Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Takoyaki Homemade By Whitey Mommy


Lama tak bersiaran..
Banyak rumah terbuka ke uols? hehe..
Alhamdulillah takoyaki kami makin mendapat tempat dikalangan peminat makanan yang simple tapi sedap.
Dah 8 bulan kami mulakan perniagaan ini..
buat kecil-kecilan sahaja di rumah..
Harga mampu milik..
puas makan ramai-ramai.
Homemade with love gittu...
Sos saya buat sendiri, tepung pun dibancuh sendiri, tak guna yang instant punya.

Kami buat kat rumah, 

Bagi yang nak rasa yang berada di sekitar Selayang, Batu Caves, Gombak, Taman Melati , kepong dan kawasan yang berdekatan.
boleh Whats App : 010 845 1008

Kami juga membuat penghantaran ( caj penghantaran dikenakan mengikut jarak dari rumah kami, dan Anda juga boleh self pick up di rumah kami.
 
Jangan Lupa.. Like Page kami..

15KG untuk dibuang

Lama tak update blog..
Tetiba rasa macam nak menaip tanpa henti..
tanpa syarat
tanpa prejudis
tanpa takut..takut.. boleh kah?

Saya jarang berblog sebab hati tak selari dengan jari..
Saya start berblog tahun 2010.. masa tu.. saya lebih bebas untuk berkata-kata kerana tanpa banyak rasa dan beban yang ditanggung..

Tapi selari dengan umur yang meningkat.. sudah pasti makin banyak bebanan yang ditanggung kan?
Jadi jari menaip dengan meluncur laju selari dengan apa yang dirasa..
disitu lah saya start untuk tidak berblog tentang apa-apa pun..

Olahan dari hati.. jari menaip mengikut hati..
sebab blog post bukan karangan yang boleh kita rangka..
ianya mesti dari hati..

Tahun 2017 .. azam utama macam biasa.. nak turunkan berat badan.. dari berat yang 58kg nak turun kepada 50kg..  tak menjadi-jadi malahan makin naik pulak berat..

Saya sejenis manusia yang bila stress berat badan akan meningkat walaupun makan tak banyak..
sebab tabiat pemakanan tak teratur.. berat badan akan naik juga.. Tidak semestinya orang makan banyak tu gemuk. Terkadang makan sikit pun gemuk sebab bila stress, hormon dan fungsi badan pun tidak akan berfungsi dengan baik.

Sedar tak sedar  masa raya hari tu lah.. timbang2 dah jadi kepala 7.. :(.. bayangkan 70kg.. dan... baju saiz XL pun dah sama sendat.. pakai semua tak kena rasa..
Bulan puasa dapat lah turun 2kg hari tu.. jadi raya ke 4 hari tu cuba timbang balik.. berat.. sekitar 67kg..
Masa tu dalam hati dah tekad juga.. sebab lutut dan sakit.. belakang sakit sebab saya suspected ada Scoliosis .. berat badan memang memain faktor penting bila dah sakit.. kegemukkan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit.

Maka. dengan itu saya tekad.. eat clean, eat healthy dan being active.. Susah ke senang?
mula2 memang susah.. tapi bila dah terbiasa.. In shaa Allah.. akan jadi senang kan?
saya minta dengan Allah hari-hari saya nak 50kg.. by bulan 10 ni.. In shaa Allah jika Allah izin semua jadi mudah kan? di samping saya perlu berusaha ke arah itu..

Minggu pertama.. saya mula dengan Salmon, brokoli dan capsicum.. semua grill mix herbs + garam sikit bagi rasa.. kenapa 3 makanan ni? sebab 3 makanan ni tergolong dalam makanan-makanan yang mempercepatkan pembakaran lemaks..

Saya ambil Baked Sweet Potato as Carbs.. sebesar penumbuk je..

Rancang nak buat atkins.. tapi saya tak boleh tolerate terlalu kurang carbs dalam badan..

Pernah buat atkins dulu-dulu .. Turun 18kg..dalam masa sebulan.. masa tu berat saya adalah 78kg.. tapi.. makin meningkat usia dah tak boleh nak buat atkins dah..
jadi kita eat clean aje lah.. less salt no sugar added.. :p

Workout saya akan mula bila badan dah capai 55kg.. untuk toningkan dan firmkan kulit..

Owh! Air kena ambil 3 liter sehari without fail..

Nanti saya akan keep on update lagi... untuk journey fitness... rasa nanti nak selit2 kan juga pasal Khalis :) In shaa Allah try to be active again.. Maaflah buat pembaca blog whitey mommy. Jika penulisan saya tunggang langgang.. :)
 
Copyright © Whitey Mommy™