Khalis tak boleh nak berenggang jadi saya kena cari alternatif untuk masak menu yang simple tapi seimbang... eceh... bercakap tentang menu ni... tengok tajuk Beef Yakiniku... sesiapa yang pernah makan kat Sushi King mesti tahulah set meal untuk makanan ini...
Setelah lebih setahun saya meninggalkan sushi king... akhirnya hari ni teringin nak makan beef yakiniku... masakan yang simple tapi one of my favorite at sushi king...
Beef Yakiniku itu bermaksud daging goreng... muhahaha... tapi saya modified la resipinya sesuai untuk Khalis makan sekali... muhahaha memang langsung tak sama pun tapi nak juga letak nama Beef Yakiniku... pun boleh...;p
Mak aih... berselera betul Khalis makan nasi... siap complete 3 hari sekali tau... [sebab semalam saya dah masak , tangannya asyik nunjuk ke dapur je minta nasi... pasni kalau My Khalis tembam ada orang komplen lagi tak? muhahahaha sebab saya dalam proses nak berpindah rumah ni...;)]
Resipi ini saya modified sesuai untuk Kanak-kanak setahun yang dah tumbuh gigi. yet this also a very simple and fast cook recipe... check it out...;)
Whitey Mommy's Beef Yakiniku [With a lot of love to My Khalis]Memang berselera Khalis makan .. saya terlalu gembira sehingga rasa nak share resipi ini... mungkin boleh membantu untuk ibu2 yang hadapi masalah untuk anak yang memilih makan... next time nak modified Piri-piri Chicken pulak... ye yeh...:)
Bahan-bahan
250gm Daging Batang Pinang yang Gred A [sangat lembut]
3 Pokok Sio Pak Choy [sawi cina] -potong kecil2
4 Ulas Bawang Putih - Bagus untuk kesihatan kanak-kanak
1 Labu Bawang besar [onion]
3 Sudu Besar Minyak masak
Garam dan Gula secukup rasa.
Cara-cara Memasak:
1. Potong daging melintang urat [supaya lembut] dan hiris nipis-nipis. dah siap ketepikan dulu.
2. Cincang bawang putih sehingga separuh hancur. ketepikan juga
3. Hiris Bawang besar dan ketepikan dulu.
4. Panaskan Minyak.
5. Masukkan bawang putih yang dicincang tadi kemudian masak sehingga naik bau.
6. Masukkan bawang Besar yang dihiris
7. Masukkan daging.
8. Goreng sehingga daging berubah warna daripada merah kepada warna kelabu sepenuhnya.
9. Masukkan sedikit air, biarkan mendidih selama 15-20 minit.
10. Masukkan sayur yang dipotong tadi.
11. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
12. Didihkan... dan siap... boleh dihidang bersama nasi...
Uiksssss!! Bunyipun macam menyelerakan.. Nyum3!! Pos kat Ipoh skit.. Hehehehehehe
ReplyDeletenama dia sedikit complicated...tp cara masak sonang je...nk trylah nnti..kebetulan mr b suka makan daging ni.. :)
ReplyDeletetajuk tu.. siap ada nama khalis lagi :)
ReplyDelete@Salina@IbuAqil
ReplyDeletehehehe... boleh.. post resipi je..;p cuba ibu... sedap...;)
@Ogy
ReplyDeletehehehe nama bahasa jepun tu akk... cuba la... sedap juga... rasa asli...:)
@Farra Dhelina
ReplyDeletehehehe resipi Khas untuk dia kak...;p interframe sikit... eceh...:)
nyummmm sedapp. rini akak wat Daging Goreng Ketumbar..heheh lebih kurang jek ngan resepi sha, cuma akak memandai masukkan carrot pasal malas masak sayur.
ReplyDelete