Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

peristiwa selepas interview

lepas interview semalam... aku tanya husband aku... nak pegi mana... husband aku pun berkata... pergi jusco kepong... sebab dia nak tgk wayang... cerita
EVOLUSI KL DRIFFT 2..
. memang cerita ni action habis... sedih pun ada... korang pegi la tengok sendiri jap lagi kalau aku cerita mesti dari mula sampai akhir... alamatnya tak box office la filem ni... tapi pada aku ending dia macam tergantung... sebab si syamsul ni nak wat filem drifft ke-3 kot...

tak pe2 biarkan... itukan punca rezeki dia... aku nak cte pasal satu family pegi jalan2 kat jusco... siap bawa khalis masuk panggung wayang... kesian anak akukan... tapi dah babanya nak tengok wayang layankan je... tapi... ini adalah kali terakhir aku bawa dia... kesian... rasa bersalah yang mengunung-ganang dan berbukit-bukau masa keluar panggung... rasa macam seorang ibu yang tidak berjaya...dan perkara ini takkan berlaku lagi... ibu minta maaf ye khalis... berkali2 aku bisikkan kat telinga dia... berkali2 aku cium dia... tapi diakan baby belum mengerti lagi...

mula2 sampai ke jusco kepong... lapar... jadi sebelum kami tonton wayang... makan dulu kat CHICKEN RICE SHOP...bukan sekadar nasi ayam... hehe tapi aku makan nasi ayam je... lapar sangat... almaklumla dari pagi tak makan... masa makan pun dah pukul 12.30ptg... hm...
ini la keadaan anak aku masa kami tgh makan... hehe terbaring di atas meja sambil tersenyum... lepas makan baru la pegi tgk wayang...

hm... ini la pertama kali macam ada kenangan yang agak sentimental sebab husband aku bagi aku bunga...

sekuntum bunga rose warna pink... tanda minta maaf... hm... ada perasaan terharu...

ha... lagi... ini pula gambar2 yang pertama kali diambil untuk satu keluarga kecil...





p/s: aku harap ini adalah permulaan yang baik untuk hidup yang akan datang... ya allah... rahmatila keluarga ku... bahagiakanlah kami dunia akhirat... amin...

doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami Ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah ...sesungguhnya. . Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

p/s: doa seorang isteri yang solehah tiada hijabnya disisi Allah s.w.t... kepada semua para suami... ingat... jodoh pertemuan yang pertama adalah ketentuan allah s.w.t jagalah sebaik2nya... supaya tiada penyesalan yang tidak berkesudahan sepanjang hayat...

interview dengan spa... macam sempoi...

hm... dah lama dah aku tak update blog ni... hati tak tenteram tak bleh nak update la jawabnya... semalam aku ada interview dengan SPA... untuk jawatan pegawai zat makanan... fuh!!! yang paling tak bestnya... aku sampai lewat untuk pendaftaran sebab jem sangat tapi salah aku juga sebab tak kejut driver teksi jiran rumah aku tu awal2... hm... tapi alhamdulillah... masih diterima lagi la...

aku calon yang ke-7... sebab ni kali kedua aku interview... rasa nervous tu ntah pegi kemana... macam happy pun ada... yang bestnya... masa interview tu... rasa macam sempoi plak... sebab panel tu tanya soalan yang agak mudah untuk aku jawab.... tapi tak tahula kan... kot2 dia nak trick aku... aku pula macam sengal je...dia cakap ngan aku bahasa rojak... aku pun jawabla rojak juga... agaknya dia pun tengok aku macam banyak mulut je kan....

mula2 mereka tanya aku pasal tempat kerja lama... sushi king... aku happy tak keje kat sana... kenapa berhenti... apa pengalaman yang paling berharga masa aku kat sana... huhu aku pun cakapla dengan jujurnya...
pastu mereka tanya pasal kegiatan aku masa kat universiti... apa yang bestnya masa kat UMT... pastu mereka tanya aku tentang isu semasa yang menarik minat aku... aku tanya ... tak kisah la apa2 pun ...mereka kawab tak... aku pun cakap la... pembuangan bayi... SANGAT KEJAM PERBUATAN ITU... mereka senyum...

bab nutrisi plak... hehe yang ni dah konpem2 aku study tahap lebam mata kan... tanya lagi info dari member aku khalidah.... hm... mereka tanya tentang kanak2 kekurangan zat makanan... bakul yang dibekalkan kepada kanak2 tesebut... tentang piramid makanan yang baru di lancarkan... huhu yang paling sensitif mereka tanya BMI aku... aku cakap masih lagi normal... huhu sedih... tahu la aku gemuk... tapi takut gak disebabkan faktor berat badan aku tak dapat kerja ni... rasa macam menyesal la plak tak kuruskan badan dengan bersungguh2....

panel SPA tu wish aku all the best... hm... aku harap2 dapat la kerja ni... tapi bila pk2 balik... interview kali ni memang fun sangat2 dan aku pun tak rasa nervous langsung hehe...
blogger-emoticon.blogspot.com

Koleksi Bunga Ros

WM O1
WM 02
WM 03
WM 04
(boleh tukar dengan gambar sendiri... nanti kalau berminat... sila send gambar anda pada saya...)
WM 05 [Sold to Alina Clover]
 
Copyright © Whitey Mommy™