Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Sedih sebab GCB

Assalamualaikum W.B.T :)
you all masih dalam mood raya ke?
hehehe saya ni dah nak setting mood balik untuk teruskan perjuangan dalam mendesign dan berbisnes...:)

Seperti ada yang sedia maklum hari ni adalah Ulang tahun kelahiran putra saya yang ke-2 :)
Gambar ambil beberapa keping aje. sebab guna kamera phone encik suami.
nanti saya upload.
Kami potong kek anak beranak je..tak buat jamuan pun..:)
potong kek tu bagi Khalis rasa sambutan ulang tahun..:)
Insyaallah kalau ada rezeki lebih tahun2 mendatang akan saya adakan jamuan..:)
Jemput rakan2 semua...

Tapi ni nak cerita pasal GCB yang semua orang duk canang2 tu...
ada yang kata sedap dan ada yang kata tak sedap...
saya pernah makan sekali je..
bagi saya kureng sedap la...
hehehe sebab ayam grillnya tu rasa masin [bagi saya] mungkin bagi orang lain enak sehingga menjilat pembalut GCB..;p

Nak dijadikan ceritanya...setiap kali iklan GCB ni keluar kat TV...Khalis mesti tunjuk2..
iklan makanan lain tak de pulak dia tunjuk.
jadi saya assume dia nak makan GCB la... hehehe
pandai je...[kuat betul pengaruh iklan kan... hm... no wonderlah syarikat pengiklanan kaya raya...eh tetiba pulak]

Hari ni Khalis buat perangai dia dah...tak nak makan nasi... semalam ada juga makan nasi.
tapi hari ni langsung tak mau...
ingatkan malam2 dia nak makan la..
tapi tak nak makan...huhu



Pukul 8 lebih dia tengok iklan GCB lagi...dia tunjuk2...
saya pun call la MC D delivery..
agaknya ramai kot tengah call untuk delivery...
Call dua tiga kali tak berangkat pun hanya muzik menunggu sahaja yang kedengaran..
dalam pukul 9 lebih...baru panggilan saya dijawab oleh operator pengambil order..
tengah2 bercakap tetiba talian putus..
ALAMAK!!! KREDIT HABIS LA PULAK...
hehehe...
jadi saya tunggu la, kot2 operator tu telefon balik...sebab no phone, alamat dan nama dia dah ambil cuma saya tak sempat nak order je...
[saya expect dia akan call balik...sebab pernah berlaku pada DOMINO hari tu...putus juga...hahaha sebab time limit. lepas tu duk 2,3 minit dia call balik]
dalam 15 minit saya tunggu operator call.
tapi tak de pun... huhu terpaksa lah saya topup hp..
[Gigih ni...sebab nak bagi Khalis makan...:( ]

Saya pun cuba call balik... tak dapat nak sambung talian tu..
dah dapat sambung... tunggu lagi panggilan saya disambut.
dalam pukul 9.45, barulah disambut panggilan saya tu...
saya bertanya
memang tak akan call balik ke kalau talian terputus...dia cakap "takkan call balik"
sebab saya dah cuba banyak kali sebelum2 tu...duk menunggu je..masa tu pun kredit sudah tentu dah berjalan kan...[sebab dia pasang muzik menunggu tu...kalau sesiapa yang pernah alami paham la apa yang saya maksudkan ni...hahaha tak tahu dah nak explain cemana...;p ]

Saya pun kena mula la buat order balik...
saya cakap nak GCB.
operator pun cakap.
tunggu sekejap dia nak cek outlet yang berdekatan dengan rumah saya...
tunggu lagi saya sambil mendengar muzik...

lepas tu dia cakap.
"GCB dah tak buat sebab kedai dah nak tutup, makanan grill2 dah close"

huhu sedih dan terkilan..:(
saya pun terus cakap
"tak pelah saya order esok pulak"
terus letak phone... tu pun dah rm5 inggit kredit pergi...
sebelum tu dah rm10... hehehe... dah cukup nak beli satu GCB dah kos untuk call tu...

tak pelah esok saya terus pergi mc Donalds kat Selayang Mall la kot...
bawa Khalis makan kat situ...
sambil nak ronda Popular cari buku log dan juga fail2..:)
nak susun2 segala mala invois ke order nanti..:)

Suggestion untuk MC Donalds
Since syarikat pun bukan calang2 kan... memang popular seantero dunia...
kalau you all return call bagi customer yang terputus talian... adalah lagi bagus... ini juga boleh meningkatkan sales. setakat seringgit dua untuk kos return call tu. berbanding yang bakal anda dapat untuk masa2 yang mendatang. memang akan berbaloi2 la.

7 Comment (s):

  1. Kite kene ptg td lagi best kak. Pergi drive thru,
    Nk order GCB. Tuka amik order tu pekak agknya, duk repeat MCchicken xsudah.

    Last2 dia kata GCB dh x jual! Hampeh gilaa..

    Mcd need to do something jugak lah with their service!

    Bab return call balik tu, mmg sepatutnya begitu!
    Apetah yg kedekut sgt dorang ni...

    ReplyDelete
  2. Ibupun rasa tak berapa sedap le mommy..

    ReplyDelete
  3. aduhai...kesian khalish, tak dpt makan GCB..huu~

    selamat hari raya~

    ReplyDelete
  4. aduhai...kesian khalish, tak dpt makan GCB..huu~

    selamat hari raya~

    ReplyDelete
  5. kasihan dekat khalis...kempunan sekejap dia..hehe.
    happy birthday to khalis..be a good son to ur parents ok!! :))

    selamat hari raya sis sha :)

    ReplyDelete
  6. alahai kesiannyer....
    so far akk tkda bad experience ngn mcd...
    cuma dia tak antar ke rumah akk sbb dekat sesgt ngn mcd... hehehe...

    ReplyDelete
  7. happy birthday khalis... kalau tau boleh belanja khalis makan GCB..

    McD ni kadang2 truk jugak servisnya..

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™