Mesti ada yang pernah dengar tagline ni kan... yup... saya suka tag line ni... tapi ianya milik seseorang yang sangat ternama dan mempunyai mind dan spirit yang kuat... alahai... nak berkias pulak... itu tag line Tok Ti masa dia bergelut dengan puji dan keji daripada orang sekeliling... masa zaman dia nak naik... saya suka... masa tu saya masih lagi budak2... umur belasan tahun...
Kini bila umur saya dah puluhan tahun... dah lalui pelbagai pengalaman hidup. baru saya sedar... apa yang dimaksudkan dengan tagline ini... mempunyai maksud yang sangat mendalam... jika menyelaminya betul2 memang air mata akan menitis... kerana... ianya akan berbalik semula kepada maha pencipta... Allah S.W.T.
Hidup bukan untuk dipuji...[kalau puji pun itu suatu bonus... tapi... prinsip hidup saya... saya tak pernah kembang dengan pujian kerana saya tak pernah rasa apa yang saya buat itu adalah tahap maksima untuk saya... saya cuba nak buat yang lebih baik lagi... cuba dengan izin-NYA.] Dengan Kejian kita tak kan mati... kerana... makin ramai orang keji... makin dekat kita dengan maha pencipta...Insyaallah... [tapi memang kalau boleh tak nak dengar kejian orang... semuanya akan melemahkan semangat membunuh jiwa... adakah berdosa jika kita membunuh jiwa seseorang?]
Sekarang saya rasa kena guna tagline itu sebagai pembakar semangat untuk membesarkan Khalis... terkadang... rasa diri ini tidak terlalu kuat untuk berdiri, untuk berpaut... bila fikirkan... macam mana aku mahu besarkan Khalis... terkadang... hanya rasa ingin berserah kepada-NYA. Sebagai ibu... tiada siapa yang tak inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan...
Di pohon kepada Allah supaya berikanlah kekuatan untuk diri ini... untuk berdiri dibuminya... dan berpaut dengan kalamnya...
Kejayaan Tok Ti memang menjadi sumber inspirasi. Mempunyai sokongan padu daripada keluarganya... memang bertuah...[tapi bukan saya nak menyanyi...cuma nak berjaya dalam setiap bidang yang saya ceburi... Insyaallah...]
Rasa macam nak cerita lagi... sambungan dalam HALA TUJU BERBLOG...
haah sis..puji yang berlebihan kadang2 susah jugak...tapi jangan la sampai mengeji..hehe..
ReplyDeleteapa2 pun,moga khalis dapat dibesarkan dengan baik..amiin ;)
Suka baca entry ni.. Bagus!! Untuk menaikkan semangat diri.. ;o)
ReplyDeleteMoga Allah supaya berikanlah kekuatan untuk kita semua agar kita bisa berdiri dibuminya... dan berpaut dengan kalamnya...Amin.
ReplyDeletesuke kena puji, tension kena keji. Tapi dua2 pun perlu dlm kehidupan, cume tak bley lebih2 :)
ReplyDeleteyup! bagus if ianya dapat menaikkan lg semangat! ^_^
ReplyDeletepujian dan kejian kedua2nya perlu utk memberi semangat dan utk utk mengingatkan diri jika ade kesilapan yg tak ternampak oleh diri sendiri...tp spt yg pinky mommy ckp...jgn le berlebih2...itu sebaiknya....
ReplyDeletenk puji biar ikhlas....nk keji biar beradab dan beralas.......