Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hina Sangat Ke aku?

Hina sangat ke aku sebab tak berkereta?
hina sangat ke aku sebab tak gaji besar
hina sangat ke aku sebab tak bekerja
aku tahu... di mana tempat aku...
yang membuatkan aku tak layak untuk menjadi kawan kau...

Jangan lupa hidup manusia ibarat roda...
suatu hari nanti kau akan berada di tempat aku bertapak sekarang ni...
Baru lah kau tahu apa yang ku rasa...

Aku tak layak...
ya itu perkataan yang tepat...

Kenyataan yang harus aku terima.
Biar la hati terpendam berjeruk rasa.
apa pun aku doakan kau bahagia...

Maaf kerana aku bukan kawan yang kaya.
Maaf kerana aku bukan kawan yang berkereta.
Maaf kerana aku bukan kawan yang bergaji besar.
Maaf kerana aku kawan yang pernah menyusahkan kau.
Maaf kerana aku kawan yang selalu meluahkan perasaan marah dan sedih walaupun bukan itu yang kau suka dengar.
Maaf diatas semua kesalahan ku...

Terima kasih diatas segalanya...
Terima kasih kerana sudi menjadi teman ku
Terima kasih sudi mendengar luahan ku... walaupun terkadang aku tahu kau merasa jelak nak muntah mendengarnya...
Terima kasih...

Mulai hari ini, aku akan limitkan segala-galanya...

11 Comment (s):

  1. sabar ye kak..kawan yang betul2 kawan tak kan rase kawan tu susah kan kite. kawan yang betul jugekk tak kan rendah2 kan kite kalau kite susah..

    ReplyDelete
  2. fuhh..pesal tu sha..sabar eh ;)

    ReplyDelete
  3. sabar la k...
    semua tu dugaan kita sebagai manusia jugak
    x ceria dunia ni tanpa mehnah darinya...
    hanya kesabaran yang akan membuatkan kita lebih dari apa yang kita ada skunk
    buktikan awak pun boleh berjaya

    ReplyDelete
  4. sedih gak ..sy pon tgh melalui ..sedey2..huhuh

    ReplyDelete
  5. sabar...dugaan sementara jek
    buktikan!

    ReplyDelete
  6. ape nie? apee??? wats going on !!!! huhu

    cool beb !! manusia mmg xpnh perfecto la sayang !!
    biau ape org nk kata... xder org pn leh bgelar kawan skrg nie.., kecuali saya !! muahahahaaaaa ~

    ReplyDelete
  7. bagi akak kwn yg baik ialah yg sudi mendengar suka duka kita, sudi alami bersama, tak pernah merungut susah berkawan dgn kita.....akak takde kwn mcm tu tp suami akak ada, dr zaman u dia hingga sekarang. sabarlah mommy ye....satu hari jumpa juga teman sejati...

    ReplyDelete
  8. Laaa.... nape ni sha..? jgn sdih2... InsyaAllah ramai lagi kawan2 yg blh susah sama susah, senang sama senang...

    ReplyDelete
  9. sabar ye sha..dugaan tu...sebahagian dr kehidupan..apapun akak turut rasa sedih kalau sha sedih2 gini...cheers dear...! takmo sedih2 sgt k! khalis kan ada...^_^

    ReplyDelete
  10. sabair dik, itu semua dugaan Tuhan...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™