Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Situasi Telur, Lobak Merah dan Biji Kopi

Assalamualaikum W.B.T

Dikala hati rasa macam sedih sangat. Kalau bercerita nanti melalut2 pulak untuk ditatapi umum. sebenarnya saya ingin menghurai satu mesej yang ditinggalkan pada shoutbox saya. tapi rasa macam malas nak ikut emosi.
biarlah suatu hari nanti kebenaran akan terjawab juga. tapi yang pasti. hati dan badan ini tidak akan memandang lagi.

Pernah dengar tak tentang situasi telur, lobak merah dan biji kopi?
Sebenarnya saya dengar kisah ni daripada Semanis Kurma kalau tak silap yang bersiaran sempena Hari Ibu.

Situasinya macam ni.
Telur, lobak merah dan biji kopi dimasukkan dalam air panas yang berlainan bekas.
dan apakah yang akan berlaku kepada ketiga2 benda yang berlainan itu?

Telur apabila dimasukkan kedalam air panas...
dia akan menjadi keras dan kalau baling pun kulit je yang pecah, terkena pun sakitkan...
bayangkan telur yang mudah pecah itu boleh jadi keras bila dimasukkan dalam air panas.

manakala...
lobak merah
akan menjadi lembik apabila dimasukkan dalam air panas...
dan

biji kopi pula apabila dimasukkan dalam air panas...
ia akan bertukar menjadi satu minuman yang menjadi kegemaran ramai...

apakah simbolik kepada ke-3-3 benda yang berlainan ini?
ia melambangkan 3 ciri manusia ketika menghadapi musibah [ dalam situasi ini air panas adalah simbolik bagi musibah]

penghuraian yang saya dapat semasa menonton adalah:

Telur
Jika kita ini diibaratkan seperti telur, yang pada mulanya lemah lembut. tetapi apabila musibah melanda. kita bertukar menjadi seorang yang keras hati ataupun berubah kepada kearah yang negatif berbanding diri kita yang sebelum ini.
[motivator itu kata : sikap ini adalah sikap yang kurang baik]

Lobak Merah
Jika kita diibaratkan seperti lobak merah yang pada mulanya seorang kental dan kuat semangat tetapi apabila musibah melanda. kita menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit semula.
[ini adalah sikap yang paling tidak baik -kata motivator]

Biji Kopi
Manakala jika kita biji kopi, yang awalnya tiada sebarang keistimewaan pun, cuma bijian yang berasa pahit tapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia menjadi minuman yang sedap. diibaratkan sebagai seseorang yang menjadi kuat dan mendorong diri untuk menjadi manusia yang lebih berjaya daripada sebelum ini.
[ini adalah sikap yang patut ada kata motivator itu]

Sampai hari ni saya pun terfikir akan tentang persoalan situasi ini.
apa yang saya boleh cakap...
diri saya ini diibarat telur...
saya memang seorang yang mudah mengalah, cepat lembut hati, kekadang saya mudah berterus terang untuk meluahkan apa yang saya rasa. untuk menghilangkan rasa sedih saya. jadi hati saya sangat fragile mungkin diibaratkan seperti telur sesuai kot. tapi... saya dapat rasa yang hati saya ini juga bukan seorang yang mudah memaafkan...seorang yang pendendam juga kekadang. dan bila saya keraskan hati...sukar untuk saya bukakan...
no good kan sikap ini?
sukar untuk memotivasikan diri apa bila kita berada didalam keadaan negatif dan berprasangka...

Kekadang saya pun rasa macam saya ini diibaratkan lobak merah...
luaran kelihatan saya seorang yang berdikari dan kuat semangat.
tapi...
sebagai seorang perempuan.
saya juga lemah mempunyai hati dan perasaan.
perkara yang tak sungguh saya tak kata.
cuma kekadang saya terlalu mudah untuk membuat penilaian...
jika disalah anggap akan menjadi punca kekalutan.
kerana ...
kata hati saya terlalu kuat.
jika saya rasa sesuatu.
ianya seakan2 memberitahu perkara itu akan berlaku ataupun memang telah berlaku...
wallahualam...
sejauh mana kita melangkah dalam kejahilan...
seberat mana dosa kita...
muhasabah diri ...
Insyaallah akan ditunjukkan jalan yang benar...
cuma saya nak ucapkan...
saya maafkan semua yang pernah bersalah, tersalah anggap, tersalah tafsir,
tapi...setiap doa yang saya pohon...
moga allah perkenankan...
supaya menunjukkan yang benar...
kerana... perkara yang benar tetap akan benar...
dan yang menuding jari...
biarlah Allah tunjukkan keadaan macam mana rasanya jika berada ditempat saya.

10 Comment (s):

  1. betul...kite hanya seorang manusia yg khilaf di mata NYA...segalanya boleh jika kita muhasabah diri...sejauh mana kita boleh terima..itulah diri kita..semoga kita semua menjadi insan yg lbh baik...insyaallah...ameen..

    ReplyDelete
  2. Sha..
    ke3-3 elemen tuh memang Allah telah 'bekalkan' pada diri kita sejak dr azali lagi, cuma kita yang silap, selalu menterjemah dalam situasi yang salah!

    kebijaksanaan dan muhasabah diri dpt membentuk kita menjadi insan terbaik dan akak yakin Sha telah berjaya menjadi lebih baik..insyaallah..amiiin

    tabah kan hati..perjalanan masih panjang..ranjau duri dan liku2 hidup sedang menanti mu...

    ReplyDelete
  3. betul lah selalunya saya pun jadi seperti telur, saya ni lembut sangat orangnya, sampai orang lain pun senang nak ambil kesempatan,
    bila dah marah sangat barulah nak jadi keras sikit,
    kalau boleh nak jadi seperti kopi, biar apa jua musibah yang datang dapat ditempuh dengan baik, amin...
    bersama-samalah yer kita tempuh segala onak dan duri di dunia ini...

    ReplyDelete
  4. salam.. menarik.. dan saya melihat diri saya seperti telur dan lobak.. (that sentence sounded so amusing...)

    thanks for sharing.. izinkan sy excerpt dan share ke blog sy..

    jom sama2 jadi biji kopi...

    ReplyDelete
  5. nasib baik kak emi suka minum kopi, so dah ambik tabiat kopi juga sikit-sikit.

    sha, apapun cabaran, sha tabahkan hati dan kuatkan semangat. jangan biarkan langau-langau tu menjejaskan semangat kita.

    sorry, lama tak online, asyik tidur awal je lately. rasa macam tak larat dah nak buat kerja sampai larut malam.

    sekarang sha kena jadi biji kopi, langau tak hinggap sebab pahit.

    ReplyDelete
  6. @QamaYaya
    Insyaallah...amin...:)
    semoga setiap hari pun kita akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya...:)

    ReplyDelete
  7. @azahrohaizah
    :)
    betul akk...
    kita tahu diri kita macam mana...
    cuma terkadang...
    perasaan marah dan tak puash hati yang menular itu membuatkan kita hilang pertimbangan...

    terima kasih akk...
    amin...
    semoga doa akk dimakbulkan Allah...:)

    ReplyDelete
  8. @Surati
    betul... jarang2 kita menjadi biji kopi...:) selalunya memang akan seperti telur dan lobak merah kan...
    :)

    ReplyDelete
  9. @Emila Yusof
    terima kasih akk...:)
    dah lama akk tak komen...:p
    penat la tu jalan2 pusing Korea kan...
    hehehe Insyaaallah akk... sha memang ambil keputusan untuk buat tak tahu je...
    lagi pun langau2 macam ni tak suap nasi pun kat sha...
    hehehe

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™