Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Saya Nak Minta Cuti...

Assalamualaikum W.B.T
Hari ni dah masuk hari ke-8. Kepala saya terasa macam tidak terletak pada badan... bunyinya macam pelikkan tapi itu lah yang saya alami.
Tak boleh nak duduk lama tak boleh nak berdiri lama...
Dari hari pertama saya rasa memang dah tak selesa sangat rasa macam ni. tapi saya masih lagi gagahkan diri untuk siapkan kerja2 yang terbengkalai. Dibimbangi ada yang complaint Blog design yang diorder lambat siap...

Sakit yang saya alami ni sebenarnya tak sakit...tapi more on berasa tak selesa untuk buat kerja... rasa macam kepala hanyut. nak pitam. mata terasa susah nak buka. tapi bukan mengantuk ya... rasa macam mabuk. tapi bukan pregnant ya sebab saya masih on period.

Masuk hari ke-6, Husband saya bawa pergi klinik. Doktor kata Tekanan darah saya rendah sedikit mungkin itu penyebabnya saya rasa macam tu... punca tekanan darah rendah adalah...memang saya daripada dulu lagi menghidap tekanan darah rendah. Tapi tak pernah pulak saya mengalami sebegini rupa ketidakselesaanya... pening, loya dan keadaan sekeliling terasa seperti berpusing dan  bergegar. Terasa sangat tak selesa untuk saya imbangkan badan . asyik terasa seperti nak rebah je.

Doktor kata faktor lain. saya mungkin tak cukup tidur, makan tak teratur, dan mandi air sejuk. Banyak lagi yang doktor senaraikan. Hampir kesemua yang doktor senaraikan memang itulah kegiatan saya hari2. Tak cukup tidur memang dah seperkara. sebab khalis tidur puluk 1@2 masa tu la baru saya mula kerja2 design. makan tak teratur..:) yang ni memang... kekadang duk pk ke design... sampai makan pun memang tak ikut time.

Jadual saya dah lari. Tapi... saya lakukan sebab ini tanggungjawab saya. saya yang pilih untuk membuat kerja2 design ini. tapi mungkin saya dah over limit daripada kemampuan diri saya sendiri. keadaan yang paling merisaukan saya bila ada customer yang bertanya... progress template mereka... tapi saya memang dah cakap awal2 template mengambil masa untuk didesign terutama bagi customer yang tidak memberi complete draft dan lakaran yang mana saya perlu untuk memikirkan konsep dan idea seperti yang dikehendaki... Generate idea need to think... then saya perlukan masa... bukan idea terus terdetik... sebab setiap template perlukan kelainan dan mungkin coding yang berbeza untuk menghasilkan template yang menarik...

Saya perlukan rehat untuk beberapa hari... bagi customer yang menunggu in the list... saya mohon untuk bersabar... kerana kalau saya push memang mata, otak dan badan saya tak boleh bertahan lagi... masih tak boleh stabilkan diri... kepada sesiapa yang mengalami sendiri tekanan darah rendah... mesti akan paham...

Orang kata tekanan darah rendah ni risikonya sama dengan tekanan darah tinggi... lagi takut mak cik kat hospital tu kata... tekanan darah rendah boleh menyebabkan terus koma jika pitam dan jatuh... Subahanallah...takut saya dengar... macam2 terfikir... macam mana dengan Khalis...:( Harap tak kan jadi seteruk itu.

Memang sikap saya...saya akan push selagi mampu...:(


Terima kasib banyak2 untuk Cha, kerana tolong buat entry berikut... terharu sangat2 saya dengan entry dia... walaupun kenal cuma di alam maya...tapi setiap apa yang saya beritahu dia... memang dia seringkali dapat menyelami 100% apa yang saya alami... orang yang tak pernah jemu melayan bebelan saya. huhu setiap kali buzz kat chat... jika dia online...mesti layan saya... terima kasih banyak2... mengalir air mata saya membaca entry beliau...

menjawab persoalan beliau: ya... dia memang seorang sahabat yang baik...:) yang tidak pernah menolak jika saya minta pertolongan...

"Cha bila nak culik kita pergi piknik ni...:D"
Terima kasih untuk semua kawan2 yang mendoakan saya dientry cha ini...dan juga semua yang ada di Facebook juga...


Saya perlukan rehat sedikit..nanti bila dah ok saya akan cuba design dan coding perlahan2...sekarang ni saya dalam proses untuk redesign dah install 3 template... jadi yang belum saya mulakan lagi untuk mendesign terutama yang memerlukan saya untuk mencari konsep dan idea...saya harap sangat anda bersabar ya..:) terima kasih tersangat2 dan kerjasama anda semua saya amat hargai ...semoga Allah S.W.T akan merahmati anda sekeluarga... amin...

***************************************************
Mungkin Allah hadirkan sakit supaya saya meluangkan banyak masa dengan Khalis...:) terharu sedih dan gembira bila saya terbaring, Khalis datang dan cium kepala saya...:')

Saya perlu kuat untuk Muhammad Khalis Putra... tiap kali kaki ini rasa sudah tidak mampu untuk berdiri dan semangat dan serta kesabaran ini tidak teguh... mata memandang ke langit.. dan hati terdetik..."kuatkan semangat dan sihatkan tubuh badan ku untuk membesar dan menjaga Muhammad Khalis Putra dan keluargaku..." Semuanya ketentuan Allah S.W.T...Insyaallah... Amin...

Saya nak baring sekejap...:)

Kepada yang bertanya saya dengan email...bila saya dah lega saya akan membalas semua persoalan anda... terima kasih.

9 Comment (s):

  1. mengalir air mata membaca entry ni, nanti kita fikirkan waktu sesuai dan ada masa ye, waktu sekarang cepat betul, rasanya semua tak sempat nak buat. take a goooooooood rest.

    ReplyDelete
  2. hu~ sama sedey dibuatnya..take care ye sha..pasti customer n kawan2 memahamimu..

    ch@ mmg kwn yg baik even kenal melalui maya ni jer..kak eina dpt rasakan tu..hehe.

    ReplyDelete
  3. semoga mommy cepat sembuh ya. AMIN. :)

    ReplyDelete
  4. Rehat2 dear. Sorry paksa design biz card hr tu..huhu..Akak ada darah rendah gak. kalau stress tu lain mcm je rasanya, tu akak wat keje main2 je..ada lak gitu?tanak stress sgt sbnrnya tu nyambil je :P pernah drh rendah sgt dr suh minum air ubat kat klinik,takut pitam, dahla ke klinik dgn ank& drive sendiri,mmg melayang2 je rasa masa jln tu

    ReplyDelete
  5. sha, take care. rehat banyak2. time makan kena teratur, sarapan, makan tengahari dan malam. tiga2 meal ni tak boleh tinggal. kalau tak sempat nak masak, masak yg ringkas pun ok. atau makan roti.

    kalau khalis tidur siang, sha ikut tidur juga. itu sahajalah masa sha nak rehat sebab sha buat kerja design waktu malam.

    ReplyDelete
  6. semoga sha cepat sembuh...rite now akk agak bz..nanti bila free akk call ye..take care dear..

    ReplyDelete
  7. Maaf mommy 2 hari ibu menyepi.. Aqil pun tengah x sihat.. Dah 2 hari ibu EL.. Jaga dia.. Baru dpt khabar mommypun x sihat.. Jaga diri elok2.. Semoga cepat sembuh & diberi kekuatan utk terus maju tempuhi dunia yg penuh cabaran ni.. Insya'allah!! Allah ada bersama kita.. :)

    ReplyDelete
  8. akak rehat la ya..kalo badan penat sgt..mmg xleh buat keja apa pon

    semoga cpt sembuh ya~

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™