Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Pindah Rumah

Hari2 dalam hati ni berdoa nak sediakan untuk Khalis rumah yang lebih selesa sikit daripada sekarang. Saya pun secara tak langsung nak juga tinggal kat rumah selesa sikit walaupun sekadar rumah sewa. nak beli rumah sendiri memang tak mampu lagi la...

Setelah beberapa konflik yang timbul semasa tinggal di rumah sekarang ni... [tak kutip kertas banci yang jatuh jat atas lantai pun bising ... duk marah] banyak lagi la sengketa nya... abaikan jelah...

Rumah yang baru dapat ni pun rasanya agak selesa sikit... walaupun mahal RM100 tapi berpuas hati... sangat. cuma... saya kena fikirkan lagi macam mana nak tambah kewangan selain daripada perlu bekerja [perhatian!!!: entri ini bukan untuk menagih simpati] Saya berserah 100% kepada Allah.. tawakkal untuk berpindah ke rumah baru ni... sebelum kena halau dek tuan rumah ni, lebih baik kami ambil langkah awal dan cepat sebelum diberi notis... cerita pasal tuan rumah sekarang ni terlalu banyak... termasuklah duk mengutuk Khalis, saya tak keluar rumah pun menjadi isu... saya tak keluar rumah sebab malas nak campur... hal rumah sendiri pun terbengkalai... bersepah2... nak pergi melangut kat rumah orang... oh tidak... i tak de masa okayy!!!

Rumah baru ni... Alhamdulillah... luasnya 2 kali ganda daripada sekarang...
3 bilik...
lantainya semua dari hujung beranda rumah ke beranda belakang rumah... bermozek... syukur ... sangat sesuai dengan saya yang agak cerewet ni...[eh demand ke cerewet... ada beza ke?]
Bilik air dan toilet asing... saya suka sangat macam ni... senang nak ambil air sembahyang...
Kipas pulak setiap ceruk ada kipas... hm...suka... tak yah guna kipas berdiri lagi... selamat juga untuk Khalis...
Dapurnya ada kabinet... alhamdulillah...syukur...

Rumah saya pun memang tak de sofa yang mewah... jangan kan mewah... sofa ke kerusi ruang tamu memang tak de...:) memang tak rancang nak beli sebab Khalis kecil lagi... nanti panjat2 saya juga yang haru...juga tiada katil mewah...

Disebalik kebuntuan... kesabaran Insyaallah... Allah akan berikan kepada kita rezeki yang melimpah ruah... dan penyelesaian yang melapangkan dada... Terima Kasih kepada mu Ya Allah... betapa sayangnya mu kepada ku hamba mu yang kerdil lagi hina ini...

Semoga Kami akan bahagia... dan Khalis akan riang dan semoga rezeki kami sekeluarga akan berlimpah ruah... amin...

Doakan untuk kawan2 sekelian juga.. semoga kawan2 akan bahagia dunia akhirat... amin...:)

6 Comment (s):

  1. moga besh duk umah baru!

    ReplyDelete
  2. Good luck! Moga happy di rumah baru nanti :-)

    ReplyDelete
  3. takpelh..jnji selesa yea.......... takyah dengar ckp org..siapa rugi..diorg gak..jnji kita bahagia..ok.

    ReplyDelete
  4. heheheh mestidah x sabo nak pindah kan

    ReplyDelete
  5. mahal skit xpe sha, janji x saki hati ; dan puas hati ;)

    ReplyDelete
  6. tabah kak.. itu penting.. selamat berpindah.. ;)

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™