Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Walker untuk Khalis

anak aku dah masuk 7 bulan... aku tak banyak belikan dia mainan... ya la aku kan tak bekerja... jadi duit yang ada mesti dijimatkan...
hm... suami aku bagi tahu bos dia... kira macam sembang2 la nak belikan Walker untuk khalis. tetiba dengan baik hatinya bos dia pun cakap tak payah beli...
dia nak bagi hadiah... hehe best la tu suami aku... dapat jimat duit dia...ekeke
kan abg? macam sha tak tahu...

aku pun excited juga nak tengok khalis main walker tu...
maklumla anak aku ni manja! tak boleh nak tinggalkan sorang2 konpem2 akan nangis...
jadi aku nak masak, nak kemas rumah, nak basuh baju, nak sapu rumah, nak mandi, dan lain2 mesti tergendala selagi dia tak tidur.
so dengan harapan bila dah ada walker ni dapat la aku buat semua tu...

yang paling comel bila naik je walker tu dia dah pandai gerakkan kaki.
aku panggil dia akan mari dekat.
hehe bijak betul dia (mewarisi sifat siapa ni! ehem2)
hm... tapi macam kesian pun ada... diakan baby... macam banyak pulak dia nak gunakan tenaga jadi aku letak dia sekejap2 je... tak sanggup nak letak lama2 takut letih.
tapi yang paling sedih bila aku angkat dia dari walker dia akan pandang je walker...
hehe terpikat nak main lagi la tu... mula la mengoda aku dengan muka kesian...
hehe ibu mana tak kesian... bila letak je... bukan main happy lagi...
pandai dia injak2 dalam walker...
konon2 happy la tu... ececeh...

hm... semalam aku tengok dia macam dah makin excited dengan walker... tetiba pula..
aku terbuka buku monthly check khalis...
ala... kalau orang kampung panggil...
buku klinik tu...
aku pun terbaca satu statement...
JANGAN MELETAKKAN ANAK DI DALAM WALKER KERANA AKAN MENYEBABKAN KECEDERAAN DALAMAN DAN LUARAN YANG SERIUS!
adoi! berderau darah aku... aku pun pandang khalis... camner... aku ke yang bersalah...
sedih... bergenang juga la air mata aku... takut apa2 jadi kat khalis...
aku call suami aku... apa lagi... dia kata aku mengarut...
aku terus call klinik tempat yang khalis selalu buat checkup untuk tanya berapa bulan baru boleh duduk dalam walker?
dia jawab : KAMI MEMANG TAK GALAKKAN BABY DILETAKKAN DALAM WALKER SEBAB TAKUT CEDERA DALAM ATAU LUAR... SERIUS!
aku pun iyekan je...
dah macam mana sekarang...

aku pun tanya jiran aku pula...
dia cakap... memang misi tak kan bagi letak dalam walker...
tapi dia letak je...
tapi letak sekejap2 je...
jangan lama2 takut baby penat...
hm... lepas tu kena sentiasa awasinya...

jadi aku pun wat keputusan... sehingga khalis belum betul2 duduk dengan tegak...
dia tak bleh nak main walker lagi...
kecuali kalau babanya ada... dan aku ada untuk awasinya...

kesian anak ibu... hehe tapi untuk keselamatan..
*bukan main suka lagi dia duk kat dalam walker... hehe mesti pakai kasut...nak jaga tapak kaki yang masih halus mulus ... hehehe

1 Comment (s):

  1. oit, bahaya la..Sian kat anak ko tu. Bukan je bahaya, nnt anak ko lagi lambat pandai jalan sendiri. Kat Kanada siap haramkan penjualan dia lagi..Haisyh.

    lain-lain baca sendiri je ibu Nisha

    http://www.huggies.com.my/BeingAParent/MotorSkill/WhenWillMyBabyStartWalking.aspx

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™