Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hulurkan Sumbangan Ikhlas anda untuk Lya @ Mommy Afrina

[Ini adalah sticky mode entri... sila scroll down kebawah untuk entri baru...]

Pelancaran Tabung Kami Bersamamu Lya

Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.


Whitey Mommy : berita ini saya copy daripada blog kak Ain...sama2 la kita bantu lya... hulurkanlah sumbangan ikhlas anda untuk lya... supaya beliau mendapat rawatan yang diperlukan... dan sama2 kita doakan supaya kawan kita ni sihat seperti sedia kala...

**************************************************

lya ini adalah antara teman blogger yang agak rapat dengan saya... setiap kali saya update blog dialah akan menjadi salah satu komentator bagi entri saya... dan juga jasa beliau dalam menangani masalah saya untuk mengendalikan Khalis... sangat2 saya hargai... daripada situ saya tahu... lya seorang yang baik hati...


ya allah, kau selamatkanlah insan yang baik hati ini... semoga lya akan sembuh seperti sedia kala...amin...amin.. ya rabbal alamin...

3 Comment (s):

  1. salam..

    tak berapa kenal dgn lya, tp semalam dah baca sket2 entries kat blog dia. dia mmg ibu yg tabah ketika pregnancy phase dulu. kagum dgn kekuatan dia dan suami. semoga dia disihatkan semula dan diampuni segala dosa (jika ada).

    ReplyDelete
  2. walaupun x kenal lya..mama hiro mendoakan agar kesihatan beliau cepat2 sembuh..kembali ceria seperti biasa..moga beliau tabah menghadapi dugaan nie..

    ReplyDelete
  3. kesian Lya kan mommy,begitu besar dugaan dlm hidup dia. sgt salute dgn Lya n family..diorang sgt tabah..

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™