Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Siapakah Namimah?

"Namimah adalah menaqalkan kata-kata manusia sesama mereka dengan tujuan melaga-lagakan dan permusuhan. Ini merupakan di antara dosa-dosa besar. Sedangkan Allah mahukan agar setiap muslim itu bersaudara dan bersatu. Tetapi dengan sebab pengadu domba ini maka berlakulah permusuhan. Allah telah memberi amaran dalam surah al-Qalam ayat 10-12 bermaksud; "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa".

Dalam hadis Nabi Muhammad berkata : “ Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba (melaga-laga)". Sebahagian ulama berkata : “ Sesungguhnya dia tidak diberi taufik dengan husnul khatimah “. Telah datang seorang lelaki kepada Hassan al-Basri lalu berkata: “ Sesungguhnya si fulan bercakap sesuatu tentang kamu “. Lalu beliau menjawab : “ Tiadakah utusan syaitan selain engkau ?”

Adu domba yang paling dahsyat ialah di antara keluarga dan kaum kerabat. Seperti yang kadang-kadang berlaku, si ibu melaga-lagakan anak perempuannya dengan suami yang juga menantunya. Lalu bercerailah akhirnya."

Entry ini saya petik daripada blog ibu Aqil...  tertarik nak letak kat blog ni... manusia dan kegelinciran lidah... lidah mudah tergelincir... siapa tak pernah... saya pun pernah... mungkin selalu... tetapi... kalau pendengar melaga2kan lagi la sedih... kerana cara bercakapnya seakan ingin membantu meringankan beban. seakan-akan memberi penenang... saya tak kata saya tak silap... saya ada silap yang amat besar...bertanya itu bertanya ini seakan2 ingin memberitahu... sedangkan... entahla...

Kerana tersalah menilai orang yang menganggap saya sebagai teman blogger yang paling rapat... Ya Allah... air mata panas mengalir mendengar ucapan itu dari mulut beliau sendiri...

Saya rasa kena full stop kat sini. Semua perkara harap tamat disini... jangan la diprovokasi apa2 lagi... kasihanilah saya... minta maaf di atas segala kegelinciran lidah... apa2 yang saya taip daripada blog ini tidak berniat untuk memberi sinis kepada sesiapa... melainkan saya menerangkan situasi itu...

Terima kasih kepada anda semua kerana memberi banyak pengajaran kepada saya... Silent is better than talk...

Ini entry sedih okay...

6 Comment (s):

  1. bunyik cm sedap jek kan, xpe la sabar

    ReplyDelete
  2. herm...sabar ye sha! dugaan hidup..huhu..sedih sgt bunyinya..

    ReplyDelete
  3. Namimah!!! Kadangkala mulut ni jahat.. Jahat hingga boleh membunuh hati & perasaa insan lain.. Secara senyap2.. Sabar ye mommy.. Dlm hidup kte x kan lari dari2 manusia sebegini & kadangkala kita juga dalam sedar tak sedar ada sedikit perangai ini.. Cuma bila sedar kte akui & kte berubah.. Insyallah!! Bukan kte nak tunjuk baik tp kte bukan lah jahat mana.. Kte kan ke manusia biasa jgk.. ;o)

    ReplyDelete
  4. be strong. menjadi mangsa, menjadi tukang sebar fitnah, menjadi pendengar, semua Allah akan bagi hadiah masing2. semua akan dapat bahagian tersendiri. sama ada sedar atau tidak. cheer sha. anggap je kita tak pernah kenal dgn orang yg terbabit dgn onar tersebut. semoga kita dirahmati selalu.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™