Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Rata-rata saya tengok masih ramai juga yang tak boleh nak beza antara Perniagaan "Service" dengan"Retail" ataupun nama melayunya runcit.
Saya terangkan berdasarkan pemahaman saya melalui homework yang saya lakukan dengan En. Google dan juga asas perakaunan yang saya ambil semasa saya buat Degree kat Universiti dulu. Penerangan ini saya hanya fokuskan pada Servis yang saya jalankan sahaja iaitu "Artwork and Design"
Kalau nak tahu yang lain dengan detail... boleh la rujuk kepada En. Google ataupun pakar2 perniagaan...
saya terangkan serba sedikit dalam entry ini adalah untuk memberi pemahaman tentang gerak kerja yang saya jalankan dalam bisnes saya dan juga sekaligus untuk melindungi hasil kerja yang saya bersengkang mata untuk siapkan.
Ok balik pada tajuk asal. Saya terangkan pasal apa yang faham tentang Perniagaan Servis
yang saya jalankan.
Saya hanya menjual servis/perkhidmatan saya tidak menjual produk. Artwork dan Design serta Coding yang saya reka atau olah itu adalah sebagai Medium untuk menjadikan servis yang saya kelihatan lebih menarik. Jadi disini apa yang anda bayar kepada saya adalah... idea, kepakaran dan masa saya untuk mendesign sesuatu artwork/product design berdasarkan kriteria dan permintaan anda.
Artwork, Design dan Coding adalah masih menjadi hak milik saya secara keseluruhannya. Walaupun anda telah membayarnya... tapi apa anda bayar adalah untuk SERVIS dan juga lesen untuk menggunakan my artwork, design dan coding. bukan artwork, design dan coding secara keseluruhannya...
Itulah sebabnya saya menggalakan bakal klien saya untuk membaca terms and condition yang saya tetapkan untuk Artwork, Design dan juga Coding. dan jika anda setuju untuk menempah dengan saya... bermakna anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang telah saya tetapkan.
Berbeza dengan Perniagaan Retail atau Runcit
Pemahaman saya... dengan perniagaan runcit. anda beli dan anda akan dapat produk itu dan sudah tentu akan menjadi hak milik anda selama2nya...
Sebenarnya konsepnya masih sama...you want you must pay.
Dari segi perniagaan servis, anda mahu menambah servis yang dihasilkan oleh saya...sudah tentu lah anda harus membayar amaun yang tertentu untuk kerja-kerja mendesign yang saya bakal hasilkan...tertakluk kepada jenis design, masa dan idea yang saya perlu guna untuk menyiapkannya...
Begitu juga dengan perniagaan Runcit. Jika anda beli kek@botol susu@ baju. apabila anda mahukan kek yang sama. botol susu yang sama dan baju yang sama... anda haruslah membayar amaun yang telah ditetapkan oleh penjual walaupun produk yang anda beli adalah produk yang sama.
Jika anda seorang peniaga. anda mesti akan paham akan apa yang saya maksudkan...
Terima kasih kepada semua klien saya yang memahami bidang kerja saya ini dan tidak mempersoalkan kenapa saya mengenakan bayaran... :)
P/s: Jangan la buat lebih kurang dengan perniagaan yang orang lain jalankan... sebab suatu hari nanti apa yang anda buat...akan berbalik kepada diri sendiri...bukankah hidup ini umpama roda? kekadang kita diatas... kekadang kita dibawah tapi kita tetap akan lalu pada tempat yang sama... sama ada cepat atau lambat... itu sahaja.
Kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat...amat2 lah dialu2kan... bagi menambah lagi pemahaman saya...
hi sya..lame na tak datang sini..
ReplyDeletetak paham sbenarnyee..nape sya..ada sesuatukah??
@MamaRifqy
ReplyDeletehai...:)
tang mana yang tak paham ya?
huhu kalau artwork tu copyright still milik saya... kalau yanga da pada blog design tu... klien bayar untuk servis design dan juga lesen untuk menggunakan my artwork.
banyak beza sebenarnya tu
ReplyDeleteTerkini Kucing Lahirkan Anak Anjing
sekarang ibu lebih faham.. terima kasih atas penerangan mommy.. :D harap lepas ni x ada yg suka ambil jln mudah lg.. :) keep it good work ya mommy.. :D
ReplyDeletefaham, tapi tak mampu nak terangkan semula. hihiii. macam belajar kemahiran hidup tajuk akaun pula.
ReplyDeleteJangan la buat lebih kurang dengan perniagaan yang orang lain jalankan
ReplyDeletepart nie je tak setuju.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete