Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Pertama Kali Guna Photoshop Sepenuhnya :D : Wedding Poster Order By Ika

Assalamualaikum W.B.T.
Berhenti rehat dengan update blog sekejap...
Update blog pun satu terapi juga kan?
tengok member blogger yang rajin update blog.
at least sehari ada satu entry. jeles.
banyak betul idea mereka.

saya ni pulak.
tak de idea macam mereka.
tak de apa yang nak diceritakan.
nak cerita pasal my son.
kamera pulak tak de. tak syok kekadang bercerita kan..:)
sebab saya suka cerita tentang Khalis bila disertakan dengan gambar.
rasa puas kalau ada gambar.

Bila la nak dapat beli kamera. DSLR mahal tak?
berapa ek harga? :p hamboi tak hagak2 berangan nak beli DSLR kan...

Ramai yang bertanya saya lukis doll pakai apa kan.
saya pakai Adobe Illustrator. tu pun saya tak mahir lagi.
nak lukis satu2 baju pun ambil masa berhari juga la.
sebab selagi tak cantik dimata saya.
saya memang tak kan bagi Draft kat customer. :D

Kekadang untuk mendesign saya memang gabung teknik Photoshop dan juga Illustrator.
sebab saya belum mahir sepenuhnya. Sebab tu terkadang ambil masa untuk design.
Sesuatu yang saya tak pandai buat memang saya tak pernah reject.
saya akan cuba sampai dapat seperti yang customer nak [kalau boleh]
tapi kalau dah tahap tak boleh nak design
memang saya bagi tahu awal2
saya tak pandai.:)
lebih baik terus terangkan...

contoh macam poster jemputan ni..:)
Saya memang mencuba buat dengan menggunakan Photoshop sepenuhnya...:)
alhamdulilah...
suatu kejayaan lah bagi saya yang kurang mahir ni.
mungkin bagi mereka yang kurang mahir.
nampak tak lah sehebat mana pun kan...:)

Tapi hari ni rasa happy...
sebab berjaya buat teknik yang selama ini saya memang nak belajar..
tapi tak lepas2...:P
tapi sekarang dah berjaya dah...
mungkin teknik ni boleh apply juga untuk doll character saya kan...:)
tapi kena fikir konsep tu...


Poster jemputan ini diorder Oleh Ika untuk Majlis Perkahwinan Kakak dia [saya tak tahu link blog dia...sebab dia tak bagi tahu..just tahu nama dia ika ] Buat Ika...kalau baca ni..tinggal la komen sepatah dua..:P

Poster ini memang 100% olahan daripada gambar yang diberi oleh Ika...
Temanya Merah dan putih...:)

Selingan Entry :)
Blog ni dah ada status board [konon]
Harap saya rajin la mengupdatenya setiap masa...
huhu...
Apa tujuan status board ni. nak bagi berat loading ke? nak bagi semak blog ke?
tak...tak...;p
status board ni..
adalah untuk saya update keadaan saya seharian.:)
Supaya nak customer2 tengok apa yang saya tengah buat.
Insyaallah saya akan jujur ya mengupdate status ini. tapi tak de lah detail macam taip entry ya..
Kalau taip entry setiap masa
bila nak buat kerjanya..:P
Ok..itu saje...:)
rasa macam entry ini panjang je...
setelah sekian lama tak taip entry panjan2...:)

Selamat berpuasa semua...:)

3 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™