Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Penyakit Sawan Tarik -Bahayanya kepada Bayi

Hati saya terasa sungguh sedih bila terbaca entry seorang sahabat blogger saya, Mawar Merah a.k.a Ramlah. Ramlah menceritakan tentang anak saudara kesayanganannya Israf terkena penyakit ini... Ya Allah... sembuhkanlah penyakit Muhammad Atif Isyraf . dan Jadikanlah dia seorang kanak2 yang sihat dan cergas amin... air mata saya mengalir tanpa henti apabila membaca entry Ramlah. Saya yang tiada kaitan pun terasa sangat sedih apatah lagi keluarga Isyraf yang paling dekat... Ramlah memberi peringatan kepada saya tentang penyakit ini, supaya sentiasa berhati2...

Saya google maklumat tentang Penyakit ini... dan kumpul a few info dan ingin share dengan kawan2 semua terutama yang mempunyai anak kecik termasuk saya . Info ini berguna untuk di baca dan di kongsi bersama... Saya sendiri pun kena lebih berhati apabila membaca info ini... Saya perlu berhati2 terutama jika Khalis demam...

Ya Allah... Berikanlah kesihatan dan kebahagian untuk anakku Muhammad Khalis Putra di dunia dan akhirat... amin...

Info untuk tatapan kita bersama...

APAKAH itu sawan tarik? Apakah puncanya? Adakah ia berpunca daripada keturunan atau daripada penyakit lain?Bagaimana cara mengubati atau mengatasinya daripada terus berlaku?
SAWAN tarik atau sawan demam (febrile fit) kerap berlaku pada kanak-kanak berusia antara enam bulan dengan enam tahun.

Ia boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah Celsius yang memuncak secara mendadak.

Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang.
Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.

Demam itu sendiri selalunya berpunca daripada jangkitan kuman virus seperti demam flu, demam yang beruam dan kadangkala ekoran jangkitan air kencing.

Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis).
Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.

Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah apabila berlaku sawan tarik?
  • Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
  • Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
  • Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
  • Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
  • Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
  • Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit.
Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.

Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan seperti kerap meminum air putih dan memberinya ubat demam seperti paracetamol atau supplement-supplement yang dipercayai...

Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di negara ini ialah kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas.
Penyakit sawan atau 'fits' ataupun tarik-tarik ini terjadi apabila kanak-kanak diserang demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh dicegah sekiranya anda bertindak segera.

Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;
1. Akibat demam panas.
2. Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan ataupun ketikadilahirkan.
3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan alat-alat kotor atau karat).
4. Atau sebab-sebab lain.

1. Akibat demam panas
Sebab-sebab berlakunya demam panas kepada bayi ini biasanya disebabkan oleh:
1. jangkitan kuman virus
2. jangkitan kuman bakteria
3. sebab-sebab yang tidak dike-san
Contoh-contoh demam akibat jangkitan kuman virus ini ialah selsema dan campak. Contoh-contoh bagi demam akibat jangkitan bakteria ialah jangkitan kerongkong, jangkitan saluran kencing, paru-paru bronchitis (sejuk paru-paru) dan lain-lain.
Sekiranya demam ini tidak dikawal sawan akan menyerang. Bagaimana demam panas yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan akhirnya membawa kecacatan atau kemungkinan besar maut?
Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat segera, anak itu akan diserang sawan atau 'tarik-tarik'.
Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan berlaku. Sesak nafas ini mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak. Apabila ini terjadi otak akan rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak seumur hidup kepada bayi.
Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan bayi ini gagal maka bayi akan menjadi biru dan akhirnya maut.
Tanda-tanda demam yang terlalu tinggi ialah apabila mata kanak-kanak itu mula liar dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-gerak. Ini adalah juga tanda-tanda awalan bahawa kemungkinan besar anak itu akan diserang sawan.

Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila anak-anak demam panas untuk mengelakkan sawan berlaku:
1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.
2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan demah badan kanak-kanak itu - khasnya di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan seluruh badan supaya suhu panasnya turun.
Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda akan kena sawan seperti yang telah disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera supaya demamnya turun.
Suhu badan yang bahaya ialah 102 atau 39 darjah Celsius ke atas. Apabila saja suhu badan anak yang demam naik ke paras 100 darjah F. atau 38 darjah Celsius segeralah mendemahnya tubuhnya dengan air sejuk.
3. Pastikan anak itu selain dari demam juga kena sakit sampingan. Pastikan sama ada dia batuk, susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu perlu memeriksa keadaan anak-anak itu sendiri.
4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.
5. Sekiranya sawan menyerang anak itu, ambil sudu dan sengkangkan ke mulutnya untuk mengelakkan anak itu dari menggigit lidahnya.
Cara-cara mencegah sawan dan demam
Penyakit sawan dan juga demam memang susah hendak dicegah kecuali para ibu menjaga kesihatan anak-anak dengan rapi serta memberi anak-anak makanan yang berzat lagi sempurna. Hanya dengan penjagaan kesihatan secara rapi dan juga pemakanan yang berzat sahaja anak-anak boleh beroleh daya tahan yang tinggi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.
Kedua, ibu-ibu dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil ke tempat-tempat keramaian atau di mana ada ramai orang kerana di tempat-tempat tersebut bayi atau kanak-kanak terbuka kepada berbagai jenis jangkitan dan penyakit.
Langkah yang ketiga yang paling penting ialah, anak-anak haruslah diberi suntikan pelalian untuk mencegah penyakit-penyakit yang boleh dikawal seperti campak, tetanus dan lain-lain.
Cara keempat, pastikan apabila anak itu demam panas, suhu badannya dikawal dengan cara mendemah tubuh dengan air sejuk. Bahaya utama bukanlah demam itu tetapi sawan yang bakal menyerang apabila suhu meningkat ke paras yang tinggi.
Kelima, bersalinlah dengan bidan-bidan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kecuaian ketika menyambut bayi atau ketika mengendalikan potong tali pusat.
2. Sawan akibat dari kecacatan otak
Kerosakan otak terjadi oleh beberapa sebab seperti jangkitan otak yang digelar 'Encephalatis' ataupun 'meningitis' ataupun kecederaan otak yang berlaku ketika bayi dilahirkan - misalnya ketika melahirkan anak songsang, 'forceps' atau akibat - jangkitan tertentu.
3. Sawan akibat lain-lain sebab
Yakni sebab-sebab berlakunya sawan tidak diketahui seperti keadaan 'idiopathic' atau sawan babi atau 'epilepsi'.
4. Sawan akibat tetanus
Ini boleh berteku akibat jangkitan kuman tetanus - yakni kuman yang menyerang luka. Sawan ini juga boleh berlaku kepada bayi apabila tali pusatnya dipotong dengan menggunakan alat-alat seperti gunting dan sebagainya yang tidak bersih.
Sawan akibat tetanus ini sangat merbahaya dan boleh membawa kepada cacat otak seumur hidup.
Jangkitan tetanus ini boleh dicegah sejak bayi itu masih berada dalam kandungan. Untuk melindungi bayi dari diserang sawan tetanus ini ibu-ibu dinasihatkan supaya mengambil suntikan tetanus sebaik sahaja bayi dalam kandungan mula bergerak.

Tindakan doktor untuk mengatasi demam dan sawan
Para doktor akan periksa seluruh anggota anak itu termasuk tekak dan sebagainya. Ujian makmal ke atas darah dan air kencing juga dibuat untuk memastikan sekira ada penyakit sampingan.
Sekiranya terdapat penyakit sampingan doktor akan memberi antibiotik untuk diambil oleh kanak-kanak itu.
Sekiranya tiada didapati sebarang jangkitan maka doktor akan bertanya akan riwayat ibu ketika melahirkan anak itu. Untuk memastikan sama ada anak itu ada mengalami sebarang kecederaan ketika dilahirkan ataupun memang dilahirkan begitu.
Sekiranya didapati anak itu dijangkiti sawan tetanus maka anak itu akan diberi rawatan khas. Dan kalau sawan yang menyerang itu sawan babi, doktor akan memastikan latar belakang keluarga anak itu.
Peringatan:
1. Demam panas yang mengakibatkan sawan adalah penyakit yang serius dan merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama.
2. Jangan pakaikan anak anda pakaian yang terlalu tebal. Pakai pakaian yang ringan yang mudah serap peluh seperti yang dibuat dari kain kapas. Jangan bedung anak anda atau menyelimutkan anak anda ketika anak itu demam.
3. Anda perlu bertindak cepat. Demahlah tubuh dan seluruh tubuh dan kepala anak anda dengan air sejuk apabila demam panas menyerang. Segera bawa berjumpa doktor.
Ingatlah tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anak anda.

Berikut adalah pengalaman beberapa ibu yang menghidapi penyakit ini...

Salam,
my doctor selalu tulis dlm report as 'febrise fits', tak tau le ade beza ke
tak...  my 1st son  pun kena age 1+,   untill now, will be 6yrs by this sept.
throughout the years.... mmmm 3/4 bln sekali akan admitted...   some people
says one of the reason fits nie bcoz of keturunan.... my husband got it during
his early childhood jugak...  I, ubat kampung pun gi jugak... alhamdullillah
semakin membesar nie the gap tu lebih le skit... hopefully diizinkan Allah,
ianya semakin hilang...

doc tak galakkan kita jirus terus dr air paip bila terkena fits (as 'honey'
wrote)... basahkan kain then tap kat badan jgn gosok kain basah tu kat kulit...
bila u gosok ianya akan menghasilkan lebih haba... tapi bila dah panik air paip
tu je yg i terpikir.... just to ensure kita jirus sampai tak memudaratkan as
advise by 'honey' earlier.   After the 1st fits experience, i akan treat kat
rumah until fits hilang baru bwk gi clinic...to ensure fits tak lama...

my son bukan demam aje yg akan terkena fits, other things such as penat, lapar
(if he skip meals), tonsil bengkak (yg boleh lead to demam) and cirit birit...
or might be other things yg membuatkan badan dia lemah... which later can lead
to demam...

Pengalaman kedua.
Assalamualaikum. .
Saya pun ada pengalaman macam tu. dalam awal tahun ni..my son (age 1+) kena
sawan tarik tu. in english they call it "Febrile Seizure". masa anak saya kena
tu memang la saya panik sangat...nasib baik saya still duduk ngan parents..so.
.saya jerit kuat2 panggil my mom..and we both rushed my baby to the bathroom
and jirus air kat kepala dia.

tp bila saya bawak pegi jumpa pakar kanak2..doktor tu kata..kalau jadi lagi
lain kali..jangan mandikan / basahkan anak tu terus. dia kata just biar je
sawan tu reda sendiri..doktor tu kata..kalau jirus air dan termasuk kat tekak
anak kita tu..takut lemas pulak..sebab masa anak tu tengah kena seizure
tu..semua body function stop..but the doctor memang setuju la..parents memang
akan panik dan terus nak jirus anak ngan air..but saya rasa...elok la jugak
untuk kita kurangkan panas badan anak tu..tapi make sure air atau benda2 lain
tak termasuk dalam mulut anak tu. My doctor pun cakap kalau seizure tu jadi
dalam seminit dua..itu kira normal lagi..but if lama sangat..then takut ada
effect lain kat anak tu..so kena buat check up secara menyeluruh.

Masa bawak anak saya pegi jumpa doktor pakar kanak2 ni..saya tengok dia relax
je..padahal saya ngan husband punya la panik..saya rasa macam bengang pun ada
kat doktor tu..saya bawak anak pegi jumpa doktor pakar yang lain..sama jugak
cerita diorang..and bila balik rumah..saya start surf internet cari info pasal
seizure ni..so memang semua info yang saya baca sama macam apa yang doktor tu
kata la...kat sini saya share link to website yang saya rasa banyak benefit
untuk parents baca..banyak sangat info2 yg bagus2..saya memang selalu tengok
website ni dari tarikh saya tau saya pregnant sampai la sekarang anak saya dah
umur 18 bulan. harap rakan2 lain ada masa untuk check this link:

 http://www.babycent er.com/0_ febrile-seizures _1439542. bc

emm..lagi satu..doktor saya kata..sekali anak kita pernah kena seizure
ni..possibility untuk kena lagi agak tinggi sampai la umur anak kita tu 5
tahun..lepas 5 tahun..tak kena dah..tp jenuh jugak nak tunggu sampai 5 tahun tu
kan..sekarang ni fobia je bila ada orang sekeliling yang demam..takut jangkit
kat my son..

ok la..harap sedikit info ni dapat membantu..wassalam.
Pengalaman Ke-3
salam utk semua ,...
saya dengar dari orang2 lama........ .depa kata bila kita bagi mandi(jirus)
anak kita biar anak tu macam terlemas(tercungap sikit......penyakit sawan tu
boleh hilang.wallahhualam ......... ......... ....(maaf sebab guna bahasa pulau
pinang)

Pengalaman Ke-4
salam saya pun pernah alami dgn anak saya bln 3/2008. betoi tu hanya tuhan saja
yang tau. ceritanya lebih kurang saya yang diceritakan. ..skrng time anak saya
demam jer terus saya beringat jgn sampai panas bdn dia mencecah 38 keatas.....
Pengalaman ke-5
Ya Allah... jauhkan lah segala penyakit nih...
saya juga pernah mengalami... . masa tu Tuhan je yg tahu...
masa tuh bulan 12/2007.. saya n suami bwk adam ke HB.. ada rawatan susualan..
ain masa tuh setahun 2 bulan, saya tinggalkan ngan nenek dia.. g sekejap je...
ain demam..dah kasi makan ubat, saya pun bwk adam g chekup. masa balik dari HB
tuh ain still merengek...saya buatkan bubuh....siap je bubuh saya n suami bawak
ain g klinik pulak... suhu badan dia 38'C... dok kata demam biasa... dah ambil
ubat masa jalan nak balik tuh(sebelum sampai kat kereta) singgah jap kat
pasaraya nak cari barang... masa tuh saya kasi ain pegang ubat dia sambil
abahnye dokong. tetiba saya yang jalan di belakang nye nengok ubat tuh jatuh
dari pegangan nya, bila saya ambil n nak kasi dia... saya nengok muka dia dah
mula mengigil macam gigit sesuatu, macam ketakutan... bila saya ckp kat
suami,dia pun terkejut dan cepat berlari 100m utk ke klinik yg kami kunjungi
tadi...masa tuh... memang nak tercabut jantung rasa nye... bila sampai klinik
terus masuk jumpa dok... dok basah kan
 kepala dia , lap badan n masukkan ubat punggunug... ..dok kata nih baru nak
jadi sawan... lom serius sebab masih awal dan dia masih sedar masa tuh..apa pun
dok kasi surat tok reffer HB..dok pun tak kasi ubat sawan... cuma kasi ubat
punggung ..keadaan dia lemah sangat... sampai tak larat angkat mata, dan terus
tertido ... dok kata bila benda sebegini berlaku pesakit akan menjadi begitu
lemah...apa pun kejadian tuh banyak memberi pengajaran.. berlaku tak sampai 3
minit... nasib baik dekat ngan klinik. Tuhan maha kuasa..sejak dr pada tuh saya
beli sendiri meter yg utk baca suhu badan... tak kira ain or adam , bila deman
susahnya hati Tuhan je yang tahu... ubat punggung sentiasa ada simpan di
rumah...Nahuzubilla hin min zaliq...
Ya Allah jauhi anak-anak kami dari segala penyakit...berikan rahmat dan hidayah
agar anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha.. amin..
Pengalaman ke-6
Assalamualaikum… .
Just nak cerita dan pengajaran pada kawan2....

Anak aku yg no.2 Faiq pada 21/4/08 baru2 ne kena demam.Demam sawan tarik...nak
kongsi dgn korang semua supaya hati2 bila anak kita demam. Selalunya aku baca
dlm email tentang hal ne yg terjadi pada anak org lain..last2 berlaku pada anak
aku sendiri....

Subuh tu..bdn dia panas 38'C aku kasi ubat demam..aku ingat boleh reda panas
dia..aku dah siap2 nak g keja..tapi naluri aku kuat supaya jgn pegi keja pagi
tu..so aku pun batal niat aku nak gi keja…selalu bila dia demam dia aktif tapi
pagi tur dia tidor jer..aku hairan gak...

Dalam jam 8.30pagi dia muntah2....aku tuamkan dgn tuala...aku buatkan dia
susu...tiba2 jer aku terkejut bila tgk botol susu yg dia pegang tercampak...
.kaki dan tangan tersentak 2 kali...terus aku sambar dia...aku pegang bdn dia
panas sangat....mata dah terbeliak... hanya nampak mata putih jer...aku dah
meraung ketakutan... badan dah mula biru..tuhan jer tahu perasaan aku time
tur....aku dah fikir mati ker anak aku ne...Ya Allah...panjangkanl ah umur
dia...nasib baiklah aku tak panik hari tur...aku teringat email2 yg aku baca
pasal demam panas ne......

Macam dah tak bernyawa….aku rasa sedih sgt..aku ingat anak aku dah tak
der....Aku bukak baju,seluar. ...aku mandikan dari kaki dahulu hingga ke
kepala....masih tak bersuara.... aku jadi takut sgt....hampir 5 minit aku
mandikan barulah dia menagis..barulah aku dengar suara dia...syukur
alhamdulillah. ...aku still mandikan dia dgn air sejuk sampai badan dia jadi
warna asal....aku selubung kan terus....bila kau tgk keadaan dia sedih sgt..aku
rasa menyesal sbb tak ambil berat pagi tadi....bergigil2 dia kesejukan... aku
teruskan mandi...menagis2 anak aku..tapi aku tak boleh buat apa..terpaksa. ...

Call husband dalam perjalanan…lama sangat aku kejut Amirah tgh tido...terus
bawak ke klinik....dlm perjalanan aku tgk Faiq lelapkan mata....aku kejut kan
dia....aku takut dia lelapkan mata dia selamnya...tapi alhamdulillah dia saut
panggilan aku....sampai kaw klinik aku bunyikan hon sekuat hati...semua org
pandang....adalah hamba Allah ne yg perihatin dia tnya kenapa???... .tolong!!
!!anak saya sakit...dia tolong aku...aku terpa doktor tolong rawat anak
aku....dlm klinik dia menagis kesejukan... doktor bukak Aircond kuat biar dia
sejuk.....doktor masukkan ubat punggung dgn ubat sawan....doctor kata dia kena
sawan tarik..sbb demam terlampau panas...so.. dia sarankan aku terus ke
Hospital yang berhampiran. ..laki aku pun sampai...... aku ingat nak bawak ke
PUSRAWI..tapi doktor kata ubat ne boleh tahan hanya 1jam...so dia suruh aku
pegi Hospital Sg. Buloh....

Sampai je kat sana, terus ke emergency..doktor ambil darah menagis anak
aku..tapi aku berdoa moga semuanya selamat....doktor tahan dia masuk
wad...doktor monitor aje supaya suhu bdn tak naik....demam sawan ne boleh boleh
menyebabkan hilang upaya otak berfungsi...

Apa yg aku nak samapikan ne buat pengajaran pada korang semua...kalau anak
demam jgn pandang sambil lewa...cepat2 lah kasi ubat....aku sejak peristiwa tu
berlaku aku jadi takut...bila dia nagis mlm cepat aku cek suhu bdn....so...
.kalau terjadi mcm ne pada anak2 korang.....

1-  mandikan dia dengan air paip....dari kaki dahulu baru ke kepala....
2-  mandikan sampai dia sedar berulang kali....
3-  jgn sesekali masukkan ubat punggung ketika dia tidak sedarkan diri...
4-  jgn goncang kan dia, urut atau lambung ...sbb otak dia tak ada oksigen time
tur
5-  cpt2 lah bawak ke klinik....

kiranya lambat bertindak... akan menyebabkan anak cacat kekal spt kekejangan..
dan anak jadi lembab...30% akan berlaku lagi kiranya demam pada suhu 37'C dan
tidak dirawat...dan akan berlaku sehingga berusia 3 thn....

So...hati2lah. ..moga jadi pengajaran pada korang semua...
Ne gambar dia kat Hospital Sg. Buloh..ptg tur dah aktif semula dah.....lega aku
rasa...Alhamdulillah

2 PETUA MUDAH MERAWAT BAYI YANG DEMAM.

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.

1.Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.
Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.

2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.
Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.

Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Semoga anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang sihat walafiat... amin...

19 Comment (s):

  1. anak buah dak degil dulu selalu kene sawan tarik2 ni..

    then skang ni umo die dah 1thn 6bulan..still tak berjalan lagi...
    mgkin effect dari tu kot...
    risau jugak..

    ReplyDelete
  2. good info...

    adik sy penah kena masa kecik2 dulu, mak ngan abah demah ngan ais batu ke seluruh badan. alhamdulillah takde kena lagi tp kesan ais tu dia terkena asma plak. Tp skrg dh umur 24 tahun alhamdulillah sihat cuma senang kena alergi aje..

    P/s: Pencegahan awal lebih baik dari mengubati...

    ReplyDelete
  3. Elok simpan termometer kt rumah kan. .agak suhu 37 keatas boleh ambil tindakan pantas. .tapi baby kalau 37 keatas tu doct biase bg ubt masuk kat punggung terus okey. .allhamdulillah sejak bee jaga sdr anak ,da memang susah diorang dapat demam ,

    ReplyDelete
  4. risaukan bila anak demam..risau jd sawan mcm citer ni lah..

    mintak dijauhkan lah yer...aminnn

    ReplyDelete
  5. Thanks Sha for the entry and infos. Isyraf dah kuar wad. N test result EEG pun kata xde pape yg pelik. Doc kata maybe sbb kepala dia terlampau panas, so dia tarik. Doc bg ubat tarik n demam. Semlm gi tgk dia, dah berlari2, tp bila pgg bdn n kepala masih panas skit2. Tgh berjaga2 xnak suhu badan dia naik. Thanks Sha (^.^)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam semua..anak aku skrg umur 11 bln. kat icu knk2 Jb..sbb sawan ni la..otak dia mmg injured..apa pun skrg aku doa byk2 pd Allah mg anak aku cpt sembuh...sedih, kecewa..semua ada.tp aku redha dgn ketentuan Allah swt..

    ReplyDelete
  8. Kl nak berubat sawan mengenan pada baby...
    Pergi jumpa nenek tuba.
    Berdekatan jalan rm @ jalan raya mengkuang 1,
    Bukit rambai. Melaka

    ReplyDelete
  9. Sawan mengenan bayi masa kecik akan kembung perut... Mata pandang ke atas..lidah selalu terkeluar..

    Seelok nye masa kecik pi bwak berubat..kl dah besar nanti susah nak buang..

    Berubat memerlukan masa 3 hari..pengeras rm57.77sen...

    ReplyDelete
  10. Lain tukang ubat lain caranye....

    ReplyDelete
  11. cuti sekolah yang lalu...saya pergi melawat kawan saya yang mengalami masalah sawan bg anaknya yg sudah berusia 7 tahun...sehingga kan doktor mengambil keputusan untuk mengambil air tulang sum-sum...disebabkan doktor tidak dapat mengenal pasti puncanya....nasib dia tidak membenarkan. ALhamdulillah...anaknya semakin sihat tetapi kena sentiasa mengawasi tahap kesihatannya.

    saranan saya kepada para ibu bapa tidak salah kita mencegah terlebih dahulu. banyak supplement yang boleh didapati di pasaran. untuk memberikan penjagaan kesihatan yang optimun. saya setakat ini selalu memberikan anak saya ESP SHAKLEE dan vit c, mgkin itu yang terbaik setakat ini. bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

    kalau ingin tahu selanjutnya...mgkin boleh sama-sama berkongsi ilmu di blog :http://sihat-sihatsokmo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. asalamualaikum sahabat semua,,,sy nak share pengalaman dan ketakutan sy dan suami selama setahun ni ank sy yg bungsu ada penyakit sawan tarik,,,jika demam panas yg terlampau sawan dia akan kluar...tapi selama ni anak sy yg sulung dan tengah tak pernah ada penyakit ni...sy berasa bimbang dan takut kalau2 penyakit sawan tarik ni memudaratkan kesihatan anak sy,,,,anak sy kena msa umur dia 6buln dn skrg umr dia 1thn 3buln...mula2 sy fkir dia terkena pnyakit misteri,sy dn suami dah byk kli bwa pg berubat kampung,,,lain org lain cara ubatnya tp last2 sy dapat tau yg ank sy ni kena sawan tarik,,,sy ada bwk pg hospital panas nya terlalu tggi 79drjh clcius,,,,,sy sentiasa sedia ubat ubatannya di rumah

    ReplyDelete
  13. Salam hormat.Antara punca sawan yg saya pernah rawat ialah disebabkan masalah gangguan makhluk halus.Tetapi ramai yg tidak tahu kerana hanya rujuk dgn doktor hospital.Bagi sesiapa yg masih belum sembuh bolehlah berikhtiar dgn kaedah Holistik yg saya amalkan di klinik saya.Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre No 7 Jln SG 3/1 Tmn Sri Gombak Batu Caves Selangor. Temujanji 0196676236 -Dr Wan

    ReplyDelete
  14. Sy setuju dgn pandangan dr wan. Kerana ianya berlaku pd anak sy. Umur 3 thn. Ank sy mefalami kesedihan melampau dlm keadaan dman yg tidak teruk. Tubuhnya kebiruan. Mata dan tangan kejang kaku . Alhdulillah sy tidak panik. Sy terus Memeluk erat dan membaca kan alfatihah dan pada ayat ke 4 sy berdoa penuh harapan agar Allah sembuhlan anak sy dan alhamdulillahn selesaibsaja baca alfatihah anak sy boleh bernafas semula. Doa ibu sgt mujarab. Doa dgn bersunggugndan Yakinlah pada Allah.

    ReplyDelete
  15. Anak kwn sy kerap kena sawan.sian kat dia.sy x tahu nak tolong mcm mana.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..
    Anak saya start kena demam sawan masa umur 3bulan dan kini umur anak saya 2tahun 8bulan. Sebelum ini anak saya sawan di sebabkan demam tapi ini kali pertama anak saya baru2 nie kena sawan tanpa demam. Pukul 1am dia tengah minum susu tiba2 muntah dan pandang satu arah saja.. tangan dan kaki tak kejang, saya angkat mengiringkan dia ke arah kiri dan basahkan seluruh badannya dan dia masi sawan, hingga bawa pegi hospital.. doktor check tiada demam so masa kena sawan pukul 1am tapi kemudian baru kena demam masa pukul 4.30am. Anak saya di masukkan ke icu di sebabkan nafas dia agak lemah. Doktor da buat scan otak, check saraf otak dan check darah Alhamdulillah takda ape dan ok. Tapi kali nie doktor beri ubat untuk kawal atau mengurangkan sawan anak saya. Nama ubat yang di beri Sodium Valproate untuk tempoh 2tahun dan Phenytion Sodium untuk 2minggu. Ada tak siapa2 ada pengalaman ambik ubat yang sama untuk anak yang mempunyai sawan? Tolong kongsikan pengalaman dan apakah kesannya.. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  17. Salam...saya nk tanya. anak sya pn ada kena swan tarik ni...pernah kena masuk wad NICU kat HUKM lepas sminggu buat blood test, scan otak dan smua doctor bgtau semua xapa2 dan blh kluar...tapi lepas dua bulan baby sya kena balik..Sya teringat balik msa pregnant sya xdtg utk 2nd tetanus shot..sya risau anak sya mgkn kena tetanus infection..ada x possibility anak sya kena sawan sbb sya xdtg 2nd tetanus shot?

    ReplyDelete
  18. Salam... Sy pulak mnghadapi masalah sawan ni pada ketiga2 anak saya.. Yang pertama sudah berumur 7 tahun, kedua 5 tahun, ketiga 3 tahun. Yang 7 & 5 tahun nmpaknya sudah sembuh sepenuhnya atas sbb usia mereka. Cuma yang 3 tahun masih kerap terkena febrile fits setiap kali demam. Anggaran setiap tahun, anak2 saya akan mngalami demam dan kemudian sawan sekurang2nya 3kali. Masa permulaan anak pertama kena, memang agak panik, bila da semakin lama, rasa macam dah lali. Wad pediatrik pulak macam 2nd house sy dan isteri. Masih mencari penawar selain perubatan moden. Kalau ambil tulang belakang xberisiko, kenapa Dr xberani memberi apa2 jaminan selepas air tulang belakang diambil? Sbb tu smpai hari ini, sy masih mencari kaedah perubatan alternatif. Kalau dilihat dari segi permakanan, pergaulan, kesihatan dan sebagainya, setiap anak saya mempunyai corak yang berbeza namun ketiga2nya tetap terkena sawan tarik apabila demam dan suhu diantara 39.7-40.3c.. Jika bawah 39.6, tidak pernah mengalami sawan tarik.. Sekian.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™