Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Good Bye Domain, Kembali Pada Blogspot Sudah

 

Dari tahun 2010 menggunakan domain www.whiteymommy.com hinggalah 12.12.2022 maka berakhir sudah jodoh saya dengan domain itu. Tak tahu kenapa baru teringat yang domain itu tidak direnew. 

Bila tanya pada pihak server rupanya domain tu sudah bukan kepunyaan saya lagi. Sedih sungguh sebenarnya sebab dah pegang branding tu selama 12 tahun. Disebabkan kecuaian sendiri lenyap semua. Dah ada pengguna lain yang sudah membeli dan menggunakan Domain itu. Tiada jodoh sudah saya dengan domain itu.

Mood nak berblog sudah lama lenyap sebenarnya tapi bila mana dia datang kadang-kadang rasa juga nak menaip. Cuma dunia blogging sekarang dah tak sama macam dulu-dulu dah. Vibes tu dah hilang sebab ramai dah fokus pada platform media sosial yang lain.

Tahun 2023 bermula semua saya sebagai pengguna url dengan blogspot. Nak tukar domain pun sudah tak tahu nak tukar domain nama. Jadi kita kekal sahaja lah guna blogspot ya. Mungkin suatu hari nanti domain lama itu akan available untuk dimiliki semula oleh saya.
 

5 Comment (s):

  1. Replies
    1. Terima kasih ibu.. sudi melawat ke blog ni.. usang sudah .. :) hehehe kita update juga lah ya.. bagi ada content.. :)

      Delete
  2. Wujud lagi blog mommy ni rupanya. :) Buat email housekeeping tadi dan jumpa email dgn mommy back in 2015, tapi domain tu dah tak wujud. ingatkan dah delete blog. welcome back!

    ReplyDelete
  3. mia datang sini. lama dah tak datang. mia belek2 link lama.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™