahat,
cuma yang berbeza adalah kesan.
Bagi saya pendidikan yang baik adalah amat-amat penting untuk membentuk individu yang baik dari segi akhlak.
Bagi kita yang beragama Islam, Pendidikan secara Islam adalah yang paling penting dan mustahak
supaya kita dapat mengenal Pencipta dan Tuhan yang Satu, Allah S.W.T
tanpa pendidikan, ilmu tidak akan diperolehi,

Rasullullah S.A.W juga merupakan insan yang mementingkan ilmu,
berpesan-pesan kepada umat-umatnya supaya menuntut Ilmu,
baginda sangat suka kepada umatnya yang menuntut ilmu,
ilmu yang digunakan dalam beramal adalah lebih baik berbanding beramal tanpa ilmu,
kerana orang yang berilmu akan tahu apa itu landasannya
Nabi Muhammad SAW juga telah menggariskan kepada beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan, maka bertanyalah. Ini kerana pahala itu diberi kepada empat jenis orang yang berkait dengan ilmu. Pertama, kepada orang yang suka bertanya tentang ilmu. Kedua, kepada orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajarnya. Ketiga kepada orang yang mendengar seseorang yang mengajar ilmu. Keempat kepada orang yang suka dan kasihkan majlis ilmu.

5 Fasa Umat Akhir Zaman

"Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam." (HR Ahmad)

FASA I : KENABIAN

Di fasa ini umat Islam mengalami perjuangan selama 13 tahun sewaktu di Makkah sebelum hijrah ke Madinah di bawah kepimpinan orang-orang kafir dan 10 tahun berjuang di Madinah sesudah hijrah dari Makkah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw yang memimpin masyarakat terus di bawah bimbingan Allah melalui Kitabullah, Al-Qur'an Al Karim.
Jadi di fasa pertama perjalanan sejarah umat Islam terjadi dua keadaan yang sangat berbeza. Pada separuh fasa pertama Nabi saw dan para sahabat mengalami keadaan di mana yang memimpin ialah kaum kafir musyrik. Sehingga generasi awal umat ini mengalami kekalahan yang menuntut kesabaran luar biasa untuk dapat bertahan menghadapi sikap hidup jahiliyah yang berlaku.

Namun pada separuh kedua fasa pertama ini, sesudah hijrah ke Madinah, kaum muslimin justeru semakin hari semakin kukuh kedudukannya sehingga Allah taqdirkan mereka menikmati kejayaan di tengah masyarakat jazirah Arab sehingga kaum musyrikin Arab pada masa itu akhirnya tunduk kepada kepimpinan orang-orang yang beriman.

FASA II : KEKHALIFAHAN MENGIKUT MANHAJ (CARA/METOD/ SISTEM) KENABIAN

Di fasa ini, umat Islam menikmati 30 tahun kepimpinan para Khulafa’ Ar-Rasyidin terdiri dari para sahabat utama iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al Khattab, Othman bin Affan dan Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhum ajma'iin.
Sepanjang fasa ini boleh dikatakan umat Islam mengalami masa kejayaan, walaupun sejarah mencatat pada masa kepimpinan khalifah Othman dan Ali, sudah mulai muncul gejala pergolakan sosial-politik di tengah masyarakat yang mereka pimpin.
Namun secara umum boleh dikatakan bahwa orang-orang yang berimanlah yang memimpin masyarakat. Orang-orang kafir dan musyrikin tidak diberi kesempatan untuk berjaya sedikitpun. Hukum Allah tertegak dan hukum jahiliyah buatan manusia tidak berlaku.

FASA III : RAJA-RAJA YANG MENGGIGIT

Di fasa ini, umat Islam menikmati selama 13 abad kepimpinan orang-orang yang beriman.
Para pemimpin pada masa itu digelar khalifah. Sistem sosial dan politik yang berlaku disebut Khilafah Islamiyah berdasarkan hukum Al-Qur'an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah. Namun mengapa Nabi saw menyebutnya sebagai fasa para raja-raja?
Ini kerana apabila seorang khalifah wafat maka yang menggantinya mestilah anak keturunannya. Demikianlah seterusnya. Ini berlaku samada pada masa kepimpinan Daulah Bani Umayyah, Daulah Bani Abbasiyah mahupun Kesultanan Usmaniah Turki.

Walaubagaimanapun, umat Islam masih boleh dikatakan mengalami masa kejayaan, kerana para Khalifah di fasa ketiga merupakan Raja-raja yang Menggigit, ertinya masih "menggigit" Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Tentunya tidak sama baiknya dengan kepimpinan para Khulafa Ar-Rasyidin sebelumnya yang masih "menggenggam" Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Ibarat mendaki bukit, tentulah lebih selamat dan pasti bila talinya digenggam daripada digigit tetapi secara umumnya di fasa ketiga ini, Hukum Allah tertegak dan hukum jahiliyah buatan manusia tidak berlaku.

FASA IV : RAJA-RAJA ATAU PENGUASA-PENGUASA YANG MEMAKSAKAN KEHENDAK (DIKTATOR)

Sesudah berlalunya fasa ketiga pada tahun 1924, mulailah umat Islam menjalani fasa di mana yang memimpin adalah penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak mereka.
Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Kita saksikan bahwa para penguasa di era moden ini memimpin dengan memaksakan kehendak mereka sambil melupakan dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya.
Samada pemerintahan itu disebut republik mahupun kerajaan beraja, suatu perkara yang pasti ialah semua yang berkuasa tidak mengembalikan urusan kehidupan sosial bermasyarakat dan bernegara kepada hukum Al-Qur'an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah.

Manusia dipaksa tunduk kepada sesama manusia dengan memperlakukan hukum buatan manusia yang penuh dengan keterbatasan dan kepentingan peribadi seraya mengabaikan hukum Allah Yang Maha Adil.
Hukum jahiliyah buatan manusia dilaksanakan dan tegak di mana-mana sedangkan hukum Allah ditinggalkan dan tidak diambil berat.

Maka kita dapat simpulkan bahwa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang-orang yang beriman.
Inilah fasa yang paling mirip dengan separuh pertama fasa pertama di mana Nabi saw dan para sahabat berjuang di Makkah sementara kekuasaan jahiliyah kaum kafir musyrik mendominasi di tengah-tengah masyarakat.
Dunia menjadi porak peranda di samping sarat dengan berbagai fitnah. Nilai-nilai jahiliah moden mendominasi kehidupan. Para penguasa mengurus masyarakat bukan dengan bimbingan wahyu Ilahi melainkan hanya berdasarkan hawa nafsu peribadi dan kelompok.

Dalam fasa inilah tertegaknya Sistem Dajjal. Berbagai cabang kehidupan umat manusia diatur dengan nilai-nilai Dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai-nilai materialisma, liberalisma dan sekularisma dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, media, pendidikan, undang-undang, keselamatan, ketenteraan bahkan keagamaan. Masyarakat kian dijauhkan dari pola hidup berdasarkan manhaj Kenabian.

Nabi saw bersabda meramalkan bahwa tidak ada fitnah yang lebih dahsyat semenjak Allah swt ciptakan manusia pertama sehingga datangnya hari Kiamat selain fitnah Dajjal.

"Allah tidak menurunkan ke muka bumi (sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat) fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal." (HR Thabrani)

Umat Islam yang menjalani fasa keempat ketika ini mesti mempersiapkan diri untuk menghadapi kemunculan fitnah paling dahsyat iaitu fitnah Dajjal.

Hidup di fasa keempat, iaitu fasa kepimpinan para "Mulkan Jabriyyan" (para penguasa yang memaksakan kehendak), merupakan hidup yang penuh cabaran.

Pada fasa ini Allah memberikan giliran kepimpinan umat manusia kepada pihak kuffar. Allah menguji kesabaran kaum muslimin menghadapi kepimpinan para penguasa yang memaksakan kehendak mereka serta mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya.
Sistem hidup yang mereka tawarkan merupakan sistem yang jauh dari nilai-nilai keimanan bahkan didominasi oleh nilai-nilai kekufuran.

Inilah zaman yang sarat dengan fitnah. Keterlibatan seorang muslim dalam aspek kehidupan moden manapun sangat berpotensi untuk mendatangkan dosa bagi dirinya. Rangkaian fitnah yang sedemikian hebat akan mencapai kemuncaknya kepada puncak fitnah iaitu ‘Fitnah Dajjal’.

Barangsiapa yang sanggup menyelamatkan dirinya dari rangkaian fitnah sebelum munculnya ‘Fitnah Dajjal’ akan berpeluang untuk selamat pula pada ketika munculnya ‘Fitnah Dajjal’.

Demikianlah peringatan Nabi saw :

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian beliau bersabda: "Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal." (HR Ahmad)

Demikian pula sebaliknya, barangsiapa ketika rangkaian fitnah dalam berbagai dimensi kehidupan manusia sedang menjadi gejala kemudian ia terjebak ke dalamnya, maka dikhuatiri pada ketika puncak fitnah muncul ia akan terjebak pula untuk menjadi pengikut bahkan hamba Dajjal, Na'udzubillahi min dzaalik.

Ramai manusia dewasa ini yang tidak peduli akan puncak fitnah yang bakal datang di akhir zaman. Pada mereka, Dajjal menjadi fenomena yang dianggap sekadar ‘mitos’. Bahkan ramai yang menganggap Dajjal tidak ada sehingga ramai pula manusia yang melupakannya dan tidak pernah peduli untuk membincangkannya.

Ketika pengabaian ini berlaku di kalangan orang awam, ia sudah menjadi suatu masalah. Namun realitinya lebih jauh daripada itu.

Bahkan kita menyaksikan ketika ini, para pemberi peringatan seperti para muballigh, penceramah, ustaz dan kebanyakan ulama’ tidak lagi peduli untuk memperingatkan umat akan bahaya ‘Fitnah Dajjal’
.

Padahal apabila kedua gejala ini sudah mulai tersingkap, maka Nabi saw justeru mengatakan
bahwa pada saat seperti itulah Dajjal bakal keluar.

"Dajjal tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para Imam meninggalkan untuk mengingatkannya di atas mimbar-mimbar." (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda bahwa pada saat kebanyakan orang awam melupakan perkara Dajjal dan para Imam tidak lagi memperingatkan umat akan bahaya ‘Fitnah Dajjal’, maka ketika itulah Dajjal bakal keluar.

Realiti dunia kita dewasa ini sudah memaparkan kedua-dua fenomena tersebut. Maknanya, sudah sampai masanya kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan kemunculan Dajjal yang bila-bila masa sahaja akan keluar...!

Dalam sebuah hadits riwayat Imam Ahmad, Nabi Muhammad saw menjelaskan ciri khas Dajjal kepada umatnya yang belum pernah dijelaskan oleh para Nabi sebelumnya kepada umatnya masing-masing. Beliau menegaskan bahwa Dajjal itu bermata dua namun salah satunya cacat atau buta sehingga yang ada atau yang berfungsi hanyalah satu mata sahaja.

"Dan sesungguhnya Dajjal itu bermata satu; sebelah matanya tidak nampak. Di antara kedua matanya tertulis "kafir" yg boleh dibaca oleh setiap mukmin yg mengerti bacaan/tulisan ataupun tidak." (HR Ahmad)

Hadits di atas mengingatkan kita akan suatu simbol yang tertera pada sekeping wang kertas satu dolar Amerika Syarikat (one dollar note). Di dalamnya kita lihat sebuah gambar yang disebut sebagai "The Great Seal" (Tanda Yang Agung).

Gambar ini penuh dengan makna dan isyarat. Perkataan berbahasa Latin "Novus Ordo Seclorum" bererti the New World Order (Ketetapan Sistem Dunia Baru) sedangkan di atas tulisan tersebut ada gambar piramid yang tidak sempurna kerana bahagian puncaknya terpotong.

Di atas piramid itu ada sebuah segitiga yang berukuran sesuai untuk diletakkan menjadi puncak piramid. Di dalam segitiga tersebut terdapat gambar mata tunggal. Manakala di atas segitiga bermata tunggal itu ada tulisan Latin "Annuit Coeptis" yang bererti "the Eye of Providence has approved of (our) undertakings." (Makhluk Bermata Tunggal telah merestui usaha-usaha kita).

Jika kita tafsirkan gambar di atas, maka ia boleh memberi makna bahwa dunia sedang diarahkan menjadi sebuah sistem yang berstruktur umpama piramid yang belum memiliki puncak atau struktur dunia yang belum mempunyai pemimpin tertinggi.

Namun pemimpin tersebut sedang dinanti-nantikan kehadirannya dan struktur dunia yang dirancang menjadi "The New World Order" tersebut menantikan kedatangan pemimpinnya yang bersimbolkan Makhluk Bermata Satu (Dajjal?).

Keseluruhan usaha-usaha untuk mewujudkan dan menguatkan "The New World Order" merupakan rangkaian usaha untuk meraih keridhaan dan restu dari Makhluk Bermata Satu atau Dajjal. Dengan kata lain, Ketetapan Sistem Dunia Baru ini adalah sebuah projek persembahan yang besar untuk menyambut kedatangan puncak fitnah iaitu Dajjal!

Setiap dimensi kehidupan moden dewasa ini adalah dalam rangka mewujudkan "The New World Order"(Ketetapan Sistem Dunia Baru). Sebuah sistem yang tidak berlandaskan nilai-nilai keimanan bahkan dipengaruhi secara terus oleh nilai-nilai kekufuran, nilai-nilai Dajjal.

Ahmad Thompson, seorang penulis Muslim rakyat Britain jelas menyatakan bahwa dunia moden
semenjak hampir satu abad yang lalu (sejak runtuhnya Khilafah Islamiyah Uthmaniyah yang terakhir) membentuk dirinya menjadi sebuah Sistem Dajjal. Suatu sistem yang penuh dengan nila-nilai Dajjal di mana jika makhluk Dajjal itu muncul pada masa sekarang ini, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin Sistem Dajjal yang telah tersedia.

Inilah yang dikhuatiri oleh Rasulullah saw. Bilamana rangkaian fitnah telah bermunculan menjelang datangnya Dajjal, maka manusia akan mengalami proses pemilihan.

Barangsiapa yang sanggup istiqamah menghindarkan diri dan keluarganya dari rangkaian fitnah tersebut, maka ia bakal terbebas dari puncak fitnah, iaitu Dajjal. Sebaliknya, barangsiapa yang malah ikut serta menyemarakkan rangkaian fitnah sebelum datangnya Dajjal, niscaya ia akan sangat mudah untuk menjadi sasaran tipudaya Dajjal.

Barangsiapa yang tidak mempunyai jiwa yang kritis dan hanya menerima bahkan mendokong "The New World Order", maka ia termasuk mereka yang pada hakikatnya turut menanti-nanti dan menyambut dengan sukacita kedatangan pucuk pimpinan, iaitu Dajjal sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw di dalam haditsnya seperti berikut :

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian beliau bersabda: "Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal. (HR Ahmad)
Umat Islam sudah menjalani fasa keempat ini selama 86 tahun sejak runtuhnya Khilafah Islamiyyah terakhir. Ini merupakan era paling kelam dalam sejarah Islam di Akhir zaman. Laa haula wa laa quwwata illa billah.
Perkembangan terkini di sesetengah negara Arab memberi petunjuk bahwa sudah berlaku kesedaran massa ke arah kehidupan Islam yang sebenar dan fasa keempat ini lambat laun akan berakhir jua.

Fasa V : KEKHALIFAHAN MENGIKUT MANHAJ (CARA/METOD/ SISTEM) KENABIAN

Walaubagaimanapun kita melihat keadaan umat Islam dewasa ini masih mengalami kekalahan dan kaum kafir dan mereka yang bersekongkol dengannya mengalami kejayaan, namun kita wajib bersikap optimis dan tidak berputus-asa kerana dalam hadits ini Nabi saw mengisyaratkan bahwa sesudah fasa kekalahan umat Islam akan datang fasa kejayaan kembali iaitu fasa kelima di mana bakal tegak kembali kepimpinan orang-orang yang beriman dalam bentuk Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian.
Marilah kita pastikan diri kita termasuk ke dalam barisan umat Islam yang sibuk mengusahakan tertegaknya fasa kelima tersebut. Jangan hendaknya kita terlibat dalam berbagai program dan aktiviti yang memperkukuhkan fasa keempat atau fasa kepimpinan kaum kuffar di era moden ini.

Yakinlah kita bahwa di sana ada "Sunnah At-Tadaawul" (Sunnatullah dalam hal pergantian giliran kepimpinan).
Apabila kepimpinan kaum kuffar dan mereka yang bersekongkol dengannya ketika ini terasa begitu mencengkam dan menyakitkan, ingatlah selalu bahawa di dunia ini tidak ada perkara yang berterusan dan abadi.
Semuanya bakal silih berganti dan hanya masa yang menentukannya sesuai dengan usaha-usaha maksima umat Islam yang bertepatan dengan kehendak Allah swt.

"Ya Rabb kami, tuangkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". (QS Al-Baqarah : 250)

Ya Allah, jadikanlah kami sebahagian dari golongan mereka-mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan fasa kelima iaitu fasa kekhalifahan mengikut Manhaj Kenabian. Selamatkanlah kami dari rangkaian fitnah yang berlaku di fasa keempat ini yang akan mencapai kemuncaknya apabila keluarnya puncak fitnah iaitu Dajjal.

Ameen Ya Rabbal Alameen 

Wallahua'lam.

Cabaran 30 Hari 6 :Apa yang ku makan hari ini?

Tekak masih lagi sakit, demam dah berlalu, tapi masih tawar mulut,
makan apa pun tak rasa.
makan pun jadi tak berselera sangat,

dan nak makan benda merepek2 je,
Ibu Aqil dah tanya, sebab cabaran hari ini belum dijawab,
lewat sikit, sebab hari ni bz sikit, tak menghadap laptop sangat
Ingat malam tadi nak taip siap2 entry,
tapi sebab tajuk dia apa yang di makan hari ini, jadi tak leh lah nak taip awal-awalkan
sebab masa tu tak terfikir pun nak makan apa.

Hari ini, saya makan Mee Segera (sebab bukan jenama Maggi, jadi tak boleh sebut maggi kan?)

Mee Segera berperisa kari, dimasak bersama bawang putih, ayam dan telur,
saya suka makan mee yang kembang-kembang sikit, sebab lebih cepat kenyang.
teringin sangat-sangat nak makan, maka terhasil lah gambar diatas,
Ya, menu yang tak sihat kan?
apa kan daya, melayan nafsu makan, kalau dah teringin tu tak boleh nak tahan-tahan mesti nak makan juga,
nasib baik tak teringin nak makan kambing golek. hahaha.
kalau tak mana lah nak cari :P

Cabaran 30 Hari 5 : 3 perkara yang inginku katakan kepada bekas kekasih

Berfikir panjang nak sahut cabaran ini,
sebab sejujurnya ku memang tak de apa-apa nak diperkatakan kepada mereka
kerana hidup kita telah pun tertulis,
siapa jodoh kita,
bila mati kita,
banyak mana rezeki kita,

Mula-mula berpisah mungkin banyak yang hendak diperkatakan
tapi sekarang masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.

 Semoga kita semua dalam keadaan baik-baik di dalam rahmat dan redhaNya.

Masa Berlalu

Pantas sungguh masa berlalu,
Rasa macam baru semalam je kita masuk tahun baru,
ni dah nak habis tahun
dan rasa macam baru sekejap je masuk bulan November,
tak sangka hari ini dah 4 hari di dalam bulan November,
Allah hu rabbi, pantas sungguh berlalu,
kerana keberkatan masa sedang Allah tarik perlahan-lahan.

Tahun depan dah 30 tahun tuuuuu..
huhu berapa lama lagi kita bernyawa dimuka bumi ini pun tak tahu,
sempat kah menempuh sampai ke tahun hadapan,
Rahsia yang akan terus menjadi rahsia sehinggalah tiba masanya.
Semoga kita semua mati dengan nama Islam,
hindarilah mati dalam keadaan syirik. Nauzubillahiminzalik..

Teringat hal-hal kesuntukan masa ini,
selalu akan teringat Pesanan Imam Al- Ghazali..



1. “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran: 185)
2. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam

3. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Al Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”.
Nafsu yang menguasai diri menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala untuk hidup berlandaskan kebenaran.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’araaf: 179)
4. “Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah.”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al-Ahzaab: 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup terima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.

5. “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ramai dalam kalangan kita, kerana kerja, kerana urusan dunia, kerana hiburan, kita tinggalkan solat. Sedangkan tuntutan solat itu yang lebih utama.

6. “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana, dengan lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Cabaran 30 Hari 4 : Buku Kegemaranku

Ku memang gemar membaca,
kalau ikutkan semua buku adalah kegemaranku,
sebab semua buku pun ku suka,
semua buku yang ku ada, semuanya ku sayang,
sebab tu masih simpan :)
yang mana dah di let go tu bukan tak sayang,
tapi dah rasa tak nak simpan,
sekarang dah jarang beli novel, kecuali kalau TERINGIN sangat nak baca novel
kekadang ada juga nak melayan perasaan yang lagha.

Ini buku yang paling saya gemar sehingga sekarang,
40 Hadis Peneguh Iman dan Islam.

Penulis buku ini , berjaya buatkan saya membacanya berkali-kali tanpa rasa jemu.
Baca guna hati, buku ini boleh menjadi naskhah yang meruntun jiwa lebih hebat dari novel cinta setebal 600 muka surat.
Baca dengan pengharapan, buku ini boleh menjadi satu motivasi,
Baca dengan rasa ingin tahun, buku ini boleh membuatkan kita rasa dekat dengan maha pencipta,
Baca buku ini ketika murung, buku ini buatkan kita rasa masih ada harapan untuk gembira dan kita semua akan gembira, selagi kita berpegang kepada Allah S.W.T itu tuhan yang satu dan  Nabi Muhammad S.A.W itu adalah nabi kita. In Sha Allah.

Buku nipis ini menarik minatku, pertama kali pandang dah terpikat, macam ada satu perasaan halus yang menarik minatku
Harga pun tak mahal sekitar RM18. Tapi isinya padat tetapi ringkas,
sekali baca dah faham.

Permulaan yang baik untuk mengenal diri kita sendiri,
satu buku yang ku rasa naskhah yang baik sebagai permulaan untuk menjadi manusia yang lebih baik.
:)

Cabaran 30 Hari 3 : Sesuatu yg menguatkanku

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dalam lemahnyaku menghadapi hari-hari mendatang,
Allah telah aturkan semuanya, Allah telah siap kan sesuatu untuk menguatku,
Allah ajarku satu persatu erti kekuatan untuk menghadapi kehidupan ini.
Allah hadirkan seseorang, hadiah yang tiada bandingannya,
hadiah yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,
hadiah yang berkekalan hingga akhirat, ikatan yang tak kan terputus sampai akhirat.
Allah hu Akhbar, air mata bercucuran saatku taip entry ini, bermula di ayat ini.

Kekuatanku adalah Muhammad Khalis Putra,
lahirnya buatkan ku berubah gelaran menjadi seorang ibu.
Titik permulaannya fasa baruku,
fasa baru yang tak lena tidur, fasa baru yang ku perlu uruskan orang lain selain diri sendiri
fasa baru untukku kenal menjaga amanah dengan baik,
fasa baru yang membuatkan ku macam dalam mimpi, tak sangka dapat melahirkan seorang anak.

Khalis banyak mengajarku,
erti kesabaran, ku pada asalnya bukan seorang penyabar, agak panas baran sebenarnya,
cepat melenting dan cepat juga sejuknya,
tapi adanya anak, ku belajar untuk mengawal supaya perangai ku tidak diikut oleh dia.
perlahan-lahan, hari demi hari, ku belajar untuk muhasabah diri,
selepas 5 tahun kehadiran dia, ku dapat rasa, ku adalah insan baru,
Allah hu Akhbar, rupanya Allah mengajarku untuk matang bagi menempuh fasa-fasa kehidupan yang mendatang.

Melihat wajahnya, membuatkanku berfikir panjang dalam mengambil sesuatu keputusan,
apa-apa pun keputusan adalah untuk kebaikkannya,
ku belajar bergantung harap sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana mahukan yang terbaik untuk Khalis,
Sesungguhnya, Allah mengajar ku perlahan-lahan, mengajarku yang tiada kebergantungan dan tiada tempat mengadu yang paling baik melainkan DIA,
Ujian yang datang bertimpa-timpa Allah hadirkan bukanlah untuk menyakitkanku tetap untuk mengajarku erti kehidupan dan erti kasihnya Maha Pencipta kepada hambanya.
bersyukur saat diuji kerana itulah proses kematangan,
dan Allah aturkan Khalis untukku supaya aku kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan yang bakal DIA berikan.

Kehadiran Khalis 5 tahun dalam hidupku disulami dengan pelbagai kerenah gelak tawa, geram marah, gurau senda, tangisan. Pendek kata seribu satu perasaan, seribu satu rasa telah kuhadapi.
Indahnya kehidupan apabila hadirnya dugaan dan Allah lepaskan kita dari dugaan. Itulah kehidupan sebenarnya. Dugaan tak kan pernah terhenti sehinggalah kaki melangkah ke syurga, jika tidak akan terus meneruslah menghadapi dugaan yang setiap fasa kehidupan, dugaannya makin besar.

Gelak tawa Khalis menghiburkan hati,
Tangisan meruntunkan hati,
Panggilan Khalis, selalu buatkan hati riang,
sentuhan Khalis semasa ku dalam keadaan sedih, selalu buatkan rasa masalah terbang menghilang.
walaupun seketika hati merasa tenang, tapi rasanya sangatlah nyaman dan lapang.

Allah hu Akhbar..
Peliharalah putraku hingga ke syurgaMu. Catatkanlah namanya sebagai penghuni Syurga Firdausi,
Jadikanlah dia insan yang baik hati,
Jadikanlah dia anak yang soleh,
Jadikanlah dia insan yang bijak dan berbakti,
Jadikanlah dia insan yang bertanggungjawab,
Jadikanlah dia insan yang baik budi pekertinya.
Peliharalah dia dari segala malapetaka hingga ke syurgaMu.

Ku sentiasa titipkan doa buat anakku, kerana ku tahu satu perkara,
tiada apa yang lebih bernilai di dalam dunia ini berbanding kasih dan doa ibu,
tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
tetapi nilainya sangat-sangat tinggi.

Muhammad Khalis Putra,
kekuatanku...

Cabaran 30 Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

Makin mencabar pula permintaan untuk cabaran 30 hari ini.
Cara nak menangi hatiku?
apa ek?
cuba lah senaraikan yang terlintas sahaja :

1. Berbuat baik
Ku mudah rapat dengan orang yang buat baik dengan ku, tak kira dari apa aspek,
sokongan, mendengar luahan hati, belanja makan, sentiasa ada apabila ku roger-roger,
sentiasa beri semangat yang positif, pendek kata semua yang baik-baik boleh buatkan hatiku senang dengan individu tersebut.

2. Bawa keluar jalan-jalan
Ku sebenarnya seorang yang suka jalan-jalan, pergi bercuti, dapat lepaskan tekanan kan?
terutama kalau pergi pantai, memang suka sangat dengan pantai.

3. Belanjaku Shopping
Ini memang paling ku suka, hahaha paling ku suka kalau nak sesuatu tetiba ada orang nak belanja.
Rezeki dari Allah namanya tu, memang tak selalu dapat, tapi kalau dapat tiap kali nak lagi-lagi lah senang hati.

4. Faham isi hati dan tidak memaksa
Orang yang tak memaksaku, biasanya akan cepat membuatkan hatiku senang, selesa sangat dengan individu yang tidak mengongkong. Nak lagi menyenangkan kalau ku tak cakap lagi orang tu dah faham, faham semua ku rasa, faham situasi dan keadaanku.

5. Berbuat baik pada orang yang kusayang/kusenangi
Yang ini kira bonus, sebab ku akan senang kalau orang berbuat baik pada anakku dengan ikhlas,
layan kerenah dia dan senang dengan siapa yang ku senangi.

susah lah nak jawab cabaran ini, tak pandai nak susun ayat, sebab ku sedikit berahsia tentang soalan seperti ini, tak boleh nak all out, hahaha jadi cara diatas tu hanyalah secara cliche :P
soal hati ini halus kan? kekadang tak buat apa-apa pun hati dah dimenangi. :P

Cabaran 30 Hari 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diriku

Gigih ku nak mengupdate blog, sampai dah terupload gambar sendiri semata-mata nak penuhi syarat kan?
Ku jarang bergambar, ambil gambar anak banyak.
tak berkeyakinan nak show gambar kat laman social ni.
Maka inilah gambar terbaruku bersama dak Khalis.
Boleh dikatakan gambar terbaru juga, sebab diambil dalam tahun ini, pilih juga gambar ini, sebab segannya nak tampal gambar kat blog. sejak mengalami gems ni tak de semangat nak selfie ke, nak bergambar ke.
5 Fakta Tentang Diriku
1. Ku suka warna
sejak menjadi designer ni, makin banyak pula warna yang ku sukai, tapi warna paling ku suka putih, pink, hitam, blue jeans, sekarang ni tetiba terminat dengan warna cream, nude dan dusty green pula. Mungkin faktor umur, maka selera pun dah berubah. Merah pun suka juga kekadang, tapi tak selalu, sebab lebih suka warna soft dan pastel :)

2. Ku suka membaca buku
masa zaman muda dedulu, suka baca komik dan novel, bila dah berumur ini , citarasa membaca pun berubah kepada bahan bacaan yang lebih ilmiah untuk berubah kearah yang lebih baik In shaa Allah...
Tapi masih juga membaca novel kekadang tu, untuk hiburan sekali sekala. Kekadang spend masa juga lepas design selak 2-3 pages buku, ataupun masa bercuti ku akan habiskan satu buku. Jadi untuk tajuk yang best-best akan ku spend masa seharian untuk habiskan terus membacanya.

Sebahagian daripada koleksi yang ada, novel-novel dah banyak yang di let go.
3. Ku suka bunga,
 wanita dan bunga berpisah tiada, walaupun tidak semua yang minat bunga, tapi ku memang gila bunga, biasanya kalau pilih baju, corak berbungalah yang akan ku pilih dulu especially kalau bunga ros, pitam kalau tak beli, confirm akan teringat2.
Ku suka semua jenis bunga tapi yang paling ku suka, bunga ros dan bunga lily.



4. Ku suka makan
Makanan mesti semua orang suka kan? tak de orang yang tak suka makan, cuma bergantung kepada badan seseorang, ada orang makan berpinggan2 tak juga gemuk-gemuk, ada orang makan sepinggan nasi pun dah gemuk (ku adalah yang jenis ini, asal makan terlebih dari keperluan memang akan naik berat badan, nak kena sentiasa berjaga2)
Ku suka masakan kampung dan western (ceceh.. western habaq hang).
masakan kampung, kalau jumpa yang kena selera, ada budu, ada ulam, ada ikan goreng ke, ikan bakar tawar ke, confirm nasi berpinggan-pinggan habis,
jadi dalam proses berdiet ini, ku tak masak benda-benda alah ini, sebab confirm tak kan dapat berdiet, budu pun tak simpan kat dalam rumah, kan tengok botol budu pun boleh meroyan nak makan berkoyan-koyan.


5. Ku suka jeans
Kegemaran sejak dahulu kala lagi, masa zaman muda-muda ku suka pakai jeans, pendek kata fesyen dulu-dulu jeans and t-shirt, kasut, simple aje pergi ke kuliah.
dah berumur ni, masih minat jeans, tak lekang dek zaman orang kata.
tapi berubah kepada minat dengan skirt jeans, sampai sanggup belajar jahit semata-mata nak  menjahit skirt jeans. In shaa Allah , suatu hari nanti ku akan show sikit hasil yang dah pernah dibuat,
kalau yang friend dengan ku di Facebook tahu lah pasal ini kot. :P

Jacket jeans pun menarik perhatian, sekali sekala berubah selera menjadi hijabista, pakai skirt jeans, blouse labuh, jacket dan wide shaw. Nampak smart tapi dengan syarat ku kena kurus lagi baru nampak sedap mata memandang, kalau tak nampak kembang semacam je kan
buat malu je.:P
Teringin juga nak pakai Kap Kot macam kat bawah ini,
Tapi ku bukan retis, jadi macam tak sesuai nak pakai, terutamanya cuaca Malaysia ni bukannya iklim 4musim, iklim Khatulistiwa. Mau panas naw2 kalau pakai kan, tapi terliur juga,
Fesyen gini popular kat Turki tak silap, pakai yang sedang-sedang, tak ketat dan tak longgar asalkan menutup aurat dengan rapi.
Fuuh... dari pagi sampai petang sediakan entry ini sambil kemas-kemas rumah, malas je menaip berhenti kemas rumah, kejap berhenti untuk design pula. ni sambung balik sampai siap.
Menyahut cabaran untuk esok hari pula. Kalau rajin taip siap-siap esok boleh auto publish.
 
Copyright © Whitey Mommy™