Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Tips Blog Cepat Loading

Salam semua... Sekadar nak sharing... ini berdasarkan pengalaman saya sendiri... masa mula2 berblog dulu... mak ai... semua gambar saya nak letak, gambar Khalis tu... dari bulan pertama sampai bulan terakhir saya letak... Gambar yang gerak2 yang comel2 semua saya nak letak... sebab saya ni memang suka sangat2 dengan benda2 cute mute dan bunga2 ni... [ memang merimaskan lah belog saya dulu] tapi masa tu... visitornya memang seorang je... Mommy Pinky .

Masa tu apa pun tak tahu...tapi everyday duk menghadap blog duk menghadap template... daripada situ saya belajar sikit2... sampai hari ni pun saya masih belajar... ada a few tips saya nak share supaya blog cepat loading serta kebaikan bila blog cepat loading...

Tips blog cepat loading:
  • Kurangkan gambar2 dalam blog contohnya gambar anak ke gambar family ke gambar kereta ke... semua tu boleh letak... tapi sorokkan... nak sorok kat mana??? ok... senang... buat satu navbar... then letak la tajuk "Family Album" jadi bagi sesiapa nak tengok siapa ahli keluarga kita dan tekan je kat navbar tu... dan jika nak tunjuk koleksi2 periuk belanga ke, koleksi perabot2 antik kesayangan ke atau pun hiasan vintage kesayangan... pun boleh letak kat navbar buatla tajuk "Koleksi Peribadi". Dengan itu blog pun nampak lagi kemas.
  • Kurangkan widget kat blog. Contohnya jam ke, welcome note yang gerak2 ke... semua itu sebenarnya akan wat blog kita akan makin lambat untuk diload... terutama kalau blog perniagaan... letak yang mana penting aje...
  • Exchange Banner... semua ni jangan la letak kat sidebar... lebih kemas jika letak pada navbar dan letak la tajuk "Link Exchange" boleh susun untuk letak Link kawan dan juga banner kawan2 yang kiut miut itu...
  • Pastikan gambar anda gunakan untuk menghias blog diupload dalam blogger [contoh link : http://4.bp.blogspot.com/_SBOJ4j78aI0/TA5CBZ72x3I/AAAAAAAABAg/EJjzZRFFfKY/s1600/nav.jpg] dan bukannya didalam picture album yang lain conthnya, imageshack ataupun photobucket [contoh link: http://i911.photobucket.com/albums/ac317/khaironisha_2010/mysponsor-1.png] . kenapa? sebab ini akan melambatkan juga proses loading... dimana blogger perlu connect pulak dengan laman web ini untuk showkan gambar2 yang di upload.
  • Pastikan anda tidak paparkan Bilangan post yang terlalu banyak. Terutama bagi blogger yang suka upload gambar banyak2 . Maximum 3 tapi paling baik kalau letak satu post aje... kerana ini akan menambahkan beban page loading.
  • Say No to MP3 dan juga gambar gerak. Ini juga menambahkan beban blog anda.
  • Kalau suka Join Contest , cara yang terbaik... buka lagi satu blog... Khas untuk contest dan giveaway... jadi banner2 yang comel2 tu boleh letak kat sidebar di blog contest dan kat blog personal mungkin just taip entry untuk iklan kan tentang contest tu...

saya rasa itu ajelah kot ... ini berdasarkan pengalaman saya... semua ini saya dah alaminya tau...

Keburukkan Bila blog lambat loading:

  • Visitor akan jemu untuk menunggu loading blog anda... dan akhirnya akan tekan butang X dan semestinya kita akan hilang silent reader bukan?
  • Pengguna Broadband paling kesian, kerana setiap blog yang lambat loading akan memakan banyak byte.. bagi pengguna broadband mereka mempunyai certain byte limit setiap bulan. Contohnya bagi celcom hanya diberi 5Gb setiap bulan dan jika pengguna melebihi had tersebut,secara automatik kelajuan Broadband anda akan dikurangkan... pengguna perlu menambah Gb untuk mempercepatkan kelajuan tersebut... jadi ini akan meningkatkan kos bagi blogger lain...
  • Blog kita akan kurang visitor... kerana bila lambat loading, mungkin akan membuatkan blogger lain cepat jemu... kecuali kalau bestfriend kita... macam saya dulu... Mommy Pinky ajelah yang sanggup visit... hahaha sebab blog saya memang slow sesangat...
Itu sahaja saya nak share... Bukan nak mengajar ya... hanya sekadar nak berkongsi... mana yang boleh dipakai... ambil lah pakai... mana yang tak boleh dipakai... letak je kat tepi... =)

10 Comment (s):

  1. thanks sharing


    p/s=jemput join Giveaway yong ek

    http://www.alinacshoppe.com/2010/11/giveawayalinac-membership.html

    ReplyDelete
  2. ahakz,btol tu..satu lg..kalau nk letak gmbar xper kt depan tu..just sekeping jer..lg elok wat "read more"

    pastu, gambar2 tu jgn la besar sampai satu page..ckup skadang nampak2 jer..gambar nk upload tu, kalau boleh edit pada resolusi yg rendah..just pandangan

    Fazmys Online

    ReplyDelete
  3. kak.. berat blog lebih 100kb pun salah satu sebab kenapa blog lambat loading ek?

    ReplyDelete
  4. yelar momy,skang ni dara slalu kira berat blog..makin ringan lbh mmudahkan pngunjung..

    ReplyDelete
  5. setuju tu...so, blog jd kmas dan ramai akan dtg erjah!

    thx for the tips dear :)

    ReplyDelete
  6. setuju... mujur kita suka yg simple lagi tenang ;)

    ReplyDelete
  7. thank u white mommy for da info... hany suke join contest tp tula byk yg suruh letak gmbar kt side bar. hehe nak kena bukak blog utk contest je r ni

    ReplyDelete
  8. kak sya, yana dah buat navbar! hehehehe.. cuma belum sumbat gambar lagi kat dalam navbar tu.. hehehe.. in progress! nway, thx a lot tau

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™