Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Tapak Kaki Mu Dah Besar

Tanggal 5hb September 2009,
Saat kamu dilahirkan nak... kecik tapak kaki... sebesar 1 setengah jari ibu... sangat comel... dan ia membuatkan ibu mengalirkan air mata gembira dan syahdu. Merasa betapa gembira yang bercampur baur dengan pilu...

Hari ini... Masa Khalis tidur. Kaki Khalis memangku badan ibu... ibu melihat membelai tapak kaki mu... baru ibu perasan tapak kaki mu dah besar... dah 3 jari setengah... betapa comelnya kaki kecik ini. Membuat air mata suam ibu mengalir... dalam hati wat ibu bertutur " Terima kasih ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk membesarkan putra kesayangan ku ini" .

Mampu kah ibu nak... terkadang ibu rasa tak kuat melihat muka suci dan bersih mu buat ibu kaku... dan fikiran melayang2 berfikir apakah yang akan berlaku...

Ya allah... kuatkanlah diri ku untuk membesar dan mendidik anakku dan berikan ku petunjuk ke jalan Ih dina siratalmustaqim...

Ibu sayangkan Khalis... semoga Khalis akan menjadi anak yang baik dan ibu akan menjadi ibu yang penyabar dan penyayang...amin...

5 Comment (s):

  1. amin!!! sama2 kte buat yg terbaik ye mommy.. semua berkat usaha, doa & tawakal kepadaNYA.. insya'allah!!!

    ReplyDelete
  2. kalau Khalis 1 stengah ibu jari, Oniii lagi laaa kecik. Tapiii sekarang berganda-ganda. Mcm tak percaya je, dia boleh membesar dgn baikkan sha? seronok.

    ibu, emak, mommy, umi, memang berikan yg terbaik utk anak2nya.

    ReplyDelete
  3. aminnnn... mudah2an kita berjaya mendidik mereka ke jalan syurga Illahi..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...khalis akan menjaga dan membalas jasa ibunya kelak.... :)

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™