antara sebab susu ibu berkurangan adalah:
a) tekanan (stress la maksudnya tu...)- kekadang secara kita tak sedar yang kita tertekan (ini la agaknya yang dialami oleh aku) jadi untuk galakkan pengeluaran susu secara optimum mesti tenangkan fikiran.... cuba bayangkan percutian ke paris ke...hehehe ... then peluk bayi anda dengan penuh kasih sayang...
b) keletihan atau kurang tidur- nak jadi ibu ni bukan senang sebab kena bangun malam untuk menyusukan bayi / menenangkan bayi yang terjaga disebabkan oleh lampin basah... ini tak boleh dijadikan alasan, bila bayi tidur - ibu pun ikut tidur la supaya dapat rehat yang secukupnya... jangan bayi tidur ibu layan facebook pula...hehehe.
jangan lupa!!! bapa pun kena ambil kisah juga tolong la ibu untuk menukarkan lampin bayi anda...p/s: tak cukup tidur pun turut mengganggu sistem pencernaan (hm... bleh aku guna petua ni untuk cepat kurus... hehe kena tidur dengan banyak).
petua aku untuk elak susu kurang pada waktu malam, pukul 12 hingga 4 petang kena berehat. jangan lakukan apa2 kerja.
c) kurang minum air - kena minum air sekurang-kurangnya 8gelas (termasuk 2 gelas susu p/s: untuk menyusu aku minum susu enfa mama- anak cepat pintar)
d) kehamilan - untuk ibu yang hamil sebelum anak bercerai susu.
e) pengambilan pil perancang - hehe sudah semestinya aku tidak tergolong dalam golongan ini...
ha... ni ada sikitla yang aku nak kongsi ...
tips untuk banyakkan air susu...
- berurut dengan bidan.
- minum banyak air dan jus buah-buahan serta susu (2 gelas sehari)
- makan lebih banyak makanan protein.
- makan mengikut masa, jangan berdiet kerana akan menyebabkan toksin dirembeskan kedalam susu- bahaya untuk bayi- lobak putih dikikis kulitnya dan diparut kemudian dicampurkan dengan air suam. minum air lobak dua kali sehari.
- pucuk kaduk (anda semua kenal tak? daun ni ada kat kampung je... ) direbus dan dijadikan ulam.
-makan jantung pisang yang dah direbus sebagai ulam...
ni pula antara suplement yang aku tahu la...
a) pregnancy and breastfeeding gold by blackmores untuk perkembangan otak dan fizikal yang sihat (altenatif bagi mereka yang tak suka minum susu atau malas nak bancuh susu)
b) funegreek (bahasa melayunya halba la... yang digunakan untuk masak nasi dagang tu...), boleh didapati di GNC store.
c) habbatus sauda dari HPA
hehe... banyak lagi cara-caranya... tapi ini adalah amalan yang diamalkan oleh aku... simple je untuk tambah pengetahuan anda semua
Blackmores tu sedap x? ke bau busuk? aku duk fikir nk beli, sampai dah 9 bulan ni xbeli2..huhuh. risau gak kalau tetiba susu kurang..tp rugi je kalau beli, aku tak makan. aku kalau ubat bau pelik2 mmg xleh telan..
ReplyDelete@Mommy Pinky
ReplyDeleteaku tak pernah rasa lagi jana... tak tahu la seda ke tak... hm... aku suggest ko makan shaklee la... vitamin dia tak rasa pape... trial pack bulan2 murah je... aku sekarang makan... alhamdulillah... banyak susu...
Salam sis ,
ReplyDeletesaya ni dah ade 2 org ank .
yg 1st , perempuan bln 2 ni masuk 2tahun .
yg 2nd lak , baru nk msok 8 bln and still menyusu badan lg .
soalan saya :
normal ke kalau saya tak datang period sejak dari saya lepas pantang sampai sekarang ???
sebab saya dah buat pregnancy test , tp , tkde pape .
tu jek laa .
And blog akak ni bgus laa , bnyk info !
saya follow akak . ((=
Assalamualaikum..Terima kasih admin atas info menarik..
ReplyDeleteJom dapatkan konsultasi percuma drpd sy ttg penyusuan susu ibu..Jemput singgah ye
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html
Nissa
0193584312
info yang menarik
ReplyDelete