Assalamualaikum w.b.t
Sejak beberapa sejak ni... [ayat apa ni?] blog ni dah lama tak berupdate kan... huhu aku[rasa macam lebih berjiwa kalau guna aku... tak lembut tak kasar... kan saya nampak macam lembut je...] tak de mood nak update cerita Khalis cerita keluarga ke... even cerita aku sentdiri... since aku dapat tahu ada orang yang duk Peeking macam tikus mondok kat dalam blog ni...[refer to non-blogger... jangan ada yang sentap2 ya...:)]
Bagi aku cerita lama biarlah terkubur dan tak nak ingat2 lagi...lagipun...itu cerita aku masa aku tak de keluarga dan tak de hala tujuan hidup...hidup aku tengah terumbang ambing...dan orang itu datang KONONnya berbelas kesian dengan aku...nak tolong aku... nak bantu aku bangkit dalam kehidupan... tapi... aaah...malas nak cerita...
Allah maha mengetahui...aku tak MULIA...tapi dah tentu memang aku tak berperangai BURUK. tanyalah diri sendiri... Allah itu maha berkuasa... dia Maha mengetahui...apa niat anda...dan apa yang anda lakukan... boleh ke manusia berpura2 menjadi dua watak yang berbeza...dengan jantina yang berbeza...hanya untuk lari dari masalah atau mengelak? ataupun mahu melakukan sesuatu untuk merosakkan kehidupan orang lain? Disini Allah sudah menilai...siapa yang baik dan siapa yang tidak...
Hampir 3 bulan aku pernah DOWN tak leh nak siapkan final year project... kalau orang tahu memang orang akan gelakkan aku... tapi...itulah aku...terus tak de semangat... tak kuat...aku lemah...aku lembik...itu dulu...aku memang hidup sebatang kara sejak aku masuk matrikulasi hinggalah ke tahun akhir...
Tapi itu semua cerita dulu...yang memang tak perlu dikenang...dan pastinya BUKAN KENANGAN TERINDAH.dan aku tak nak kenang sikit pun... hari2 aku berdoa kepada Allah supaya lenyapkan semuanya...dan berikan kehidupan ku ke jalan yang lurus... Agar aku tidak malu untuk bertemu dengan maha pencipta-ku
Even my hubby bukan seorang lelaki yang lemah lembut...dia garang...dia panas baran... kekadang... aku makan hati terlampau sangat2... tapi... yang pasti dia sentiasa Terus terang dengan apa yang dia buat... dan paling cukup untuk aku...dia SANGAT menyayangi Khalis... dan yang paling aku tahu dia bukan seorang yang BERPURA2 dan dia bukan seorang DRAMA KING. aku hanya mahu Khalis hidup bahagia...ada mak ada ayah.. tak macam aku... terumbang ambing... sehingga sentiasa sahaja ada orang mahu ambil kesempatan terhadap aku...
Kekadang aku terfikir...bila kita hidup kesunyian... kita tertekan...kita rasa tak de tempat bergantung... apa yang ada depan mata pun kita anggap wangi...walaupun...apa yang kita pegang itu tahi kan...[perumpamaan sahaja]
Allah masih sayangkan aku... Walaupun mungkin ada orang berniat jahat untuk melakukan sesuatu diluar pengetahuan aku...tetapi... Allah tetap selamatkan aku... selamatkan daripada aku terus terjebak daripada masalah yang mungkin aku tidak boleh berpatah balik... Alhamdulillah Ya allah... aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang... Kau jauhkanlah keluarga ku dan keturunan ku daripada manusia yang boleh merosakkan kebahagian kami... Amin... aku berlindung di bawah mu Ya allah...
Dalam tak de mood... banyak juga yang aku taip...sekarang ni.... hanya satu aku rasa... aku rasa nak MUNTAH DARAH...
apa pun.. seburuk mana kita... sejahat mana kita ... sehina mana kita...kita haru berbalik pada yang satu... orang itu lagi buruk dan hina... jika jauh daripada YANG SATU... aku tak mulia... manusia...tiada yang mulia... kecuali Nabi Muhammad S.A.W tapi... jika selagi ada jalan untuk kita menjadi insan yang MULIA kenapa kita tidak terus mencuba...dan bukannya merosakkan kehidupan orang lain.
huhuhu....... sama lah kita.. dah tak ingin untuk kembali ke zaman yang penuh dengan kegelapan... Ya Allah.... diri ini sekarang benar2 telah membuka mata ...
ReplyDeletewah...syahdunye sha arini..rileks dearr..
ReplyDeletewow, i love this entry so much. keep it up. kita ada life kita sendiri, biarlah orang nak mengata mengeji, tak mati kena keji pun. anggap je orang mencabar bagi semangat kat kita. cayok2.
ReplyDeletemendalam maksudnyer tu sha....lama tak chat dengan awak :-)
ReplyDelete