Assalamualaikum W.B.T
Ada beberapa orang blogger yang menghantar emel kepada saya bertanyakan tentang copyright untuk coding, design dan juga artwork yang saya buat. Adakah ianya dilindungi secara keseluruhannya...
Jawapan nya adalah YA...
Kerana walaupun saya tidak paternkan...tetapi...secara automatik apa yang saya design dan create itu adalah menjadi HARTA INTELEK saya.
Harta intelek ini adalah apa2 yang yang saya design atau reka dan di pos ke internet atau secara printing. secara automatiknya adalah hak milik saya secara keseluruhannya dan jika orang lain mahu menggunakannya perlu mendapat kebenaran/lesen daripada saya dan perlu membayar dalam jumlah yang tertentu kepada saya. Anda juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang bentuk peniruan atau mengubahsuai daripada design, artwork dan coding yang saya buat. Jika mahukan juga anda perlu mendapatkan kebenaran daripada saya. Sama ada kebenaran bertulis ataupun kebenaran secara lisan..
Kecuali jika anda membeli daripada saya copyright secara keseluruhannya... yang mana harganya akan tinggi berbanding biasa. Kebiasaanya design untuk logo perniagaan [corporate logo] akan saya jual dengan copyright nya, yang mana... saya tidak akan bina balik logo tersebut untuk orang lain.
Itu adalah dari segi pemahaman saya apabila bertanya kepada Kak Emila.
Untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan lengkap, saya google tentang harta intelek ini.
dan berikut adalah hasilnya...
Di Malaysia ini sebenarnya sudah lama ada akta tentang harta intelek ini. Cuma dalam proses untuk menguatkuasakan lagi iaitu PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA anda boleh
klik dan baca kerana penerangannya lebih detail mengikut sub2 topiknya... kepada sesiapa yang berminat nak tahu... baca jangan tak baca... [huhu saya tak nak huraikan...kan ada pulak yang kata saya PENIPU BESAR]
Dan daripada Skop Kerja saya yang saya baca daripada laman web rasmi ini... setiap hasil kerja saya adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta [klik ya untuk baca... panjang benor untuk saya copypaste... kan berjela2 pulak entry ini]
Lagi Info anda boleh baca kat sini : MINDVAULT. ini pun detail penerangannya.
Ini pula maksud yang saya ambil daripada Wikipedia.
Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP) dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.
P/s: harap entry ini tak jadi spekulasi pulak...sebab saya post berdasarkan apa yang kawan2 saya pernah bertanya dan saya pula bertanya kepada orang yang berpengalaman dalam bidang ni... dan juga saya cari maklumat daripada google.
serta nak melindungi apa bentuk kerja seni yang saya lakukan siang malam, bertungkus lumus . Terima kasih. Setiap orang mempunyai haknya apabila dia bekerja keras untuk menghasilkan sesuatu benda. Jadi... Perlulah menghargai hak orang lain kan?
Hope tiada yang salah ertikan... jangan makan cili ya...nanti pedas..:D
Myipo, ni la tmpat keje suami aku :D
ReplyDeleteMcm2 kes ada..huhuu
@Mommy Pinky
ReplyDeleteOwh... kat sini kes saman2 la ek?
MyIPO cuma pemegang pendaftaran harta intelek yang didaftarkan... hakcipta tiada pendaftaran. Pertikaian berkenaan harta intelek secara amnya adalah bidang kuasa Mahkamah Harta Intelek.
ReplyDeleteOleh yang demikian, kes saman2 bukanlah di bawah bidang kuasa MyIPO.
hai....ada tak contoh format art work..esok saya nak ke myipo...
Delete@Safinaz Hanum Ahmad Anuar
ReplyDeleteSalam akk....saya rasa akk dah salah paham dengan entry saya ni...
saya tak kata hakcipta perlu didaftar... saya letak sekali link... pasal akta hak cipta tu... tapi saya kata dia perlu daftar...
sebab untuk art ni tak daftar pun dia memang automatik hak saya...
saya ada letak link... sila baca ya akk...
then saya tak kata pun kes saman2?
saya hanya bertanya akk pada jana sebab saya tak tahu.