Seorang suami mempunyai beberapa kewajipan terhadap isteri. Antara lain menggaulinya dengan baik dan menahan diri atas perangai yang kadang-kadang sebab memaklumi atas kependekkan akalnya. Allah SWT berfirman:Ertinya “Dan pergaulilah mereka dengan makruf....”
Juga dalam ayat lain Allah SWT berfirman: “Dan mereka telah mengambil setia yang teguh daripadamu...”
Yang terakhir sekali di wasiatkan Rasulullah SAW ada 3 perkara. Baginda bersabda:
“Solat, solat. Dan janganlah kami bebani hambamu sesuatu yang di luar kemampuan mereka dan takutlah kepada Allah dalam hal wanita. Mereka adalah para tawanan di tanganmu. Kau ambil mereka dengan amanat Allah SWT dan kau minta halal farajnya dengan kalimat Allah pula.”
Juga Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sabar atas keburukan akhlak isterinya, Allah memberinya pahala seperti pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub. Dan siapa sabar di atas keburukan akhlak suaminya, Allah memberinya pahala seperti pahala Asiah isteri Firaun.”
Ertinya, menggauli mereka dengan baik bukan sahaja tidak menyakitkannya, akan tetapi menahan diri dan sabar atas perbuatan yang menyakitkanmu. Bahkan tidak memarahinya. Ini telah di contohi Rasulullah SAW, di mana para isterinya kadang-kadang membantah kepada baginda, bahkan salah seorang mereka ada yang tidak menegur baginda sampai sehari semalam, bahkan isteri Umar r.a pernah juga membantah kepadanya. Umar berkata, “ apakah engkau hendak membantahku?” Si isteri menjawab, “ Bahawa isteri-isteri Rasulullah SAW ada juga membantah kepada baginda. Padahal baginda adalah lebih baik dari kamu.” Umar berkata rugilah Hafsah, “janganlah engkau cemburu kepada puteri anak Abi Kuhafah. Dia kekasih Rasulullah SAW!” Dan Umar menakut-nakutinya dengan balasan Akhirat akibat menentang suami.
Dirawikan juga pernah pada permulaan Islam, setengah isteri Nabi SAW itu agak kesal dengan mengadu kepada ibunya. Maka Nabi SAW berkata, “Tinggalkan sahaja dia. Dia telah berbuat lebih banyak dari itu.” Dan pernah juga antara Nabi SAW dan Aisyah terjadi satu perselisihan. Sehingga keduanya memanggil Abu Bakar memohon kebijaksanaannya. Nabi SAW berkata kepada Aisyah, “Aku yang akan bercakap atau kamu yang akan bercakap?” Aisyah berkata, “Silakan kamu bercakap asalkan benar.” Mendengar ucapan itu Abu Bakar (ayah Aisyah) langsung memukul Aisyah sehingga mulutnya berdarah dan berkata , “Wahai musuh nafsunya, pernahkah baginda berkata tidak benar?” Aisyah lalu mendekati Nabi dan bersembunyi di balik punggungnya. Maka Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar, “Kami tidak memanggilmu untuk ini dan kami tidak menghedaki ini darimu.”
Pernah juga suatu ketika Aisyah sedang marah kepada Nabi SAW. Dia berkata, “Kau sendirilah mengaku bahawa kau itu Nabi Allah.” Mendengar itu Nabi SAW hanya tersenyum sahaja. Dan pernah Nabi SAW berkata kepadanya, “Aku mengetahui bagaiman kemarahan dan kerelaanmu.” Aisyah berkata, “ Dan bagaimana engkau mengetauinya?” Nabi berkata, “Jika kau sedang rela berkata, “Tidak demi Tuhan Muhammad.” Lalu jika kau sedang marah, kau berkata, “Tidak demi Tuhan Ibrahim.” Aisyah berkata, Engkau benar aku cuma membenci namamu.”
Dan dikatakan bahawa yang pertama kali cinta terjadi dalam Islam adalah cinta Nabi SAW kepada Aisyah ra. Dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Aku ini ibarat bapa biji dan ibu biji. Hanya saja tidak mengeluarkannya.” Dan Nabi SAW mengatakan kepada isteri-isterinya, “Janganlah kamu menyakiti aku seperti Aisyah. Sesungguhnya, demi Allah, tidak pernah turun wahyu sewaktu aku ada di pangkuan salah seorang kamu.”
Anas ra berkata bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling penuh kasih kepada wanita dan anak-anak.
Justeru itu, jika seorang suami di sakiti hendaklah menahan dan membalas dengan guraun yang dapat melembutkan hati wanita. Rasulullah SAW seringkali bergurau bersama mereka (isteri-isterinya) serta menyesuaikan tingkat akal mereka dengan beramal dan berakhlak. Sehingga dirawikan, Nabi SAW pernah memulakan pertengkaran dengan Aisyah. Aisyah pun membalas di suatu hari, kemudian Nabi memulainya di hari yang lain, lalu berkata, “Ini balasan kelmarin.”
Aisyah ra berkata, “Pada hari Asyura aku mendengar suara orang-orang Habsyi dan lainnya bermain-main. Nabi SAW berkata kepadaku, “Inginkah kau melihat permainan mereka?” Aku menjawab, “Ya” Nabi memanggil mereka dan mereka pun datang. Nabi berdiri diantara dua pintu dan meletakkan telapak tangannya pada salah sebuah pintu serta memanjangkan tangannya. Maka aku meletakkan wajahku pada tangannya, lalu mereka bermain dan aku melihat. Kemudian Nabi berkata, “Wahai Aisyah, cukuplah kau!” Aku berkata, “Ya” Lalu Nabi mengisyaratkan kepada mereka dan mereka pun pergi. Maka Nabi SAW lalu berkata, “ Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling elok akhlaknya dan paling penuh kasih sayang pada keluarganya.”
Juga baginda bersabda:
“yang terbaik di antara kamu adalah kamu yang paling baik kepada isteri-isteriku.”
Umar ra berkata, “Sayugianya lelaki dalam keluarga itu seperti anak-anak. Dan manakala tersentuh apa yang disisinya, barulah dia menjadi lelaki.” Luqman menyatakan seperti itu juga. Dalam Hadis di ceritakan bahawa Allah SWT memurkai orang yang kejam terhadap keluarganya.”
Nabi SAW bersabda:
“Hendaklah seperti gadis yang engkau rayu dan dia merayumu.”
Kemudian, hendaklah seorang suami tidak lantas memperturutkan semua keinginan isteri sampai dalam batas yang dapat merosakkan akhlaknya. Ini jangan dibiarkan. Al-Hasan menyatakan, “Setiap lelaki yang mengikuti sahaja keingin isterinya, maka Allah akan melemparkannya ke neraka.” Umar ra berkata, “Ingkarlah (kemudian isteri) sebab dalam mengingkari mereka itu terdapat berkah.” Dan dikatakan berempuklah dengan mereka dan ingkarilah keinginan isteri.” Baginda mengatakan demikian jika seseorang lelaki mengikuti saja keinginan isteri seolah-olah dia menjadi hambanya. Celakalah dia. Allah tidak menyerahkannya kepada isteri yang tunduk kepada nafsunya. Ini bererti dia menjadi hamba syaitan dan mengikutinya pula.
“Dan kusuruh mereka mengubah mahkluk Allah ....” (Q.S An-Nisa: 119)
Oleh kerana lelaki mesti diikuti bukan mengikuti. Lelaki harus menjadi tiang penyangga kepada perempuan dan suami haruslah sebagai sayid.
“Setiba dipintu, keduanya bertemu dengan said(tuan)nya....” (Q.S Yusuf: 25)
Iman as-Syafie ra berkata, “Jika kau muliakan mereka, mereka akan menghinamu, itulah perempuan, khadim dan batin (nafsu) ini.”
Whitey Note: artikel ini adalah untuk simpanan saya bagi menambahkan pemahaman alam rumah tangga... artikel kredit kepada Dyana

sha.. suka baca artikel ni..
ReplyDeletesemoga dgn membacanya dpt menambahkan lg ilmu dlm melayari rumah tangga kita.. amin..
--> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/08/seharum-cinta-lavender.html
bagus info nie nak2 lagi d bulan ramadhan ni kan...
ReplyDeleteyupp.. betul, betul, betull...
ReplyDeletesomi².. baca plisssss.. =)