Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Khalis dah nampak matang sikit...

Anak ibu ni dah makin besar dah... alahai rindunya masa kecik dia... dah besar ni makin pandai... dah pandai itu ini... kemas rumah memang expert... hahaha 2 minit je semua setel... memang terror... sekarang ni dah pandai juga... bila dah "kemas rumah" dia simpan balik apa yang dia kemas... memang comel... kekadang saya gelak sorang2 tengok dia... gelakguling dia pun duk gelak2 juga... memang comel... suka tengok... saya pun dah jarang dah ambil gambar dia...

ni gambar dia yang latest... pandai pulak buat mimik muka macam2... mata kusyuk nengok ke TV... memang suka sangat2... terutama kalau iklan... Khalis boleh ingat pulak tu mana iklan yang dia suka dan mana yang dia tak suka... hehe ini la namanya dah matang ek... eceh... guna perkataan yang tak boleh blah... tapi memang Khalis dan nampak matang dari sebelum ni... suka...

Gigi pun dah hampir nak penuh yang bahagian depan dah... geraham semua belum tumbuh lagi... jadual tidur pun dah berubah... siang tak tidur... Khalis akan tidur pukul 6 petang sampai pukul 8@9 malam... pastu akan berjaga sampai pukul 2 pagi... itu la tabiatnya sekarang... macam mana... tak kan nak paksa Khalis tidur... kekadang nak tunggu ke pukul 2 pagi tu... saya dulu yang tidur...haha...

Dah nak masuk setahun sebulan dah dia... cepat masa berlalu... nanti bila Khalis dah besar... saya pasti akan rindukan saat ini... jadi baik catat semuanya sebelum terlupakan... orang nak baca ke tak... tak kisah... asalkan bila Khalis dah besar... dah dewasa... kenangan dia masa baby ni boleh dibaca sampai bila2... Insyaallah... Semoga Khalis akan jadi putra ibu yang soleh dan bahagia dunia akhirat...

13 Comment (s):

  1. best...best... nak lesung pipit.

    ReplyDelete
  2. Uiksss!!!! Cute bebenor ler anak teruna dia ni.. Nak meminang ibu x ada anak pompuan.. Ngeh3!!!

    ReplyDelete
  3. kejap ajer dah besarkan anak teruna ni?

    ReplyDelete
  4. Sekejap je anak membesar ek..huhu~

    ReplyDelete
  5. Bila la plak daku nak ada bb secute Khalis ni? Hihi (^.^)

    ReplyDelete
  6. @cha
    hehe aunty.. nak amik macam mana... hehe aunty pinjam lesung batu ibu je la ek... bleh...

    ReplyDelete
  7. @Rizziela
    tu kekadang tak terasa walaupun duk hari2 dengan dia..

    ReplyDelete
  8. @Mommy Pinky
    itulah jana...aku yang tak bekerja ni pun kan... tak terasa Khalis membesar...kekadang perangainya bleh berubah dalam masa sehari...

    ReplyDelete
  9. uihh, lesung pipit dia mommy..geram i tgok...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™