Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Sakit

Kita akan mula terasa nikmat sihat, apabila kita sakit.
nikmat senang, waktu kita susah.
nikmat bahagia waktu kita derita,
dan nikmat lapang waktu kita sempit.
Harap-harap kita tak kan terasa apa itu nikmatnya hidup apabila kita di dalam liang lahad. Aamin..
kerana pada waktu itu, semuanya sudah terlambat kan.

Bila Mungkar dan Nakir datang menyoal, kita dah tak boleh lari.

Hati teringat tentang kematian setiap masa bila rasa sakit dan sesak nafas ini datang.
Sakit dan ketat dada. Allah saja yang tahu. Agaknya inilah yang dialami oleh para pesakit jantung bila sakit menyerangkan.
Allah hu Akhbar. Semoga Allah panjangkan umurku untuk melihat Khalis membesar, pandai berdikari, dan pandai membawa diri. Serta jauh daripada segala sikap-sikap negatif. Semoga dia akan menjadi seorang insan yang positif hingga ke akhir hayatnya dan menempuh setiap fasa kehidupannya dengan mudah, lancar, gembira dan bahagia. Aamin...

Mencabar sangat jaga budak kecil tengah melasak dalam keadaan badan yang tidak sihat. Otak saya blur je memanjang. Macam biasa permintaan yang macam-macam. Kejap nak air. Nak biskut. Nak nasi. Nak itu nak ini. Dengan dada sesak dan pergerakan yang tak berapa nak pantas berbanding selalu. Gagah kan juga untuk penuhi permintaannya. Allah hu Akhbar. Semoga kuatkan diri ini. dan semoga esok akan sembuh dan sihat seperti biasa, supaya dapat jalani kehidupan.

Dalam sakit ni, kekadang hidup tak lari daripada merungut. Tapi bila duduk diam-diam. Istigfar balik. Allah tak kan buat sesuatu sakit itu sesaja. Setiap perkara yang berlaku mesti ada sebabnya. Akan sentiasa ada alasan kenapa ianya terjadi.
Mungkin Allah nak bagi satu hikmah yang lain supaya kita belajar daripada pengalaman.
Mungkin Allah nak bagi amaran, supaya jaga diri baik-baik, jaga kesihatan, jaga badan yang dia amanahkan pada kita dengan baik.
Mungkin Allah nak hapuskan dosa-dosa yang ada. Supaya disaat berjumpa dengan Dia kita dah tak dibebani dengan terlalu banyak balasan.

Apa pun sebabnya. Setiap kesakitan dan penderitaan akan ada kesembuhan dan bahagia. Tiada yang berlaku pada kita dan sekeliling kita tanpa keizinan dari Nya. Dia izin , semua benda akan berlaku. Kuatkan semangat dan bertabahlah wahai diri dan hati :)

Mood Melankolik malam ni. Sebab saya tak boleh baring. Kena duduk je atas kerusi. Kalau baring sesak nafas dan di tangkap rasa sakit kat bahagian dada kiri. :)

Jika umur ku tidak panjang. Sesiapa yang terbaca dan jika ada salah silap. Mohon dimaafkan dari hujung rambut ke hujung kaki ya. :)

Kesakitan yang dialami

Entry sebelum ini saya ada bagi tahu tentang saya tak de mood nak membuat kerja-kerja design. Kerana kesihatan sangat tidak mengizinkan.
Saya alami sakit urat belikat. Tak tahu lah apa sebabnya. Tapi tetiba rasa sakit dan sangat tak selesa. Sakitnya seperti berdenyut.

Minggu ini masuk minggu kedua saya alami, dan minggu ini keadaan lebih sakit lagi ditambah dengan sesak nafas. Saya tak boleh tarik nafas dalam dan hembus nafas laju-laju. Semuanya perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Kalau tak rasa perit bahagian dada dan seperti mencucuk-cucuk.

Setakat ini saya tak pergi buat sebarang check up lagi. Just pergi urut je. Sebab bahagian belikat memang sangat amat. Ada sesiapa yang pernah alami tak?
dia punya berdenyut. Tak senang duduk. Buat semua benda pun tak boleh. Semua benda pun rasa macam nak marah. Allah hu Akhbar. Bila kita dapat sakit. Masa itu barulah kita tahu apa itu nikmat sihat.

Design memang terbengkalai tak dapat nak bagi tumpuan. Hari ni. dia punya sakit makin kuat. Uwaa... nak nangis pun tak leh. Tak tahu nak buat macam mana. Dengan sesak nafas. Masalahnya sekarang sakit hanya disebelah badan kiri sahaja. Sehingga saat ini saya masih tak dapat nak lelapkan mata. sakit dan tak selesa.

Sebelum pergi check up.. nak tanya kalian yang pernah alami seperti ini...:(

Blog Design Baru

Minggu ni mood tiada nak buat apa pun tak boleh... Jadi saya rehat-rehatkan minda sambil mencari idea untuk customer yang ada dalam waiting list. Still juga tak de mood. Insyaallah lepas ni lebih bersemangat sebab dalam tak de mood nak bagi komitment. Tetiba rasa nak ubah design blog sendiri.

Dah setahun kot pakai template sebelum ni.. hehehe.. Jadi saya ubah yang baru lah.. berubah angin sikit. Tapi warna tak lari banyak sangat still in pastel. cuma back pada bunga-bunga lah... lepas sebelum ni plain and plaid. Bagilah komen sikit.. hehehe.. tak siap sepenuhnya lagi ni.

Tapi tak boleh nak fokus sangat sebab nak siapkan blog design untuk customer pulak. Ini sahaja nak taip. Banyak benda yang difikirkan tapi tak semua tak tertaip oleh jari. Hati dan jari saya tak selari malam ni. Terima kasih kepada pengunjung blog. :)

Kali Pertama

Simpan untuk kenangan. Bila dah besar nanti. Kalau blog ni wujud lagi. Khalis boleh tengok. Hehehe.. Nampaknya ibu dia ni akan jadi blogger sepanjang hayat kot. Sekarang ni jadi Mommy Blogger. Maybe nanti akan jadi Granny Blogger pula kan...
Pertama kali Khalis menulis ABC, dah lama simpan ni. Hehehe..

Wordless Wednesday : Ibu.. Khalis sejuk...

Sayu betul tengok gambar ni. Ya Allah...
Sebelum dia tidur tidur tadi saya cakap dengan dia

Saya : Khalis..
Dia: hm...
Saya: Walau apa pun yang terjadi..
Dia : hm...
Saya: Khalis kena ingat...
Dia: hm...
Saya : Ibu sayang Khalis sampai hari akhirat...
Dia:Hm..

peluk cium dia... tengok2 dah tidur..
Ya Allah.. bahagiakan anak aku dunia akhirat... Kau jadikan dia salah seorang Ahli Syurga Jannah-mu... Peliharalah dia sampai ke syurga... Amin...

Beli buat Pekasam

Sejak akhir-akhir ini menjadi sangat tension!!! Sejak bahagian edit HTML telah bertukar kepada Notepad++ . Tak boleh langsung nak guna butang find kat bahagian tool bar. Uwaaa.. kena cari satu persatu. Biasanya taip je keyword pada ruang find tu tekan next dah jumpa. Ini tak de ke layan dah butang find tu.

Semuanya kena cari manual. CSS dengan HTML perlu dicari secara manual agak berpinar juga mata saya. Dan sudah tentu kerja akan menjadi super duper lambat. Tension tu satu hal. Nak mencari satu-satu tu satu hal. Ada sesiapa yang tahu macam mana nak guna butang Find?

Ni rehat sekejap untuk menaip entry. Sebab hari ni tak de entry langsungkan? Nak cerita tentang barang saya yang hampir menjadi pekasam...

tadaaa... ini dia.. Novel Pekasam.. Tidak boleh digoreng hanya boleh dibaca. Kwang2...

Semua diatas ini adalah Novel yang masih belum dibaca. Beli aje tapi bacanya tidak. Ini adalah satu ketagihan untuk saya sebenarnya. Saya sangat suka membeli! Kalau nak sesuatu benda. Sampai tak boleh langsung nak fokus pada kerja. Lagi tak dapat lagi tu fikir.

Novel Fauziah Ashari dengan Siti Rosmizah. Saya beli sebab ini adalah antara Novelis kegemaran.

Adam dan Hawa dengan Setia Hujung Nyawa, sebab cerita ni saya layan kat TV. Ingat nak tahu ending dengan baca novel. Last-last tengok TV je. Tak sempat nak baca novel cerita dah habis.

Novel Lagenda Budak Setan tu, sebab masa saya tengok Farid Kamil dengan Lisa Surihani berlakon best!Bayangkan dah hampir 3 tahun kot beli novel tu. Tak baca satu muka surat pun. Uwaaa.. Memang filem sebenarnya berjaya melariskan novel kan.

Koleksi Novel Twilight tu saya beli sebab member cakap, Novel dia lagi best daripada Filem. Filem banyak yang skip2. Pun beli sebab terpengaruh. Last-last tak sempat nak baca.

Baca Novel adalah satu seni. Kena betul-betul fokus (cewah!) sebab kalau selagi tak habis sebuah novel memang tak boleh berganjak kemana-mana pun.

Zaman anak dara dulu boleh lah nak layan  novel tanpa gangguan. Sekarang ni? Hahaha.. tak ada peluang punya, sebab kejap-kejap
"ibu...ibu.. nak air masak"
"ibu...ibu.. anak ook (berak)"
"ibu...ibu.. nak milo campur susu"
"ibu...ibu... nak susu"
"ibu... ibu...bla bla"

Macam mana nak fokus... Jadi baik tak payah baca langsung.. Senang..
Kalau tak lagi menambahkan tension... hahaha...

Tinggal lah novel-novel itu semua menjadi pekasam... Bila lah agaknya saya ada masa nak baca ek?

Peneman dia

Hehehe layan gambar Khalis tengah tunggu masa nak tidur.

Khalis biasanya akan tidur sendiri. So kalau dia mula nak tidur. Biasanya pesen dia akan jadi seperti ini. Kalau dah mula cari port nak tidur. Landing baik punya. Jangan ditegur-tegur tandanya dah nak tidur .

Kaki mesti macam-macam gaya. yang lain tak berganjak pun... Khalis memang tidur sendiri. Kekadang je kalau mood dia mesti dia akan cakap

"Ibu.. Jom tidur jom!"

Khalis memang layan cinderella, barbie, sleeping beauty dan seangkatan kartun disney yang lain. Disebabkan dia tak de adik beradik perempuan. Jadi dia yang tolong layankan cerita-cerita princess ni. Hehehe...
Ok! telah selamat tidur... Hehehe...
maka tamatlah cerita. Till Next time.

Sekarang blog ini sudah menjadi random ya! Saya agak kurang rajin nak spesifikkan tajuk dan atur satu blog untuk satu perkara. Personal , business dan design semua saya masukkan satu blog.

Terima kasih kepada sesiapa yang rajin baca, saya merepek merapu.

Pepersium

Seingat saya sejak saya form 1 saya dah mula pakai perfume.
Masa kecik-kecik tak kenal lagi perfume yang macam-macam jadi peneman setia adalah Johnson and Johnson's cologne tu lah..
Saya suka yang warna hijau (dulu) sekarang dia dah branding lain dah kot.

Menginjak ke tingkatan 3 saya pakai impulse tu. yang warna hijau. Kalau sesape pernah pakai tahu lah kot. Hehehe. Sambil berjinak-jinak juga dengan Avon dan Body Shop.

Tapi masa tu Body Shop punya sayang nak guna. Pakai Avon aje lah. Sampai form 5. Masuk matrik saya 100% convert kepada Body Shop. Masa tu sebab rasa dah besar lah kekonon. Nak pakai yang ada brand lah pulak kan. Lama juga saya bertahan dengan brang Body Shop. Sampai masuk alam pekerjaan pun masih lagi pakai Body Shop. yang paling suka adalah Vanilla Vanille dengan Cassis Rose. Memang wangi amat lah tu bagi saya.

Pasa umur 22 tahun, saya dapat hadiah birthday. Perfume Versace Bright Crystal ni. Serius! Memang wangi dan bau dia sangat sweet. Suka-suka. Pakai pun sikit-sikit sebab sayang kan.
 Dah habis dengan Versave ni, saya back balik pada Avon lah. sebab range untuk perfume Avon yang biasa-biasa tu tak sampai pun RM100 kan. Kita masih mampu lagi lah nak beli. Versace punya ni tidak lah mahal sangat cuma cecah juga RM200 untuk botol kecil. Jadi dah tak beli untuk sambung.

Tak tahu lah macam mana ianya terjadi. Agaknya umur dah meningkat dan makin matang. Tahun lepas tetiba rasa macam nak beralih angin (sebab tercium bau Irma Hasmie masa jumpa kat Ikea hari tu kot) Saya pun telah terjebak dengan Flora Gucci (Gardenia Gorgeous) Dah lah warna pink dan baunya memang menyebabkan saya tertarik benor. Sweet gitu. Suka dengan citarasa saya. Jadi saya telah mengucapkan selamat tinggal untuk selamanya buat Body Shop.

Perfume pilihan untuk selamanya. Tak tukar lain kot. Sebab tak de lagi bau yang dapat memikat hati selain daripada bau ni. ngeh-ngeh. Nampak dalam gambar tu ada 2 botolkan? Saya hanya beli yang botol kecik tu je. Yang botol besar tu saya telah mengepau orang, kira ada orang belanja lah. Seronok kan kalau ada sentiasa orang belanja ni. Kwang-kwang. Cukup lah untuk pakai setahun dua kan. :P

yang botol kecik pun tak abis lagi.beli dalam November 2012... yang botol kecil tu beli kat Jusco Kepong (sian Sara kena tarik pergi malam-malam kesana)
yang besar tu saya beli Online aje. Senang. Order sampai terus daripada rumah dan yang paling penting. Yes! It's Original. Kalau ada yang minat nak beli sila lah melawat Shah Fragrance.

 
Khalis pun dah suka pakai perfume bila nak pergi jalan. Itu yang tak menahan. Tiap kali nak pergi jalan.

"ibu, nak pepersium" 

selagi tak dapat selagi tu lah berbunyi. Sembur 2 kali kat baju dia, terus senyap.
nampak gayanya. Masuk sekolah nanti dah start pakai perfume lah kot. Hahaha. Tapi tak kan nak bagi pakai Flora Gucci kan. Pengsanlah ibu jawabnya.

Cerita hari ini

Hari ini, luangkan masa hampir sehari keluar untuk uruskan hal bisnes dan peribadi. ceewah! Nak kata cuti pun tak juga. Sebab badan rasa penat je bila sampai ke rumah.

Saya pergi renew lesen, dan bawa khalis pergi jalan-jalan. Renew lesen kat The Mall, bawa Khalis jalan-jalan kat Selayang Mall. suka pergi Selayang Mall sebab tak berapa nak ramai orang. Senang nak berjalan. Lagi pun dah kenal orang-orang kat situ. Senang tak rasa janggal sangat.


Renew lesen untuk 2 tahun, sebab susah benor nak menapak ke The Mall tu. Saya ni seorang yang sangat kurang suka keluar rumah sebenarnya. Jika ada urusan baru keluar. Kalau tak suka duduk kat rumah. Kalau tak menghadap laptop, kita menghadap TV. CSI ke. NCIS ke. Terbaik sambil makan keropok (tambah lemak) . Jauh betul nak menapak ke The Mall nung. Dulu kaunter SSM ada kat Majlis Perbandaran Selayang kat Bandar Baru Selayang. Tapi sekarang dah jauh di KL sana. Insyaallah next time renew terus untuk 5 tahun kan. senang sikit.
Ok! kena sedia tabung ayam lagi satu ni. :) Lepas 2 tahun cukuplah kot untuk renew selama 5 tahun kan? Insyaallah. Semoga Allah permudahkan.

Jalan-jalan kat Selayang Mall. Kaki pun menapak ke Popular. hajat nak cari buku-buku untuk Khalis dah selesai, saya belek-belek pulak buku untuk diri sendiri. Ini yang saya dapat.

Buku resipi! yeay!!! dari hari tu nak beli. Tapi asyik tak jadi je. Sebab asyik ada je buku lain yang nak beli. So kena skip lah buku ni. Tapi hari ni tengok harga tengah promosi. RM28.80 sahaja. beli terus. Sebab hari-hari pun saya macam blur nak masak apa. At least kalau ada buku resipi ini. Adalah idea nak masak apa kan. ambil 365 resipi ada didalam. Kalau blur lagi tak tahu lah . Itu dah bukan blur namanya kan. Itu dah nama malas! Resipi dalam ni semuanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah nak dapat.


Buku satu lagi Deadly Mist! ini agak popular sekarang kat Facebook. Bahan bacaan untuk kita tahu tentang realiti dunia masa sekarang. Sesetengah fakta dalam buku ini. Dah lama saya tahu. Cuma tak berani lah nak keluarkan kenyataan sesuka hati kan. So dah ada buku ni. Kalian yang nak tahu, boleh lah dapatkan di Popular. Tak rugi menambah ilmu pengetahuan. At least kita ambil langkah berjaga-jaga. Yang mana dah terjadi biarkan terjadi memang dah tak boleh patah balik. Tapi yang belum terjadi kita boleh elakkan kalau kita ada ilmu dan pengalaman. Insyaallah...

yang lain saya beli buku untuk Khalis. Buat tambah-tambah bahan bacaan yang dia ada. Asyik toys je memanjang. main tak sampai 30 minit dah tanggal kaki, tanggal tayar. sayang je rasa. So elakkan daripada membeli toys untuk Khalis. Sebab beli pun, last-last dia akan main tab juga.

Ok lah bebelan untuk hari ini. Penat rasa badan. Tapi nak sambung design yang mana masih terbengkalai. Tata!

Mengidam lagi

Bila lah nak habis tabiat mengidam nak itu ini. Tapi terpaksa ditahan-tahan sebab banyak lagi komitmen lain. Jadi kita tepek gambar aje lah. Semoga wish list ini akan termakbul gitu. Mana tahu tetiba dapat hadiah kan. Amiin.

Nak gemuk senang nak kurus bukanlah satu perkara yang senang. Terutama bagi orang yang suka makan macam saya ni. Pantang sangat jumpa kek, kuih dan apa-apa yang sejenis dengannya. Pantang ok.. pantang jumpa, confirm habis.

Kali ni mengidam bukan  nak makan kek atau kuih atau apa-apa tapi mengidam nak membeli. Masih dapat menahan lagi diri daripada membeli. Harap-harap nanti ada rezeki lebih boleh lah rembat barang-barang ini.

1. Pemanggang ajaib !
Sejak dua menjak ni asyik teringin je nak makan benda bakar-bakar. Daging bakar, ayam bakar, ayam percik , ikan bakar. Wah! sedapnya. Lagi pun kalau nak jaga bab-bab nak jadi selim melim ni. Tentulah kena kurangkan makan berminyak kan? Kurang makan berminyak. Harap makan pun tidak lah berpinggan-pinggan dan daging bakar tidak berkilo-kilo.



Saya dah survey harga. Paling murah saya jumpa (sumber yang boleh dipercayai) adalah RM148 sekali dengan postage. dan yang penting Vantage original gitu. Ok! mula beli tabung ayam. kumpul mana-mana syiling yang jumpa.

2. Yoga/Exercise Mat
Ini pun idaman kalbu juga, Nak buat yoga, nak workout ikut Jillian Michaels, sesuai benor benda alah ini. Mula-mula ingat tak penting, tapi bila tang part kena push up. memang perlu ini. Sebab lutut tak sakit. Saya belum ada lagi mat ni. Selama ini, alas dengan kain batik je. Kemain gigih tau nak kurus dan senaman.

Hari-hari duk mengidam duk terbayang-bayang nak ke mat ni. Harap-harap tercapai. Ok! kena sediakan tabung ayam sebiji lagi.
Harga pun saya sudah survey. RM180 tak termasuk postage. yang penting tertarik sebab warna pink. Brand Reebok, agak tebal, tak licin. Kalau dapat ni. Memang bersemangat lagi lah nak workout kan. Hehehe bagus ke alasan macam ini. Tak de mat tak nak senam, boleh? So tunggu lah kumpul duit beli yoga mat dulu, baru lah senam ok!

Sementara nak dapat tu, kita rajinkan diri untuk berdoa dan bekerja dulu.

Ok, tata...:) nanti nak buat entry barangan idaman lagi. rumah idaman, dekorasi idaman, banyak lagi yang idaman. Kita berangan dulu, mana tahu ada rezeki dari Allah. Semua tak mustahil untuk kita dapat kan.

Pertolongan

Pernah tak kalian rasa macam ni?

Nak tolong diri sendiri tapi tak tahu macam mana nak tolong diri sendiri. Nak minta tolong orang pun tak tahu apa yang nak diminta tolongkan.

Last-last blur sendiri. Serah sahaja pada Allah kan..

Tapi kenapa rasa macam tu ek?
Mungkinkah agak lama duk terkurung dalam rumah tak bergaul dengan orang ramai?
maksud saya bergaul secara direct. Kalau bergaul kat facebook ke twitter ke forum ke itu memang lah. Jari yang bergaul bukan diri. hehehe.

Sejak duk rumah ni. Cakap omputih pun dah tak berapa nak lancar macam kerja dulu. patutlah orang cakap, belajar dan menggunakan bahasa itu adalah satu kemahiran. Kemahiran ni kalau tak diasah memang lama-lama akan tumpulkan.

Jumpa mat salleh kat Selayang Mall pun dah macam blur nak jawab apa. apakah dah tahap kritikal. Tak macam dulu lancar dan mudah. Inilah yang dinamakan katak bawah tempurung. Hari-hari hadap facebook, hadap laptop, hadap dapur, hahaha dan hadap Khalis. lama-lama cakap pun dah asyik tersasul macam Khalis.

Macam mana nak ubah balik semua ini?

Pembakar semangat untuk bakar lemak

Nak bakar lemak kena ada semangat. Kalau tak bersemangat macam mana nak bakar lemak kan. Perjalanan untuk rampingkan badan masih saya teruskan sebab masih tak dapat bentuk badan model lagi. (ok! just kidding)

Masih lagi menggunakan khidmat daripada Elysyle Dx Lingerie , trust me! you won't regret to have it! Senaman untuk kesihatan badan especially jantung dan jaga pengambilan kalori. Kata nak dapat badan ala model. Haruslah jaga. Kalau tak jaga dan disiplin mana nak dapatkan.

Ada dua wanita yang bakar semangat saya!
Jillian Michaels, Gorgeous Woman ever! flat abs beliau sangat memberi motivasi kepada saya. Duduk pun dah nampak flat bayangkan kalau berdiri. Dulu berat beliau 70kg ++ dengan ketinggian 158cm (sama ketinggian dengan saya). Saya fikir kalau dia boleh, kenapa saya tak boleh.

Britney Spears, Sexy Woman ever! Love everything about her. Kecuali sikap dia, biasalah kalau dah tertekan perempuan mudah hilang kewarasan, hanya iman yang dapat mengatasinya. :) Body shaping beliau yang dulu sangat gojes ok!

Mereka ini pembakar semangat. Harus jadi wallpaper dan visualize badan akan selim melim macam mereka.

ok! tata...

Baju Boboi

First time beli baju kartun kegemaran Khalis, semalam jalan-jalan kat Selayang Mall. Terpandang satu booth yang jual baju. Lepas tu mata tertumpu pada baju boboi boy ni. Terus pegang-pegang kain dia.

Sebab Khalis tak boleh pakai baju selain daripada Cotton. sebab badan dia akan naik ruam secara tetiba. Tak pasti kenapa. Ada bawa pergi jumpa doktor. Doktor cakap, mungkin dia alergik dengan bahan sintetik pada kain.

Masa mula-mula dengar tu macam biasa je. Tapi lepas tu doktor kata. Kena cari baju 100% cotton untuk dia ni. Takut nanti jadi kebiasaan badan ruam jadi makin teruk jadi macam ekzema pula nanti. So saya ambil secara serius kenyataan itu. Tidak pernah beli kain sebarangan melainkan cotton. Sampai baju melayu pun memang beli kain cotton. Khalis memang tak pernah kena ruam setakat ini. Even pakai pampers pun tak mengalami lagi masalah ruam. Alhamdulillah. senang nak jaga bab yang ni.

Balik pada cerita, tengah belek-belek (dalam hati cakap. kain macam ok ni. memang cotton), Tetiba abang yang jaga booth tu cakap.
"Ini boboi boi original puan (skema mula-mula dengar dia panggil puan :p), kain 100% cotton, sticker dia tu kalau masuk dalam washing machine pun tak mudah pudar dan tertanggal)"

Bila dengar dia cakap gitu, saya dah mula tertarik sebab memang lama dah tercari-cari. Tengok bebudak pakai baju upin ipin, baju boboi boy, Khalis selalu tegur. Tapi tak dapat nak beli sebab dia lain dari yang lain. Kalau boleh pakai dah lama beli. Sebab baju-baju kartun biasanya banyak jual kat pasar malam dan pasar pagi kat Selayang ni. Tapi kainnya tidak lah 100% cotton. Jadi saya tak beli untuk dia.

Dengar explanation daripada abang penjual itu, saya ambil sepasang (buat cuba-cuba) kalau ok! Insyaallahkalau ada rezeki kita pergi beli lagi lain kali. ada seluar pendek je. Seluar panjang tak de lagi.

Kemain suka Khalis tengok baju boboi boy dia. Harganya tidak mahal sangat pun. Standard baju anakku aje. Kira ok lah. Kalau lebih RM50 kita pandang aje lah.

Saya rasa produksi animasi harus keluarkan produk pakaian mereka sendiri yang original dan berkualiti macam upin ipin setakat ini tengok ada alat tulis dan cenderama je. Kalau dorang buat baju bajan mesti ramai orang suka.

Saya tengah terbayang kalau ada kemeja, ada jeans, ada t-shirt, lepas tu ada logo kecik-kecik. mesti comel. Macam mickey mouse buat join venture dengan brand Anakku. Saya rasai produksi animasi pun hari take a step forward macam tu juga.

Hujan vs Air Kopi

Sejak kebelakangan ini. Selayang kerap sangat hujan pada waktu petang. Kalau dah hujan perut mula lah cepat lapar. Kenapa ek? Memang itu normal ke? ataupun saya je yang rasa gitu. Asal hujan je lapar, asal lapar tak de pulak hujan.

Hujan-hujan ni sedap betul kalau dapat air kopi o lawan dengan roti. Sedap hingga habis seteko air kopi dengan sebantal roti gitu. Sambil tengok CSI Miami. Memang lengkaplah hari petang kan (ok! itu hanya imaginasi sahaja, tidak berlaku sama sekali. Terbawa-bawa kerana dek terkenang zaman kanak-kanak saya yang suka sangat makan roti dengan air kopi bila time hujan)

Saya membesar di Kelantan (tempat lahir) hinggalah darjah 4 sebelum berhijrah ke KL. jadi zaman kanak-kanak memang seronok kat kelantan. terutama time banjir( sebut : bah) Roti dengan air kopi sentiasa jadi peneman dikala perut minta nak makan. Syok melayan! Kopi buatan tangan dan roti tongkat. Memang sedap. Ok ! lapar lah pulak.

Disebabkan berat masih tidak mencapai target lagi. Kita minum air masak aje kalau lapar sebelum waktu makan.

#zaman kanak-kanak memang seronok kan. Tempoh kehidupan yang paling menyeronokan sebab tak perlu fikir apa-apa masalah.

Hakikatnya banyak yang dilalui telah menjadi kenangan. Umur dah nak masuk 30 tahun ni. Makin rasa tua makin rasa dekat dengan kematian. Makin rindu dengan zaman kanak-kanak. Sehinggakan setiap hari akan teringat apabila berlaku sesuatu perkara yang hampir sama dengan masa lampau.

Oh! air kopi dan roti tongkat! ku rindu padamu... :p

Blogging

Baru balik daripada jalan-jalan ke blog member-member yang sudah lama tidak dijejak. Menjejak dan membaca sahaja. Tidak meninggalkan sebarang kesan pun. Silent reader dengan nama lainnya.

Seronok tengok kawan-kawan berblog. Semua benda dapat di blog. Pasal anak, pasal kehidupan seharian. Santai dan sempoi gitu. Bebas untuk berkata apa sahaja. Bagi saya mereka yang berblog dengan bebas berkata apa sahaja pendapat mereka ini adalah seorang yang sangat berani.

Saya? Saya bukanlah seorang yang berani kerana saya sebenarnya seorang yang tidak boleh menerima sebarang kritikan (baca: kutukan) sebab itu saya tidak berblog seperti orang lain. Sangat menjaga bahasa itu ini. Bukan nak tunjuk saya ni baik sangat! Tapi menjaga itu lebih baik daripada dah berlaku dan kita nak betulkan balik kan. Pengalaman membuatkan saya lebih berhati-hati. Berbanding dengan awal-awal berblog dulu saya seorang yang bebas untuk menaip apa sahaja di blog tapi sekarang tidak lagi. Lebih berhati-hati mungkin.

Kekadang selalu je saya taip entry, kemudian dah blur, saya akan tinggal sahaja dalam draft. Seminggu lepas tu delete draft tu. Serius! Memang teringin nak cerita apa sahaja. Tapi ... entah lah, kekadang malu pun ada, segan pun ada. Blog kan tatapan umum, sesiapa pun boleh baca. Terkadang maksud kita lain. tapi orang baca lain. Sebab tulisan ini dibaca mengikut emosi masing-masing. Subjektif bukan. Kalau kita taip dengan bersahaja. Tapi orang baca dengan keadaan marah. Dah jadi salah faham kat situ.

Tapi apa pun, nak buat sesuatu kalau tak berani memang tak menjadi. Begitu juga berblog. Kalau tak berani tak payah berblog (kata pada diri sendiri) ok! sentap pulak baca. Hehehe kena cari keberanian ni. Sebab saya betul-betul nak berblog. Seronok kekadang tu bila dapat menaip. Tapi kalau kerja tengah banyak, pertanyaan bertalu-talu. Pendek kata semua masalah datang bertalu-talu, saya tak kan taip apa-apa entry. Sebab apa yang saya alami akan terus mengalir ke tangan gitu. Bahaya! mesti akan jadi outspoken semua benda akan terkeluar disaat saya tension. Tak boleh nak kawal bila dah tertekan. Bak kata orang akan hilang kewarasan gitu.

Apa pun seronok baca entry member-member, sampai gitu kat hati walaupun melalui entry.

Satu lagi, kekadang dah snap gambar macam-macam , gambar Khalis terutamanya. Tapi bila tetiba mood kurang rajin dah sampai, perkara yang paling saya liat nak buat adalah transfer gambar. Bila dah transfer gambar pun kurang rajin, macam mana nak upload ke blog kan.

Ok lah! tata!

#sambung balik kerja melukis kek vintage pada pukul 4.00 pagi.
Orang lain mesti tengah beradukan. Saya dah terminum kopi tadi. Tak boleh tutup mata ni. Jadi siapkan kerja sambil main game!
adeh! banyak pulak benda yang nak ditaipkan. Nama pun membebel!

Portfolio : Sebahagian

Assalamualaikum W.B.T :)

Beberapa orang yang email bertanya tentang saya tak de ke portfolio terbaru? Ada, cuma saya kurang rajin (baca: malas) untuk upload ke blog. Atas sebab-sebab tertentu saya simpan sahaja.

Tapi ini sebab ramai yang bertanya. Saya tunjukkan sebahagian daripada portfolio yang ada. Tak larat nak edit semua. hehehe. Tunjuk yang mana larat diedit dan dicrop ya.:)

Cuci lah mata bagi sesiapa yang nak tengok tu..:)











Kepada yang berminat nak tempah, sila baca terma dan syarat di sini
dan isi borang tempahan disini

Thank you for reading :)
 
Copyright © Whitey Mommy™