Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Cerita Aku Dulu-dulu


zaman sekarang ni... masa macam cepat sangat berlalu ...kejap2 dah malam...kejap2 dah pagi... macam 24 jam tu singkat sangat.
Aku ingat lagi masa dulu2 aku rasa macam lama sangat nak malam.
siap boleh main tenteng puas2 lagi waktu petang.
aku kan tinggal kat kampung. aku budak kampung. bila dah dewasa ni je baru tinggal kat bandar.
hidup kat kampung best. tapi ... semua tu tinggal kenangan. aku kan dah berkeluarga.
masa yang lalu kita tak boleh nak cari balik. cuma kena fikir cara untuk majukan diri untuk masa hadapan.
aku masa dulu2 perkara yang aku paling suka...
mandi sungai
memancing ikan puyu, lepas tu bakar...sodap giler... sampai aku mengidam masa mengandung tapi hubby aku tak dapat cari kat KL ni.
main lompat getah
main tenteng
semua tu best sangat2 tapi dah tak leh ulang...aku dah besar hanya tinggal kenangan...

masa dulu2 aku paling suka makan nasi ikan singgang, ulam pucuk ubi, cicah dengan budu yang atuk aku buat sendiri. dia guna ikan bilis mentah masak dengan garam.
pastu perap dalam balang tertutup.
rindu betul kan arwah atuk aku.
tu la lauk feveret aku masa dulu2... tak denya kenal pizza ke, kfc ke, burger pun aku tak pernah kenal masa tu.

masa dulu2 aku tak ramai kawan...
yang jadi kawan setia aku adalah che yuyu (sepupu mak aku) tapi dia tua dua tahun dari aku.
hm.. sekarang dia pun dah ada anak dua.
dia tak kenal pun apa itu ICT, tak fasih sangat membaca dan tak laju sangat menulis.
tapi dia la paling baik dengan aku waktu dulu2.
dia selalu backup aku kalau aku kena pukul.
dia selalu sorok aku kalau atuk aku nak pukul aku.
dia selalu bawakan makanan kalau aku lapar seharian tak makan.
hm... kalau la dia boleh baca ni mesti dia happy kan?

masa dulu2 aku sekolah kat kampung, selalu kena buli dengan budak2 kampung.
sedih bila ingat.
tapi budak2 tu semua hidup berkeliaran sekarang dengan masalah sosial masing2.

aku dulu2 pandai belajar... hehe puji diri nampak ko ni nisha (ni mesti jana akan kata)
cikgu selalu puji aku depan mak aku setiap kali mak aku pegi ambil report card.
terutamanya cikgu suraya... cikgu sains merangkap cikgu kelas aku.
dia selalu cakap dia sayang kat aku : dia cakap kat mak aku la..
masa tu aku darjah 4... sampai sekarang cikgu suraya akan tanya pasal aku kalau mak aku jumpa dia kat pasar.

aku masa dulu2... tak da satu pun kata aku comel... haha
aku pergi sekolah pakai band rambut warna pink.
cikgu selalu marah suruh pakai warna hitam atau putih je...
tapi aku cakap. aku tak de duit nak beli.
cikgu pukul aku dengan pembaris kuning kat atas kepala.
sakit sangat2!!!

aku ingat lagi masa dulu2 . aku darjah 3, cikgu suruh pakai tudung.
aku bagi tahu mak aku.
mak aku cakap: mak takde duit nak beli tudung. duit yang ada cukup untuk kita makan je.
aku bagi tahu cikgu macam tu.
cikgu kata aku pembohong.
aku sedih! aku trus balik rumah.
sampai guru besar pergi pujuk aku sebab aku dah tak nak pergi sekolah.
mak aku bagi tahu cikgu tu aku tak cakap bohong.
memang kami tak de duit nak beli tudung.
cikgu tu minta maaf.
tapi aku tawar hati...
sedih...

banyak kisah aku dulu2 sebelum aku berhijrah ke kuala lumpur...
tapi kisah aku dulu2 memang banyak yang berduka ...
tapi tak pe...itu pengalaman hidup...
pengalaman itu yang jadikan aku kebal dan kuat untuk hadapi hari2 yang mendatang.
orang tak tahu tapi aku tahu...

p/s: bleh pulak aku merajuk dengan cikgu... hehehe




2 Comment (s):

  1. jahatnya cikgu tu..xkan la budak kecik pun dah pandai bohong.

    weh, masa ko baru masuk sek dulu aku dapat rasa la ko budak pandai..ececeh, mesti kembang buntut budak ni baca komen nih.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™